Uploaded with ImageShack.us

Rabu, 23 Julai 2014

Tuhan- Tuhan Manusia Yang Wajib Dikenali




Setiap diri adalah  pemimpin dan setiap pemimpin akan 

dihumbankan kesyurga / keneraka  bersama pengikutnya.


Kenali Tuhan-Tuhan Manusia



Setiap diri akan menjadi saksi di hadapan Rasulullah di mahsyar kelak, Sekiranya setiap diri itu melaksanakan seiring dengen kehendak Al-Quran dan Sunah Rasulnya maka mereka akan diizinkan Allah untuk mendapat  “syafaat” dari para rasul, para malaikat dan mereka yang dianugerahkan syafaat ( para nabi, rasul dan para malaikat ). Tetapi sekiranya mereka hanya mengambil sekerat-sekerat maka layaklah dirinya dikerat-kerat.

Setiap ummat atau jenerasi terdahulu menjadi saksi atas diri kita ( berdakwah), dan kita akan menjadi saksi pula  untuk ummat seterusnya ( berdakwah ), Jika ummat terdahulu atau tok nenek moyang kita terdahulu membawa pahaman sonsang atau sesat  atau yang bercampur aduk antara yang hak dengan yang batil  lalu kita ikuti mereka secara membutatuli tanpa merujuk kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulnya ( Hadis Ahad Sahaja, Barang siapa yang perbuat dusta terhadap Rasulullah mereka menempah tempat duduk dalam api neraka). Maka kita akan turut tersesat jauh menuruti jejak langkah mereka.

Setiap ummat wajib berdakwah dan saling ingat mengingati khusus pada anak dan isteri serta kaum kerabat  untuk jalan kebenaran dan jalan ketakwaan, Sekiranya mereka tidak menyampaikan yang benar dan hak  lalu di ikuti pula oleh  orang yang terkemudian iaini isteri, anak, cucu, kaum kerabat dan jenerasi penerusnya  maka mereka termasuklah golongan orang  ini  “ Memikul dosanya sendiri dan memikul dosa orang yang disesatkan secara sampurna “ . mereka inilah yang akan dihimpunkan bersama turun temurun, anak, cucu, cicit, piut dan keterunan penerus mereka sehingga hari kiamat, maka   penuhlah NERAKA.

Kecuali sekiranya mereka telah menyatakan kebenaran yang hak dari Al-Quran lalu dirinya , isteri-isteri, anak cucu keturunannya dan masyarakatnya sengaja ingkar dari menuruti yang hak Al-Quran, maka dirinya termasuk golongan orang yang sesat dan sekiranya mereka kembali taat tanpa membilah isi Al-Quran maka mereka termasuk golongan  ini “ orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain “. Kerana Al-Quran itu telah dipermudahkan.



Setiap suami adalah pemimpin kepada isteri-isterinya dan isteri kepada anak-anaknya.

Setiap diri adalah  pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertangungjawabkan atas kesesatan yang telah mereka amalkan dan yang telah mereka sesatkan. Pemimpin Negara kepada ahli jemaah menterinya, jemaah menterinya kepada masyarakat atau rakyatnya ( sebab itu undang-undang hudut wajib dilaksanakan ). Setiap suami adalah pemimpin kepada isteri-isterinya ( sebab itu disyariatkan dalam Al-Quran wajib memukul isteri tetapi  tak wajib belasah, yang ingkar mematuhi syariat yang ditetapkan ) Setiap isteri menjadi pemimpin kepada anak-anaknya dan anak-anaknya menjadi pemimpin ummat seterusnya. Mereka yang memimpin akan didakwa oleh orang yang di pimpinnya di hadapan Allah kelak, mereka itu  akan mengemukakan  dengan pelbagai alasan untuk terdindar dari azab neraka.

Bermakna sebagai pemimpin dan setiap diri pemimpin  tidak cukup hanya sekadar pemberi  nasihat sepanjang hayat , sekadar mengeraskan atau meninggikan suara melarang kemaksiatan, mereka wajib menjalankan hukum agar di akhirat kelak mereka tidak mempunyai alasan didakwa-dakwi oleh rakyatnya  untuk membebaskan diri. Seorang suami yang warak atau ahli ibadah  akan diazab kedalam neraka selagi mereka tidak memukul isteri dan anak-anaknya yang nyusus ( memukul dengan lembut bukan dengan ganas lalu katakana pada mereka “ Inilah penyaksianku di hadapan Allah melalui kalamnya yang benar  agar engkau tidak mendakwa-dakwi aku dihadapan Allah kelak”,  Seorang isteri yang alim tidak akan dimasukan kesyurga kerana enggan mentaati suami dan tidak mendidik anak-anaknya mengikut Al-Quran dan sunnah rasul. Demikianlah kerana sifat manusia itu memang suka mendakwa-dakwi untuk melepaskan diri masing-masing, tapi untuk itu Allah telah ajarkan kepada kita melalui petunjuk Al-Quran.



Wajib Kembali Kejalan Yang Lurus

Kerana pengkhianatan, enggan berkongsi kemewahan,  saling  tidak melengkapi untuk sama-sama menikmati hasil bumi , saling berlumba dan bersaing sesame sendiri  untuk kepentingan diri  sendiri , masih terlalu menebal dan merugikan masyarakatnya terutama mereka yang suka jadi ikan laga dan batuapi lalu melaga-lagakan sesame sendiri ( kecuali menyatakan yang hak, walau menjengkelkan agar tidak merugikan diri dan bangsanya).

Kenap kita wajib berada dalam keadaan  minda yang fresh dan bersih ?

Agar kesucian ini mengakibatkan manusia mempunyai roh yang kuat, idea yang hebat lalu berlomba-lomba dan saling tolong menolong, hormat-menghormati dalam pembangunan negara dan sesamanya agar kekayaan tidak hanya mengalir di sebelah pihak atau dikalangan orang-orang kaya sahaja. Masarakat miskin, orang asli,  orang kurang upaya, janda, mualaf,  mereka yang sememangnya lemah dapat dipimpin hingga Berjaya dan mereka yang banyak idea tetapi tiada upaya untuk pembangunan dirinya kerana terlalu banyak kekangan dan birokerasi  dapat menikmati hasil bumi ini dengan saksama. Jadikanlah setiap diri dalam masyarakatnya dapat menikmati dengan adil asil buminya inilah ISLAM.

Agar  setiap kepimpinan dan setiap diri  apabila dibangkitkan atau dibentangkan  satu-satu isu  mereka  dapat menerimanya dengan kefahaman mantel tingkat tinggi, mendalam lagi meyakinkan lalu dapat dirumuskan  semula  dengan baik, tanpa perlu banya prasangka dan perdebatan yang melere-leret serta dapat menjaga hati dari sifat amarah yang membuta tuli kerana sangking banyaknya melahap sifat-sifat fasik.

TUHAN-TUHAN YANG DISEMBAH / TAWASUL / PERANTARA



TUHAN-TUHAN SELAIN ALLAH, BERTAWASUL/PERANTARA YANG HARAM DISEMBAH. 

1.       Menyembah Kaabah ( Kaabah hanyalah arah kiblat )
2.       Menyembah Kalimah Allah atau Nabi Muhammad samada yang dibayangkan dalam fikiran atau yang diletakan di dinding atau atas tempat sujud. ( tidak boleh dibayangkan Allah dalam bentuk kalimah atau apa sahaja bentuk, Wajahnya hanya boleh dilihat oleh Ahli syurga dan hanya di Syurga Sahaja dapat menatap wajahnya yang maha mulia itu. )
3.       Menyembah Para Malaikat, Para Nabi dan Para Rasul.
4.       Menyembah Diri Sendiri atau hairan diri.
5.       Menyembah Matahari, Bulan, Bintang dan sebagainya.
6.       Menyembah Pokok,  Tunggul, rumah kosong  dan busut-busut.
7.       Menyembah Imam.
8.       Menyembah Tok Guru.
9.       Menyembah Ulama.
10.   Menyembah  Kuburan. Para nabi dan para wali.
11.   Menyembah Salib atau patung nabi Isa.
12.   Menyembah Rahib, Paderi, Fader dan sebagainya.
13.   Menyembah Tok Pek Kong, Sami-sami dan sebagainya.
14.   Menyembah Tagot/Syaiton
15.   Menyembah Berhala-berhala dan sebagainya.
16. Menyembah dan bertuhankan hawa nafsu ( golongan yang tidak terhingga ramainya )

Lihatlah sendiri apa yang kita sembah selam ini adakah ianya berbaloi, Apakah apa yang kita sembah itu mampu menciptakan bumi selain ini, dan mampu untuk menghidupkan kita selepas kematian ? Atau dapat menahan azabnya atau bencananya apabila ia datang.? Sedangkan diri mereka pun diciptakan dan tak mampu mencipta seekor lalat pun.

TAWASUL

Allah mengharamkan setiap hambanya yang Islam lagi Mukmin bertawasul ( kecuali berwasila dengan Al-Quran dan Rasulullah )  atau menjadikan mereka sebagai perantara seperti para nabi dan rasul , malaikat-malaikat,   imam-imam, kiyai-kiyai, wali-wali, tok guru-tok guru, embah-embah, jin-jin, dewa-dewa,  keris-keris dan apa jua yang seumpamanya. Allah lebih suka setip hambanya tidak kira ahli ibadah atau ahli maksiat hanya meminta, menyembah, berdoa dan sebagainya terus kepadanya tanpa bartawasul dengan selain darinya.

SYARIAT YANG TELAH DITETAPKAN

Untuk hidup mewah disisi Allah tidaklah mudah sepertimana yang kita sangkakan atau yang kita angan-angankan. Malahan hidup mewah di dunia ini lebih mudah asalkan kita pandai putar alam dan putar belit.





PERKARA-PERKARA HARAM,  DOSA BESAR, DOSA KECIL dan DILARANG DALAM AGAMA . 

1.       Mempersekutukan / mensyirikan  Allah dengan sesuat yang lain darinya dan mengadakan ketetapan  selain daripada apa yang telah ditetapkan dalam syariatnya ( Dosa yang tidak akan diampunkan )
2.       Membilah-bilah ayat Allah, beriman sebahagian dan ingkar sebahagian yang lain atau menjadikan kitab Allah dan agamanya sebagai barang mainan. ( dosa yang tidak akan diampunkan ).
3.       Mengada-adakan kebohongan keatas nabi  apa yang Nabi tidak Nyatakan selain dari hadis ahad. Iaini  hadis yang tidak lari  dan menyeleweng daripada apa yang telah  dinayatakan daripada Kalam-Kalam Allah ( dosa yang tidak akan diampunkan ).
4.       Murtad mengeluarkan dirinya dari islam secara jelas dan nyata. ( dosa tidak diampunkan )
5.       Fasik iaini orang-orang yang beriman dengan sebahagian atau sekerat-sekerat, serta orang yang bermain-main ketika ayat Allah diperdengarkannya.
6.       Munafik orang yang selalu menjadikan sumpah dan janji sebagai permainan dan pembohongan.
7.       Musrik Orang yang tahu tentang islam dan memahami ayat-ayat Allah tapi mereka mash mengabaikannya.


8.       Golongan Ar’Raad iaini golangan islam tapi belum beriman dengan ayat-ayat Allah.
9.       Arak atau sesuatu yang diolah oleh manusia untuk memabukkan, seperti tuak, pil estasy, pil kuda, dadah dan sebagainya kecuali mabuk semulajadi seperti mabuk laut, kenderaan, mengandung dan sebagainya.
10.   BerJudi,  semua jenis permainan dan sukan yang dipertandingkan untuk berjudi seperti lumba kuda  , judi bola, judi lumba basikal , main pakau, mahjung, mesin slot,toto, magnum dan sebagainya.
11.   Mengundi nasib atau cabutan no bertuah. Seperti cabutan premium di bank-bank, pasaraya-pasaraya, stesyen petrol dan apa jua yang melibatkan cabutan ataupun undian yang melibatkan harta orang ramai atau persendirian yang melebihi dari seorang, kecuali diadakan pertandingan kreatif seperti mengarang, cipta logo, mewarna, lari dengan kepala dan sebagainya.
12.   Menyembelih Binatang Dengan tidak menyebut nama Allah.
13.   Daging Babi.
14.   Bertenung atau menilik  Nasib.
15.   Ahli sihir samaada yang  mengamalkan atau mereka belajar.
16.   Berpawang dan berbomoh yang bersekongkol dengan jin.
17.   Berzina.
18.   Menjadikan kubur sebagai tempat solat.
19.   Meliwat.
20.   Menghampiri zina.
21.   Memfitnah atau bergossip.
22.   Mengadit filem prono dan mengadit wajah asal manusia.
23.   Membunuh tanpa alasan.
24.   Memukul, membelasah,  mencederakan dan sebagainya tanpa alasan yang dibenarkan.
25.   Mengabaikan Orang Tua.
26.   Menyamakan isteri dengan ibu sendiri.
27.   Makan Rasuah.
28.   Makan harta anak yatim.
29.   Makan harta Zakat dan Baitulmal selain asnab yang telah ditentukan.
30.   Membayar para hakim atau pemberi rasuah.
31.   Memakan Riba.
32.   Mempamirkan kemewahan dan sebagainya sehingga jiran tetangga tersinggung.
33.   Menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, sombong dan ego.
34.   Anak angkat yang di bin / bintikan atas namanya.
35.   Anak tiri yang dibinkan atas namanya.
36.   Bersetubuh dalam bulan haram / hariraya ( ibadah haji.)
37.   Bersetubuh dalam bulan puasa di siang hari.
38.   Melanggar Sumpah.
39.   Mendedahkan aurat.
40.   Menghianati perjanjian.
41.   Memakan harta orang lain bersama hartanya.
42.   Meninggalkan solat dengan sengaja. ( kecuali empat  sebab , haid/nifas,  gila/sawan/kerasukan/hilang  ingatan disebabkan mabuk  yang tidak disengajakan,  terlupa dan tertidur sehingga habis waktu ).
43.   Mahar / Maskahwin yang tidak diberikan,  kecuali yang telah diredhai.
44.   Mutaah ( pembayaran isteri yang di ceraikan ) dan tanggungan sara hidup ( yang tidak berkerjaya )  kecuali yang keluar berkerja atau berkerjaya sendiri  ( tidak berdosa.)
45.   Harta yang dituntut kembali  daripada bekas isteri yang diceraikan tanpa asbab kecuali yang nusyus.
46.   Tebus Talak / fasak yang belum dibayar isteri kepada bekas suaminya.
47.   Menghimpunkan perkahwinan adik beradik dalam satu masa ( adik dan kakak dijadikan isteri  kecuali jika salah seorang telah diceraikan)
48.   Isteri yang enggan bila diajak bersama.
49.   Suami yang dayus tidak mendalami agama.
50.   Berkahwin dengan lelaki dan perempuan penzina dan orang musrik .  
51.   Berkahwin dengan orang-orang kafir.
52.   Mahar yang belum dibayar kepada bekas suami kafir setelah isterinya lari/islam.
53.   Perbuatan, Perkatan atau  tindakan yang disengajakan untuk menyakiti hati suami.
54.   Suami yang mengharamkan apa yang telah Allah halalkan semata-mata untuk mencari keredaan isteri.
55.   Tidak menghukum isteri yang nyata nyusus dan ingkar menurut panduan syarak.
56.   Bercerai berai tanpa alasan yang benar, kecuali salah seorang menjadi fasik, murtad atau kafir.
57.   Dara palsu pembohongan.
58.   Menunjuk-nunjuk perhiasan  diri pada orang lain kecuali pada suami.
59.   Menghentakan kaki bila berjalan supaya perhiasan kakinya didengar orang.
60.   Bersuara keras di waktu pagi dan petang kerana hobi.
61.   Melanggar tiga waktu aurat, iaitu  Tengahari, solat isya dan sebelum subuh.
62.   Meninggikan suara kepada suami.
63.   Mendahulukan pendapat orang lain sebelum suami.
64.   Mengurat isteri orang yang masih bersuami.
65.   Menyimpan perasaan dan mengluarkan perkataan cinta kepada janda-janda yang masih dalam edah.
66.   Mengucapkan perasaan sayang dan janji merisik kepada janda-janda kematian suami sebelum tamat edah.
67.   Suami Tidak menyediakan tempat tinggal dan keperluan lain sedangkan isterinya dilarang bekerja.
68.   Tidak mahu malah enggan mengongsikan rezeki yang Allah lebihkan dari sebahagian yang lain. Suami kepada isteri atau Isteri kepada suami.
69.   Mengubah rupa asal, wajah atau tubuh, seperti bertatoo, warna kulit, rambut dan sebagainya, kecuali darurat atau penyakit.
70.   Batu api untuk bermusuhan.
71.   Orang Betina Yang Menyerupai orang jantan.
72.   Orang jantan yang menyerupai orang Betina.
73.   Perdagangan secara paksa / zalim.
74.   Mengurangkan timbangan dalam perdagangan.
75.   Perdagangan berunsur ribak. Dan lain-lain.
76.   Merasa mulia diri dibandingkan dengan yang lain.
77.   Kufur Nikmat.
78.   Tidak reti bersyukur dan berterimakasih.
79.   Enggan menghulurkan bantuan dan pertolongan.
80.   Tamak haloba dan kedeklut,
81.   Mewujudkan perpecahan dalam masyarakat.
82.   Tidak menghormati dan menyayangi sesame kaum kerabat, jiran tetangga dan sebagainya.
83.   Ahli cerita atau tukang cerita yang suka menokok tambah dalam penceritaan.
84.   Ahli syair temasuk pengubah lagu, kecuali mereka yang berdakwah dengannya.
85.   Ahli muzik yang berlebih-lebihan sehingga terkinja-kinja macam kera.
86.   Meneropong atau mencari-cari  kesalahan orang lain yang mereka tidak lakukan.
87.   Orang yang mendengarkan gossip dan fitnah dan mengadudumba untuk perpecahan.
88.   Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita.
89.   Bersembang dengan isteri orang atau anak dara tanpa tabir. Mukadimah zina.
90.   Berjoget dan menari di khalayak ramai.
91.   Perempuan yang mendendangkan suara sehingga orang terpukau dan stim dengannya.
92.   Suara yang sengaja dimanja-manjakan untuk menggoda orang lain.
93.   Bercating / bersembang dengan yang bukan mahram atau isteri orang secara  berlebih-lebihan.
94.   Mengungkit-ungkit atas pemberian / tidak ikhlas.
95.   Mengeluarkan perkataan  “AH” kepada ibubapa.
96.   Tidak saling menyeru dalam kebajikan dan ketakwaan.
97.   Tidak saling mencegah dari yang mungkar kepada yang maarof.
98.   Menutup atau menyekat rezeki seseorang secara zalim kerana tidak sebulu.
99.   Memakan harta wakaf.
100.                        Mengada-adakan wakaf tunai dan sebagainya untuk faedah dirinya dan membohongi masyarakat.
101.                        Boros dalam segala hal, harta, pemakanan, bicara yang berlebihan dan sebagainya.
102.                        Suka bercakap perkara-perkara batil dan tidak bermunafaat.
103.                        Menganggap semua perintah Allah itu remeh, menyusahkan, enteng dan sebagainya.
104.                        Menggunakan dari sumber haram untuk majlis-majlis ilmu dan jamuan ( menyebabkan ramai daripada kita apabila mengetahui ilmu tidak berbekas pada jiwanya.

Apa yang dinayatakan di atas baru sebahagian kecil sahaja, selebihnya anda galilah  dari Al-Quran. Sebab itu dalam surah An-Fushilat menyatakan setiap diri (manusia dan jin ) akan di benamkan ke dalam neraka untuk penyucian, atau kekal didalamnya, kerana dosa sebesar biji sawipun takan dibenarkan memasuki syurga Allah yang suci itu. Berapa lama kita akan dihumbankan kedalam neraka, bergantung kepada banyak dan sedikitnya dosa yang telah kita langgar. Tetapi orang-orang yahudi berangan-angan yang mereka akan dimasukkan ke Neraka  hanya sehari sahaja. Sungguh jauh tersesat  dugaan mereka itu.

Allah menyatakan, “ orang yang melakukan kebajikan sedangkan mereka beriman, merekaitulah yang beruntung.” Bermakna , Kebajikan tanpa iman iaini beriman sepenuhnya dengan apa yang telah Allah syariatkan.  amalannya adalah sia-sia sepertimana amalan orang-orang kafir yang rajin bersedekah dan sebagainya mereka tidak mendapat ganjarannya di akhirat atau ringkasnya dunia dapat dunia seperti kemewahan dan sebagainya.


Jadi untuk menjadi seorang mukmin yang beruntung pastikan diri kita telah mengimani dengan apa jua yang telah Allah perintahkan dan dijadikan ianya  pakaian hidup, iaini pakaian, cara hidup, cara  amalan,cara bersosial , cara beribadah, cara berihibur, cara berbiaga, cara belajar, cara bekerja, cara berilmu  dan sebagainya munurut  orang-orang yang bertakwa. Takut-takut amalan kebajikan, bersedekah,ibadah  dan sebagainya akan menjadi sia-sia. Sedangkan amalan bersedekah mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah sehingga kita tidak dapat menduga betapa besar ganjarannya yang akan kita perolehi walaupun kita bukanlah ahli ibadah seperti golongan tarekat atau sufi.


Pulanglah kata aisyah ( kejalan agama yang benar kata kami )



Moral : 

Janganlah mengidam untuk  berkahwin kerana asyik masyuk  bila melihat rakan-rakan lain berkahwin dan beranak penak, Janganlah pula mengidam bercrai berai apabila melihat pasangan lain seolah-olah bahagia dan janda manda semakin ramai dan meriah,  kerana sangking ramainya tangan yang menghulur simpati lantaran  mantel block yang menguasai diri , kerana tidak dapat  makan hanya sekeping roti, janganlah mengidam menjadi pemimpin jika hanya inginkan pencapaian dunia untuk dibanggakan dan dijadikan ukuran sehingga membelakangkan syariat. akhirnya negaranya bangkrup juga, Janganlah penzina dan siapa jua  berangan-angan masyuk kesyurga dan terlepas azab semata-mata memberi anjing minum. tanpa perlu berusaha keras untuk bertakwa.

Tiga amalan anak adam yang akan menyumbang pahala selepas kematiannya, dengan syarat mereka adalah orang-orang yang beriman, bertakwa, dan mentaati apa jua perintah Allah. Bagi yang sekerat-sekerat imannya tu tolonglah.... jangan berangan ye. Allah suka hambanya yang bekerja keras atas urusan yang lain selepas selesai satu urusan .

Bagi orang mukmin yang telah mengikut tatacara sepertimana panduan Al-Quran mereka tidak perlu bersedih hati. kewajipan anda menyampaikan dengan jelas dan terang sekiranya masih ingkar walaupun anda dah lenjun menasihati, kewajipan anda ialah mufarakah.


Pstt : 

Tahun ni ramai jantan-jantan khususnya dan betina yang tak puasa ya, kalau anda meninggalkan puasa dengan sengaja atau saja-saja tanpa alasan yang dibenarkan syarak, Bermakna anda berada dalam keadaan fasik dan kufur nikmat, selagi anda tidak bertaubat dan berazam untuk memperbaiki diri... janganlah anda berada dijalanraya atau lebuhraya atau bergaul dengan mereka ye,  kerana kefasikan amat dimurkai Allah, Jadi jangan kerana kefasikan  Anda, Hamba-hamba Allah yang tidak bersalah terpalit sama  dalam malapetaka azabnya, samada dalam perjalanan atau tempat tinggal, yang diakibatkan oleh dosa-dosa anda. ( hanya anda sendirilah yang tahu siapa diri  anda sebenarnya )

Selamat menyambut Aidilfitri dan berhati-hati dijalanraya.

Salaman.. Salam







Sabtu, 19 Julai 2014

Halal Yang Diazab MH17 / Mas Vs Air Asia

HALAL  YANG DIAZAB MH17 MAS, AIR ASIA

Saat-saat akhir sebelum MH17 terhempas kebumi.



4 azab yang Allah Janjikan


Orang yang mengharamkan apa yang telah Allah Halalkan dan Menghalalkan apa yang telah Allah haramkan. Akan menerima empat azab sebelum azab neraka.

1.     Bumi dibenamkan bersama mereka.( gempa bumi, tanah runtuh, volcano, bumi jerlus, gunung berapi, bah lumpur  dan sebagainya )

2.      Menerima azab dari arah yang tidak diketahui. ( tertutup dari lintasan hati dan akal )

3.      Menerima azab sewaktu dalam perjalanan sehingga tidak dapat menghindarinya.( atas tangan manusia , teknikal dan sebagainya yang tidak terjangka )

4.      Menerima azab secara beransur-ansur ( Negaranya  atau buminya dimusnahkan sedikit demi sedikit. Atau dirinya atau bangsanya  dihinggapi dengan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkannya melarat hingga ajal. Spt, HIV, BARAH, BUAH PINGGANG, DARAH TINGGI dan sebagainya. Penyakit hati seperti, HIRI HATI, DENDAM, DENGKI, AMARAH, PERMUSUHAN  dan sebagainy ( Boleh saksikan dalam Negara Orang-Orang Fasik di sepanjang laluan azabnya kerana azabnya tidak mengenal siapa samada orang zalim ataupun orang salleh. )

Menyaksikan  bahawa MH370 hilang dan manusia terperangkap dan tertipu dengan teknologinya, Terhempasnya MH17. MAS manusia masih terperangkap dalam mencari kebenaran , Akhirnya masing-masing tertipu dan Nampak jelas nyata MANUSIA MEMANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB LALU MENGHIANATI SESAMANYA. Bila manusia ini disuruh kembali kepada Agama, mereka lantas mencantas ini adalah isu global dan kemanusian tapi dalam masa yang sama masih mnuding jari antara satu sama lain. Akhirnya Allah menipu dirinya dan dirinya terasa indah dengan ideologinya lalu tersesat jauh bersama mereka yang telah disesatkan.)

Setiap kali berlaku sesuatu bencana,  azab,  bala, kifarah ,  dan sebagainya  kita pantas memuncungkan mulut, melontarkan pandangan penuh dendam dan benci, khianat, curiga, provokasi, sabotaj, melobi , menganalisis yang bersifat akal yang mengakal yang jauh dari jalan asbab manusia itu dijadikan sendiri, apa tujuan mereka diciptakan dan kemana akan pergi selepas ini, dan sebagainya lalu kita  menuding jari, menuduh  kepada sesiapa jua yang kita kehendaki, samada individu, kelompok, kaum, kumpulan, mazhab, fahaman, agama dan sebagainya tapi dalam masa yang sama kita lupakan  diri kita yang maksiat ,  malah  mengabaikan perintah dan mengingkari peraturan yang telah  Allah tetapkan.


Allah yang maha pengasih  sudahpun memberi ruang masa yang terlalu lama dan lebih dari mencukupi, tanda-tanda atau isyarat kecilnya pun sudah ditunjukkan sejak awal lagi dari  beberapa bulan  yang  lalu, manusia yang berbicara tentangnya pun sudah cukup ramai , samada melalui bicara  hati atau lisan yang dizahirkan begitu juga melalui penulisan yang dipaparkan sebelumnya… ( samada yang  disengajakan atau tidak..) sebab itu setiap bicara zahir mahupun batin dari setiap diri manusia atau orang sekelilingnya, hendaklah diperhatikan kerana didalamnya ada isyarat dari Allah yang akan terzahir.  Sebenarnya setiap  jawapan ada dalam diri anda  selagi anda perihatin dan menginsafi diri.

 Tapi malangnya  kebanyakan manusia hari ini masih  terus alpa,  kerana kebanyakan  mantelnya  rosak akibat terlalu banyak berteori, membaca karangan dari ahli-ahli cerita, berdalil  serta berteori dengan akal siapa yang lebih power akalnya untuk berhujah dan berbahas,  terlalu banyak membaca bahan-bahan prono, pelbagai provokasi   yang tidak sepatutnya dari orang-orang  yang  sememangnya dangkal akalnya, bekas ini sememangnya  sudah rosak dan  diasak dengan pelbagai benda dan cerita, zat yang diresap dalam minda melalui  pandangan mata , udara yang dihirup saban saat , makanan haram dan subaha  yang dijamah  menjadi darah daging,  pendapatan dari  hasil  yang haram dan  subaha  akhirnya menyebabkan  mansia itu bingung sendiri dalam mencari apa yang Allah kehendaki. Tapi masih khayal dan syok sendiri  dalam membena pelbagai ideologi dan ketetapan selain ketetapan Allah  yang akhirnya  berlomba-lomba bersaing  sesamanya untuk menyesatkan diri sendiri.

 Sehingga isyarat yang Allah telah tanda dan benamkan dalam setiap  kalbu mereka sirna dan lenyap. Kerana terlalu mengharapkan perhatian manusia dari perhatian Allah sendiri. Kerana lebih takutkan peraturan manusia dari takutkan ketetapan dan peraturan Allah.

Mereka tidak memandang dari pandangan Allah yang murka kepadanya, tapi mereka lebih takutkan  pandangan khianat  manusia yang murka.

Lantaran kerana  terlalu banyak  beralasan dalam sistem global perdagangan ciptaan yahudi, kononnya atas perjuangan kemanusiaan sehingga melanggar hak-hak Allah lalu  mempertahankanya. Katanya  inilah strategi pemasaran dan perdagangan dan sebagainya.  Akhirnya mereka  menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dan menghalalkan apa yang Allah haramkan,  takut rugi dan bangkrup kononnya.  Lalu  sistem yang mereka pertahankan dan warisi  sejak berdekat lalu,kini membangkrupkan mereka  juga.


Menjadi laluan kapal lain
Bukankah lain-lain kapal juga melalui laluan itu sebelumnya dan selepasnya,  tetapi mengapa kita yang kena ?  Bukankah Allah yang mempunyai tipudaya yang maha hebat telah menipu pandangan mata dan hati mereka yang khianat dan tidak habis-habisnya menipu dan pengkhianat pada Allah sendiri, sehingga misel mereka tidak mengenal mangsanya.  ( takpalh mari kita terus bermain dan tenggelam terus dalam kejahilan sendiri, lalu turut serta bergelumang dengan teori sendiri dari orang-orang yang telah dimurkai Allah. )
Bukankah Allah hendak memberi peringatan dan isyarat  kepada kita bahawa dia sedang murka , Bukalah minda dan pandangan mata hati seluas-luasnya. Kembalilah Kepada Tuntutan Agama. Kembalilah kepada apa yang Allah kehendaki  bukannya apa yang manusia kehendaki.

Kasihani Mereka  Pekerja Mas / Air Asia,  Paramugari / Paramugara dan penumpang itu sendiri. Kewajipan sebagai BOSS jaga  kebajikan  pekerja ISLAM dan bukan islam mereka.


Segelintir dari mereka mahukan kesucian islam dijaga, Mereka ingin menjaga kesucian diri mereka menurut islam. Mereka inginkan apa yang Allah haramkan dalam bidang pekerjaan mereka dapat dihindari . Mereka inginkan pekerjaan yang diredhai Allah dan sememangnya mereka minat dalam bidang ini.Cuma mereka tidak berani bersuara,kalau bersuara pun mereka tidak kemana,terpaksa berhenti dan cari kerja lain malah dipecat pula.

Mereka hanya bekerja dan tidak berkuasa untuk mengubahnya . Jadi sementara anda sebagai BOSS,  masih diberi kesempatan dan peluang terhindar dari azab , eloklah anda rombak sistem jahiliyah yang anda sedang amalkan dalam penerbangan  kini. Kalau anda takut bangkrup kerananya ( merombak amalan haram dalam penerbangan ini dan sistem pentadbiran lainnya. ), sekarang inipun anda sedang menuju kebangkrupan.

 
Iman
Jadi anda sebagai pemimpin kena bertegas atas landasan agama  agar sistem syariat yang lebih menjurus kearah ketakwaan yang lebih power, lebih berkuasa, lebih  manis, lebih unggul, lebih beperistej , lebih bersari, lebih harum dan sebagainya  wajib dilaksanakan segera seperti Negara Berunai.

  • Iman itu ada 60 lebih cabangnya maka laksanakanlah mengikut Hadis Nabi.
  • Manakala Al-Quran wajib diimani dengannya setiap huruf dan ayat.
  • Bertegas dalam beragama termasuk salah satu dari cabang iman. Bertegaslah agar bangsanya tak serupa langau atau bunga lalang.
  • Agama adalah nasihat ianya termasuk dari cabang iman . Maka berilah nasihat.
  • Berkasih sayang dalam agama dan setiap agama selain islam, buddah, hindu, kristien, yahudi, yang belum ada agama  dalam dunia ini  adalah cabang iman, berkasih sayanglah mengikut landasan syariat yang ditetapkan bukan mengikut akal atau free thinking atau freedom.
  • Menjaga kebajikan, orang tua mak, ayah, atuk, orang miskin, orang merempat , orang papa kedana adalah cabang iman maka laksanakanlah.
  • Mencegah kemungkaran dan bertegas agar orang islam mematuhi syariat adalah cabang iman, jadi bertegas dan berkeraslah pada mereka yang suka berbogil, bertelanjang, prono, judi, minum arak, berpesta antara jantan dan betina, menghina agama khususnya orang islam itu sendiri dan sebagainya.
  • Kebersihan, berkata lunak dan lemah lembut ( bukan manja atau ngada-ngada ) adalah sebahagian dari iman. Jadi perelokkanlah bahasa khususnya kepada yang belum islam. Tapi bagi islam yang berminda sampah sarap dan tak faham bahasa, eloklah dibahasakan agar jiwanya berbekas dan tidak merosakan agamanya.
  • Membenci maksiat dan kemungkaran serta mufarakah atau berpaling dari orang-orang yang agamanya dijadikan permainan dan senda gurau adalah cabang iman yang tegas disyariatkan.
  • Mengasingkan antara lelaki dan perempuan sewaktu belajar, bersukan, bersosial dan sebagainya adalah cabang iman, maka laksanakanlah selagi diberi peluang.

Galilah yang lain-lain dari Al-Quran sebelum segala-galanya terlambat.


Kematian /Pakaian Takwa./Arak./ Mas / Air Asia dan Lain-lain Badan.


Sekurang-kurangya walaupun kita bukanlah orang yang teguh iman dan ahli ibadah, apabila berlaku satu-satu  tragedi/bencana, kita  masih ada satu cabang dari satu cabang  iman iaitu pakaian takwa, ianya wajib  dalam syariat, wajib  diamalkan dan dipakai sepanjang masa. ( sehingga walaupun kita ahli sedekah, ahli ibadah, ahli syariat, ahli umno, ahli pas, ahli lembaga pengarah, ahli ngo-ngo, ahli lembaga-lembaga pelik-aneh-jakun-ngeri-lucu-seram-sombong-bangga-bermegah lagi keras kepala, menyangka-nyangka diri sudah beriman  dan  sebagainya  tetapi tidak beriman dengan apa yang telah ditetapkannya  maka amalannya sia-sia walaupun ramai pengikut dan peminatnya.)

Setiap Orang akan luput imannya setiap kali selesai solat kerana disebukkan dengan pekerjaannya  sehingga hati lupa berzikir , tiba-tiba maut datang menjengah sedangkan kita masih mengamalkan dan memakai pakaian jahaliyah pada waktu tu. Agak-agak apa yang kita nak jawab dihadapan Allah kelak.
Arak mengakibatkan malaikat rahmat menghindarinya, dan menyebabkan hasil pendapat keseluruhannya menjadi haram dan subahat. Apatah lagi jika kita sendiri yang menuangkan secara lansung kepada pelanggan, ini sanggat menyedihkan. Hati menjadi keras untuk beriman, bertakwa, beramal, buta dari melihat kebenaran, keras kepala   dan sebagainya.

Berilah peluang kepada  orang yang sayangkan agamanya, agar dapat berkerja dengan tenang dan aman  mengikut lunas-lunas dan peraturan  Agama yang telah ditetapkan.

Islam terbatal syahadahnya melalui salah satu dari tiga cara ini.( Mereka yang menjadikan agamanya sekerat-sekerat atau suku-suku ) . Sehingga Allah melarang doa keampunan keatasnya dan mendirikan solat jenazah di atas kuburnya.
1: Percakapannya          2: Perbuatannya       3: Niatnya

Setiap musibah atau azab tidak akan diturunkan melainkan setelah diberi ilmu dan peringatan.
Setiap diri orang fasik atau Negara fasik akan di azab 2 kali dalam setahun atau lebih agar manusia kembali kepada Allah.

Setiap azab yang turun tidak akan mengenal siapa mangsanya atau statusnya samada orang zalim atau orang salleh.

Azab pantas diturunkan kepada Negara-Negara  Fasik , Selagi mereka tidak memenuhi perintah, perundangan, peraturan dan sebagainya dari Allah Kerana agama inilah yang Allah berkehendak agar hambanya meunggulkan  diatas segala agama.

 Allah paling sayang pada orang fasik yang muhasabah diri dan sentiasa bertaubat lalu memperbaiki diri dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi maksiatnya yang lalu.  Dengan taubatnya dapat menghindarkan dirinya, orang sekelilingnya, kaum kerabatnya atau bangsa dan negaranya dari azab dan bencana dari Allah. Ini janji Allah. Jadi bertakwalah ( iaini merasa takut, malu, patuh,  taat dan wajib  mengambil jalan Allah cara sepenuhnya  kerana Allah benci pada hambanya yang suka mengerat-ngerat agamanya ). Kecuali ketetapan yang telah ditetapkan untuk mengetahui siapakah hambanya yang benar-benar beriman.

Semua peristiwa yang berlaku ada jalan asbabnya sendiri, telusurilah jalannya  tapi jangan keterlaluan  , agar manusia mempunyai bukti kehidupan yang nyata dan bukti kematian yang nyata atas asbabnya agar setiap diri dapat muhasabah diri.

Agar setiap kefasikan, kezaliman, kesombongan, ingkar perintah Allah dan sebagainya, yang dilakukan oleh dirinya tidak   akan menimpa orang-orang yang tidak berdosa dan bersalah.

Kembalilah kepada Allah dan Al-Quran dengan bersungguh-sungguh, bila dah faham bukalah kitab  atau apa jua buku yang lain agar fikiran anda tidak terpesong, bercelaru, berselirat  serta lebih mantap dan dapat menepis mantel block dari buku-buku karangan  golongan bijak pandai, rahib, padri, sami, ulama, ustazah dan ustaz mereka.



Orang Tua Bersongkok Hitam  Ganjil Lagi Pelik


Berkasih Sayang Dengan Selain Islam Adalah Cabang Iman


Pelik tengok orang tua berbaju kurung kuning bersongkok hitam, Nampak lebih islamik dari panel atau tetamu jemputan yang lain termasuklah pengacaranya. Apabila salah seorang pengacara mengaitkan tragedi ini dengan agama, pantas orang tua ganjil bersongkok hitam mencantas “ Ini isu global dan kemanusiaan bukan isu Agama “ seolah-olah global dan kemanusiaan itu lebih mulia dan telah muncul sendiri  sebelum  agama dan kitab ?  Brader tua lu ha… kubur kata lai-lai..  mali-mali wa pun tak hinggin sama lu… ,  Lumah kata, haiya olang tua lu blambus dari ini dunia wa tatak hinggin lu jejak atas ini bumi..!

Kalau setiap ahli kitab tidak membaca kitab yang diturunkan kepada mereka atas dasar Agama , bagaimana mereka dapat mengenali erti apa itu  kemanusiaan dan global, beserta adab, peraturan, petunjuk dan sebagainya  ?  Lu tatak baca kitab ka atau lu baca kitab lain ?  atau lu baca kitab U.M.N.O sahaja, ( politik wajib beragama, agama wajib politik ) lu atak tau tk..ini konsep.  lagi satu ha.. lu sulah membazirkan umur lu, lu sulah mempersia-siakan hayat yang diberi pinjam pada lu.. Baca Al-Quran ma kasi faham maknanya, jangan lu baca lu tak faham, tapi pasal politik bukan kemain lagi.

Kalau boloh dalam agama yangan masuk TV ma, Nanti olang tau yu punya kiblat mana ma, sebab olang-olang selupa lu la agama jadi losak, agama jadi bercelaru dan bangsanya  lintang pukang. Kalau lu tak kaitkan kehidupan dan pelbagai kecelaruan yang berlaku  dengan agama, bagaimana lu mau bagi olang sedar ini bumi siapa yang bangunkan dia punya system ? Lu ka.. atau  UMNO ( sebab golongan yu yang jawab hari itu wajib golongan yu yang kena, kalau PAS atau PKR dan lainnya pasti wa banti wa talak kila, yang hak tetap hak yang batil tetap batil) ka, Amereka Ka, Yahudi ka, Russia Ka atau siapa ?  Siapa ? SIAPA..???
Yangan main-main dengan ini agama, Yangan cakap selupa olang talak baca kitap , olang talak  bertamadun loo… mikin malu agama dan lu punya bangsa sendili. Atau loo yangan masuk telus TV maa.. Mikin losak agama.. atak tahu tak ini ???

Lain kali ha kalau meleka kaitkan sesuatu isu dengan agama Lu mesti jawab dengan jelas lagi terang,  lu nyangan takut menyatakan kebenaran. Kalau lu tak tau maw jawab apa, baik lu tiam-tiam maa… atau lu tolak dengan cala yang baik.. Ok blader.

 Lagi satu haa…. Wa paling menci kaki kipas, kaki ampu,  kaki ampow , kaki modek, kaki auta.., kaki mulit.. haa apa cakap ha . itu selupa ular la..  dan musing-musing nyakap…macam ngo.. a sing  ok… Lapat..???

Menjadi seorang  ISLAM lagi muslim perlu berpandangan luas dan jauh serta menangani setiap konfli, ideology, propaganda, provokasi, melobi dan sebagainya dengan cermat dan bertakwa dan bertakwakal kepada Allah. Setiap kebijaksanaan pasti ada yang lebih bijak diatasnya  kerana Al-Quran itulah orang mati boleh berbicara dan gunung ganag berkecai.  


Pstt:
Setiap manusia sentiasa melakukan perkara fasik, bertaubatlah dan  kembali kepada Allah lalu  perbaiki diri dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh sehingga akhir hayat. Dan biarkan mereka yang diamanahkan menyelesaikan kes ini dengan tenang  tanpa sebarang provokasi khianat yang mengeruhkan lagi keadaan. Kebenaran pasti terzahir, Insyallah. Kerana setiap kesalah diri atau dari kaum kerabat atau dari bangsanya  yang khianat dan berdosa pasti azab Allah akan menimpa dirinya, kerabatnya,  bangsanya dan negaranya, walaupun kita mengolah dengan pelbagai spikulasi, teori, andaian dan sebagainya. Setiap azab yang berlaku tetap akan berlaku tanpa dapat dihalang, kembalilah bertaubat kepada Allah dan jangan tonjolkan lagi kebodohan diri sendiri, menjadi pengkhianat pada agamanya, bangsanya,negaranya dan sebagainya.

Nota :
Perangai atau ideologi yang selalu diajarkan dalam bangsa Ini, khususnya melayu, sehingga sebati sampai keanak cucu ini ialah :

Apabila sesuatu bencana, musibah, kifarah, tulah, dan sebagainya yang menimpa keatas diri seseorang atau suatu kumpulan bangsa yang tidak melibatkan dirinya mereka berteriak-teriak berkata “ MUHASABAHLAH DIRI ANDA” atau “ INSAF DAN SABARLAH SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA “ atau, “ CERMINLAH DIRI ANDA SEBELUM MENCERMINKAN ORANG LAIN “  atau “ SEMAK KEMBALI KESALAHAN ANDA YANG LALU “  atau “ PAKU DULANG PAKU SERPIH” atau “ SEMAK DIRI ANDA SENDIRI” atau “ GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK” dan pelbagai lagi kata-kata sakti penuh hikmah yang hebat-hebat.

Tetapi apabila musibah  menimpa keatas diri atau kaumnya lantaran kecuaian dan kesalahan kaum dan dirinya  sendiri, mereka menolak dengan pelbagai helah dan selogan yang hebat-hebat lalu  menuding jari untuk  menyalahkan pihak lain. Semata-mata untuk menutup pekung dan kesalahan  yang selam ini mereka bena dan mereka mainkan  “ KUTUK KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN  MEREKA” atau “ PENGKHIANAT BANGSA “ atau “  SESAT “ atau “ TIDAK PERI KEMANUSIAAN “ dan sebagainya, anda dengarkanlah sendiri pelbagai selogan yang meremangkan bulu hidung hasil kreatif mereka.


SUDAH-SUDAHLAH BUAT PERKARA SEBODOH TU

Kembalikan maruah mereka sebagai seorang islam dan muslim sejati.
Kembalikan Negara ini kepada landasan Islam yang benar bukan sekadar islam berceramah atau islam penerangan tetapi wajib dilaksanakan dalam perlaksanaan setiap dasar.

Agama bukan hanya untuk berucap dan berceramah sepanjang hayat tanpa perbuat  sebarang perlaksanaan.
Agama bukan untuk dijadikan toping dan alat untuk meraih undi atau membohongi masyarakat dalam meraih popularity politik dan sebagainya.Tapi agama wajib dilaksanakan.

Semua sistem dari pelbagai badan,pertubuhan,  perundangan, pentadbiran, pekerjaan dan sebagainya wajib dikerah kembali kearah Islam. Agar matinya anak cucu adam ini tidak sia-sia dan menghinakan.

Selepas ini tolong Jangan jadikan kematian mereka atau bangsanya dalam keadaan yang  sia-sia. Ubah semua sistem. Dan jangan jadikan diri kita yang bodoh kemudian  mempertahankan sistem bodoh yang dimurkai Allah ini lalu  memusnahkan dan membinasakan mereka yang tidak bersalah, mereka yang tidak  berdosa dan mereka yang tidak sedar yang diri mereka telah disesatkan.


U. M .N .O  Andalah yang menerajui kerajaan sekarang,  Andalah yang bertanggungjawab atas setiap perkara yang berlaku,  Anda wajib mengubah semua dasar sediaada,  jangan biarkan rakyat islam anda duduk dibawah sistem yang dimurkai Allah lalu menyesatkan mereka. UBAHLAH SEMENTARA ANDA MAMPU DAN SEMENTARA ANDA BERKUASA DAN  KAMI TIDAK AKAN BERGANJAK DARI BELAKANG ANDA UNTUK MENYOKONG ANDA SELAGI ANDA BENAR .Kecuali anda menjadikan AGAMA ISLAM ini sebagai BARANG PERMAINAN, BARANG PERDAGANGAN dan SENDA GURAU, AGAMA YANG DIPEROLOK-OLOKAN, AGAMA YANG DIPERKOTAK-KATIKKAN, AGAMA YANG HANYA DIJADIKAN EJEKAN DAN SEWAKTU SENGANNYA. MAKA KEWAJIPAN KAMI ADALAH MUFARAKAH DAN MEMALINGKAN DIRI DARI ANDA.



Al-Fatihah untuk semua roh yang Bergama Islam dan takziah kepada mangsa dan keluarganya yang lain.

Salaman salam..









Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis