Isteri-isteri nabi yang diazab
Kebanyakkan masyarakat terperdaya malah ianya telah meresap dan sebati jauh dalam lubuk hati, pemikiran dan aliran darah daging keturunan manusia sejak berkurun lampau, Ditambah lagi dengan syarahan-syarahan dari pakar-pakar motivasi la kononnya, ustazah-ustazah ” TV “ kususnya dan ustaz-ustaz amnya ( kecuali para Alim Ulama yang menghayati Al-Quran ), yang keliru dari bekas dan tapak tempat tempat mereka mencerap ilmu.
Akhirnya mereka menyebarkan kesesatan dalam diri mereka sendiri dan masyarakat .Sehingga kita terbiasa mengeluarkan kata-kata “ Sabar ajelah ada hikmahnya tu” setiap kali kita ditimpa musibah seperti perceraian, kemalangan, penyakit dan lain-lain, semata-mata untuk menutup pekung, pembohongan, kejahilan dan kebodohan yang sekian lama bersarang dalam diri sendiri , mengkaburi mata masyarakat lalu mengkhianati fitrah Alam dan perjalanan syariat, Akhirnya kita hanya mencipta kehancuran yang berulang-ulang dan beterusan dalam masyarakat yang dah sememangnya tunggang langgang ini.
HIKMAH
wajib dicari digali, dihayati, diresapi diimani melalui petunjuk Al-Quran dan
sunnah Rasul, BUKAN mencari HIKMAH selepas berlakunya sesuatu tragedi.
Lalu diamalkan dan dijadikan budaya kehidupan dalam masyarakat. Barulah hikmah
akan berjalan beriringan sehingga manusia masuk kelubang kubur. Bukannya
menjadikan Al-Quran yang dijilid-jilidkan sebagai dalil untuk manusia
berlumba-lumba mengejar hak-hak mereka yang akhirnya mereka tidak saling
melengkapi tetapi menjadi budaya masyarakat yang bersaing menuntut atau mencari
hak sendiri lalu mencipta kebinasaan.
Bukankah Allah menyatakan “ Kebajikan bukan dicari atau
dipandang di barat atau di timur” sehingga ramai dikalangan kita khususnya wanita, ustazah-ustazah mereka,
sanggup bersekongkol lalu menyesatkan diri sendiri dengan golongan mereka yang sedia
sesat ini lalu menghalalkan undang-undang yang disadur dari kelompok mereka,
termasuklah “ Hari Wanita Sedunia”, “ Hari Ibu”. “ Hari Bapa”, Hari Kekasih “
dan pelbagai jenama lagi yang dipelupori oleh yahudi dan barat ini.
Apakah kitab-kitab karangan mereka mampu memberi syafaat
selain Al-Quran ?
Apakah Al-Quran hanya dijadikan alat untuk mentakwil
tafsirnya dalam perebutan hak, persaingan dalam kehidupan, harta benda, kuasa,
darjat dan lain-lain, sehingga menutup dalil-dalil hak yang lain yang ada
bersamanyan agar dapat mendidik manusia menuju jalan takwa dan saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain ? “ Bukankah Setiap ayat yang kita takwilkan
semata-mata untuk menghalalkan perbuatan dan kelompok tertentu atau diri sendiri menyebabkan kita tersesat dalam
kekafiran ? dan mukjzat teragung ini akan menjadi penyaksian dan menuntut
pertanggungjawaban ke atas mereka,
kenapa dalil mereka disembunyikan dan disorokkan semata-mata untuk kepentingan
diri sendiri dan kelompok mereka ?
ORANG-ORANG BERTAKWA MEREKA ITULAH YANG BERILMU KERANA MEREKA SALING BERKEBAJIKAN DAN SALING MELENGKAPI. TETAPI ORANG-ORANG YANG BERILMU ITULAH ORANG-ORANG YANG SESAT KERANA TERPEDAYA DENGAN ILMUNYA LALU BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR HAKNYA SENDIRI.
BUATLAH SEBERAPA BANYAK KEBAJIKAN BERPANDUKAN AL-QURAN DAN
SUNNAH RASULNYA JANGAN DIBILAH-BILAHKAN AYAT-AYAT ALLAH UNTUK KEPENTINGAN
KELOMPOK SENDIRI, KERANA TIAP AYAT YANG DITAKWILKAN AKAN DITUNTUT DAN
DIPERTANGGUNJJAWABKAN DIMAHSYAR KELAK DIHADAPAN ALLAH DAN SEKELIAN UMMAT.
PERHATIKAN DENGAN CERMAT AYAT-AYAT MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT,
BACA BERULANG-ULANG KALI SEHINGGA ALLAHLAH YANG MELENGKAPKANNYA DALAM DADA
MANUSIA, KERANA IANYA SALING MELENGKAPI BERKAIT RAPAT SESAMANYA, SILAP
PENGHURAIAN AKAN MEMBAWA BENCANA KEPADA MASYARAKAT LALU MEREKA BERLOMBA-LOMBA
DAN BERSAING KEARAH KEBATILAN BUKAN BERSAING UNTUK KEBAJIKAN DAN KETAKWAAN.
Assalammualaikum.w.b.k
Wallahhu’alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan