Nenek bergetah kontang. Al-Arqam lanjutan.. siri 5
Malam ini aku Chek in di
hotel bajet murah, aku nak berehat dan tidur puas2. esok pagi aku akan
meneruskan perjalanan menuju ke pekan pelancungan kuantan... Ermmm apa agaknya
Nenek bergetah sedang lakukan malam ni ek...takkan menyertai kereta rosak di
sepanjang pantai telok cempedak....entahlah....akupu da rindukan si bakar si
penguatkuasa agama yang kerap bertelagah dengan polis... hai pantai teluk
cempedak nantikan kehadiran ku.... (dari
siri 4 http://lambaiansilam.blogspot.com/2013/04/digoda-nenek-bergetah-al-alqam-siri-4.html )
"Allah melarang kita menghampiri zina".
Walau serban setinggi ilmunya belum tentu kita
terlepas dari perbutan zina kecuali dengan pertolongan Allah.
Jadi mukadimah zina hendaklah dijauhi jika tidak
buruklah akibatnya,
lagu kenangan
ketika memandu ketika itu
Selepas solat
isya aku segera menghenyakkan tubuhku keatas tilam empuk, kelesuan masih lagi
terasa sementara otakku pula berserabut macam sabut kelapa yang dikirai. remot
tv aku capai lalu aku tekan-tekan punatnya, saluran di tv silih berganti tetapi
tiada satu siaran pun yang dapat memikat hatiku.Mata yang endah tak endah mula bosan
menatap skrin tv,lalu aku alihkan biji mataku keluar jendela memerhatikan
kerlipan bintang yang melekap di dada langgit, suasana langit yang cerah
dihimpun pula bintang-bintang yang berkemilau membuatkan hatiku menjadi damai
dan tenang, cengkaman yang mengusut dalam tempurung kepalaku mulai terlerai
perlahan-lahan.
Dari luar
jendela aku mengalihkan pula pandanganku ke dada langit-langit yang memutih di
dalam kamar yang aku sewa. Suhu dingin dari penghawa dingin mulai meresap
ketubuhku, menyentap setiap sendi merengek minta dikasihi, lalu aku tarik kain
cadar dari hujung kaki sampai kehujung kepala sambil membalikkan tubuhku dari
dalam cadar, sehingga cadar membungkus tubuh ku macam pocong.Dalam dakapan cadar mindaku
dan tubuhku mula terasa ringan dan mula menerawang tidak bertepi.
Kring-kring-kring….
Tiba-tiba hendpone yang aku letakan di sisi bantal berdering. Nada deringnya
memang sengaja aku setkan sedemikian, lagipun pada waktu tu nada deringnya
tidaklah secanggih seperti sekarang, hanya ada beberapa tonasi sahaja. Sekarang
mak oii… macam-macam bunyi ada, nada orang mengerang dalam pelbagai versi
canggih pun ada, cheh…!
Dalam keadaan
mamai aku biarkan sahaja deringannya berlalu... Kring…kringg… hendpon ku
kembali melalak minta di beri perhatian
segera, lalu aku capai, tekan tombol dan lekapkan ke telingga. “ Sayanggg..
kenapa lambat angkat fun.. sayang buat
apa tu….” Aku tergamam seketika berderau
dan menyirap darah sampai ke umbun-umbun, kulit muka pun dah rasa kebas dan
panas berbahang aje, kalau aku tatap cermin pada ketika itu mau aku terpencak silat
katak sebab terkejut,mungkin wajah aku dah berubah jadi warna lain. Agaknyalah
aku pun tk tengok cermin jadi manalah aku tau! Tumbuh tanduk gamaknya.. ek..eleh….
Ngeri benar
nada suara manjannya .Seumur hidup aku nilah pertama kali aku dengar suara renggekan
seseram itu. Al- maklum kala itu aku kan teruna idaman suci lagi bersih ( perasan ) jadi
janggal dan ngeri benar bila baru pertama kali menghadapi setuasi seperti ini.
Telefun aku
renggangkan dari telinga, aku tatap skrinnya, tertera nama puan ****, hum pelanggan
aku rupanya dari jalan beserah kuantan atau aku gelarkan nenek bergetah, yang
dah bertahun kematian suami dan baru beberap bulan aku mengenalinya atas urusan perniagaan. Setelah debaran
mereda dan darah kembali normal, kulit muka pun dah tak kebas seperti tadi, aku
taupkan semula h/p ke corong telinga…. “ sayang.. dengar tak ni…senyap je.” “
rrrr ada-ada tengah mandi tadi tu yg tak jawab fun” jawabku berhelah. “ tak
yang I tanya tadi camna boleh tak”. Aku terpinga-pinga apa pulak yang bolehnya dan apa yang ditanyanya tadi.
“ u Tanya apa ek? I tak berapa jelas la tadi, ada mat rempet superman tengah test jalan kat sebelah i tadi.” Aku beri alasan sepontan
yang langsung tak bernas. “ jadi tak malam esok, I
dah tempah hotel ni. “ perkkkkkkkk……….apa aku nak jawab ne.. gelabah
puyuh beb…peluh jantan peluh betina, peluh ketiak, peluh kelengkang, peluh dahi,peluh
dingin dan peluh apa-apaajalah dah mula bertujai-tujai cam matair terpancar
keluar dari lubang kubur yang baru digali ( ni kubur bawah bukit beb ). “ JADI TAK….?” Rengusnya agak keras.
Alamak !!! sudah… terkeluar pulak suara singa
betinanya. "Ok jer takda hal puan.” Jawapan test market dalam seram sambil nada suara
dibuat2 selamba. “ Camtulah I rindu…..u tow..” jawabnya,
ntah bila masa pulak aku buat deal dengan dia ne.
“ Sayang I nak….”..
“ mmm.. u nak apa?” jawabku bingung. “ Alah… ngada2 buat tak faham pulak….” Rengekan
manja yang sudah berputar 36o darjah, sama dengan putaran dalam tempurung kepala
otak aku yang dah start berpinar-pinar.
Ah sudah……. “ I penatlah lagipun I tak tahu apa2” jawabku.. “ Ala yu dengar jer…
I ajarkan eee.. kalau tak paymen yu bulan ni I tak bayar..! “ wahh… kena ugutlah..
pulak, bukan sikit bil to bilnya, banyak tu.. tak pasal-pasal aku kena bambo..
dengan bos bulan ni.
“ Baru lepas
mandi kan tadi……… wangi………….”dia memancing, "m…." jawab ku.
“ ayang.. u baring I… .*$**&**ah..*#****@**ah..*^***+**ermm..**ahh*… ( tak
tergamak nak menukilkannya ngeri, lagipun tak baik untuk kesihatan.. minda anda ). kawan-kawan paham ker dia mencarut apa tu..
? Kah.kah.kah… aku yang menghaytinya pun tak faham loo…
Masa ni hati aku terus
berzikir dalam gelabag pait, malu, mual, nikmat bercampur baur silih berganti. Dekat sejam jugak minah ni bergayut baru selesai, aku letak h/p sebelah bantal aje, tak kuasa nak megang buat lenguh lengan jek.Huh..!!
Kuyup jugaklah cadar aku dengan
peluh dingin ,jantan dan betina, walaupun dalam bilik yang berhawa dingin sampai membeku tulang som-som dibuatnya, peluh tetap keluar mencurah-curah hati pula resah memberat macam dihempap batu bertan2 beratnya maklum maksiat, nilah
pengalaman pertama yang paling menggerunkan dalam aku menjaga kesucian keterunaan ku. Amboi…
Entah bila
masa mata aku terlelap aku pun tak tahu, tau-tau Alam yang aku setkan dalam h/p
dah menjerit-jerit meminta aku segera bangkit untuk menunaikan solat subuh…. ( Allah peliharalah diriku dari fitnah zina )
Setelah selesai solat dan pek kan baju kedalam beg pakaian, aku melanggot seketika di birai katil,Mindaku mula menyelurusuri kejadian malam tadi, sambil berharap pengalaman malam tidak akan berulang serta menganggu emosiku dan berharap agar sepanjang perjalanan ke medan pelancungan kuantan pada hari ini berjalan lancar dan dirahmati. Perasaan malu,payau,benci,jijik lucu dan sebagainya silih berganti bila dikenang-kenangkan kembali.
Sewaktu melangkah keluar dari kamar hotel, tiba-tiba hayunan langkahku terhenti, macam ada sesuatu yang menyentap kalbuku, mataku terpaku seketika di perut katil, tak semena-mena satu lintasan nakal penuh ghairah berlegar-legar dalam benak mindaku, ketika bibir mula mengukir senyuman nakal, aku segera menghelah nafas sedalam-dalamnya sambil menghembus perlahan-lahan lalu bibirku berastafar berkali-kali. emm aku terken hembusan iblis rupanya. Hanya Allah yang mampu menghalang dan menjadi pelindungku.
Dengan bismillah aku keluar meninggalkan kamar, menuruni anak tangga menuju ke kuanter hotel, si manis penjaga kuanter melemparkan senyuman manis penuh ikhlas dan damai kearahku, Oleh kerana mindaku dah rosak 20%, aku balas senyumannya sambil menjeling nakal seolah-olah menelanjangi susuk tubuh mongel si gadis. Kami berbalas senyuman aku lihat si gadis agak sedikit resah, mungkin dia ternampak renungan syaitan melalui renungan ku kod.
Sedang asyik melayan berahi minda tiba-tiba ucapan salam kedengaran dari arah belakang ku. Sepontan aku menoleh sambil menjawab salam, apa yang bermain dikelopak minda lenyap serta merta. Kami berjabat tanggan sambil mengenggam erat, "syeh nak kemana harini" tananya kepadaku. Rupa-rupanya pedagang Al-Arqam menginap dihotel yang sama denganku.
Naik pangkat jadi syeh la pulak aku ni, sebentar tadi hampir-hampir aku jadi syeh..syehton manusia.. nge,nge,nge. sambil berbalas senyuman aku menjawab dengan konfiden "anta nak kekuantan". "eh bukan anta tapi ana" katanya. Setekah dijelaskan kedudukan sebenar baru aku faham, rupanya perkataan yang aku gunakan tadi terbaliklah ( hailah labu-labu...).
Satu kelebihan Al-Alqam ni bila kita menyapa mereka hati seolah-olah menjadi damai dan tenang wajah mereka mempamirkan kesabaran dan ketabahan yang tinggi, mereka tidak pernah mempermosikan diri atau kelebihan dan kebaikan-kebaikan kumpulan mereka kepada orang awam, berbeza dengan jemaah tabliq.
Setelah urusan selesai aku segera meninggalkan mereka di lobi hotel menuju ke tempat parking dimana van aku diletakkan. Sambil menunggu enjin warmup, Tanggan ku mencapai fail-fail yang berada di dustbord, aku semak satu-persatu lokasi yang perlu aku singgah dan Jengah sepanjang perjalananku ke kuantan nanti aku tak mahu ada kedai-kedai yang tercicir nanti. Ketika mataku menatap bait-bait ayat nama dan alamat lokasi, tiba-tiba perasaan tadi bertandang semula menyelinap perlahan-lahan semakin lama semakin berkumpul penuh dalam minda ku...aku segera perkukuhkan zikir. Ah... Ah.... sudah.........sudah.....
Gambar tiada kena mengena dengan cerita.
Ok la.. sampai
sini dulu, karang kalau ter free masa dan terrajin nk menulis kita sambung temberang lagi..iye….
Kalau terputar2 tempurung kepala sebab tak faham maaf jerlah ye… nasiblah sapa
suruh baca.kan.kan. he.he.he….
Perjalanan akan
datang… hampir bertembung dengan lori
balak dekat jalan beserah kuantan… dek penangan nenek bergetah..
Maaf mari kita
banyakan berselawat dan salam kepada
Rasul Junjungan dan bartasbih kepada Allah sebanyak-banyaknya..
Sampai jumpa
lagi salam…
lagu kenangan dalam perjalanan
0 ulasan:
Catat Ulasan