Uploaded with ImageShack.us

Khamis, 19 Julai 2012

Misteri Seri Dewi Malam



  Pagi itu aku duduk menupang dagu di atas sebuah bangku panjang usang, dibawah sepohon  rambutan rendang yang rimbun daunnya , Sekawan burung merbah melintas membelah angkasa menuju  banjaran titiwangsa, aku mengekorinya dengan anak mata sehingga lenyap dari pandangan , burung murai cina  , melompat dari dahan ke  dahan sambil berkicau riang membangkitkan irama pagi yang mengasikkan .Butiran embun dinihari yang masih bersisa dihujung rumput  berkilau bak mutiara bila disimbah sang mentari, embusan bayu pagi  menyapa ramah, dingginnya masih terasa, Membuat mindaku menerawang mengenang peristiwa malam tadi,ya malam yang ke tiga berturut-turut. Malah sisa haruman mewangi bunga kemboja masih melekat di rongga nafasku. Siapakah gerangannya dia kerana kelibatnya belum terlihat lagi.
Sedang asyik mengelamun tanpa ku  sedar bibirku bergerak-gerak melantunkan bait bait irama lagu seri dewi malam,sepasang gegendang  telingaku pula  memerangkap  alunana irama yang sedang dilantunkan oleh suara ku, em boleh tahan jugak, serak-serak kering  cam suara  ramli sarip . Aku ulangi beberapa bait  ayat  yang aku rasakan indah ,sambil mata terpejam aku  menghayatinya.  Dalam hati  mula berbunga, taman nan indah mula terbentang luas dihadapan  aduhai, tetakala sang dewi menjelma sambil menghulurkan tanggannya seraya berlari-lari manja kearah ku. aku juga menghulurkan tangganku  lalu berlari-lari  menghampirinya.  “ Woii radio rosak panggil hujan ke a pa dah siap cepat”  harini kena gerak ke bukit pasir.  dibuatnya hujan, habis busuk buah2 ni karang.”
Bukan takat terbantut habis lintang pukang jadinya imiginasiku tak sempat berdakapan Cheh!, ntah masa bila pulak mamat ni muncul, Spoil betul la, bukan senang nak dapat saat-saat indah begini. “Aku buat latihan minggu depan laa ada petandingan karaoke , Saja Aku buat alas an yang tak di minta, sebetulnya pegang mikcrofon pun tak pernah aku ni. Member aku gelak terkekeh-kekeh  “ Baik ko carikan katak gantikan tempat ko je..,  bukan apa.  Aku takut.  bukan takat hujan !  karaoke dengan kau sekali rentung dipanah dek petir kah,kah,kah .”  Hiss mulut takaful malaysia betul gerutu ku”.. sambil tergelak bersama.
Kami pulang awal, dagangan kami laris harini masuk gerai yang ketiga makcik tu borong habis buah-buahan yang kami bawa, Lega rasanya selesai satu beban. Daripada menanggung rugi  baik kami tolak borong je kesemuanya. Sepanjang perjalanan pulang kami dah  plan beberapa  aktiviti malam yang lain dari kebiasaannya,maklum esok dan lusa kami cuti, Jadi kami singgah di beberapa buah gerai untuk mendapatkan,kemenyan,telur  darah ayam, lilin, limau dan jarum. aku sendiri pun tak tau apa gunanya bahan-bahan tersebut , semua tu idea kawanku ,aku ikut aja janji  rock..


 Akan datang menjejak seri dewi malam.. 

Selasa, 17 Julai 2012

Tulang Menari


Filem ni la yang aku tonton masa kanak2 dulu. Kalau nak tengok cerita penuh cari dalam you tube
Hantu jerangkong tajuknya.





Malam itu malam yang paling aku nantikan, harinya aku dah lupa, kerana  filem  melayu akan beraksi di kaca tv pada hari tersebut. Tidak kira apapun tajuknya ,perasaanku pastinya akan teruja dan terkinja2 tak menentu.masa merangkak dirasakan terlalu lembap, kekadang jasad sampai menggeletar membungkam perasaan .  mau rasanya aku jolok matahari agar cepat gelap, maklum otak tengah haiperaktif masa tu .

Di era 70an sesiapa yang memiliki tv, dianggap orang kaya  di kampung ,  jiran tetangga tidak kira tua dan muda akan bertandang  untuk menonton bersama.Masa tu TNB   belum pandai cari dana .Apatahlagi baju dan bangunan koprat pun belum terbena, rasanya masih belum terlintas dalam fikiran para pentadbirnya pun, Maklum orang lama mereka jujur  dan ikhlas bekerja, tk menyempat nak mengambil kesempatan ,tidak seperti sekarang semua dah jadi koprat-kaprit .Penduduk kampung pun tk kecoh pada waktu tu, apatah lagi aku, sentiasa bersyukur seadanya.

Lampu sentil (pelita minyak tanah) dan lampu gas ( lampu yang dipam dengan minyak tanah ) menjadi teman sejati  kami di malam hari. Tv selalunya dijana dengan menggunakan  tenaga battery basah yang di caj semula, itulah satu-satunya pilihan yang kami ada. Seawal pagi atuk  akan menghantarkannya ke pekan untuk di caj, kemudian mengambilnya semula di sebelah petang, jarak diantara pekan dan kampung agak jauh, lalaunnya pula tanah merah, bila hujan lebat jalan menjadi becak  lalu melekat pada rim, tu yang semput tu , sekejap2  terpaksalah  berhenti  kerana  roda jem. mencungkil tanah yang melekat  pada rem dah jadi satu kerja, belum lagi tergelincir dan jatuh  terbongkang, tu  yang kekadang terbabas hingga ke malam baru sampai rumah.

Syukur Alhamdulillah sekarang semuanya dah diturap  aspal, kenderaan pun bergerak lancar, Cuma adalah sesetengah tempat  tu bila kita memandu, automatik  jadi keling kia mabuk  todi, tu yang hospital penuh dengan bayi yang tak cukup minggu .Al  Maklum “Koprat” jalan pun jadi koprat-kaprit jugak le.
Lepas isyak jiran tetangga yang bertandang sudah memenuhi ruang  .Masing2 bawak buah tanggan, Akulah yang beruntung, walaupun dalam usia “pentil ‘ aku tergolong dalam kelas yang tersendiri , maklum aku ni kan hensem lagi  maco ( err…btul ke… bukan perasan ke ..)   emm btullah…  sebab makcik2 tu pantang namapak aku, sampai lemas aku dogomolnya  ahh tak rela .

Suasana kampung  pada waktu tu cukup seronok, walaupun hidup terkais2 kami sentiasa mengambil tahu antara satu sama lain, tiada apa yang kami bimbangkan atau terkurang, hidup sentiasa harmoni. Berbeza  sekarang . Masyarakat  kini diracuni dengan kebendaan dan kemewahan serta pendidikan ala barat, Kalau bersembang kat warung kopi pun dah main ribu-ribu dan juta-juta dahsyat tu. 

Banyak fikiran dan hati yang rosak lalu terpamir di wajah mereka umpama talam kaca yang retak seribu, memungkinkan beribu2  prasangka. Sebab itu ada rumah yang sebesar padang bola hanya dihuni 2-3 orang sahaja, kemudian tetamu yang rajin bertandang  hanya  pencuri , perompak dan penculik.  Manakala Kerajaan kekeluargaan semakin meruncing, berpecah belah sesame sendiri  ,  macam politik jugak.  Alahai  Malaysia.

Suasana yang agak riuh mula menyepi, masing2 menumpukan perhatian pada kaca tv, lampu gas yang semakin malap dibairkan sehingga terpadam sendiri. Cahaya yang terpancar  dari Tv hitam putih mula mengambil alih, lalu memenuhi ruang, cahaya terang dan samar bersilih ganti mengikut rentak adingan yang sedang dipaparkan.

 Malam itu kami dihidangkan denga cerita seram.  Aku yang pada mulanya berlagak Teruna  perkasa (perasan) mula mencari ruang untuk menyelitkan diri, masing2 membungkam dan ada yang menyelubungkan diri dengan kain sarung dan selimut.

Dailog para pelakunnya memenuhi gegendang telingaku… lalu terbit getaran yang menyentap-nyentap semanggatku..  sesekali aku memejamkan mata  ada kalanya menyembamkan muka kebantal, kemudian melepaskan pandangan pada makcik dan tetangga ku yang sedang tertegun asyik menghayati jalan cerita tersebut.

Aneh ada sesusuk tubuh tinggal  rangka sedang merenung tajam padaku, matanya  merah sebesar  biji saga, umpama bara api ditiup angin, semakin direnung  terasa mual dan kepala berputar ligat seperti gasing , dalam pada berperang melawan perasaan yang bercampur baur ketika itu, akhirnya aku terlelap.

Sadar-sadar makcikku sudah mengoncang tubuhku untuk solat subuh, berbeza dengan budak2 sekarang mereka terjaga apabila matahari sudah meninggi, Sebab itu perwatakan remaja sekarang dengan remaja dahulu cukup berbeza, tindakkan mereka terlalu Aggresif dan  melulu tanpa pertimbangan akal waras.
Dalam keadaan mamai mataku sempat melirik kearah makcikku, pelik tubuhnya bersilih ganti dengan tulang rangka macam filem yang aku tonton malam tadi, Aku gonyohkan mata berkali2 tapi yang aku pandang tetap sama. Keadaan tetap sama ketika makcik ku memimpin tangan ku ntuk ke kolam bagi membersihkan diri dan berwuduk, terasa tulang2 sejuk dan kasar meramas2 jari jemariku, mungkin kerana usia aku pada waktu itu dibawah umur dan masih pentil. aku tidak menjadikannya sebagai satu keanihan, maklum akal belum cukup ranum. Jadi semua yang dipandang menarik minat  untuk terus bermain2 dan mencuba.
 Bila aku sentap jari  yang sedang menjalar pada tubuh ku, tulang temulang tadi bersepai jatuh ketanah. Aku kutip  lalu mencantumkan semula seperti asal, tapi yang aku susun tu dah tak asli, lintang pukang  jadinya, Ialah akal budak mana pandai baca pelan lagi.  jadi taruk jelah mana yang boleh. tetiba  tulang temulang yang aku cantumkan tadi ligat menari  membuatkan aku semakin leka. 

Tengkorak kepalanya yang  gugur ke tanah, aku kutip  dan letakkannya secara menyongsang. Keletah tulang menari itu mengelikan hati  lalu aku ketawa terbahak-bahak sampai senak perut. Sedang asyik terbahak-bahak, bahuku terasa perit ditampar keras, “ Apa ketawa terbahak-bahak pagi-pagi ni” aku tersentak rupa-rupanya makcikku memerhatikan gelagat aku sedari tadi mula menyinga dan curiga. Aku hanya mendiamkan diri dan membatu, tapi hati terasa pegel ( geram ) kerana barang permainan “baru” aku lenyap dari pandangan.

Selepas mandi, solat subuh dan bersarapan aku duduk di anjung dapur sambil menjuntai-juntaikan kaki. Mata meliar memerhati sekeliling sambil mencari-cari barang permainan baru ku, tapi hampa sampai ke senja ia tak muncul-muncul, Mana agaknya makcikku sorokkan benda ni, gerutu hatiku. Maklum makcikku ni memang kepakarannya menyorokkan barang,  aku pulak pantang jumpa, apa yang aku minat pastinya ranap aku kerjakan sebelum petang, maklum budak2 cepat jemu kalau bermain dengan satu2 permainan sudahnya tak sampai ke petang  hancur berderai dikerjakan. Pakkal masa tu aku kecik lagi boleh dijinjing macam anak kucing, Kalau aku besar macam Hulk mau aku jentik-jentik batang hidung dia ermm geramm..

Selepas solat isya dan makan malam perlahan-lahan aku menyusup keluar lalu turun ke tanah, Aku melabuhkan punggung di banir pokok kelapa di penjuru kolam ,suasana malam di kampung memang cukup sunyi yang kedengaran hanya siulan ungas rimba, sesekali lolongan anjing dan suara burung hantu tingkah meningkah. Manakala sang pungguk mendodoi  hiba  merayu-rayu sang  bulan. Bosan duduk melanggot aku kuis-kuiskan ibujari kaki dipermukaan tanah, melakar sesatu yang aku sendiri pun tak pasti, hanya sekadar menurut rasa hati yang boring tidak menentu,  di kala itu aku biarkan kakiku terus melakar disitu sambil kepalaku mendonggak kedada  langit .memerhati  bintang  berkelip indah.. manakala  sang purnama mengintai di sebalik awan yang bererak nipis… buat merawat hati sang pungguk yang kerinduan.

Masa terus berlalu kebosanan mulai menguasai diri, lalu aku mencapai apa sahaja yang berada di sekeliling  kemudian melontarkannya sekuat-kuat hati ke tengah kolam .. tanpa ku duga air kolam berkocak  keras lalu membuak-buak  seperti air pancutan,  lalu membentuk sekujur tubuh  yang mirip benar dengan makcikku, terlintas di fikiran ku apa yang dibuatnya di tengah2 kolam pada waktu-waktu bergini. Tubuh itu berputar ligat seperti gasing kemudian perlahan-lahan mengendur  dan berhenti berputar,Wajahnya  memandang tepat kearahku, tanggannya diangkat dihulur sambil melambai-lambai kerah aku. 

Aku seperti hilang pertimbangan menurut sahaja isyarat yang diberi, selangkah demi selangkah aku menapak mara ke hadapan, apabila kaki  mula mencecah gigi air tiba-tiba tubuh kecilku direntap dengan kasar dari belakang, apabila aku menoleh rupanya  datukku sudah tercegat berdiri  di situ . Apa kamu buat kt sini.. keras suara datukku.. aku hanya mampu menuding jari ketengah  kolam..tapi makcikku sudah tiada lagi di situ. Datukku mengeleng-gelengkan kepala sambil merenung tajam kearah ku. Lalu dicedoknya air kolam dan dijiruskan terus  kepadaku,Aku kebingungan.dingin air kolam menyusup sampai ke tulang som-som tubuhku mengiggil sehingga gigi berlaga berkeriut macam bertih goring. 

Datuk mengambil wuduk dan mengarahkan aku menurutinya, selepas berwuduk. Aku dipapah naik keatas, disalnikan pakaian di dibungkus dengan selimut tebal..Datuk membentangkan sejadah lalu terus bersolat. Selesai berwirid datuk mengadapku bibirnya bergerak-gerak  entah apa yang di komat kamitkan akau pun tak tau, selepas itu wajah ku diruap sampai ke hujung kaki, datuk ulanginya tiga kali, tapi pada waktu itu kepala ku sudah terhangguk-hangguk macam burung pelatuk, rupa-rupanya sepanjang malam aku berjaga. selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku seterusnya. 












Akan datang , Puntuanak ajak aku berdating

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis