Uploaded with ImageShack.us

Jumaat, 12 April 2013

Digoda Nenek Bergetah Al-Alqam siri 4

Sambungan dari : al-arqam-aku-disapa-penunggu-jalan-siri 3.

Digoda Nenek Bergetah Al-Arqam siri 4






Sebaik sahaja vanku berhenti, ianya bergoncang dengan kuat, aku tergamam dan gelabah , minda ku terhenti buat seketika, panik tak tau nak buat apa, lebih kurang 2-3 minit goncangan berhenti, aku memerhati keadaan sekeling di luar, tidak ada apa yang dapat ku lihat, melainkan hujan lebat dan kabus tebal  serta pekat malam yang mencengkam, peluh dingin mula terpercik di dahiku dan celah ketiakku,peluh mula merembes di baju, bulu roma jangan ceritalah takda stupun yang tidak terpacak dari hujung rambut sampailah ke hjung kaki.

"Jangan-jangan vanku nak mengelungsor ke tebing jurang tak".Dadaku mula berdegup kencang, Tiba-tba vanku digoncang sekali lagi, tanpa berfikir panjang, aku nekad membuka pintu lalu terjun keluar dari perut van. Sebaik kaki mencecah ketanah kabus yang menyelubungi serta merta hilang,hunjan yang turun lebat umpama ais terhenti yang tinggal hanya hujan gerimis. sementara van ku berada dalam kedudukan yang baik di bahu jalan dan tidak bergoncang sepetitadi. 

Setelah memastikan keadaan betul-betul selamat, aku masuk semula ke perut van, baju yang basah bercampur baur dengan air hujan aku gantikan dengan yang baru. Kedinginan mula mencengkam,menyusuk sampai ke tulang son-somku.Perjalanan yang tergendala mesti diteruskan, aku perlu sampai ke temerluh sebelum subuh dan perlu habiskan pusingan jualan disana sehari, lagipun tak banyak kedai melayu disana, yang ada pun kebanyakannya tinggal tunggu tersembam kebumi.apapun pusingan dan usaha mencari market baru mesti diteruskan. Walaupan cabaran untuk membuka market baru di kedai cina agak memeritkan. cuba tetap cuba.Kerana lusa aku perlu berada di medan pelancungan kuantan pula.

Belumpun sampai 10 minit aku memandu, tiba-tiba muncul benda bulat berguling-guling di hadapan vanku, semakin lama semakin memanjang membentuk mayat yang dikafankan. Aku persetankan semua tu,sambil mulutku kumat kamit membaca apa-apa ayat yang patut walaupun bunyinya tungang-langgang dan lintang pukang. lagipun bukan sekali dua disakat serupa ni, alah biasa tegal biasa,suara dalamanku berbisik memujuk hati. namun hati yang bergelora tiada sapa yang tau.

Benda bulat masih berguling dihadapanku, mengikut rentak van yang aku pandu, kalu aku pandu perlahan perlahanlah dia, kalu aku pandu laju semakin laju lah dia. Aku teruskan pemanduan dengan berhati-hati. Benda putih yang berguling dihadapan seolah2 ajak aku berlumba, berguling2 ligat jauh kehadapan meninggalkan ku. Semakin lama semakin jauh dan lenyap dalam kegelapan malam.

 Belumpun sempat perasaan damai bersarang dalam dada,benda putih tu muncul semula dengan tiba-tiba menuju kearah vanku dengan deras. Aku tergamam dan tak sempat mengelak lalu merempuhnya. Omakkkkkk..........kau........... apsal.. kau.. duduk kat sebelah aku......... sepontan tepacul keluar perkataan tu dari mulutku, akibat terlalu terkejut, nasib baik tak pitam. Mana taknya Apabila Dengan tiba-tiba dan selamba benda tu duduk bertinggik di sebelah kusyen sebelah pemandu sambil menyeringaikan gigi taringnya yang panjang dan berbau amat pahit dan memualkan kearahku. Tanpa berlengah aku melaungkan azan sekuat-kuat hati, bergema suaraku di dalam perut van, aku  ulang berulang kali tanpa menoleh kearahnya.Entah bila benda tu ghaib dari sisiku aku pun tak perasan, tau-tau vanku sudahpun melepasi pusat latihan PULAPOL.

Sempat juga aku melelapkan mata selama sejam, sebelum dikejutkan jemaah masjid untuk solat subuh bersama pagi tu. Ada diantara mereka yang sememangnya sudah mengenalikupun,Jadi aku tak kekok bila berada disini.Lagiupn dah tak sempat menempah bilik hotel seawal pagi begini.Jemaah Al-Arqam yang kebetulan berada di situ tersenyum memandangku sambil menuakan minyak wangi kearahku, aku sambut sambil berbalas senyuman. Nampaknya laluan sama aku dengan mereka hari ni,getus hatiku.

Selepas solat subuh dan besalaman dengan para jemaah, aku mengambil peluang untuk melelapkan mata seketika. Ketika terjaga semula jam sudahpun menunjukkan angka 8.00. lalu aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bersiap untuk bersarapan dan memulakan jualan hari itu. 

Sebelum perkarangan masjid aku tinggalkan, sempat juga mataku menjeling kearah jurujaual  Al-Arqam, yang sedari tadi beraktikaf dalam masjid dan asyik berwirid.kini suahpun berdiri untuk memulakan solat sunat Duhah dan sunat2 yang lain barangkali. Dalam pandanganku mereka cukup berdisplin dan rajin jika dibandingkan denganku.

Hari itu hampir separuh pusingan kedai di temerloh telahpun aku lawati, Selepas zohor dan makan tengahari aku akan absikan mana2 kawasan atau kedai yang belum sempat aku jengah lagi. Kekadang kesian melihat orang2 melayu yang berniaga ni, mereka seolah hidup segan mati pun segan. Ada juga jenerasi muda yang minat berniaga terpaksa memacak gerai segera di tepi2 jalan dan di tengah2 pekan, Kalaulah nasib mereka terbela oleh pegawai yang peka tentulah mereka boleh pergi jauh daripada itu. Banyak cara berkesan sebenarnya yang boleh dilakukan oleh mereka2 terutama UMNO bagi membela nasib mereka. malangnya setelah mandat diberi mereka lebih sebuk untuk mencekau projek bagi temboloknya sendiri. Tak percaya tanyakan orang2 pahang, bijih besi,tander,perniagan dan tanah siapa yang lebih monopoli.

Selepas zohor, dan makan tengahari, Aku dihubungi seseorang yang suaranya memang tak asing bagiku. Beliau ni terkenal dalam membuat ceramah-ceramah di sikitar feldamahupun pekan. Orang aku jugak, orang UMNO. Bukan main lentok lagi bila berbual denganku, Aku gelarkannya nenek bergetah, maklum pakaiannya sendat melekat dengan kulit setiap kali dil bisnes denganku, berbeza dengan pakaian yang dikenakan bila dia pergi berceramah di masjid2 felad sekitar pahang.Dah rindu kat aku agaknya, maklumlah akukan pucuk muda teruna pulak tu.. bukan teruna gersang tau. Hampir 15 minit berborak, aku berjanji akan menemuinya esok.

Lebih  kurang pukul 3 petang iaini distinasi ku yang terakhir, Aku lihat ada 3 -4 biji van jurujual tersadai di sebuah kedai. masing-masing jurujual berkumpul di luar kedai dalam keadaan tegang. yang nampak cool waktu tu hanya jurujaual Al-Arqam sahaj.Untuk mengetahui apa yang terjadi aku menghampiri mereka, Kebanyakan jurujual yang ada disitu adalah kenalanku.Lalu aku bertanya dengan salah seorang dari mereka," apa yang terjadi" rakanku hanya memuncungkan bibir macam mulut teko cina, kedalam kedai. 

Bila aku peratikan rupa-rupanya tuan kedai tengah berang dan mengamuk laksana disampuk penunggu bukit, abis barang2 kepunyaan jurujual yang disusun atas mehjanya dilontarkan keluar, ada sesetengah barang yang sempat hinggap pada batang tubuh jurujual, apa lagi kecohlah jadinya. Perkataan makihamun tingkat tinggi terhembur keluar macam bertih goreng, disusuli barang2 yang melayang menuju kearah jurujual.nasib baik silat kera umpama bidan terjun sempat mereka munafaatkan dan praktikan, termasuklah aku yang terpaksa melompat ke kiri dan kekanan. kalau tidak mau ada yang pecah kepala dilempar dengan botol-botol, kicap, sos, madu, belacan, ikan kering, batu bata, pasu dll.

Apabila keadaan reda, itupun setelah puas dipujuk jurujual Al-Arqam. barulah aku tau, segalanya berpunca dari pihak jurujual yang lewat menjengah, mengakibatkan barang2 yang tamat tempoh tersadai dalam kedai dan tidak boleh dijual. Yang hairannya jurujual Al-Arqam tidak pula dilemparnya, mungkin wajah mereka yang tenang membuatkan taukeh kedai malu untuk melempar kod, berbeza dengan kami yang hampir keseluruhan wajah mengherut mengikut rentak tokeh kedai....Alahai...terpaksalah aku batalkan dan menyusul semula pada bulan hadpan.

Malam ini aku Chek in di hotel bajet murah, aku nak berehat dan tidur puas2. esok pagi aku akan meneruskan perjalanan menuju ke pekan pelancungan kuantan... Ermmm apa agaknya Nenek bergetah sedang lakukan malam ni ek...takkan menyertai kereta rosak di sepanjang pantai telok cempedak....entahlah....akupu da rindukan si bakar si penguatkuasa agama yang kerap bertelagah dengan polis... hai pantai teluk cempedak nantikan kehadiran ku....



  






   

0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis