Uploaded with ImageShack.us

Jumaat, 5 April 2013

Hukum nikah dengan penzina itu haram

Penyakit serius yang menghinggapi remaja zaman ini walaupun mereka berilmu. Ini kerana asas humum yang dipermudahkan membuatkan mereka menggila dan ketagih.


Kenapa Bernikah Dengan Penzina Itu Haram,





Jawapan dari soalan yang biasa kita dengar :

Soalan 1 : Ustaz saya pernah terlanjur, adakah saya perlu bercakap benar apabila ditanya oleh bakal suami nanti dan sah kah pernikahannya.

Jawapan dari ustaz2 yang biasa kita dengar :  Tidak perlu berterus terang dan sah.

Jawapan yang terlalu ringkas menjadi kecelaruan  keturunan dikemudian hari.

Untuk sesebuah kerajaan rumahtangga penipuan seperti ini adalah diharamkan, Sebab itu Imam Ahmad mengharamkan pernikahan seperti ini, kerana kebiasaannya ia akan melahirkan jenerasi yang lemah akal dan akhlak.

Kecuali jika bakal suami atau bakal isteri yang apabila mereka mengetahui kebenarannya, mereka memaafkannya dan bersedia untuk membimbingnya. Baru sah pernikahannya.




Sering kali kita membaca keluhan daripada mereka yang terasa dirinya dikhianati, apa kata mereka.? 

kes 2 : Saya seorang lelaki dan kini bergelar suami, untuk pengetahuan, saya tidak pernah berzina dan sentiasa menjaga syariat beragama, minum arak,berjudi dan sebagainya.Dalam pergaulan pula saya sentiasa membatasi perhubungan yang bukan mahram. Kerana waktu belajar dahulu saya diyakinkan orang-orang yang menjaga kesucian dirinya dari perbuatan keji akan dianugerahi pasangan yang suci juga. Tetapi kini ia berlaku sebaliknya, saya ditipu kerana  bernikah dengan seorang wanita yang kini bergelar isteri yang pernah terlanjur berzina dengan teman lelakinya. Tembelangnya pecah kerana secara kebetulan ketika mengenali kawan baru, yg beliau sendiri tidak mengenali isteri saya, yang amat peramah.
Kerana terlalu ramah beliau terlanjur bercerita dan menunjukkan gambar-gambar bekas aweknya yang dahulu. Alangkah terkejutnya saya yang teman wanitanya dahulu kini menjadi isteri saya, dimana mereka pernah terlanjur beberapa kali. Oleh kerana saya bukanlah seorang yang gopoh, Untuk mendapat kepastian saya minya izin untuk umplod gambarnya kedalam h/p saya.

Setelah mendapat waktu yang sesuai, Saya memujuk serta meyakinkan isteri dengan pelbagai jaminan, akhirnya saya menunjukkan gambarnya bersama pasangannya dahulu, Lalu bertanyakan apakah peristiwa sebenarnya yang berlaku. Akhirnya iasteri saya mengakunya tentang ketelanjurannya dan meminta maaf. Tetap saya merasakan nasi sudah menjadi bubur.. hati saya hancur kerana dikhianati dan terasa diperbodoh-bodohkan. Kalau Islam itu Adil Dimana Keadilannya.? 



Jawapan:

Keadilan Islam.


Ini dalilnya:

"Perempuan -perempuan yang berzina hendaklah mengahwini lelaki-lelaki penzina atau lelaki musrik, Lelaki-lelaki yang berzina hendaklah mengahwini perempuan-perempuan yang berzina atau perempuan musrik. Yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang yang bertakwa"


Maksudnya orang-orang yang bertakwa lelaki dan perempuan mereka diharamkan mengahwini orang-orang yang suka melakukan zina atau pernah berzina, kerana mereka selalunya akan mengulangi perbuatan keji itu kecuali mereka yang benar2 bertaubat dan mendapat restu dan kemaafan dari bakal suami atau isteri masing-masing dan berikrar akan menyampurnakan hukum2 Allah, Itupun setelah mereka membuat pengakuan benar.

Orang-orang yang sudah tiada kesucian dengan jalan zina hendaklah mencari pasangan yang serupa dengan mereka juga , agar mereka dapat sama-sama bertaubat dan tidak mengkhianati pasangan mereka yang tidak pernah berzina.  Kecuali yang dipaksa atau yang dirogol mereka harus merahsiakannya. 

 ( siapakah yang benar-benar bertaubat itu, Iaini mereka yang mengambil jalan agar hukum Allah dilaksanakan keatas mereka, atas kesalahan yang dilakukannya  sepertimana yang telah disyariatkan. Kerana ia lebih ringan berbanding hukuman Allah di Akhirat kelak, dan bukan sekadar berangan-angan serta menduga-duga dengan bertaubat mereka sudah terlepas dari hukuman, sedangkan Hukuman di akhirat kelak akan tetap juga dilaksanakan sekiranya mereka terlepas dari hukuman dunia)





Walaupun kebelakangan ini banyak pecanggahan dalam pendapat ulama, Kita sebagai orang islam wajib kembali kepada Al-Quran first dan Al-sunnah.

Jangan pula kerana takut tidak dapat bernikah kita sanggup menipu, atau sentiasa menipu demi untuk menyelamatkan rumahtangga. Akhirnya porak peranda jugak. Sebab itu menipu sanggat dibenci dalam islam .Apatah lagi yang melibatkan sesebuak kerajaan rumahtangga.

"Seorang lki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik, Orang perempuan yang baik adalah untuk leleki-lelaki yang baik pula."

Elakkan pernikahan yang haram atas jalan penipuan kerana ia akan melahirkan anak-anak zina yang keras hatinya membatu tanpa disedari.

Bagi anak hasil hubungan haram pula, mereka tidak boleh pula berlepas diri dengan memberi pelbagai alsan, kerana hidayah itu wajib dicari dan Terpulanglah kepada Allah yang maha penyantun lagi pengasih menentukannya.



JANGAN TENGGELAMKAN DIRI DALAM SIFAT DUSTA KERANA PENDUSTA ITULAH ORANG-ORANG FASIK, ORANG-ORANG FASIK SESUDAH BERIMAN, MEREKALAH SEBURUK-BURUK JALAN DAN AKHIRNYA SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI. 




1 ulasan:

alwimustaffa berkata...

bagaimana pula hukum pernikahan yang berasal dri sihir atau pukau seorang lelaki terhadap seorang wanita yg ingin dinikahinya...sedangkan perempuan itu disihir sehingga tak rela pun terpaksa rela???

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis