Petang itu 3/6/2013 tetiba kakiku gatal untuk meronda, mungkin buang tabiat agaknya. Mula-mula aku mronda keliling pekan, sambil mata melilau memerhatikan gerai-gerai kecil di kiri kanan jalan, Sungguh aku kagum dengan semangat juang mereka, bukan calang-calang orang boleh menempelkan wajah di tepi2 jalan. Wajah-wajah yang sememangnya sinonem denganku sedang berceratuk disitu,ada yang sedang mengembangkan payung, ada yang melanggot sambil tangan tersidai atas palang besi, mungkin sedang mengampu takut tertanggal agaknya. Ada yang sedang menjeling jiran-jiran dengan wajah hambar, Gelak ketawa yang disulami dengan senyuman nampak payau. gerai kecil ala koboi berderetan tak menentu, menambahkan kekusaman sediaada. mereka sudah bertahun berniaga disini, sudah maklum dan terbiasa dengan suasana sekitarnya.
Kerap juga pemandu kereta yang berselisih mencukakan wajah, maklum laluan menjadi sempit dan masing-masing cuba mendahului masa. Peniaga pula terpaksa bersaing mencari tempat yang paling strategik, demi mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri dirumah, peduli hapa dengan kesesakan,keselamatan atau laluan utama ye tak. yang penting masyuk...
Wakil rakyat yang baru dilantik entah dimana agaknya. mungkin tengah sebuk meeting untuk projek yang lebih besar.menyusun strategi untuk meluaskan lagi empayer keluarga, sementara masih berkesempatan ya tak. Sementara penyokong yang turut serta melalak melebihi sudu dari kuah sewaktu bekimpin sumbatkan sikit duit dalam mulut mereka,lepastu gadaikan janji manis yang kow-kow punya.. elleh musty senyap punya. mudah kan.. .Atau mungkin sedang meronda sambil menjeling anak-anak buah agar tidak berebut untuk mendapatkan petak berniaga sebagai tanda prihatin. Maklum tanpa mereka siapalah beliau. Atau mungkin juga tengah sebuk bercerita, bersama-sama teman seangkatan berkenaan formula ajaib tentang kejayaannya.
Tersentuh hati melihat gerai-gerai mereka, ermm nak diceritakan pun bangsa sendiri..kasihan mereka, modal mereka bukan besar mana pun, ada diantaranya terpaksa mengadaikan kebun demi untuk pusingan dan minat berniaga. Walau apapun harap-harap selepas ini mana-mana yang telah dilantik dan menjadi harapan rakyat untuk membela mereka laksanakanlah tugas dan amanah dengan baik. Apasalahnya bangsa melayu yang sudah lama berniaga ini disediakan tempat yang lebih menarik, lebih tersusun, lebih kemas dan sedap mata memandang, samada pengunjung tempatan atau pelancung asing. tanpa mengenakan caj yang tidak2 kepada mereka. Gerai-gerai sediaada perlu diubah dengan bentuk yang lebih menarik dan kemas sepertimana negara eropah, tanpa menghilangkan konsep asalnya.
emmm... patutnya yb yang kena fikirkan benda-benda seremeh ini. Untuk kepentingan diri sendiri dan sama-sama untuk membangunkan melayu itu juga.
Puas meronda di pekan, aku menyelusuri jalan belakang, menghirup angin petang sambil menikmati pemandangan di pesisir sungai, biasanya laluan ini digunakan sebagai laluan alternatif untuk menuju satu lagi pekan, Pekan simpang tiga namanya. pekan ni taklah besar mana, cuma buat masa ni orang panggil simpang tiga :). Merupakan laluan utama menghubungkan antara muar ke yompeng dan ke pagoh.
Terdapat masjid besar di sini yang menjadi kebanggan orang-orang simpang tiga, Masjid yang dikendalikan oleh ajk terkini memang aktif dan tampak benar-benar hidup. walaupun agak aneh, kerana setiap kali diadakan majlis ceramah atau berunsur agama lebih ramai muka-muka / wajah-wajah yang tidak dikenali bergentayangan di sini ( jemaah dari luar kawasan ). Manakala wajah-wajah atau ahli "ko ri ah" yang biasa dikenali/tempatan, boleh dihitung dengan jari. Selalu alasan yang kerap didengar " ceramah politik " Itulah sebabnya orang-orang di daerah aku mahir dan handal bab2 agama. Kalau takat kail panjang sejengkal jangan sekali-kali atau cuba-cuba menjentik ilmu yang penuh didada mereka :)) sayurlah jawabnya, boleh terbungkam bicara, :)). tak usah berbahas ilmu yang tinggi-tinggi, Ilmu fardu ain pun belum tentu boleh gigit . Itulah keajaiban dan keunikan yang di cengkam misteri di masjid simpang tiga ini. mungkin P.Sulong jugak kod sebab berjiran jek tu. Kalau tak takkanlah imam parit sulong kerap mengeluh..nasib pak imam laa...
Masjid simpang tiga pula berjiran dengan banjaran kedai,gedung, penempatan yang sememangnya hebat dan sedang membangun. Tahniah la pada yb-yb yang berkenaan atas kejayaan yang cemerlang ini.
Diantara ratusan kedai terselit beberapa buah kedai yang tajuk dan jenamanya kurang pasti, tetapi agak hebat kerana sejak kebelakangan ini ianya mendapat sambutan yang sungguh memberansangkan, berbanding dengan sebelum pilihanraya yang lepas.. Wajah-wajah dan kulit mereka walaupun tidak seiras dan sekala, tetapi sebangsalah dengan ku.... TIADA APA LAGI YANG HENDAK KU KATAKAN DENGARKANLAH SAHAJA LAGU DI ATAS... BANGSAKU TERTIPU DENGAN BANGSANYA DAN DIRINYA SENDIRI.....sayu hatiku....
0 ulasan:
Catat Ulasan