Uploaded with ImageShack.us

Rabu, 24 April 2013

Telah Kafir Orang-Orang Yang Berdolak Dalik Dengan Hukum Allah.

 

 
 

 MIC, MCA, DAP , CINA, INDIA DLL,AMBIL KURNIAAN TERHEBAT INI KERANA MELAYU SUDAH LAYU

 
Alasan Apa Lagi Untuk Manusia Tidak Mengerti Dan Memahami  Isi Kandungan Al-Quran Dan Dengan Alasan Apa Lagi Untuk Mereka Berhujah Dan Berdalih Dihadapan Allah Kelak. Sedangkan Isi Kandungan Al-Quran Sudah Diterjemahkan Dalam Pelbagai Bentuk, Dari Tulisan, Rasa, Sehinggalah Visual Audio. 
 
 Al-Quran Membawa Kerahmatan Kepada Orang-Orang Kafir. Jika Bukan Kerananya Pasti Mereka Sudah  Lama Ditimpa Azab.
 
Kenapa ???  Memilih Jalan Kekafiran Sesudah Beriman, Sungguh Kita Sengaja Menempah Jalan Kesengsaraan, Kehancuran Dan Seburuk-Buruk Tempat Kembali.
 
" Barang Siapa Tidak Memutuskan Dengan Apa Yang Diturunkan Allah, Maka Mereka Itulah Orang-Orang Kafir "
 
Hayati Berulang Kali Di Mana Kita Sebenarnya 
 
Laluan mana lagikah yang hendak mereka pilih, Sedangkan Al-Quran itu diturunkan Dari Alam Mulia Berteknologi tinggi yang tiada taranya, Didalamnya ada mengandungi dua ayat, Muhkamat dan Mutasabihah.
  1. Muhkamat : menerangkan asas pokok bersyariat, mengenai hukum hakam yang mudah difahami dan di ikuti. Agar hidup manusia berperaturan, berdisplin lalu menjadi mausia mulia yang paling dipercayai diantara sekelian makhluk, Menjamin kesejahteraan sesamanya dan seisi alam.
  2. Mutasyabihah : Yang hanya dikurnikan kepada hambanya yang mulia dari bekas yang bersih dan suci. Hanya ilmu-ilmu berteknologi tinggi Super dan sebagainya akan diilhamkan kepadanya. agar dapat dimunafaatkan oleh makhluk seisi alam..Kerana mereka tiada kepentingan didalamnya untuk diri sendiri, melainkan kesemuanya dipulangkan kepada Allah demi alam dan penghuninya.
  3. Mana mungkin ilmu yang hebat ini akan dicampakkan dan di ilhamkan kepada mereka2 yang kotor dan rosak mindanya akibat perkara-perkara batil yang di dorong nafsunya, atas perlakuan maksiat dan bermain-main dengan ayat-ayat Allah. Lagi-lagi minda yang rosak akibat laluan kekafiran yang mereka ikuti sesudah Beriman. 
  4. Malangnya ramai diantara mereka yang TIGA SUKU mencari-cari takwil dan makna, melalui ayat-ayat Mutasabihah, akhirnya mereka mengundang kesesatan dan kehancuran.Lalu mempengaruhi orang-orang yang sedia jahil/bodoh menurut jejak langkah mereka.   
     
  5. Sudah terlalu lama masa dibazirkan dan masa terbuang, terutama apabila uban mulai memutih, tenaga mulai kurang, ingatan mulai luntur, penyakit mulai bertandang dan ajal mulai mendekat. Barulah mereka sebuk untuk mempelajari ilmu fardu ain, fardu kifayah, Ketahudian dan sebagainya. Sepatutnya ilmu itu sudah mereka kuasai dan bersyariat serta beramal dengannya sejak mereka berusia SEMBILAN tahun lagi.
  6. Pelajari sejarah silam, bagaimana saintis islam berjaya membena teknologi  hebat, yang sehingga kini saintis moden tidak dapat merungkaikannya.
  7. Tolong Jangan Jadi Pemimpin Penipu Dan Penghianat Pada Agama Dan Pada Bangsanya Sendiri, Mereka Meraih Kekayaan Hanya Semata-mata untuk tembolok dan suku sakatnya sendiri.Lalu memperbodoh-bodohkan rakyat mereka dengan sistem pendidikan yang sedia BODOH/jahil


Pelik mereka sebagai pemimpin MELAYU ISLAM  tergamak merosokan golongan mereka sendiri, malah anak bangsa lain yang bernaung dibawahnya dengan lebih mempercayai ideologi selain dari AL-Quran. Mesajikan pelbagai hiburan dan budaya songsang yang merosakkan, Menjahanamkan minda rakyatnya dengan pronografi, serta meracuni fikiranmereka menjadi BLUE DAN BIRU.
 
Kenapa suka menjadi penipu dan menipu demi golongan sendiri, Mereka membena masjid yang besar besar dan indah, lalu di ungkit-ungkit sedangkan bilangan jemaahnya hanyalah tiang-tiang Masjid. Dalam waktu yang sama mereka mengadakan program-program Fasik dan hiburan yang melampauai batas. 
 
Mereka mendirikan sekolah-sekolah agama, dan sekolah-sekolah tahfis, tapi dalam masa yang sama minda mereka disumbat dengan perkara-perkara munafik.
 
Satu formula kejayaan mereka, yang berjaya merosakan akidah dan minda sang lebai, sang tahfis, sang kiyai, sang ustaz dan ustazah, sang ulama, sang mufti dengan acara-acara,program-program,hiburan-hiburan dan minifisto syaiton terancang.
 
 
 
JUJURKAH MEREKA, IKHLASKAH MEREKA, AMANAHKAH MEREKA, CARA INIKAH MEREKA BERJUANG UNTUK MEMBANGUNKAN AGAMANYA, BANGSANYA DAN NEGARANYA. BUKANKAH KETARA BENAR YANG  MEREKA, MERUPAKAN BAPAK SEGALA PENIPU DAN TEMBERANG YANG SENGAJA MEWUJUDKAN JALAN MENUJU KEHANCURAN BUAT BANGSANYA SENDIRI.
 
 
 
KITA BUKAN BANGSA DAN INSAN MULIA UNTUK MENDABIK DADA DAN BERKATA-KATA.
DAN BUKAN PULA BANGSA YANG SUKA BERTELAGAH SESAMANYA.
BUKAN PULA BANGSA YANG TERPELIHARA DIRINYA DARI PERLAKUAN DOSA DAN MAKSIAT.
TIDAK KIRALAH SIAPAPUN KITA DAN DARI MANA ASAL USULNYA. KERANA SEMEMANGNYA MANUSIA ITU TIDAK SAMPURNA. TETAPI KITA BERKEWAJIPAN MELAKSANAKAN KESAMPURNAAN DARI YANG AMPUNYA ALAM INI MELALUI MUKJIZAT AGUNG DARI YANG MAHA MULIA, MAHA BERKUASA, MAHA TINGGI ,MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG DAN MAHA TERNAMA. DEMI MUNAFAAT,KEPENTINGAN DAN KELANSUNGAN HIDUP UNTUK MANUSIA ITU SENDIRI. DI DUNIA MEREKA DIREDAI DI AKHIRAT MEREKA DIMULIAKAN.
 
PERDENGARKANNYA SETIAP HARI  AGAR KITA MENJADI BANGSA YANG SERING INGAT MENGINGATI DAN BERKASIH SAYANG ATAS JALAN KEBENARAN:
 

  
 
Isi Neraka, Ulanginya Sehingga Kita Sedar Siapa Diri Kita Sebenarnya.

 
 
 
 Perbezaan Orang Yang Berakal Tiga Suku Atau Gila Dengan Orang Yang Berakal Sihat Dan Berilmu, Ialah Mereka Yang Selalu Menghayat Isi Kandungan Al-Quran, Bukan Mereka Yang Bergelar Dengan Pelbagai Gelaran Ganjil Serta Tingginya Taraf Pendidikan Atau Jenama Pelik Lagi Aneh Tempat Pengajian Mereka ,Beserta Banyaknya Topi Buku Atau Baju Kelawar Yang Berkala-Kala Yang Diletak Atas Kepalanya Atau Yang Disarung Pada Tubuhnya.
Asalkan Mereka Menghayati Isi Kandungan Al-Quran, Tidak Kiralah Taraf Mana, Samada Dari Pelacur,pencuri,pembunuh sehinggalah ke Kelas Bangsawan. Merekalah Sebenarnya Berakal Sihat Dan Sampurna.

yyrmteam.
(Ya Allah Hu Ya Rohman Ya Rahim)


Sabtu, 13 April 2013

ISTERIKU SI JANDA SENGAL BERZINA VOL2

Sambungan dari : isteriku-si-janda-sengal-vol1.html


ISTERIKU SI JANDA SENGAL BERZINA VOL2

 
 
"Perempuan -perempuan yang berzina hendaklah mengahwini lelaki-lelaki penzina atau lelaki musrik, Lelaki-lelaki yang berzina hendaklah mengahwini perempuan-perempuan yang berzina atau perempuan musrik. Yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang yang bertakwa"
 
 
Setelah memilih di satu sudut yang sesuai, kami melabuhkan punggung diatas kerusi pelastik yang disediakan,mata kami bertentangan seolah2 ada kata2  yang akan terzahir tetapi tidak terungkapkan. Tiba-tiba, kami serentak mengangkat tanggan memanggil pelayan, untuk memesan makanan dan minuman.ermm terasa gelojoh pula bisikku dalam hati.
 
Sambil menunggu pesanan sampai,sepasang biji mata kami melilau melihat gelagat pelanggan yang keluar masuk kedai.Ada yang melanggot berseorangan sambil merenung asap berkepul-kepul di udara, yang dihamburkan  dari dua rekahan bibir yang dimuncungkan,kemudian bibir dibungkemkan lalu dijuehkan sambil mengeleng-gelengkan kepala beberapa kali, mata hitam pula menongkat keatas sambil melihat langgit lepas.( fius Blow Agaknya ).
 
Di satu bahagian yang lain, sepasang kekasih remaja gamaknya, sedang asyik mahsyuk menikmati juadah, wajah mereka nampak ceria dan bahagia, tatapan dan renungan mata diantara mereka sentiasa berirama rindu, membisikkan kata hati nan mekar berbunga lalu menyulam kasih setaman, kononnyalah.
 
Selang semeja yang berhampiran dengannya pula terdapat pasangan pertengahan umur, apa yang mereka bualkan kami tak pasti, kekadang mereka tertawa terkekeh2, Sang lelaki ala-ala romeo, bermata galak penuh nafsu, ada seutas rantai beruk dilehernya, manakala dipegelangan tangannya dibaluti gelang sepisis macam banduan terlepas kandang, pasangannya pula memakai baju sendat membelah dada, putingnya pula tersembul keluar disebalik baju, rambut berbagai kala, sekali pandang macam zirafah, bila dua tiga kali pandang dah macam siamang kacukan ungka, renunghan matanya galak, gaya pandangan penuh menyelerakan dan kegersangan. Spisis seperti ini biasanya janda gersang kod.
 
Nun jauh dibelakang meja kami juga terdapat pasangan sederhana umur, gelagat mereka macam orang dilanda monopos, masing-masing mulut muncung dan masam mencuka, jelingan dan lirikan mata  menyampah jelas kelihatan, agaknya badan masing-masing bau getah beku tu, akibat nak pantas dah lupa sembur setempayan peufum.
 
Belum sempat otak nakal dan mata kami melilau sambil tawaf sekeliling, pesanan yang kami pesan tadi dah pun sampai.
 
Apalagi kamipun melantaklah dulu..
 
erkkk....
 
Setelah masing-masing sendawa, aku perhatikan kenalan baruku masih membungkem, tadi masa berbual dalam telefun bukan kemain lagi ramahnya dia,kini bila dah didepan mata jadi pendiam pula takkan tergoda ngan aku pulak,mustahil-mustahil aku bukannya lawa pun, apatah lagi berwajah jelita, cuma kacak jek.
 
Kalau dia ni awek takpalah jugak, paling tidak dapat jugak aku main tenung-tenung, renung-renung sambil melihat senyuman meleret dibibir dengan wajah malu-malu dan manja kucingnya. ada gak makna dan faedahnya. 
 
Setelah agak lama membisu, aku bertanyakan tentang isi kandungan fail 30 sen yang dibawanya. Wajahnya agak tersentak. kemudain menghadiahkan senyuman manis kearahku.. ehhhh.... mamat ni, buat aku serem jek.
 
Sambil tangannya membuka fail lalu menunjukkan kearahku, aku menyelak sambil menyemak helaian demi helaian. tanpa diminta, mulutnya rancak bercerita......
 
 
emm dah panjang sanggat menulis ni...kena sambung lain hari la pulak....ye.......
 
 

 





Jumaat, 12 April 2013

Digoda Nenek Bergetah Al-Alqam siri 4

Sambungan dari : al-arqam-aku-disapa-penunggu-jalan-siri 3.

Digoda Nenek Bergetah Al-Arqam siri 4






Sebaik sahaja vanku berhenti, ianya bergoncang dengan kuat, aku tergamam dan gelabah , minda ku terhenti buat seketika, panik tak tau nak buat apa, lebih kurang 2-3 minit goncangan berhenti, aku memerhati keadaan sekeling di luar, tidak ada apa yang dapat ku lihat, melainkan hujan lebat dan kabus tebal  serta pekat malam yang mencengkam, peluh dingin mula terpercik di dahiku dan celah ketiakku,peluh mula merembes di baju, bulu roma jangan ceritalah takda stupun yang tidak terpacak dari hujung rambut sampailah ke hjung kaki.

"Jangan-jangan vanku nak mengelungsor ke tebing jurang tak".Dadaku mula berdegup kencang, Tiba-tba vanku digoncang sekali lagi, tanpa berfikir panjang, aku nekad membuka pintu lalu terjun keluar dari perut van. Sebaik kaki mencecah ketanah kabus yang menyelubungi serta merta hilang,hunjan yang turun lebat umpama ais terhenti yang tinggal hanya hujan gerimis. sementara van ku berada dalam kedudukan yang baik di bahu jalan dan tidak bergoncang sepetitadi. 

Setelah memastikan keadaan betul-betul selamat, aku masuk semula ke perut van, baju yang basah bercampur baur dengan air hujan aku gantikan dengan yang baru. Kedinginan mula mencengkam,menyusuk sampai ke tulang son-somku.Perjalanan yang tergendala mesti diteruskan, aku perlu sampai ke temerluh sebelum subuh dan perlu habiskan pusingan jualan disana sehari, lagipun tak banyak kedai melayu disana, yang ada pun kebanyakannya tinggal tunggu tersembam kebumi.apapun pusingan dan usaha mencari market baru mesti diteruskan. Walaupan cabaran untuk membuka market baru di kedai cina agak memeritkan. cuba tetap cuba.Kerana lusa aku perlu berada di medan pelancungan kuantan pula.

Belumpun sampai 10 minit aku memandu, tiba-tiba muncul benda bulat berguling-guling di hadapan vanku, semakin lama semakin memanjang membentuk mayat yang dikafankan. Aku persetankan semua tu,sambil mulutku kumat kamit membaca apa-apa ayat yang patut walaupun bunyinya tungang-langgang dan lintang pukang. lagipun bukan sekali dua disakat serupa ni, alah biasa tegal biasa,suara dalamanku berbisik memujuk hati. namun hati yang bergelora tiada sapa yang tau.

Benda bulat masih berguling dihadapanku, mengikut rentak van yang aku pandu, kalu aku pandu perlahan perlahanlah dia, kalu aku pandu laju semakin laju lah dia. Aku teruskan pemanduan dengan berhati-hati. Benda putih yang berguling dihadapan seolah2 ajak aku berlumba, berguling2 ligat jauh kehadapan meninggalkan ku. Semakin lama semakin jauh dan lenyap dalam kegelapan malam.

 Belumpun sempat perasaan damai bersarang dalam dada,benda putih tu muncul semula dengan tiba-tiba menuju kearah vanku dengan deras. Aku tergamam dan tak sempat mengelak lalu merempuhnya. Omakkkkkk..........kau........... apsal.. kau.. duduk kat sebelah aku......... sepontan tepacul keluar perkataan tu dari mulutku, akibat terlalu terkejut, nasib baik tak pitam. Mana taknya Apabila Dengan tiba-tiba dan selamba benda tu duduk bertinggik di sebelah kusyen sebelah pemandu sambil menyeringaikan gigi taringnya yang panjang dan berbau amat pahit dan memualkan kearahku. Tanpa berlengah aku melaungkan azan sekuat-kuat hati, bergema suaraku di dalam perut van, aku  ulang berulang kali tanpa menoleh kearahnya.Entah bila benda tu ghaib dari sisiku aku pun tak perasan, tau-tau vanku sudahpun melepasi pusat latihan PULAPOL.

Sempat juga aku melelapkan mata selama sejam, sebelum dikejutkan jemaah masjid untuk solat subuh bersama pagi tu. Ada diantara mereka yang sememangnya sudah mengenalikupun,Jadi aku tak kekok bila berada disini.Lagiupn dah tak sempat menempah bilik hotel seawal pagi begini.Jemaah Al-Arqam yang kebetulan berada di situ tersenyum memandangku sambil menuakan minyak wangi kearahku, aku sambut sambil berbalas senyuman. Nampaknya laluan sama aku dengan mereka hari ni,getus hatiku.

Selepas solat subuh dan besalaman dengan para jemaah, aku mengambil peluang untuk melelapkan mata seketika. Ketika terjaga semula jam sudahpun menunjukkan angka 8.00. lalu aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bersiap untuk bersarapan dan memulakan jualan hari itu. 

Sebelum perkarangan masjid aku tinggalkan, sempat juga mataku menjeling kearah jurujaual  Al-Arqam, yang sedari tadi beraktikaf dalam masjid dan asyik berwirid.kini suahpun berdiri untuk memulakan solat sunat Duhah dan sunat2 yang lain barangkali. Dalam pandanganku mereka cukup berdisplin dan rajin jika dibandingkan denganku.

Hari itu hampir separuh pusingan kedai di temerloh telahpun aku lawati, Selepas zohor dan makan tengahari aku akan absikan mana2 kawasan atau kedai yang belum sempat aku jengah lagi. Kekadang kesian melihat orang2 melayu yang berniaga ni, mereka seolah hidup segan mati pun segan. Ada juga jenerasi muda yang minat berniaga terpaksa memacak gerai segera di tepi2 jalan dan di tengah2 pekan, Kalaulah nasib mereka terbela oleh pegawai yang peka tentulah mereka boleh pergi jauh daripada itu. Banyak cara berkesan sebenarnya yang boleh dilakukan oleh mereka2 terutama UMNO bagi membela nasib mereka. malangnya setelah mandat diberi mereka lebih sebuk untuk mencekau projek bagi temboloknya sendiri. Tak percaya tanyakan orang2 pahang, bijih besi,tander,perniagan dan tanah siapa yang lebih monopoli.

Selepas zohor, dan makan tengahari, Aku dihubungi seseorang yang suaranya memang tak asing bagiku. Beliau ni terkenal dalam membuat ceramah-ceramah di sikitar feldamahupun pekan. Orang aku jugak, orang UMNO. Bukan main lentok lagi bila berbual denganku, Aku gelarkannya nenek bergetah, maklum pakaiannya sendat melekat dengan kulit setiap kali dil bisnes denganku, berbeza dengan pakaian yang dikenakan bila dia pergi berceramah di masjid2 felad sekitar pahang.Dah rindu kat aku agaknya, maklumlah akukan pucuk muda teruna pulak tu.. bukan teruna gersang tau. Hampir 15 minit berborak, aku berjanji akan menemuinya esok.

Lebih  kurang pukul 3 petang iaini distinasi ku yang terakhir, Aku lihat ada 3 -4 biji van jurujual tersadai di sebuah kedai. masing-masing jurujual berkumpul di luar kedai dalam keadaan tegang. yang nampak cool waktu tu hanya jurujaual Al-Arqam sahaj.Untuk mengetahui apa yang terjadi aku menghampiri mereka, Kebanyakan jurujual yang ada disitu adalah kenalanku.Lalu aku bertanya dengan salah seorang dari mereka," apa yang terjadi" rakanku hanya memuncungkan bibir macam mulut teko cina, kedalam kedai. 

Bila aku peratikan rupa-rupanya tuan kedai tengah berang dan mengamuk laksana disampuk penunggu bukit, abis barang2 kepunyaan jurujual yang disusun atas mehjanya dilontarkan keluar, ada sesetengah barang yang sempat hinggap pada batang tubuh jurujual, apa lagi kecohlah jadinya. Perkataan makihamun tingkat tinggi terhembur keluar macam bertih goreng, disusuli barang2 yang melayang menuju kearah jurujual.nasib baik silat kera umpama bidan terjun sempat mereka munafaatkan dan praktikan, termasuklah aku yang terpaksa melompat ke kiri dan kekanan. kalau tidak mau ada yang pecah kepala dilempar dengan botol-botol, kicap, sos, madu, belacan, ikan kering, batu bata, pasu dll.

Apabila keadaan reda, itupun setelah puas dipujuk jurujual Al-Arqam. barulah aku tau, segalanya berpunca dari pihak jurujual yang lewat menjengah, mengakibatkan barang2 yang tamat tempoh tersadai dalam kedai dan tidak boleh dijual. Yang hairannya jurujual Al-Arqam tidak pula dilemparnya, mungkin wajah mereka yang tenang membuatkan taukeh kedai malu untuk melempar kod, berbeza dengan kami yang hampir keseluruhan wajah mengherut mengikut rentak tokeh kedai....Alahai...terpaksalah aku batalkan dan menyusul semula pada bulan hadpan.

Malam ini aku Chek in di hotel bajet murah, aku nak berehat dan tidur puas2. esok pagi aku akan meneruskan perjalanan menuju ke pekan pelancungan kuantan... Ermmm apa agaknya Nenek bergetah sedang lakukan malam ni ek...takkan menyertai kereta rosak di sepanjang pantai telok cempedak....entahlah....akupu da rindukan si bakar si penguatkuasa agama yang kerap bertelagah dengan polis... hai pantai teluk cempedak nantikan kehadiran ku....



  






   

Sabtu, 6 April 2013

Al-Arqam Aku disapa penunggu jalan siri 3.


Al-Arqam disapa puaka jalan siri 3.
 
 

Pagi  itu semua jurujual dipanggil ke bilik musyarat, ia adalah rutin biasa setiap dua minggu sekali untuk  kami bermotibasi . Semua jurujual dianggap anak emas kepada syarikat, sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada pekerja biasa yang lain. Entah apa yang mereka jelouskan pun kami tak tahu. Pada kami semua perkerjaan sama, kena melalui protokol yang telah digariskan dan telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Walaupun bos dan pegawai kanan syarikat sendiri, sering melanggar protokol yang dia sendiri telah tetapkan. Apa nak buat, kami makn gaji dan dibayar sedikit komisyen terpaksa lah akur .

Macam biasa apabila dalam bilik miting kami jurujual akan dibambu,diherdik,dimaki hamun dan disindir dengan ungkapan yang pedas2 terutama apabila target jualan pada bulan tersebut merundum. Biasalah bos mesti nak menangkan, cadangan dan idea selsmen seperti kami dianggap macam sampah aje, emm layankanjerlah. Apabila bos naik angin kami hanya boleh menikus, pantang disanggah mau terbalik dan retak kerusi meja, kadangkala simpati juga apabila tengok tangan bos sampai merah padam dan mengeletar kerana terlalu kerap dihempas atas meja. Emmm tahan sakit ler tu padan muka dia he,he,he.

Kami biasanya tanak ambik kisah dengan masalah bos, dah salah dia, sapa suruh lantik jurujual luar, kemudian bos tawarkan harga paling rendah kepada mereka. Dan kami sebagai jurujual syarikat telah ditetapkan had tawaran yang dibolehkan kepada pembeli atau pekedai. Jadi kami terpaksa bersaing kepada jurujual swasta yang dilantik oleh bos dengan tawaran harga yang lebih rendah daripada kami. Jadi kalau sales menjunam kami ramai2 tuding jari kearah bos..ermm rasakan.. Apapun kami jugak yang teruk kerana dapat komisyen ciput.

Setelah siap memunggah barang-barang dagangan kedalam ven, aku pulang kerumah sewa, yang disediakan oleh pihak syarikat untuk pek  baju, kerana aku terpaksa begerak pada malam itu juga untuk bermalam serta membuat sels di Pahang selama seminggu. Kalau aku tak segera beredar pada malam itu, pasti ada si batu api repot kat bos yang mengatakan aku mengulor, ceh dah macam ular bersalin kulit..

Selepas solat isyak, van yang aku pandu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah, membelah lautan malam yang digenangi air, kebetulan  hujan turun tidak henti-henti sejak petang tadi membuat permukaan jalan digenangi air dan licin. Aku mamandu dengan berhati-hati dan perlahan agar tidak tersasar, lagipula  pemandangan masih terhad, lampu kenderaan membias dihalang hujan yang masih turun lebat.

Rancangan  untuk terus ke medan pelancungan kuantan pada mulanya terpaksa aku batalkan, dari jalan segamat aku membelok mengikut laluan utama  menuju ke muazam ,inilah jalan yang biasa aku lalui setiap kali berniaga di Pahang. Untuk sampai ketemerloh aku terpaksa melalui jalan tasik bera menuju ke Bandar Tun Abdul Razak sebelum melalui jalan air hitam . Jalan yang tidak pernah aku lalui terutamanya sebelah malam. Kerana laluan tersebut agak sunyi walaupun sebelah siang. Apatah lagi waktu malam.
 
Ketika ini hujan sudah lama berehenti tetapi permukaan jalan masih lembap dan berwap, di kiri kanan jalan pokok-pokok kelihatan menguncup seolah-olah menahan kesejukan akibat hujan seta dingin malam, Kenderaan yang lalu lalang semakin lengang. Memandu bersendirian menyebabkan aku dicengkam kesepian dan kebosanan, lalu ku tekan punat radio untuk menemani gegendang telingaku dengan celotih DJ serta lagi-lagu pilihan yang disiarkannya.

Dihadapan tertera dengan jelas signboard pantul cahaya Tasik Bera, lalu aku menyalakan lampu isyarat, memperlahankan kenderaan dan membelok ke kiri menuju ke Bandar tun razak.  Mataku sempat menjeling jam di dustboard,” dah pukul 2 pagi rupanya, patutlah terasa berat dah mata ni”. Siaran radio yang berkumandang tadi mula terputus-putus siarannya. Untuk menghilangkan bosan dan mengantuk , aku rasuahkan mulutku dengan gula-gula hex yang sentiasa ada dalam laci dustboard,ermm baru terasa berangin sikit dan segar biji mata.

Dihadapanku lebih kurang 100 meter, terdapat pergerakan kabus yang menipis memenuhi ruang di sebelah kiri dan permukaan jalan, semakin lama kabus yang ku redah semakin menebal, sehinggakan lampu yang menyuluh jalan tertampan di permulaan kabus, seolah olah dilapisi dinding putih. Tidak semena-mena hujan turun dengan lebat, bergemertup dan mengerikan  bunyinya bila menimpa bumbung van, serta merta tanganku mencapai swich waiper, aku pulas sampai habis, wiper bergerak laju di permukaan cermin. Namun hujan yang turun lebat bersama kabus tebal menutup terus permukaan cermin. Memaksa aku menghidupkan butang hized,memperlahankan kenderaan lalu berhenti di dibahu jalan.  Allahhh………

 


Jari  krem plk …jmpa lgi esok-esok..ya

Al-Alqam Jurujual Di Herdik siri 2


Al-Alqam Jurujual Di Herdik siri 2




Di era 90 han, Aku adalah seorang pengikut, pengampu,pembodek,penyokong tegar yang taksubkan UMNO, semua pahaman lain adalah munafik dan sesat bagiku.Apa jua idologi yang diketengahkan oleh UMNO  menjadi pakaianku dan digenggam utuh sepanjang masa. Ketika itu aku masih buta dan jahil dengan AL-QURAN dan Al-Sunnah, jadi apa jua kata dan fatwa ulama UMNO, akan aku gunapakai secara membutatuli tanpa penelitian. Kebanyakkan hukum hakam aku lebih senang menggunakan logik akal dan asas cerita dari takwil kitab lama atau kisah-kisah tauladan dan sirah-sirah yang tidak tentu hujung pangkalnya, asalkan hatiku puas dan diterima ramai. 

Kerjaku sebagai jurujual di sebuah syarikat di Johor,  membolehkan aku bergerak keseluruh Negara dan berkenalan dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat beserta budaya dan kerenah manusia  dari setiap negeri dan tempat, sama ada yang menetap di Bandar atau pedalaman.Dari sini juga aku dapat mengenali dengan lebih ramai rakan-rakan seperjuangan sebagai jurujual  dari pelbagai jenama syarikat dan produk , termasuklah jurujual  Al-Arqam.



Banyak pengelaman berharga sebagai jurujual ni,yang pahit, yang manis, yang masam, yang lucah, ngeri, aneh,  seram, lucu, sedih, marah ,geram ,benci, romantic, rindu dan sebagainya bercampur baur apabila dikenang-kenangkan semula nostalgia lalu.


Dalam ramai-ramai jurujual, yang paling ketara kejanggalan ialah kumpulan Al-Arqam, kerana mereka berjubah dan bersarban, kadangkala terdetik dalam hati aku, tak panas ke tengah hari buta berjubah, kemudian terpaksa memunggah barangan yang berat2 pula tu. Seingat aku, dulu mereka menjual rempah ratus,barang runcit dan pelbagai jenis sos dan kicap. Masa itu jurujual yang cukup bergaya ialah jurujual rokok , jurujual yang mengambil order dan jurujual produk kesihatan/ubatan. Dan diantara jurujual yang paling kami benci untuk terserempak dalam satu masa yang sama di dalam kedai ialah penjual rokok. Kalau mereka dah masuk dahulu jawapnya kami balik dengan tanggan kosong aje.


Kalau jurujual yang paling lucah…. ermmm lari tajuk dah ni..  Baik fokos pada Arqam…  


panjang sanggat membebel ni.  lapang karang aku  sambung balik…..lagipun terasa benar ayat yang dinukilkan semakin berterabur...  

mungkin nostalgia sepanjang laluan menyertai dan pengikut tegar UMNO pada masa itu membuatkan minda ku tetiba  loya dan mual, membuatkan fikiran ku hilang fokus.....
 
 

Jumaat, 5 April 2013

Hukum nikah dengan penzina itu haram

Penyakit serius yang menghinggapi remaja zaman ini walaupun mereka berilmu. Ini kerana asas humum yang dipermudahkan membuatkan mereka menggila dan ketagih.


Kenapa Bernikah Dengan Penzina Itu Haram,





Jawapan dari soalan yang biasa kita dengar :

Soalan 1 : Ustaz saya pernah terlanjur, adakah saya perlu bercakap benar apabila ditanya oleh bakal suami nanti dan sah kah pernikahannya.

Jawapan dari ustaz2 yang biasa kita dengar :  Tidak perlu berterus terang dan sah.

Jawapan yang terlalu ringkas menjadi kecelaruan  keturunan dikemudian hari.

Untuk sesebuah kerajaan rumahtangga penipuan seperti ini adalah diharamkan, Sebab itu Imam Ahmad mengharamkan pernikahan seperti ini, kerana kebiasaannya ia akan melahirkan jenerasi yang lemah akal dan akhlak.

Kecuali jika bakal suami atau bakal isteri yang apabila mereka mengetahui kebenarannya, mereka memaafkannya dan bersedia untuk membimbingnya. Baru sah pernikahannya.




Sering kali kita membaca keluhan daripada mereka yang terasa dirinya dikhianati, apa kata mereka.? 

kes 2 : Saya seorang lelaki dan kini bergelar suami, untuk pengetahuan, saya tidak pernah berzina dan sentiasa menjaga syariat beragama, minum arak,berjudi dan sebagainya.Dalam pergaulan pula saya sentiasa membatasi perhubungan yang bukan mahram. Kerana waktu belajar dahulu saya diyakinkan orang-orang yang menjaga kesucian dirinya dari perbuatan keji akan dianugerahi pasangan yang suci juga. Tetapi kini ia berlaku sebaliknya, saya ditipu kerana  bernikah dengan seorang wanita yang kini bergelar isteri yang pernah terlanjur berzina dengan teman lelakinya. Tembelangnya pecah kerana secara kebetulan ketika mengenali kawan baru, yg beliau sendiri tidak mengenali isteri saya, yang amat peramah.
Kerana terlalu ramah beliau terlanjur bercerita dan menunjukkan gambar-gambar bekas aweknya yang dahulu. Alangkah terkejutnya saya yang teman wanitanya dahulu kini menjadi isteri saya, dimana mereka pernah terlanjur beberapa kali. Oleh kerana saya bukanlah seorang yang gopoh, Untuk mendapat kepastian saya minya izin untuk umplod gambarnya kedalam h/p saya.

Setelah mendapat waktu yang sesuai, Saya memujuk serta meyakinkan isteri dengan pelbagai jaminan, akhirnya saya menunjukkan gambarnya bersama pasangannya dahulu, Lalu bertanyakan apakah peristiwa sebenarnya yang berlaku. Akhirnya iasteri saya mengakunya tentang ketelanjurannya dan meminta maaf. Tetap saya merasakan nasi sudah menjadi bubur.. hati saya hancur kerana dikhianati dan terasa diperbodoh-bodohkan. Kalau Islam itu Adil Dimana Keadilannya.? 



Jawapan:

Keadilan Islam.


Ini dalilnya:

"Perempuan -perempuan yang berzina hendaklah mengahwini lelaki-lelaki penzina atau lelaki musrik, Lelaki-lelaki yang berzina hendaklah mengahwini perempuan-perempuan yang berzina atau perempuan musrik. Yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang yang bertakwa"


Maksudnya orang-orang yang bertakwa lelaki dan perempuan mereka diharamkan mengahwini orang-orang yang suka melakukan zina atau pernah berzina, kerana mereka selalunya akan mengulangi perbuatan keji itu kecuali mereka yang benar2 bertaubat dan mendapat restu dan kemaafan dari bakal suami atau isteri masing-masing dan berikrar akan menyampurnakan hukum2 Allah, Itupun setelah mereka membuat pengakuan benar.

Orang-orang yang sudah tiada kesucian dengan jalan zina hendaklah mencari pasangan yang serupa dengan mereka juga , agar mereka dapat sama-sama bertaubat dan tidak mengkhianati pasangan mereka yang tidak pernah berzina.  Kecuali yang dipaksa atau yang dirogol mereka harus merahsiakannya. 

 ( siapakah yang benar-benar bertaubat itu, Iaini mereka yang mengambil jalan agar hukum Allah dilaksanakan keatas mereka, atas kesalahan yang dilakukannya  sepertimana yang telah disyariatkan. Kerana ia lebih ringan berbanding hukuman Allah di Akhirat kelak, dan bukan sekadar berangan-angan serta menduga-duga dengan bertaubat mereka sudah terlepas dari hukuman, sedangkan Hukuman di akhirat kelak akan tetap juga dilaksanakan sekiranya mereka terlepas dari hukuman dunia)





Walaupun kebelakangan ini banyak pecanggahan dalam pendapat ulama, Kita sebagai orang islam wajib kembali kepada Al-Quran first dan Al-sunnah.

Jangan pula kerana takut tidak dapat bernikah kita sanggup menipu, atau sentiasa menipu demi untuk menyelamatkan rumahtangga. Akhirnya porak peranda jugak. Sebab itu menipu sanggat dibenci dalam islam .Apatah lagi yang melibatkan sesebuak kerajaan rumahtangga.

"Seorang lki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik, Orang perempuan yang baik adalah untuk leleki-lelaki yang baik pula."

Elakkan pernikahan yang haram atas jalan penipuan kerana ia akan melahirkan anak-anak zina yang keras hatinya membatu tanpa disedari.

Bagi anak hasil hubungan haram pula, mereka tidak boleh pula berlepas diri dengan memberi pelbagai alsan, kerana hidayah itu wajib dicari dan Terpulanglah kepada Allah yang maha penyantun lagi pengasih menentukannya.



JANGAN TENGGELAMKAN DIRI DALAM SIFAT DUSTA KERANA PENDUSTA ITULAH ORANG-ORANG FASIK, ORANG-ORANG FASIK SESUDAH BERIMAN, MEREKALAH SEBURUK-BURUK JALAN DAN AKHIRNYA SEBURUK-BURUK TEMPAT KEMBALI. 




Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis