Uploaded with ImageShack.us

Sabtu, 21 Jun 2014

Rita Rudaiani Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak sayang...

KETIKA LANGIT JELAS BERKABUT (maaf dipermulaan ayat ada  bahasa agak keras)



Rita Rudaini Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak sayang…

Ketika dinihari mencengkam diri,

Ketika suara muazin sayup-sayup bertahrim memuji Ilahi,

Ketika alarm jam berdering menjadi pengganti diri  para malaikat pemberi peringatan,

Ketika mata masih memberat, jasad masih lesu dan hujung  bibir terkemam,

Ketika anak-anak dan suami masih berselimut tebal kedinginan,

Ketika lauk pauk di jerangan berirama memecah sunyi dan sepi,

Ketika senandung Ramadan dari Qari berkumandang damai di corong radio,

Ketika anak-anak dipujuk dan terhangguk-hangguk menikmati sahur,

Ketika wajah anak-anak tampak sayu dan layu kelaparan,

Ketika lembayung merah mula berarak di ufuk barat,

Ketika wajah girang riang menanti pengumuman waktu berbuka dan hariraya,


Kerana.

Maka tampaklah sayu dan segalanya sudah berlalu, Lalu tampaklah jelas apa yang berlaku,

Kerana membiarkan dirinya terpesona dalam kebatilan, perhatian  dan sanjungan,

Kerana membiarkan dirinya dinasihati oleh golongan yang berpenyakit hatinya,

Kerana membiarkan dirinya terpesona dengan hujah dan bayangan akalnya sendiri,

Kerana melupakan jalan kembali lalu menjadikan mahluk tempat sandarannya berserah diri,

Kerana langgit dan bumi pun tidak menangisi mereka dan mereka tidak diberi penangguhan waktu,

Akhirnya  Allah, para malaikat dan orang-orang Salleh berlepas diri darinya.


Kembalilah,

Kembalilah kejalan Ilahi, Kerana yang batil tetap lenyap dan yang hak tetap benar dan menyerahkan diri pada sistem dan orang-orang  yang batil hanya akan menghancurkan iman, amalan dan diri sendiri.

Jadikanlah  ilmu sebagai jalan untuk beramal dengannya bukan jalan bersaing dan berhujah dalam
kefasikan dan perpecahan.

Lalu jadikanlah Asiah isteri fairun, Mutiah, Fatimah dan Khadijah sebagai ganti diri, kerana dalam diri mereka ada rahsia mencairkan hati sang  lelaki, walaupun hati mereka sekeras besi.

Carilah diri dalam diri sendiri melalui petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Bukan mencari diri sendiri melalui orang-orang yang mereka sendiri pun telah melupakan dirinya sendiri.

Bukankah setiap kebatilan hanya akan memuntahkan, mematahkan, mematikan,menghancurkan hati dan memadamkan kasih sayang, membangkitkan permusuhan,kebencian, dendam, iri hati, hasad dengki dan yang setara dengannya sehingga hujung nyawa.



Salamun… Salam…


0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis