Uploaded with ImageShack.us

Sabtu, 6 April 2013

Al-Arqam Aku disapa penunggu jalan siri 3.


Al-Arqam disapa puaka jalan siri 3.
 
 

Pagi  itu semua jurujual dipanggil ke bilik musyarat, ia adalah rutin biasa setiap dua minggu sekali untuk  kami bermotibasi . Semua jurujual dianggap anak emas kepada syarikat, sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada pekerja biasa yang lain. Entah apa yang mereka jelouskan pun kami tak tahu. Pada kami semua perkerjaan sama, kena melalui protokol yang telah digariskan dan telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Walaupun bos dan pegawai kanan syarikat sendiri, sering melanggar protokol yang dia sendiri telah tetapkan. Apa nak buat, kami makn gaji dan dibayar sedikit komisyen terpaksa lah akur .

Macam biasa apabila dalam bilik miting kami jurujual akan dibambu,diherdik,dimaki hamun dan disindir dengan ungkapan yang pedas2 terutama apabila target jualan pada bulan tersebut merundum. Biasalah bos mesti nak menangkan, cadangan dan idea selsmen seperti kami dianggap macam sampah aje, emm layankanjerlah. Apabila bos naik angin kami hanya boleh menikus, pantang disanggah mau terbalik dan retak kerusi meja, kadangkala simpati juga apabila tengok tangan bos sampai merah padam dan mengeletar kerana terlalu kerap dihempas atas meja. Emmm tahan sakit ler tu padan muka dia he,he,he.

Kami biasanya tanak ambik kisah dengan masalah bos, dah salah dia, sapa suruh lantik jurujual luar, kemudian bos tawarkan harga paling rendah kepada mereka. Dan kami sebagai jurujual syarikat telah ditetapkan had tawaran yang dibolehkan kepada pembeli atau pekedai. Jadi kami terpaksa bersaing kepada jurujual swasta yang dilantik oleh bos dengan tawaran harga yang lebih rendah daripada kami. Jadi kalau sales menjunam kami ramai2 tuding jari kearah bos..ermm rasakan.. Apapun kami jugak yang teruk kerana dapat komisyen ciput.

Setelah siap memunggah barang-barang dagangan kedalam ven, aku pulang kerumah sewa, yang disediakan oleh pihak syarikat untuk pek  baju, kerana aku terpaksa begerak pada malam itu juga untuk bermalam serta membuat sels di Pahang selama seminggu. Kalau aku tak segera beredar pada malam itu, pasti ada si batu api repot kat bos yang mengatakan aku mengulor, ceh dah macam ular bersalin kulit..

Selepas solat isyak, van yang aku pandu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah, membelah lautan malam yang digenangi air, kebetulan  hujan turun tidak henti-henti sejak petang tadi membuat permukaan jalan digenangi air dan licin. Aku mamandu dengan berhati-hati dan perlahan agar tidak tersasar, lagipula  pemandangan masih terhad, lampu kenderaan membias dihalang hujan yang masih turun lebat.

Rancangan  untuk terus ke medan pelancungan kuantan pada mulanya terpaksa aku batalkan, dari jalan segamat aku membelok mengikut laluan utama  menuju ke muazam ,inilah jalan yang biasa aku lalui setiap kali berniaga di Pahang. Untuk sampai ketemerloh aku terpaksa melalui jalan tasik bera menuju ke Bandar Tun Abdul Razak sebelum melalui jalan air hitam . Jalan yang tidak pernah aku lalui terutamanya sebelah malam. Kerana laluan tersebut agak sunyi walaupun sebelah siang. Apatah lagi waktu malam.
 
Ketika ini hujan sudah lama berehenti tetapi permukaan jalan masih lembap dan berwap, di kiri kanan jalan pokok-pokok kelihatan menguncup seolah-olah menahan kesejukan akibat hujan seta dingin malam, Kenderaan yang lalu lalang semakin lengang. Memandu bersendirian menyebabkan aku dicengkam kesepian dan kebosanan, lalu ku tekan punat radio untuk menemani gegendang telingaku dengan celotih DJ serta lagi-lagu pilihan yang disiarkannya.

Dihadapan tertera dengan jelas signboard pantul cahaya Tasik Bera, lalu aku menyalakan lampu isyarat, memperlahankan kenderaan dan membelok ke kiri menuju ke Bandar tun razak.  Mataku sempat menjeling jam di dustboard,” dah pukul 2 pagi rupanya, patutlah terasa berat dah mata ni”. Siaran radio yang berkumandang tadi mula terputus-putus siarannya. Untuk menghilangkan bosan dan mengantuk , aku rasuahkan mulutku dengan gula-gula hex yang sentiasa ada dalam laci dustboard,ermm baru terasa berangin sikit dan segar biji mata.

Dihadapanku lebih kurang 100 meter, terdapat pergerakan kabus yang menipis memenuhi ruang di sebelah kiri dan permukaan jalan, semakin lama kabus yang ku redah semakin menebal, sehinggakan lampu yang menyuluh jalan tertampan di permulaan kabus, seolah olah dilapisi dinding putih. Tidak semena-mena hujan turun dengan lebat, bergemertup dan mengerikan  bunyinya bila menimpa bumbung van, serta merta tanganku mencapai swich waiper, aku pulas sampai habis, wiper bergerak laju di permukaan cermin. Namun hujan yang turun lebat bersama kabus tebal menutup terus permukaan cermin. Memaksa aku menghidupkan butang hized,memperlahankan kenderaan lalu berhenti di dibahu jalan.  Allahhh………

 


Jari  krem plk …jmpa lgi esok-esok..ya

0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis