Uploaded with ImageShack.us

Khamis, 29 Ogos 2013

Orang tua terketar-ketar di kandang syrie siri 1



Doa Keampunan Untuk Mereka Tidak Diterima



Seawal 8.00 pagi kebanyakan penjenayah syrie termasuk le aku, sudah berceracak dan berceratuk sambil menglamun dengan   pelbagai gaya tersendiri, dahi pula  berkerut-kerut mencari akal bagaimana cara untuk mengakal dan melepaskan diri nanti, ada juga yang berpura-pura tenang dalam gelisah emm layanjerlah.... 

 Diantara mereka ada yang ditemankan oleh anak dan isteri masing-masing, nasib baik tak berangkut bersama orang kampung dengan bas kalau tidak tentu lebih meriah.  Biji mata kami sekali-sekala menjeling kearah peserta penjenayah lain sambil masing-masing menelan air liur berkali-kali manakala hati berbisik "bakal banduankah aku pada hari ini? 

Puas dan bosan menunggu ditempat duduk yang disediakan ditambah dengan pintu perniagaan mahkamah syrie belum juga terbuka-buka, aku angkat punggung lalu melangkah ke koredor disudut kanan mahkamah. Melepaskan pandangan menghayati keindahan langit biru yang sedang disimbah cahaya sang suria pagi yang baru bangkit dari ufuk timur,menenangkan fikiran lagi mendamaikan, berlatar belakang bangunan yang dibena tidak tersesusun dan sekata, semakin direnung bangunan-bangunan tu semakin menyakitkan mata dan menyemakkan fikiran pulak. "Cheh bersepah macam jurutera dan ahli politik yang tidak seragam lagi jakun jawatan jugak.

Tanpa disedari dan sedang asyik mengelamun sambil memerhati gelagat pekerja stor yang sedang sebuk menyusun barangan audio kedalam vannya, gelagat aku rupa-rupanya sedang ditiru oleh peserta penjenayah yang lain, masing-masing menopang dagu dengan tangan, tersusun kemas macam tentera yang baru seminggu berkahwin yang dipaksa meninggalkan bini tercinta demi negara,  berdere-deretan dikoredor. Alahai. 

Terasa dah macam panglima perang pulak aku. apa-apa ajalah asalkan bahagia. Sempat juga aku merenung sambil menjengkal wajah mereka satu persatu.Dalam hati cuba meneka apakah kesalahan syrie yang telah mereka lakukan agaknya. Kalau dilehat pada raut wajah masing-masing tidaklah mengambarkan wajah penjenayah sadis lagi mengerikan lagi menggerunkan, kebanyakan wajah-wajah mereka normal macam manusia-manusia normal yang lain jugak, rasanya tokoh banduan ada kod... Agaknyalah.

Bila dah saling memandang sambil senyum-senyum kambing payau yang terserlah tanpa rela dan ikhlas, akhirnya apa yang terbuku dan terpendam didalam hati masing-masing terungkap melalui bicara yang dilontarkan, barulah aku faham.. Oooo... macam tu rupanya..

Akhirnya apa yang ditunggu dah pun tiba, pintu perdagangan mahkamah syrie sudahpun dikuak luas-luas, tanpa diarah kami sepasukan penjenayah-penjenayah  masuk dengan tertib je keperut mahkamah. mengalahkan ketertiban waktu masuk kedewan masjid pulak 'cheh'. Dewan mahkamah menjadi sunyi sepi, masing-masing membungkam seolah-olah ada malaikat betina yang bertahta dibangku hakim sambil memegang tukul besi besar sedang merenung tajam dahagakan duit,wang,duit,wang... kearah kami.. Kalau gugur taik cicak dari atas bumbung pasti berdentum dan membuatkan kami terpaksa melarap diatas lantai, kerana sangking terkejutnyalah.. perkkk.. ( agak-agaklah kalau nak menulis brader ) sedangkan hakim yang ditunggu dan yang mengendalikan kes masih belum muncul-muncul juga.

Apa Yang pasti tempat duduk kami sentiasa berkeriot-keriot menjerit-jarit minta digantikan dengan yang baru..emm duit lagi tu.. bagi yang lemah akal dan tidak mengetahui bilik ni adalah mahkamah syriah dengan pintunya yang tertutup rapat.. wahh... gmpak sih...  pasti ada yang pasang telinga dan berimiginasi ada orang tengah buat projek dalam tu...ish-ish-ishhhh..

Meja hakim lebih tinggi dan memanjang, manakala bangku dan tempat menyandarnya juga tinggi sama tinggi dengan harapan pejabat agamanya juga kod. Meja penterjemah mahkamah bawah sikit dari meja hakim siap mekrofon kecil boleh buat berkaraokie tu. 

Manakala meja pendakwa dan loyerburuk syrie lagi bawah membelakangkan penjenayah, menghadap hakim untuk memudahkan pasing-pasing fail antara pendakwa, penterjemah dan hakim kod. Kalau kebetulan pendakwa syrie atau loyerburuk syrienya betina, memang besat. Jenuh melihat punggung mereka tergelek-gelek , terutama  apabila mereka membacakan pertuduhan maka mereka akan memalingkan muka untuk melihat penjenayah, seterusnya berpaling semula melihat penterjemah dan hakim mahkamah, apabila melihat reaksi mereka teringat pulaklah lagi seperti dibawah ni .... "lagu geleng-geleng, angguk-angguk " dan lagu M.daud kilau Cheh kuss semanggat... 






Apapun jom menari gelek.....






emmm kena sambung menulis lain hari la pulak panass..  ... :))
    





   

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis