Uploaded with ImageShack.us

Sabtu, 22 Jun 2013

DISEBALIK LOKAP SYRIE MENCARI KEBENARAN SIRI ( 1 )

TANPA SEDAR MEREKA MENJADI EJEN KESESATAN DAN KEHANCURAN

Pada 18 / 6 / 2013.  Penulis merasai sendiri pengalaman ketika ditahan  Di Lokap Mahkamah Syrie Dan Lokap Milik PDRM Batu Pahat.

Sebelum ini penulis hanya mendengar keluhan dari mereka-mereka yang pernah melaluinya. Penulis hanya mengangguk-angguk tetapi tidak mengiakan ketika mendengar cerita-cerita yang disampaikan mereka. Maklum selalu orang yang dituduh bersalah memang sukar untuk mengaku kesalahan, walaupun kepala mengangguk dan mulut mengiyakan di hadapan Hakim, demi tidak mahu membuang masa dan memanjang-manjangkan kes.Lagipun penulis tiada di tempat kejadian untuk mengiakan semua kata-kata mereka

 Apa yang penulis terkilan ialah perundangan sekarang menjadi barang permainan dan pertaruhan perjudian
Ada setengah-setengah blog yang membicarakannya, terutama kes-kes syariah atau sivil  sebagai bahan lawak antarabangsa, yang dikendalikan oleh mereka-mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung di dalamnya.Tetapi golongan pencacai-pencacai ini sebenarnya hanya menerimapakai dan mendengar dari mulut-kemulut tanpa menyiasat dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik kejadian dan siapakah pemangsa dan dijadikan mangsa mereka sebenarnya.  


MENCARI KEBENARAN



Ketika di jabatan repot PDRM penulis sempat menyaksiakan sendiri, beberapa pengadu hantu BERKELIARAN, ia dapat dilihat dari riak wajah yang sememangnya handal mempamirkan lakonan, datang membuat report palsu semata-mata untuk mengenakan mangsa. Antaranya yang paling banyak Isteri mengenakan suami, Anak perempuan mengenakan bapanya, ahli keluarganya, jiran sesama jiran, peniaga dengan peniaga, murid dengan guru dan lain-lain.

Sehingga menyusahkan anggota-angota polis yang terpaksa melayan kerenah mereka, Sedangkan beban tugas sedia ada yang mereka galas tidak terpikul banyaknya. Ianya terpamir jelas di wajah-wajah mereka yang kelelahan dan kelesuan, walaupun bibir mereka mampu mengukir senyumanTetapi bebanan tugas yang mereka galas sebenarnya tidak termampu untuk kita pikul. KERANA MEREKA DIJADIKAN MANGSA SEBAGAI  ALAT PERISAI ANTARA KEBENARAN DAN KEBATILAN. Walaupun perisai mereka hancur mereka tatap bertahan, demi tuntutan dan memenuhi kehendak masyarakat.


Untuk menyelusuri denai pengalaman yang dilalui penulis KETIKA DILOKAP sila klik laman di bawah.

LAMBAIAN SILAM



Ringkasan :
17/6/23 :  1.30   pagi didatangi pegawai penguasa agama.
18/6/23 :  
  • 8.25   Bertolak darirumah ke mahkamah syrie.
  • 8.55   Mendaftar Masuk.
  • 9.45 - 10.00 : Loyer syrie membacakan pertuduhan.
  • 10.15- 10 .30 : Disumbat kedalam lokap sementara mahkamah syrie.tanpa makan,minum,bilik air,tandas dan tempat solat.
  • 4.30 - 5.30 petang : Disumbat ke lokap PDRM. 
  • 2.00 -2.30  petang ; Dibebaskan.
  • 2.30 - 4.00 petang : Mengemukakan repot antara lain... Lokap syrie menafikan hak dan menghina penganut agama islam.  
( merupakan ringkasan bagi mereka yang tidak gemar membaca dengan huraian yang panjang lebar :))  ).

Jika ada kelapangan kisah ini akan dinukilkan satu persatu..harap tak bosan...:)              


Ahad, 16 Jun 2013

CERAIKAN AKU BABI...!!! CERAIKAN... AKU...!!!




PEREMPUAN KAU MENGAJARKU ERTI MELUAT



Pagi itu setelah hampir dua minggu, aku bertandang kerumah baru isteriku  Rumah yang dibena dari tapak rumah yang aku belikan dahulu, malah  dibena tanpa pengetahuan dan izinku.

Aku sanggat rindukan anak-anak. rasa bagaikan bertahun aku tidak melihat kletahnya. 

Isteriku seorang guru, merupakan isteri kedua yang aku nikahi setelah kematian isteriku yang dahulu. Melaluinya aku dikurniakan tiga cahaya mata yang comel-comel . Manakala anak-anak arwah isteriku yang dahulu semuanya sudah besar panjang dan mula mengorak langkah membawa haluan masing2, mereka juga sanggat  rapat dengan adik-adik dari ibu baru mereka.tetapi entahlah dimana silapnya Istriku ini cukup membenci dengan anak-anak tirinya. Puas aku selidik, rasanya tiada apa yang kurang.Malah aku perhatikan mereka sering bergurau senda dan sanggat rapat serta saling merinduai antara satu sama lain sepertimana lazimnya perhubungan anak beranak atau adik-baeradik. Malahan jika berjauhan mereka sering menghubungiku bertanyakan kabar tentang adik-adiknya, begitulah sebaliknya, mereka juga sering bertanya tentang abang-abang serta kakak-kakaknya sekiranya lama tidak berjumpa. lagipun buah tanggan sering dibawa pulang untuk adik-adiknya setiap kali mereka pulang bercuti, samada cuti semesta atau cuti umum bagi anak-anak ku yang sudah bekerja.





Sebenarnya siteri kedua ku ini sudah dua tahun meninggalkan rumah tanpa izinku, malah sudah memfailkan fasak/mengugurkan perkahwinan dalam mahkamah syrie dengan alasan yang tidak munasabah bersama cerita rekaan yang sengaja di ada-adakan. Ialah mungkin kerana aku sekadar rakan kongsi kedai kereta,manakala pendidikan ku serta bekas arwah isteriku hanya setakat SPM mana mungkin  sebanding dan secanggih dengan pendidikannya,.maka anak-anak ku dari bekas arwah juga tidak setaraf untuk mengauli adik-adiknya . 

Kerana aku kerap mendengar sindirannya waktu bersama dahulu, kadangkala akau perasan perubahan wajah kakak dan abang-abangnya, cuma mereka pandai menyembunyikan didalam hati demi menjaga perasaan ku. Walaupun aku tahu perasaan mereka terluka. Malahan kerap kali juga nasihatku di sanggah dan diremeh-remehkan, seolah-olah aku tidak layak untuk memberi pandangan dan nasihat.akhirnya aku lebih banyak mengalah, daripada berperang mulut dan menjadi tauladan yang tidak baik buat anak-anakku lebih baik aku membisu dan mematikan diri.

Kegemaran isteriku yang paling ketara ialah bersembang dilaman sosial, sentiasa ada sahaja agenda yang diutarakannya konon mempunyai minda dan pandangan yang luar biasa.

mind  educated, mind opener, mind  sofistikated dan entah apa-apalah yang aku sendiri  pun tidak mengerti, yang aku faham cuma permata negara. Entahlah permata atau permata neraka, kalau batu bata boleh juga dibena bangunan yang tinggi-tinggi, sebab aku lihat penerajunya pun macam ketam ajar anaknya berjalan tegak, sama macam isteriku ini jugak.

Sikapnya yang lebih banyak mengadap pc/komputer dan bersembang dengan ramai kenalan lelaki dalam laman sosial, kononnya bertukar pandangan dan maklumat, akhirnya membuat aku MELUAT.mana tidaknya aku ibarat tunggul di rumah sendiri. Tapi apakan daya aku hanya dapat menahannya dari dalam hati, tidak mampu menahannya kerana memang sikapnya pantang ditegur walaupun dengan teguran yang paling lunak sekalipun pastinya aku akan dijerkah/dijerit-jerit olehnya. Daripada menjadi buah mulut jiran tetangga dan masyarakat baik aku mengunci mulut. Biarlah hatiku merana asal sahaja masyarakat memandang kami hidup bahagia, harmoni dan diberkati.

Zaman ni banyak edaran kad jemputan yang pelik-pelik bunyinya, yang tidak pernah dibuat oleh tok nenek moyangku yang kolot dan primitif dahulu. Tetapi kebanyakan mereka kekal sampai ke anak cucu. Kad jemputan sekarang lengkap dengan bayudata si pengantin dengan taraf pendidikan dan pekerjaan sekali...emmm tapi hampeh.. tak sampai 2 penggal pun dah ranap dan tersungkur...

Sebaik-baik motosikalku berhenti di halaman rumah, anak-anakku segera membuka pintu lalu menerpa dan mendakap ku keriangan. Enjen motosikal ni memang dan sinonim dengan pendengaran mereka, sebab itu aku lebih gemar bemotosikal dari berkereta ketika aku bertandang kesini. Kalau tidak jenuh ler aku memberi salam. Aku juga akan membalas dakapan dan mengucup mereka satu-persat dangan perasaan yang tidak dapat digambarkan keindahannya.

Masing-masing dah tau mana tempat duduk mereka, ada yang di raga, tengah dan belakang maklum mereka kecil-kecil lagi memang ngam-ngam je..dengan motor kapcai ku. Seperti rutin kelazimannya, aku kan bawa mereka meronda keliling kampung dan pekan, setelah puas aku akan bawanya ke pasaraya dan menunaikan hajat mereka seadanya, kepuasan dan kegembiraan jelas terpamir di wajah mereka begitu juga dengan wajahku.

Kini tibalah masanya untuk menghantar mereka pulang kerumah isteriku, wajah muram mereka jelas terpancar, sepanjang perjalanan pulang mereka hanya diam membisu sambil memeluk erat pinggang dan lenganku,tidak seperti waktu aku mengambilnya. Mereka akan becok bercerita tentang apa sahaja sambil bergelak ketawa, membuatkan aku tergelak sampai meleleh-leleh air mata, maklumlah perasaan masa tu bercampur baur antara gembiraan dan duka berulam hampa. Mereka juga tau sebentar lagi mereka akan terpisah dengan bapanya.

Sebaik motosikal dihentikan dihalaman rumah, mereka mula mengalirkan air mata, begitu juga denganku, cuma airmataku hanya mengalir dalam hati. Seboleh-bolehnya empangan yang hampir berderai dari kolam mata, aku tahan semahu-mahunya agar mereka juga menjadi insan yang lebih tabah untuk menyahut masa hadapan yang lebih getir dan penuh fitnah. Tanganku akan ditarik-tarik "abah masuk lah abah" kenapa abah tanak masuk, ni kan rumah kita"rengek anak-anak ku berulang-ulang kali. hatikecilku hanya mampu berkata "Anakku kalian terlalu kecil untuk mengerti,bila besar nanti kalian pasti akan mengerti". 

Aku kucup dan dakap anak-anakku sambil memujuk dan meyakinkan mereka, yang aku akan datang kesini lagi minggu depan "minggu depan ayah bawak kitaorang ronda-ronda lagi taw" aku mengiakan dengan anggukan kepala, Sambil berlalu pergi aku berbalas lambaian dengan anak-anakku, lambaian dari tangan kecil nan sayu itulah yang menjadi bekalan untuk aku bawa pulang...yang sentiasa melambai-lambi di sanubariku, entah bersua lagikah aku dengan mereka... Wallahhualam...

( sambungan tiada sebab berjumpa beliau secara kebetulan sahaja. walaupun sudah lama kenal, seorang pendiam,penyabar serta mempunyai tutur kata yang baik )


pstt : ungkapan cerai sering menjadi sebutan bagi kaum wanita sebagai tanda protes, tanpa mereka sedar ianya merupakan doa paling mustajab, yang menyebabkan hati suami dibolak balikkan oleh Allah, sehingga hati itu menjadi mati...





















Isnin, 10 Jun 2013

Syarat Kekal Berkuasa, UMNO,PKR,PAS,DAP,MIC,MCA AMBIL PERHATIAN



Syarat Kekal Berkuasa, UMNO,PKR,PAS,DAP,MIC,MCA AMBIL PERHATIAN.




BAGI ORANG-ORANG KAFIR TIDAK MUDAH, BIARKANLAH AKU YANG BERTINDAK TERHADAP ORANG YANG AKU SENDIRI TELAH MENCIPTAKANNYA. DAN AKU BERIKAN BAGINYA KEKAYAAN YANG MELIMPAH .DAN ANAK-ANAK YANG SELALU BERSAMANYA. DAN AKU BERIKAN BAGINYA, KELAPANGAN HIDUP SELUAS-LUASNYA. KEMUDIAN DIA INGIN SEKALI AGAR AKU MENAMBAHNYA. TIDAK BISA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MENENTANG AYAT-AYAT KAMI AL-QURAN. AKU AKAN MEMBEBANINYA DENGAN PENDAKIAN YANG MEMAYAHKAN....




  1. Wahai orang yang berselimut.
  2. Bangunlah lalu berilah peringatan.
  3. Dan agungkanlah tuhanmu.
  4. Dan bersihkanlah pakaianmu.
  5. Dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji.
  6. Dan janganlah engaku muhammad memberi dengan maksud memperolih balasan yang lebih banyak.
  7. Dan kerna tuhanmu bersabarlah. ( HAYATI SETERUSNYA  INSYALLAH)




CCTV MALAIKAT PENGAWAL/PENJAGA. BERPANTANG AJAL




Malaikat Di CCTV, ramai yang sudah menontonnya mari kita ulangkaji.1. Malaikat apabila diutuskan kepada para rasul akan dijelmakan sebagai seorang lelaki.2. Manusia akan dikawal oleh para malaikat di hadapan dan dibelakangnya, dan dua malaikadk Rakib & Atit yang mencatat amalan baik dan buruk di kiri kanan manusia.3.Kecepatan para malaikat lebih pantas dari kilat.4.Setiap hari malaikat akan turun dan naik kelainggit pertama dari bumi bersamaan 2000 tahun manusia. Setiap hari perjalanan turun naik dalam sehari bagi mereka, bersamaan 2000 tahun manusia.5.Setiap hari malaikat akan turun naik dari bumi kelangit ke tujuh bersamaan 50,000 tahun, Setiap hari perjalanan turun naik dalam sehari bagi mereka, bersamaan 50,000 tahun manusia.6. Malaikat pencabut nyawa itu tidak terhitung ramainya, mereka diberi gelaran Izrail.7. Setiap kelahiran manusia akan disertai 7 kelahiran jin dan 70 kelahiran syaitan dan 70 ribu para malaikat yang diciptakan lansung dari Allah tidak melalui kelahiran ( kecuali manusia,jin dan syaitan mereka diberanakkan.Marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul... agar tiada lagi perbezaan dan fitnah.Maka perhatikan setiap bekas / kejadian adalah untuk memberi peringatan kepada manusia agar kembali kepada yang hak dan meninggalkan perkara-perkara bati.Tolonglah hayati isi kandungan Al-Quran setiap hari.. Assalammualaikum.w.b.k

Diambil dari kajian mereka yang perihatin mudah2 beliau mendapat hidayah Allah.


Khamis, 6 Jun 2013

Jandaku si janda sengal Berzina vol 3

Sambungan dari jandaku si janda sengan vol 2

Allah perintahkan setiap bakal pasangan hidup hendaklah di uji terlebih dahulu keimannya,jika tidak kita akan menemui jalan buntu untuk mentarbiahnya.

"Perempuan -perempuan yang berzina hendaklah mengahwini lelaki-lelaki penzina atau lelaki musrik, Lelaki-lelaki yang berzina hendaklah mengahwini perempuan-perempuan yang berzina atau perempuan musrik. Yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang yang bertakwa"
Aku bekerja sebagai seorang tukang kayu, atau lebih glamournya kontraktor, cuma bezanya aku tidak melobi tander-tander kerajaan, cuma tander dari orang peseorangan sahaja. Dibantu pula oleh 5 orang pekerja mahir, membuatkan semua pekerjaanku berjalan lancar dan mendapat kepercayaan yang tinggi dari bakal pemilik rumah. Dari renovation sampailah membena  sebuah rumah , aku mampu melakukannya.
Bukan setakat dalam kampung, malah kampun-kampung diluar daerah lain juga mengenaliku, mungkin hasil kerjaku yang kemas, cepat,murah dan memuaskan menyebabkan namaku meniti dari bibir kebibir dengan cepat.
Untuk dipendekan cerita maka bermulalah al kisah.
Diantara rumah-rumah yang aku bena, terdapat sebuah rumah yang sedang dalam proses pengubahsuaian, rumah ini aku tatang bagai minyak yang penuh, tidak boleh miss walau sehari, malah membuat malam-malamku terasa panjang dan membosankan. Al-maklum ada sekuntum bunga yang sedang kembang berseri ditaman tuan rumah ini. Walaupun pekerja ku bercuti aku rela bertandang  kesana tanpa pengetahuan mereka, demi memenuhi rindu yang sedang membara.
Mula-mula sekadar  hidangan air sejuk, semakin lama hidangan dan sajian semakin berat, dari sarapan pagi,tengahari sehinggalah juadah ringan untuk minuman petang. Jadi tak perlu aku beli nasi bungkus. Kemudian daripada jelingan manja menjadi renungan berbisa sehingga menembusi denai jantungku, tambahan pula bibirnya yang sentiasa menguntum senyuman manis, membuat aku hanyut dibuai perasaan dan imiginasi, semuanya terasa indah mewangi, tak terasa kaki menjejak kebumi ( emm autala tu ), susunan ayat dan kata-kata yang tercipta mulalah berbunga-bunga, kekadang menyeringai sendirian menunjuk barisan gigi bak iklan coolgate .
Setelah 3 bulan menyulam cinta, hati mula gatal nak berumahtangga, ditambah pula pihak keluarga sebelah awekku semuanya sporting. Setelah berbincangan rapi dibuat, aku menghantar wakil untuk meminangnya. Biasanya orang menghantar wakil, bakal tunang lelaki tak turut serta, tetapi berlainan dengan ku, mungkin sama kod dengan orang lain. Maklum nak kawin.. dah tak tertahan sanggat, menyongsang adat pun menyonsang , janji dapat kawin.
Setelah pembuka kata disusun, disusuli pula acara berbalas pantun, maka wakil dari pihak aku menyatakan hajat kedatangan kami. Aku macam biasalah sambil menyandarkan tubuhku ke dinding, aku pasang telinga mengikuti rundingan diantara dua belah pihak dengan cermat. Sepasang mataku tetap melilau macam orang juling sesumpah yang tak pernah nampak awek... mencari kelibat awekku dimanakah gerangannya.. malangnya hampa, yang ada cuma wajah-wajah makcik yang yang ditempel dengan bedak babyjonsen, sedang tersengih-sengih melihat gelagatku.
Puas melilau aku kembali memberi tumpuan kepada perbincangan tadi, tiba-tiba bakal bapa mertuaku mengamit namaku, sambil melambai kearahku. Aku segera mendapatkannya. Sebaik punggung dilabuhkan, bakal bapa mertuaku mengusap-ngusap manja bahuku macam kucing parsi, beliau membisikkan sesuatu ke telingaku, membuatkan mulutku terlopong, untug sahaja lalat hijau tidak melintas waktu tu, kalau tak, jadi sarang berengga la jawabnya.
Aku dipujuk dengan nada merayu - syahdu, membuatkan kepalaku terhangguk-hangguk macam ayam belanda. Kemudian dia memanggil anaknya lalu berteleku dihadapanku. Aku menatap wajahnya...emm boleh tahan jugaklah. Oleh kerana naluri kegatalan nak kawin tak dapat dibendung tambahan pula rasa simpati yang menjerut rasa. aku memberi kata putus untuk bersetuju. lagipun hantaran dan maskahwinnya berbaloi.. jimat banyak tu... 
Selepas semua prosedur untuk syarat pernikahan diselesaikan, akupun di nikahkan, maknanya aku bertunang tak sampai 2 minggu pun.Maka kini sahlah aku bergelar suami, merangkap bapa segera. kerana isteriku membawa seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. Orang kata dah jodoh nak buek camner terimajerlah seadanya. Bercinta bagai nak rak dengan adiknya, akhirnya akak yang dinikahi, macam cerita tun teja dengan si tuah lah pulak.. ermm takpalah janji kawin. 
Barulah aku rasa hidupku sampurna dan lengkap setelah berumahtangga, kemanisannya memang cukup terasa terutamanya malam pertama kod maklum orang dah ada pengalaman, selepas tu hidup sepertimana bisalah sepertimana pasangan lain.
Selepas beberapa bulan bernikah, ujian Allah mula datang menjengah. Enath dimana silapnya akupun tak pasti, aku terpaksa menghentikan aktivitiku sebagi tukang kayu kerana apa yang dibuat semuanya tidak menjadi dan serba tidak kena.
Demi untuk kelansungan hidup, akupun berbincang dengan isteriku, dengan sedikit modal yang ada kamipun membuka kedai makan di kepala kampung. Perniagaan yang dijalankan pada peringkat awal membuatkan aku menarik nafas lega, isteriku banyak membantu, lagipula isteriku ini jenis mesra alam, ramai pelangganku yang menyenanginya, walaupun kadangkala terdetik perasaan cemburu apabila isteriku mula bergurau agak berlebihan dengan pelanggan yang biasa mengunjungi kedaiku. Aku akan lontarkannya jauh-jauh. Lagipun dah suami isteri perlulah saling percaya mempercayai barulah hidup diberkati ya tak.
Setelah beberapa bulan berniaga kami ambil cuti rehat untuk beberapa hari.Walaupun sudah berbulan-bulan kami bernikah, kesempatan untuk solat berjemaah jarang kami dapat lakukan bersama. Entah macammana, mungkin Allah nak beri petunjuk agaknya.  Jadi magrib itu kamipun solat Jemaah bersama-sama. ketika membacakan doa selepas solat, jiwaku terasa amat  syahdu, sehingga menjadi sebak dan air mataku berjujuran laksana hujan  selepas kemarau.Selepas meraup wajah akupun bersalam dengan isteri serta anak tiriku. Buat pengetahuan anak tiriku memang rapat dengan diriku.
Isteriku bangun menuju ke bilik utama, manakala aku masih berteleku disejadah sambil melanjutkan wirid untuk meneguhkan hati. Tidak lama kemudian anakku menggamit ," Ayah ibu panggil ". Sambil membimbing tangan anakku aku masuk kebilik. Aku lihat wajah isteriku sugul. Aku bertanyakan sebabnya. Setelah membisu agak lama, isteriku memohon keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, sambil meminta makan pakainya dihalalkan. Aku tertegun kebingungan sambil menyatakan tiada apa kesalahan yang dibuatnya dan aku sememangnya sentiasa mengampuninya walaupun tidak diminta.
Akhirnya dia membuat pengakuan, bahawa telah berzina dengan jiran malah kawan baikku sendiri. bukan sekali dua malah berkali-kali. Mendenggar pengakuannya itu aku terjelepuk kelantai, tubuhku longlai bagaikan kain buruk dihanyutkan air sungai kehilir.
Aku bungkam, sambil cuba mengumpulkan semanggat semahu-mahunya. Setelah beriastafar dan mendapat kekuatan semula. Aku kucup dahi isteriku, aku sudi memaafkannya sambil menyasihati agar dia tidak mengulangi perbuatannya dimasa akan datang. Aku akur dengan apa yang belaku dan menerima dia seadanya.
Selang seminggu aku dapati isteiku, ghaib dari rumah. Ternyata dia kerumah bapa mertuaku. Puas aku pujuk untuk membawanya balik. tetapi dia enggan. Nak tenangkan perasaan katanya. Aku akur dan beri sedikit masa untuknya berehat dan memenagkan hatinya.
Minggu berikutnya aku menerima spucuk surat dari loyer syrie, yang menyatkan isteriku memohon fasak / membubarkan perkahwinan. dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikannya. Oleh kerana ia sudah sampai keperingkat syrie, lagipula sudah puas aku memujuknya, dengan berat hati aku melapaskan talak satu dihadapan hakim syrie. dengan alasan tiada kesefahaman.
Maka aku kembali berkelana kini.... samada bekas isteriku sudah bernikah lain atau tidak aku tidak tahu, harapanku agar kebahagiaan sentiasa mengiri perjalanan hidupnya..
 "tammat"
    


Isnin, 3 Jun 2013

KENAPA BODOH DAN BAHLOL SANGAT ORANG NI...






TOLONG JANGAN JADI BATU API YANG BODOH DAN BAHALOL YANG MELAGA-LAGAKAN DIANTARA PARA ALIM ULAMA. JIKA DIRI TIDAK POPULAR HARUS BERSYUKUR KERANA ANDA TIDAK PERLU MEMIKUL BEBAN UNTUK MENGGALAS DOSA-DOSA MEREKA SERTA UMMAT  DI AKHIRAT SANA.

TOLONG JANGAN JADI ULAMA KAKI KIPAS KAKI AMPU, MATA DUITAN  SEHINGGA SANGGUP MENYEMBUNYIKAN HAK-HAK ALLAH DAN RASULNYA.


 Al-Quran diturunkan sebagai rahmat kepada SEKELIAN ALAM. orang-orang kafir. mereka perlu difahami dan dinasihati dengan cara yang lunak. Semak dalam surah Al-maidah.
TETAPI SIAPAKAH ORANG-ORANG KAFIR YANG SEBENAR-BENARNYA. IAITU MEREKA YANG KAFIR SESUDAH BERIMAN. INILAH MAKHLUK YANG PLING DIBENCI ALLAH. " BARANG SIAPA YANG TIDAK MELAKSANAKAN SEPERTIMANA YANG AKU TURUNKAN MAKA KAFIRLAH DIA." semangkin banyak kitab yang dibaca semangkin jauh pula  kekeliruan mereka.

Fokoskan bagaimana untuk mendesak pemimpin atau kerajaan sediaada agar terlaksananya islam sejati. kerana kerajaan sediaada lebih besar fitnah serta maksiatnya FAHAMAN YANG DIBENTANGKAN merosakkan minda. bukan untuk mengulingkan mereka, atau membuat huruhara dijalanan dan sebagainya .sekadar pendesak atas dasar sesama islam.
APATAH LAGI BILA MEREKA MENGAKU KERAJAAN ISLAM. 

JANGAN JADIKAN ANTARA ULAMA SEBAGAI JALAN MEMECAHBELAH kefahaman . SEMUA ULAMAK WAJIB FOKOS MEMPERJUANGKAN AGAR AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERLAKSANA. BUKAN MNGHENTAM SESAMA ULAMAK.... JANGAN MEMPERBODOHKAN MEREKA DAN DIRI SENDIRI SERTA ORANG AWAM YANG SEDIA BODOH/JAHIL.....

JANGAN JADI KALDAI YANG MEMIKUL KITAB YANG TEBAL-TEBAL TETAPI TETAP BEBAL.

AKU TIDAK MENGIRA WALAU BERAPA RIBU  TINGGKAT PUN PENDIDIKANNYA, WALAU BERAPA RIBU TAHUN PUN PEMBELAJARANNYANYA, WALAU DIBENUA MANAPUN MEREKA MENDALAMI ILMU, HATTA SAMPAI KELANGGIT KETUJUH PUN KEILMUAN MEREKA, AKU TETAP  TIDAK AKAN  GENTAR UNTUK BERDEBAT DAN BERBAHAS DENGAN MEREKA ... DENGAN SYARAT MEREKA MEYAKINI ILMU TIDAK MEMBERI BEKAS KEPADA MAHLUK TANPA IZIN ALLAH..  



TETAPI ORANG-ORANG YANG PALING AKU GENTAR DAN PALI AKU BENCI UNTUK BERDEBAT DENGAN MEREKA IALAH ORANG-OANG YANG TETAP BODOH DAN TETAP BEBAL SERTA KERAS HATI, WALAU AYAT-AYAT ALLAH TELAH DIPERDENGARKAN BERULANG-ULANG KALI KEPADANYA.  

KERAN AKU TIDAK MENAFIKAN SYARIAT YANG DIBAWA DAN DIAMANAHKAN KPADA NABI ALLAH KHIDIR SEHINGGA NABI ALLAH MUSA TIDAK DAPAT MEMAHAMI DAN  MENAHAN SABAR DENGANNYA, BAHKAN AKU BENAR-BENAR BERIMAN KEPADANYA.

AKU  BERIMAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA KEPADA  SEMUA KITAB-KITAB YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH  KEPADA PARA RASUL.

AKUPULA TIDAK MENGATAKAN BAHAWA AKU MENGETAHUI HAL-HAL YANG GAIB DAN TIDAK PULA MENGATAKAN ORANG-ORANG YANG BERDOSA ITU TIDAK DIAMPUNKAN DOSANYA OLEH ALLAH.

TETAPI SETIAP MANUSIA DIWAJIBKAN MENURUTI KEHENDAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH... KERANA DISITULAH JALAN YANG LURUS.

APAKAH ORANG-ORANG YANG SUDAH SEMEMANGNYA BODOH DAN BEBAL MALAHAN MEREKA DENGAN JELAS MENGERTI TENTANG APA YANG TELAH ALLAH PERINTAHKAN, MALAH DENGAN SENGAJA MENGERASKAN HATI, SEDANGKAN SUDAH BERPULUH TAHUN,  MALAH  SILIH BERGANTI ULAMA YANG SENTIASA BERDAMPINGAN SERTA MENASIHATINYA. MUSTAHIL PARA PEMIMPIN NEGARA MASIH KEKAL BODOH, BEBAL DAN TIDAK MENGERTI.



ALLAH TIDAK MEMINTA MANUSIA MENGKFIRKAN SESAMA MANUSIA KERANA IA HAK MUTLAK ALLAH.
T E T A P I  WAJIB SEKELIAN UMAT YANG BERILMU DAN SUDAH PUAS MENDATANGKAN PESAN KEPADA MEREKA . TETAPI MEREKA TETAP TERUS BEBAL, INGKAR, DEGIL DAN KERAS HATI DAN KEPALA.

 MAKA WAJIB MUFARAKAH DAN MENJAUHKAN DIRI DARIPADA MEREKA. SEHINGGA MEREKA KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH.

TOLONG JANGAN JADI ULAMA BEBAL DAN MNUSIA BAHALOL YANG SENGAJA MELAGA-LAGAKAN DIANTARA ILMUAN DAN  ALIM ULAMA SEMATA-MATA KEPENTINGAN SENDIRI DAN SUKA MELIHAT ORANG AWAM YANG SEDIA JAHIL INI TERUS SESAT.

PERCAYA KEPADA KITAB/AL-QURAN ADALAH RUKUN IMAN. MEMPERSENDAKAN SATU AYAT DARIPADANYA MAKA BATAL SYAHADAH. JADILAH MEREKA ORANG KAFIR SESUDH BERIMAN, YANG PALING DIBENCI OLEH ALLAH.

SEMUA ILMUAN DAN PARA ULAMA ANDA WAJIB BERSATU KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DIANTRA KALIAN ADALAH SATU RAHMAT MALAHAN MEJADI  PELENGKAP DALAM PERJUANGAN AGAR NEGARA YANG PENUH DENGAN FITNAH DAN MAKSIAT INI KEMBALI KEPANGKAL JALAN.


 PENTING :  TOLONG JANGAN MELAYANI SOALAN-SOALAN  PERANGKAP YANG  SENGAJA DIUTARAKAN OLEH PUAK-PUAK BAHALOL INI. MERKA HANYA INGINKAN KEMUSNAHAN DAN PERPECAHAN DIKALANGAN ULAMA...

KEPADA GOLONGAN ULAMA KAKI KIPAS,AMPU DAN PANGKAT SERTA HARTA HENTIKANLAH...   MEREKA SEMUA SUDAH BEBAL, BERKARAT DAN TIDAK BOLEH DISELAMATKAN LAGI... UMPAMA MENCURAHKAN AIR DI DAUN KELADI.  BAIK CURAH TENAGA DAN ILMU KEPADA MEREKA YANG BENAR2 IKHLAS MENERIMANYA DENGAN PATUH TERUTAMANYA JENERASI  MUDA DAN MEREKA YANG MASIH KAFIR.KERANA MEREKALAH PENERAJU NEGARA ISLAM INI  PADA MASA HADAPAN.


SEMUA ILMUAN BERSATULAH DAN SEPAKATLAH KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBENAR. SEKIRANYA PERBAHASAN YANG DICEDUK DAN DIRUNGKAI  DARI SEGALA KITAB-KITAB LAMA  KARANGAN ULAMA-ULAMA YANG TERDAHULU MENGAKIBATKAN PERPECAHAN . TUTUPLAH KITAB ITU DAN ABAIKANNYA.  

KERANA ANDA SEMUA ADALAH IDOLA KU.
PEWARIS RASULULLAH.
PERINTAHLAH NEGARA INI SEPERTIMANA RASULULLAH MENTADBIR PEMERINTAHANNYA.

Ahad, 2 Jun 2013

HAILAH MALANG NASIBKU APA HENDAKKU KATA..

NASIB BANGSAKU  MALANG DI DUNIA DAN MALANG  DI AKHIRAT JUGA





Petang itu 3/6/2013 tetiba kakiku gatal untuk meronda, mungkin buang tabiat agaknya. Mula-mula aku mronda keliling pekan, sambil mata melilau memerhatikan gerai-gerai kecil di kiri kanan jalan, Sungguh aku kagum dengan semangat juang mereka, bukan calang-calang orang boleh menempelkan wajah di tepi2 jalan. Wajah-wajah yang sememangnya sinonem denganku sedang berceratuk disitu,ada yang sedang mengembangkan payung, ada yang melanggot sambil tangan tersidai atas palang besi, mungkin sedang mengampu takut tertanggal agaknya. Ada yang sedang menjeling jiran-jiran dengan wajah hambar, Gelak ketawa yang disulami dengan senyuman nampak payau.  gerai kecil ala koboi berderetan tak menentu, menambahkan kekusaman sediaada. mereka sudah bertahun berniaga disini, sudah maklum dan terbiasa dengan suasana sekitarnya.

Kerap juga pemandu  kereta yang berselisih mencukakan wajah, maklum laluan menjadi sempit dan masing-masing cuba mendahului masa. Peniaga pula terpaksa bersaing mencari tempat yang paling strategik, demi mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri dirumah, peduli hapa dengan kesesakan,keselamatan atau laluan utama ye tak. yang penting masyuk...

Wakil rakyat yang baru dilantik entah dimana agaknya. mungkin tengah sebuk meeting untuk projek yang lebih besar.menyusun strategi untuk meluaskan lagi empayer keluarga, sementara masih berkesempatan ya tak. Sementara penyokong yang turut serta melalak melebihi sudu dari kuah sewaktu bekimpin sumbatkan sikit duit dalam mulut mereka,lepastu gadaikan janji manis yang kow-kow punya.. elleh musty senyap punya. mudah kan..  .Atau mungkin sedang meronda sambil menjeling anak-anak buah agar tidak berebut untuk mendapatkan petak berniaga sebagai tanda prihatin. Maklum tanpa mereka siapalah beliau. Atau mungkin juga tengah sebuk bercerita, bersama-sama teman seangkatan berkenaan formula ajaib tentang kejayaannya.

Tersentuh hati melihat gerai-gerai mereka, ermm nak diceritakan pun bangsa sendiri..kasihan mereka, modal mereka bukan besar mana pun, ada diantaranya terpaksa mengadaikan kebun demi untuk pusingan dan minat berniaga. Walau apapun harap-harap selepas ini mana-mana yang telah dilantik dan menjadi harapan rakyat untuk membela mereka laksanakanlah tugas dan amanah dengan baik. Apasalahnya bangsa melayu yang sudah lama berniaga ini disediakan tempat yang lebih menarik, lebih tersusun, lebih kemas dan sedap mata memandang, samada pengunjung tempatan atau pelancung asing. tanpa mengenakan caj yang tidak2 kepada mereka. Gerai-gerai sediaada perlu diubah dengan bentuk yang lebih menarik dan kemas sepertimana negara eropah, tanpa menghilangkan konsep asalnya.

emmm... patutnya yb yang kena fikirkan benda-benda seremeh ini. Untuk kepentingan diri sendiri dan sama-sama untuk membangunkan  melayu itu juga.

Puas meronda di pekan, aku menyelusuri jalan belakang, menghirup angin petang sambil menikmati pemandangan di pesisir sungai, biasanya laluan ini digunakan sebagai laluan alternatif untuk menuju satu lagi pekan, Pekan simpang tiga namanya. pekan ni taklah besar mana, cuma buat masa ni orang panggil simpang tiga :).  Merupakan laluan utama menghubungkan antara muar ke yompeng dan ke pagoh.

Terdapat masjid besar di sini yang menjadi kebanggan orang-orang simpang tiga, Masjid yang dikendalikan oleh ajk terkini memang aktif dan tampak benar-benar hidup. walaupun agak aneh, kerana setiap kali diadakan majlis ceramah atau berunsur agama  lebih ramai muka-muka / wajah-wajah yang tidak dikenali bergentayangan di sini ( jemaah dari luar kawasan ). Manakala wajah-wajah atau ahli "ko ri ah" yang biasa dikenali/tempatan, boleh dihitung dengan jari. Selalu alasan yang kerap didengar " ceramah politik "  Itulah sebabnya orang-orang di daerah aku mahir dan handal  bab2 agama. Kalau takat kail panjang sejengkal jangan sekali-kali atau cuba-cuba menjentik ilmu yang penuh didada mereka :))  sayurlah jawabnya, boleh terbungkam bicara, :)). tak usah berbahas ilmu yang tinggi-tinggi, Ilmu fardu ain pun belum tentu boleh gigit  . Itulah  keajaiban dan keunikan yang di cengkam misteri di masjid simpang tiga ini. mungkin P.Sulong jugak kod sebab berjiran jek tu. Kalau tak takkanlah imam parit sulong kerap mengeluh..nasib pak imam laa...

Masjid simpang tiga pula berjiran dengan banjaran kedai,gedung, penempatan yang sememangnya hebat dan sedang membangun. Tahniah la pada yb-yb yang berkenaan atas kejayaan yang cemerlang ini.

Diantara ratusan kedai terselit beberapa buah kedai yang tajuk dan jenamanya kurang pasti, tetapi agak hebat kerana sejak kebelakangan ini ianya mendapat sambutan yang sungguh memberansangkan,  berbanding dengan sebelum pilihanraya yang lepas.. Wajah-wajah dan kulit  mereka walaupun tidak seiras dan sekala, tetapi sebangsalah dengan ku.... TIADA APA LAGI YANG HENDAK KU KATAKAN DENGARKANLAH SAHAJA LAGU DI ATAS... BANGSAKU TERTIPU DENGAN BANGSANYA DAN DIRINYA  SENDIRI.....sayu hatiku....





Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis