Uploaded with ImageShack.us

Khamis, 6 Jun 2013

Jandaku si janda sengal Berzina vol 3

Sambungan dari jandaku si janda sengan vol 2

Allah perintahkan setiap bakal pasangan hidup hendaklah di uji terlebih dahulu keimannya,jika tidak kita akan menemui jalan buntu untuk mentarbiahnya.

"Perempuan -perempuan yang berzina hendaklah mengahwini lelaki-lelaki penzina atau lelaki musrik, Lelaki-lelaki yang berzina hendaklah mengahwini perempuan-perempuan yang berzina atau perempuan musrik. Yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang yang bertakwa"
Aku bekerja sebagai seorang tukang kayu, atau lebih glamournya kontraktor, cuma bezanya aku tidak melobi tander-tander kerajaan, cuma tander dari orang peseorangan sahaja. Dibantu pula oleh 5 orang pekerja mahir, membuatkan semua pekerjaanku berjalan lancar dan mendapat kepercayaan yang tinggi dari bakal pemilik rumah. Dari renovation sampailah membena  sebuah rumah , aku mampu melakukannya.
Bukan setakat dalam kampung, malah kampun-kampung diluar daerah lain juga mengenaliku, mungkin hasil kerjaku yang kemas, cepat,murah dan memuaskan menyebabkan namaku meniti dari bibir kebibir dengan cepat.
Untuk dipendekan cerita maka bermulalah al kisah.
Diantara rumah-rumah yang aku bena, terdapat sebuah rumah yang sedang dalam proses pengubahsuaian, rumah ini aku tatang bagai minyak yang penuh, tidak boleh miss walau sehari, malah membuat malam-malamku terasa panjang dan membosankan. Al-maklum ada sekuntum bunga yang sedang kembang berseri ditaman tuan rumah ini. Walaupun pekerja ku bercuti aku rela bertandang  kesana tanpa pengetahuan mereka, demi memenuhi rindu yang sedang membara.
Mula-mula sekadar  hidangan air sejuk, semakin lama hidangan dan sajian semakin berat, dari sarapan pagi,tengahari sehinggalah juadah ringan untuk minuman petang. Jadi tak perlu aku beli nasi bungkus. Kemudian daripada jelingan manja menjadi renungan berbisa sehingga menembusi denai jantungku, tambahan pula bibirnya yang sentiasa menguntum senyuman manis, membuat aku hanyut dibuai perasaan dan imiginasi, semuanya terasa indah mewangi, tak terasa kaki menjejak kebumi ( emm autala tu ), susunan ayat dan kata-kata yang tercipta mulalah berbunga-bunga, kekadang menyeringai sendirian menunjuk barisan gigi bak iklan coolgate .
Setelah 3 bulan menyulam cinta, hati mula gatal nak berumahtangga, ditambah pula pihak keluarga sebelah awekku semuanya sporting. Setelah berbincangan rapi dibuat, aku menghantar wakil untuk meminangnya. Biasanya orang menghantar wakil, bakal tunang lelaki tak turut serta, tetapi berlainan dengan ku, mungkin sama kod dengan orang lain. Maklum nak kawin.. dah tak tertahan sanggat, menyongsang adat pun menyonsang , janji dapat kawin.
Setelah pembuka kata disusun, disusuli pula acara berbalas pantun, maka wakil dari pihak aku menyatakan hajat kedatangan kami. Aku macam biasalah sambil menyandarkan tubuhku ke dinding, aku pasang telinga mengikuti rundingan diantara dua belah pihak dengan cermat. Sepasang mataku tetap melilau macam orang juling sesumpah yang tak pernah nampak awek... mencari kelibat awekku dimanakah gerangannya.. malangnya hampa, yang ada cuma wajah-wajah makcik yang yang ditempel dengan bedak babyjonsen, sedang tersengih-sengih melihat gelagatku.
Puas melilau aku kembali memberi tumpuan kepada perbincangan tadi, tiba-tiba bakal bapa mertuaku mengamit namaku, sambil melambai kearahku. Aku segera mendapatkannya. Sebaik punggung dilabuhkan, bakal bapa mertuaku mengusap-ngusap manja bahuku macam kucing parsi, beliau membisikkan sesuatu ke telingaku, membuatkan mulutku terlopong, untug sahaja lalat hijau tidak melintas waktu tu, kalau tak, jadi sarang berengga la jawabnya.
Aku dipujuk dengan nada merayu - syahdu, membuatkan kepalaku terhangguk-hangguk macam ayam belanda. Kemudian dia memanggil anaknya lalu berteleku dihadapanku. Aku menatap wajahnya...emm boleh tahan jugaklah. Oleh kerana naluri kegatalan nak kawin tak dapat dibendung tambahan pula rasa simpati yang menjerut rasa. aku memberi kata putus untuk bersetuju. lagipun hantaran dan maskahwinnya berbaloi.. jimat banyak tu... 
Selepas semua prosedur untuk syarat pernikahan diselesaikan, akupun di nikahkan, maknanya aku bertunang tak sampai 2 minggu pun.Maka kini sahlah aku bergelar suami, merangkap bapa segera. kerana isteriku membawa seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. Orang kata dah jodoh nak buek camner terimajerlah seadanya. Bercinta bagai nak rak dengan adiknya, akhirnya akak yang dinikahi, macam cerita tun teja dengan si tuah lah pulak.. ermm takpalah janji kawin. 
Barulah aku rasa hidupku sampurna dan lengkap setelah berumahtangga, kemanisannya memang cukup terasa terutamanya malam pertama kod maklum orang dah ada pengalaman, selepas tu hidup sepertimana bisalah sepertimana pasangan lain.
Selepas beberapa bulan bernikah, ujian Allah mula datang menjengah. Enath dimana silapnya akupun tak pasti, aku terpaksa menghentikan aktivitiku sebagi tukang kayu kerana apa yang dibuat semuanya tidak menjadi dan serba tidak kena.
Demi untuk kelansungan hidup, akupun berbincang dengan isteriku, dengan sedikit modal yang ada kamipun membuka kedai makan di kepala kampung. Perniagaan yang dijalankan pada peringkat awal membuatkan aku menarik nafas lega, isteriku banyak membantu, lagipula isteriku ini jenis mesra alam, ramai pelangganku yang menyenanginya, walaupun kadangkala terdetik perasaan cemburu apabila isteriku mula bergurau agak berlebihan dengan pelanggan yang biasa mengunjungi kedaiku. Aku akan lontarkannya jauh-jauh. Lagipun dah suami isteri perlulah saling percaya mempercayai barulah hidup diberkati ya tak.
Setelah beberapa bulan berniaga kami ambil cuti rehat untuk beberapa hari.Walaupun sudah berbulan-bulan kami bernikah, kesempatan untuk solat berjemaah jarang kami dapat lakukan bersama. Entah macammana, mungkin Allah nak beri petunjuk agaknya.  Jadi magrib itu kamipun solat Jemaah bersama-sama. ketika membacakan doa selepas solat, jiwaku terasa amat  syahdu, sehingga menjadi sebak dan air mataku berjujuran laksana hujan  selepas kemarau.Selepas meraup wajah akupun bersalam dengan isteri serta anak tiriku. Buat pengetahuan anak tiriku memang rapat dengan diriku.
Isteriku bangun menuju ke bilik utama, manakala aku masih berteleku disejadah sambil melanjutkan wirid untuk meneguhkan hati. Tidak lama kemudian anakku menggamit ," Ayah ibu panggil ". Sambil membimbing tangan anakku aku masuk kebilik. Aku lihat wajah isteriku sugul. Aku bertanyakan sebabnya. Setelah membisu agak lama, isteriku memohon keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, sambil meminta makan pakainya dihalalkan. Aku tertegun kebingungan sambil menyatakan tiada apa kesalahan yang dibuatnya dan aku sememangnya sentiasa mengampuninya walaupun tidak diminta.
Akhirnya dia membuat pengakuan, bahawa telah berzina dengan jiran malah kawan baikku sendiri. bukan sekali dua malah berkali-kali. Mendenggar pengakuannya itu aku terjelepuk kelantai, tubuhku longlai bagaikan kain buruk dihanyutkan air sungai kehilir.
Aku bungkam, sambil cuba mengumpulkan semanggat semahu-mahunya. Setelah beriastafar dan mendapat kekuatan semula. Aku kucup dahi isteriku, aku sudi memaafkannya sambil menyasihati agar dia tidak mengulangi perbuatannya dimasa akan datang. Aku akur dengan apa yang belaku dan menerima dia seadanya.
Selang seminggu aku dapati isteiku, ghaib dari rumah. Ternyata dia kerumah bapa mertuaku. Puas aku pujuk untuk membawanya balik. tetapi dia enggan. Nak tenangkan perasaan katanya. Aku akur dan beri sedikit masa untuknya berehat dan memenagkan hatinya.
Minggu berikutnya aku menerima spucuk surat dari loyer syrie, yang menyatkan isteriku memohon fasak / membubarkan perkahwinan. dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikannya. Oleh kerana ia sudah sampai keperingkat syrie, lagipula sudah puas aku memujuknya, dengan berat hati aku melapaskan talak satu dihadapan hakim syrie. dengan alasan tiada kesefahaman.
Maka aku kembali berkelana kini.... samada bekas isteriku sudah bernikah lain atau tidak aku tidak tahu, harapanku agar kebahagiaan sentiasa mengiri perjalanan hidupnya..
 "tammat"
    


0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis