Uploaded with ImageShack.us

Rabu, 23 Julai 2014

Tuhan- Tuhan Manusia Yang Wajib Dikenali




Setiap diri adalah  pemimpin dan setiap pemimpin akan 

dihumbankan kesyurga / keneraka  bersama pengikutnya.


Kenali Tuhan-Tuhan Manusia



Setiap diri akan menjadi saksi di hadapan Rasulullah di mahsyar kelak, Sekiranya setiap diri itu melaksanakan seiring dengen kehendak Al-Quran dan Sunah Rasulnya maka mereka akan diizinkan Allah untuk mendapat  “syafaat” dari para rasul, para malaikat dan mereka yang dianugerahkan syafaat ( para nabi, rasul dan para malaikat ). Tetapi sekiranya mereka hanya mengambil sekerat-sekerat maka layaklah dirinya dikerat-kerat.

Setiap ummat atau jenerasi terdahulu menjadi saksi atas diri kita ( berdakwah), dan kita akan menjadi saksi pula  untuk ummat seterusnya ( berdakwah ), Jika ummat terdahulu atau tok nenek moyang kita terdahulu membawa pahaman sonsang atau sesat  atau yang bercampur aduk antara yang hak dengan yang batil  lalu kita ikuti mereka secara membutatuli tanpa merujuk kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulnya ( Hadis Ahad Sahaja, Barang siapa yang perbuat dusta terhadap Rasulullah mereka menempah tempat duduk dalam api neraka). Maka kita akan turut tersesat jauh menuruti jejak langkah mereka.

Setiap ummat wajib berdakwah dan saling ingat mengingati khusus pada anak dan isteri serta kaum kerabat  untuk jalan kebenaran dan jalan ketakwaan, Sekiranya mereka tidak menyampaikan yang benar dan hak  lalu di ikuti pula oleh  orang yang terkemudian iaini isteri, anak, cucu, kaum kerabat dan jenerasi penerusnya  maka mereka termasuklah golongan orang  ini  “ Memikul dosanya sendiri dan memikul dosa orang yang disesatkan secara sampurna “ . mereka inilah yang akan dihimpunkan bersama turun temurun, anak, cucu, cicit, piut dan keterunan penerus mereka sehingga hari kiamat, maka   penuhlah NERAKA.

Kecuali sekiranya mereka telah menyatakan kebenaran yang hak dari Al-Quran lalu dirinya , isteri-isteri, anak cucu keturunannya dan masyarakatnya sengaja ingkar dari menuruti yang hak Al-Quran, maka dirinya termasuk golongan orang yang sesat dan sekiranya mereka kembali taat tanpa membilah isi Al-Quran maka mereka termasuk golongan  ini “ orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain “. Kerana Al-Quran itu telah dipermudahkan.



Setiap suami adalah pemimpin kepada isteri-isterinya dan isteri kepada anak-anaknya.

Setiap diri adalah  pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertangungjawabkan atas kesesatan yang telah mereka amalkan dan yang telah mereka sesatkan. Pemimpin Negara kepada ahli jemaah menterinya, jemaah menterinya kepada masyarakat atau rakyatnya ( sebab itu undang-undang hudut wajib dilaksanakan ). Setiap suami adalah pemimpin kepada isteri-isterinya ( sebab itu disyariatkan dalam Al-Quran wajib memukul isteri tetapi  tak wajib belasah, yang ingkar mematuhi syariat yang ditetapkan ) Setiap isteri menjadi pemimpin kepada anak-anaknya dan anak-anaknya menjadi pemimpin ummat seterusnya. Mereka yang memimpin akan didakwa oleh orang yang di pimpinnya di hadapan Allah kelak, mereka itu  akan mengemukakan  dengan pelbagai alasan untuk terdindar dari azab neraka.

Bermakna sebagai pemimpin dan setiap diri pemimpin  tidak cukup hanya sekadar pemberi  nasihat sepanjang hayat , sekadar mengeraskan atau meninggikan suara melarang kemaksiatan, mereka wajib menjalankan hukum agar di akhirat kelak mereka tidak mempunyai alasan didakwa-dakwi oleh rakyatnya  untuk membebaskan diri. Seorang suami yang warak atau ahli ibadah  akan diazab kedalam neraka selagi mereka tidak memukul isteri dan anak-anaknya yang nyusus ( memukul dengan lembut bukan dengan ganas lalu katakana pada mereka “ Inilah penyaksianku di hadapan Allah melalui kalamnya yang benar  agar engkau tidak mendakwa-dakwi aku dihadapan Allah kelak”,  Seorang isteri yang alim tidak akan dimasukan kesyurga kerana enggan mentaati suami dan tidak mendidik anak-anaknya mengikut Al-Quran dan sunnah rasul. Demikianlah kerana sifat manusia itu memang suka mendakwa-dakwi untuk melepaskan diri masing-masing, tapi untuk itu Allah telah ajarkan kepada kita melalui petunjuk Al-Quran.



Wajib Kembali Kejalan Yang Lurus

Kerana pengkhianatan, enggan berkongsi kemewahan,  saling  tidak melengkapi untuk sama-sama menikmati hasil bumi , saling berlumba dan bersaing sesame sendiri  untuk kepentingan diri  sendiri , masih terlalu menebal dan merugikan masyarakatnya terutama mereka yang suka jadi ikan laga dan batuapi lalu melaga-lagakan sesame sendiri ( kecuali menyatakan yang hak, walau menjengkelkan agar tidak merugikan diri dan bangsanya).

Kenap kita wajib berada dalam keadaan  minda yang fresh dan bersih ?

Agar kesucian ini mengakibatkan manusia mempunyai roh yang kuat, idea yang hebat lalu berlomba-lomba dan saling tolong menolong, hormat-menghormati dalam pembangunan negara dan sesamanya agar kekayaan tidak hanya mengalir di sebelah pihak atau dikalangan orang-orang kaya sahaja. Masarakat miskin, orang asli,  orang kurang upaya, janda, mualaf,  mereka yang sememangnya lemah dapat dipimpin hingga Berjaya dan mereka yang banyak idea tetapi tiada upaya untuk pembangunan dirinya kerana terlalu banyak kekangan dan birokerasi  dapat menikmati hasil bumi ini dengan saksama. Jadikanlah setiap diri dalam masyarakatnya dapat menikmati dengan adil asil buminya inilah ISLAM.

Agar  setiap kepimpinan dan setiap diri  apabila dibangkitkan atau dibentangkan  satu-satu isu  mereka  dapat menerimanya dengan kefahaman mantel tingkat tinggi, mendalam lagi meyakinkan lalu dapat dirumuskan  semula  dengan baik, tanpa perlu banya prasangka dan perdebatan yang melere-leret serta dapat menjaga hati dari sifat amarah yang membuta tuli kerana sangking banyaknya melahap sifat-sifat fasik.

TUHAN-TUHAN YANG DISEMBAH / TAWASUL / PERANTARA



TUHAN-TUHAN SELAIN ALLAH, BERTAWASUL/PERANTARA YANG HARAM DISEMBAH. 

1.       Menyembah Kaabah ( Kaabah hanyalah arah kiblat )
2.       Menyembah Kalimah Allah atau Nabi Muhammad samada yang dibayangkan dalam fikiran atau yang diletakan di dinding atau atas tempat sujud. ( tidak boleh dibayangkan Allah dalam bentuk kalimah atau apa sahaja bentuk, Wajahnya hanya boleh dilihat oleh Ahli syurga dan hanya di Syurga Sahaja dapat menatap wajahnya yang maha mulia itu. )
3.       Menyembah Para Malaikat, Para Nabi dan Para Rasul.
4.       Menyembah Diri Sendiri atau hairan diri.
5.       Menyembah Matahari, Bulan, Bintang dan sebagainya.
6.       Menyembah Pokok,  Tunggul, rumah kosong  dan busut-busut.
7.       Menyembah Imam.
8.       Menyembah Tok Guru.
9.       Menyembah Ulama.
10.   Menyembah  Kuburan. Para nabi dan para wali.
11.   Menyembah Salib atau patung nabi Isa.
12.   Menyembah Rahib, Paderi, Fader dan sebagainya.
13.   Menyembah Tok Pek Kong, Sami-sami dan sebagainya.
14.   Menyembah Tagot/Syaiton
15.   Menyembah Berhala-berhala dan sebagainya.
16. Menyembah dan bertuhankan hawa nafsu ( golongan yang tidak terhingga ramainya )

Lihatlah sendiri apa yang kita sembah selam ini adakah ianya berbaloi, Apakah apa yang kita sembah itu mampu menciptakan bumi selain ini, dan mampu untuk menghidupkan kita selepas kematian ? Atau dapat menahan azabnya atau bencananya apabila ia datang.? Sedangkan diri mereka pun diciptakan dan tak mampu mencipta seekor lalat pun.

TAWASUL

Allah mengharamkan setiap hambanya yang Islam lagi Mukmin bertawasul ( kecuali berwasila dengan Al-Quran dan Rasulullah )  atau menjadikan mereka sebagai perantara seperti para nabi dan rasul , malaikat-malaikat,   imam-imam, kiyai-kiyai, wali-wali, tok guru-tok guru, embah-embah, jin-jin, dewa-dewa,  keris-keris dan apa jua yang seumpamanya. Allah lebih suka setip hambanya tidak kira ahli ibadah atau ahli maksiat hanya meminta, menyembah, berdoa dan sebagainya terus kepadanya tanpa bartawasul dengan selain darinya.

SYARIAT YANG TELAH DITETAPKAN

Untuk hidup mewah disisi Allah tidaklah mudah sepertimana yang kita sangkakan atau yang kita angan-angankan. Malahan hidup mewah di dunia ini lebih mudah asalkan kita pandai putar alam dan putar belit.





PERKARA-PERKARA HARAM,  DOSA BESAR, DOSA KECIL dan DILARANG DALAM AGAMA . 

1.       Mempersekutukan / mensyirikan  Allah dengan sesuat yang lain darinya dan mengadakan ketetapan  selain daripada apa yang telah ditetapkan dalam syariatnya ( Dosa yang tidak akan diampunkan )
2.       Membilah-bilah ayat Allah, beriman sebahagian dan ingkar sebahagian yang lain atau menjadikan kitab Allah dan agamanya sebagai barang mainan. ( dosa yang tidak akan diampunkan ).
3.       Mengada-adakan kebohongan keatas nabi  apa yang Nabi tidak Nyatakan selain dari hadis ahad. Iaini  hadis yang tidak lari  dan menyeleweng daripada apa yang telah  dinayatakan daripada Kalam-Kalam Allah ( dosa yang tidak akan diampunkan ).
4.       Murtad mengeluarkan dirinya dari islam secara jelas dan nyata. ( dosa tidak diampunkan )
5.       Fasik iaini orang-orang yang beriman dengan sebahagian atau sekerat-sekerat, serta orang yang bermain-main ketika ayat Allah diperdengarkannya.
6.       Munafik orang yang selalu menjadikan sumpah dan janji sebagai permainan dan pembohongan.
7.       Musrik Orang yang tahu tentang islam dan memahami ayat-ayat Allah tapi mereka mash mengabaikannya.


8.       Golongan Ar’Raad iaini golangan islam tapi belum beriman dengan ayat-ayat Allah.
9.       Arak atau sesuatu yang diolah oleh manusia untuk memabukkan, seperti tuak, pil estasy, pil kuda, dadah dan sebagainya kecuali mabuk semulajadi seperti mabuk laut, kenderaan, mengandung dan sebagainya.
10.   BerJudi,  semua jenis permainan dan sukan yang dipertandingkan untuk berjudi seperti lumba kuda  , judi bola, judi lumba basikal , main pakau, mahjung, mesin slot,toto, magnum dan sebagainya.
11.   Mengundi nasib atau cabutan no bertuah. Seperti cabutan premium di bank-bank, pasaraya-pasaraya, stesyen petrol dan apa jua yang melibatkan cabutan ataupun undian yang melibatkan harta orang ramai atau persendirian yang melebihi dari seorang, kecuali diadakan pertandingan kreatif seperti mengarang, cipta logo, mewarna, lari dengan kepala dan sebagainya.
12.   Menyembelih Binatang Dengan tidak menyebut nama Allah.
13.   Daging Babi.
14.   Bertenung atau menilik  Nasib.
15.   Ahli sihir samaada yang  mengamalkan atau mereka belajar.
16.   Berpawang dan berbomoh yang bersekongkol dengan jin.
17.   Berzina.
18.   Menjadikan kubur sebagai tempat solat.
19.   Meliwat.
20.   Menghampiri zina.
21.   Memfitnah atau bergossip.
22.   Mengadit filem prono dan mengadit wajah asal manusia.
23.   Membunuh tanpa alasan.
24.   Memukul, membelasah,  mencederakan dan sebagainya tanpa alasan yang dibenarkan.
25.   Mengabaikan Orang Tua.
26.   Menyamakan isteri dengan ibu sendiri.
27.   Makan Rasuah.
28.   Makan harta anak yatim.
29.   Makan harta Zakat dan Baitulmal selain asnab yang telah ditentukan.
30.   Membayar para hakim atau pemberi rasuah.
31.   Memakan Riba.
32.   Mempamirkan kemewahan dan sebagainya sehingga jiran tetangga tersinggung.
33.   Menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, sombong dan ego.
34.   Anak angkat yang di bin / bintikan atas namanya.
35.   Anak tiri yang dibinkan atas namanya.
36.   Bersetubuh dalam bulan haram / hariraya ( ibadah haji.)
37.   Bersetubuh dalam bulan puasa di siang hari.
38.   Melanggar Sumpah.
39.   Mendedahkan aurat.
40.   Menghianati perjanjian.
41.   Memakan harta orang lain bersama hartanya.
42.   Meninggalkan solat dengan sengaja. ( kecuali empat  sebab , haid/nifas,  gila/sawan/kerasukan/hilang  ingatan disebabkan mabuk  yang tidak disengajakan,  terlupa dan tertidur sehingga habis waktu ).
43.   Mahar / Maskahwin yang tidak diberikan,  kecuali yang telah diredhai.
44.   Mutaah ( pembayaran isteri yang di ceraikan ) dan tanggungan sara hidup ( yang tidak berkerjaya )  kecuali yang keluar berkerja atau berkerjaya sendiri  ( tidak berdosa.)
45.   Harta yang dituntut kembali  daripada bekas isteri yang diceraikan tanpa asbab kecuali yang nusyus.
46.   Tebus Talak / fasak yang belum dibayar isteri kepada bekas suaminya.
47.   Menghimpunkan perkahwinan adik beradik dalam satu masa ( adik dan kakak dijadikan isteri  kecuali jika salah seorang telah diceraikan)
48.   Isteri yang enggan bila diajak bersama.
49.   Suami yang dayus tidak mendalami agama.
50.   Berkahwin dengan lelaki dan perempuan penzina dan orang musrik .  
51.   Berkahwin dengan orang-orang kafir.
52.   Mahar yang belum dibayar kepada bekas suami kafir setelah isterinya lari/islam.
53.   Perbuatan, Perkatan atau  tindakan yang disengajakan untuk menyakiti hati suami.
54.   Suami yang mengharamkan apa yang telah Allah halalkan semata-mata untuk mencari keredaan isteri.
55.   Tidak menghukum isteri yang nyata nyusus dan ingkar menurut panduan syarak.
56.   Bercerai berai tanpa alasan yang benar, kecuali salah seorang menjadi fasik, murtad atau kafir.
57.   Dara palsu pembohongan.
58.   Menunjuk-nunjuk perhiasan  diri pada orang lain kecuali pada suami.
59.   Menghentakan kaki bila berjalan supaya perhiasan kakinya didengar orang.
60.   Bersuara keras di waktu pagi dan petang kerana hobi.
61.   Melanggar tiga waktu aurat, iaitu  Tengahari, solat isya dan sebelum subuh.
62.   Meninggikan suara kepada suami.
63.   Mendahulukan pendapat orang lain sebelum suami.
64.   Mengurat isteri orang yang masih bersuami.
65.   Menyimpan perasaan dan mengluarkan perkataan cinta kepada janda-janda yang masih dalam edah.
66.   Mengucapkan perasaan sayang dan janji merisik kepada janda-janda kematian suami sebelum tamat edah.
67.   Suami Tidak menyediakan tempat tinggal dan keperluan lain sedangkan isterinya dilarang bekerja.
68.   Tidak mahu malah enggan mengongsikan rezeki yang Allah lebihkan dari sebahagian yang lain. Suami kepada isteri atau Isteri kepada suami.
69.   Mengubah rupa asal, wajah atau tubuh, seperti bertatoo, warna kulit, rambut dan sebagainya, kecuali darurat atau penyakit.
70.   Batu api untuk bermusuhan.
71.   Orang Betina Yang Menyerupai orang jantan.
72.   Orang jantan yang menyerupai orang Betina.
73.   Perdagangan secara paksa / zalim.
74.   Mengurangkan timbangan dalam perdagangan.
75.   Perdagangan berunsur ribak. Dan lain-lain.
76.   Merasa mulia diri dibandingkan dengan yang lain.
77.   Kufur Nikmat.
78.   Tidak reti bersyukur dan berterimakasih.
79.   Enggan menghulurkan bantuan dan pertolongan.
80.   Tamak haloba dan kedeklut,
81.   Mewujudkan perpecahan dalam masyarakat.
82.   Tidak menghormati dan menyayangi sesame kaum kerabat, jiran tetangga dan sebagainya.
83.   Ahli cerita atau tukang cerita yang suka menokok tambah dalam penceritaan.
84.   Ahli syair temasuk pengubah lagu, kecuali mereka yang berdakwah dengannya.
85.   Ahli muzik yang berlebih-lebihan sehingga terkinja-kinja macam kera.
86.   Meneropong atau mencari-cari  kesalahan orang lain yang mereka tidak lakukan.
87.   Orang yang mendengarkan gossip dan fitnah dan mengadudumba untuk perpecahan.
88.   Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita.
89.   Bersembang dengan isteri orang atau anak dara tanpa tabir. Mukadimah zina.
90.   Berjoget dan menari di khalayak ramai.
91.   Perempuan yang mendendangkan suara sehingga orang terpukau dan stim dengannya.
92.   Suara yang sengaja dimanja-manjakan untuk menggoda orang lain.
93.   Bercating / bersembang dengan yang bukan mahram atau isteri orang secara  berlebih-lebihan.
94.   Mengungkit-ungkit atas pemberian / tidak ikhlas.
95.   Mengeluarkan perkataan  “AH” kepada ibubapa.
96.   Tidak saling menyeru dalam kebajikan dan ketakwaan.
97.   Tidak saling mencegah dari yang mungkar kepada yang maarof.
98.   Menutup atau menyekat rezeki seseorang secara zalim kerana tidak sebulu.
99.   Memakan harta wakaf.
100.                        Mengada-adakan wakaf tunai dan sebagainya untuk faedah dirinya dan membohongi masyarakat.
101.                        Boros dalam segala hal, harta, pemakanan, bicara yang berlebihan dan sebagainya.
102.                        Suka bercakap perkara-perkara batil dan tidak bermunafaat.
103.                        Menganggap semua perintah Allah itu remeh, menyusahkan, enteng dan sebagainya.
104.                        Menggunakan dari sumber haram untuk majlis-majlis ilmu dan jamuan ( menyebabkan ramai daripada kita apabila mengetahui ilmu tidak berbekas pada jiwanya.

Apa yang dinayatakan di atas baru sebahagian kecil sahaja, selebihnya anda galilah  dari Al-Quran. Sebab itu dalam surah An-Fushilat menyatakan setiap diri (manusia dan jin ) akan di benamkan ke dalam neraka untuk penyucian, atau kekal didalamnya, kerana dosa sebesar biji sawipun takan dibenarkan memasuki syurga Allah yang suci itu. Berapa lama kita akan dihumbankan kedalam neraka, bergantung kepada banyak dan sedikitnya dosa yang telah kita langgar. Tetapi orang-orang yahudi berangan-angan yang mereka akan dimasukkan ke Neraka  hanya sehari sahaja. Sungguh jauh tersesat  dugaan mereka itu.

Allah menyatakan, “ orang yang melakukan kebajikan sedangkan mereka beriman, merekaitulah yang beruntung.” Bermakna , Kebajikan tanpa iman iaini beriman sepenuhnya dengan apa yang telah Allah syariatkan.  amalannya adalah sia-sia sepertimana amalan orang-orang kafir yang rajin bersedekah dan sebagainya mereka tidak mendapat ganjarannya di akhirat atau ringkasnya dunia dapat dunia seperti kemewahan dan sebagainya.


Jadi untuk menjadi seorang mukmin yang beruntung pastikan diri kita telah mengimani dengan apa jua yang telah Allah perintahkan dan dijadikan ianya  pakaian hidup, iaini pakaian, cara hidup, cara  amalan,cara bersosial , cara beribadah, cara berihibur, cara berbiaga, cara belajar, cara bekerja, cara berilmu  dan sebagainya munurut  orang-orang yang bertakwa. Takut-takut amalan kebajikan, bersedekah,ibadah  dan sebagainya akan menjadi sia-sia. Sedangkan amalan bersedekah mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah sehingga kita tidak dapat menduga betapa besar ganjarannya yang akan kita perolehi walaupun kita bukanlah ahli ibadah seperti golongan tarekat atau sufi.


Pulanglah kata aisyah ( kejalan agama yang benar kata kami )



Moral : 

Janganlah mengidam untuk  berkahwin kerana asyik masyuk  bila melihat rakan-rakan lain berkahwin dan beranak penak, Janganlah pula mengidam bercrai berai apabila melihat pasangan lain seolah-olah bahagia dan janda manda semakin ramai dan meriah,  kerana sangking ramainya tangan yang menghulur simpati lantaran  mantel block yang menguasai diri , kerana tidak dapat  makan hanya sekeping roti, janganlah mengidam menjadi pemimpin jika hanya inginkan pencapaian dunia untuk dibanggakan dan dijadikan ukuran sehingga membelakangkan syariat. akhirnya negaranya bangkrup juga, Janganlah penzina dan siapa jua  berangan-angan masyuk kesyurga dan terlepas azab semata-mata memberi anjing minum. tanpa perlu berusaha keras untuk bertakwa.

Tiga amalan anak adam yang akan menyumbang pahala selepas kematiannya, dengan syarat mereka adalah orang-orang yang beriman, bertakwa, dan mentaati apa jua perintah Allah. Bagi yang sekerat-sekerat imannya tu tolonglah.... jangan berangan ye. Allah suka hambanya yang bekerja keras atas urusan yang lain selepas selesai satu urusan .

Bagi orang mukmin yang telah mengikut tatacara sepertimana panduan Al-Quran mereka tidak perlu bersedih hati. kewajipan anda menyampaikan dengan jelas dan terang sekiranya masih ingkar walaupun anda dah lenjun menasihati, kewajipan anda ialah mufarakah.


Pstt : 

Tahun ni ramai jantan-jantan khususnya dan betina yang tak puasa ya, kalau anda meninggalkan puasa dengan sengaja atau saja-saja tanpa alasan yang dibenarkan syarak, Bermakna anda berada dalam keadaan fasik dan kufur nikmat, selagi anda tidak bertaubat dan berazam untuk memperbaiki diri... janganlah anda berada dijalanraya atau lebuhraya atau bergaul dengan mereka ye,  kerana kefasikan amat dimurkai Allah, Jadi jangan kerana kefasikan  Anda, Hamba-hamba Allah yang tidak bersalah terpalit sama  dalam malapetaka azabnya, samada dalam perjalanan atau tempat tinggal, yang diakibatkan oleh dosa-dosa anda. ( hanya anda sendirilah yang tahu siapa diri  anda sebenarnya )

Selamat menyambut Aidilfitri dan berhati-hati dijalanraya.

Salaman.. Salam







0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis