KIAMAT AL-WAKIAH Audio malay
Hayati surah kiamat ini dengan tekun mudah-mudahan dipersaksikan agar mendapat syafaat Al-Quran.Sebenarnya ramai diantara kita yang buta huruf, cuma segan untuk mengaku kan... walaupun sebenarnya mereka celik termasuk yang Rabun-Rabun ayam,, kerana ramai diantara kita boleh mengeja abjat rumi, apapun itu bukan penghalang atau alasan untuk tidak menghayati isi kandungan Al-Quran. Barang siapa yang tidak menghayati isikandungan Al-Quran maka diharamkan syafaat keatas dirinya di mahsyar kelak.
Jika ada kekeliruan mengenai maksudnya elok dirujuk kepada guru yang Murshid. Mohonlah pertolongan dari Allah agar dijauhkan syaitan dari dalam aliran darah,hati,otak,nafsu dan tubuh jasad sejauh-jauhnya. Agar tidak menjadi Wali Syaitan.
Al-Quran merupakan mukjizat teragung, Hanya Allah sahaja yang memelihara kesuciannya lalu melengkapkan di dalam dada kita. Hindarkan diri aripada menghayati Al-Quran sepertimana kita membaca buku, menonton video, mendengar radio,membaca majalah dan sebagainya, jika tidak kita akan gagal menghayatinya dengan sebenar-benar penghayatan.
Kerana setiap ayat mukjizat teragung ini hidup sehinggakan kalau ditambah lagi selautan belum tentu cukup untuk menghuraikannya. Begitulah hebatnya mukjizat ini yang tidak dijumpai dari mana2 kitab sekalipun. Pelbagai rahsia laduni akan terbentang luas dan tersingkap satu-persatu didalam dada kita. Insyallah.
Jangan lupa kongsikan sesama teman tidak kira apa bangsa dan warna kulit mereka, samada melayu , cina , india, asli, murut,kadazan dan sebagainya, sahabat, keluarga, awek, isteri, suami dan semuanyalah.. jika tidak kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkan Dihadapan Allah, kerana tidak menyampaikan syiarnya sesama hamba.
Setiap diri manusia tidak akan dipertanggungjawabkan sesudah mereka menjelaskan apa yang hak dari Kalam Allah dan sunah rasulnya.
Jika tidak setiap kesalahan manusia akan dipertanggungjawabkan keatas dirinya.
Boleh Dihayati Di Sini.
Atau di sini untuk lebih lancar
Perjalanan beribu batu akhirnya berhenti disini :
- Moga tiada lagi pengarah-pengarah atau individu yang mempertaruhkan rasuah dengan neraka.
- Moga tiada lagi pegawai lelaki dan wanita yang meluluskan setiap projek dengan tumit sepatunya.
- Moga tiada lagi guru-guru yang mengambil waktu terluang semata2 untuk bersembang dalam laman sosial, tetapi menunggu-nunggu untuk mengambil peluang mengutip duit tuisyen.
- Moga tiada lagi guru-guru atau pegawai-pegawai PPD yang bersuara lentok digangang telefun.
- Moga tiada lagi mereka2 yang suka memberi isyarat lucah tidak kira masa dan tempak atau jabatan.
- Moga tiada lagi manusia yang suka menyembang kosong atas perkara yang sia-sia.
- Moga tiada lagi peruntukkan yang dihabiskan dan dibazirkan untuk satu projek, sedangkan . peruntukkan yang ada boleh diperluaskan untuk projek2 yang lain.
- Moga tiada lagi isteri-isteri yang mencari jalan menyusahkan hati suaminya, sedangkan perbutan itu diharamkan dalam Al-Quran.
- Moga tiada lagi isteri-isteri yang membuka pekung suaminya di laman sosial dan di mahkamah syrie ( termasuk golongan abu lahap )
- Moga tiada lagi lelaki dan perempuan yang liar pandangan matanya.
- Moga tiada lagi anak-anak tidak berbapa.
- Moga tiada lagi anak-anak dibawah usia 6 tahun melakukan sex.
- Moga tiada lagi anak-anak luar nikah.
- Moga tiada lagi para isteri yang mengkhianati suaminya.
- Moga tiada lagi para isteri yang gemar bersembang kosong di laman sosial mengkhianati suaminya.
- Moga tiada lagi wanita2 melayu memperagakan wajahnya di laman sosial semata mata untuk dipuji dan disanjung.
- Dan lain-lain... terlalu banyak untuk dinyatakan.... pedih hati dan pedih biji mata rasanya. ( senyum.... )
UNTUK MENJADI WANITA YANG PALING DISYANGI DAN DISENANGI OLEH KAUM ADAM, ELOKLAH BELAJAR DENGAN MAHLUK BIDADARI DARI SYURGA. KERANA ALLAH LEBIH MAKLUM DENGAN HAMBANYA YANG BERNAMA LELAKI .CIRI-CIRI MANAKAH WANITA IDAMANNYA. WALAUPUN JANTAN JENIS JONGOS SEKALIPUN PASTI CIRI-CIRI WANITA ITULAH YANG MENJADI IDAMANNYA.
MAAFLAH SEBAB TIADA BIDATERUNA DALAM SYURGA JADI TAK TAULAH PULA CAMMANA CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN BUAT WANITA.
CUMA YANG WAJIB DICARI IALAH YANG BERAGAMA ISLAM , BERIMAN DAN BERTAKWA ,BARULAH BOLEH BERJALAN SEEIRINGAN KE SYURGA ( SENYUM ).
SETIAP LELAKI DAN WANITA WAJIB MENGHAYATI ISI KANDUNGAN ALQURAN JANGAN BIARKAN DIRI ANDA HIDUP DALAM KEJONGOSAN.. ( SENYUM + MASAM )
Yang paling penting tidak kira siapapun kita sama ada yang buta huruf, pelacur,perompak,pembunuh, penyapu sampah, kakitangan kerajaan, swasta, persendirian dan apa jua jabatan serta taraf pendidikannya.. Hayatilah Al-Quran sepenuhnya dan secara keseluruhannya, Agar bangsa ini diberkati, dirahmati dan sentiasa dikurniakan ilham yang baik dan bermunafaat untuk sekelian ummat dan membangunkan ISLAM beserta teknologinya menurut Al-Quran.
Assalammualaikum.w.b.k
Sampai jumpa lagi untuk semua saudara dan sudari yang amat-amat disayangi, dikasihi dan dirindui.
Kerana manusia itu tidak pernah sampurna, tetapi mencari kesampurnaan adalah satu amanah.
0 ulasan:
Catat Ulasan