Uploaded with ImageShack.us

Jumaat, 2 November 2012

ISTERI KU KEREPOT YANG GAIRAH

ISTERIKU KEREPOT DAN GAIRAH


Dah lama tak mencatat, bahasa dan jemari pun dah naik kaku dan kematu, Cadangan asal ingin mencatat lambaian silam terutama sewaktu zaman kanak2 . Rasanya tak usahlah biarlah zaman itu berlalu.

Lagipun sukar untuk mencungkil rahsia dari seorang lelaki, kerana mereka pemandam rasa dan penyimpan rahsia terbaik.tak macam perempuan abis dicanang semua pekung orang, yang tiada pun diada-adakan sampai penuh bermuka-muka dijilitkan dalam fail2 syariah, pekung sendiri disimpan, air mata MEREKA dijadikan senjata berkesan untuk meraih simpati.

Oleh kerana pekerjaan yang ada sekarang sering bertembung dengan orang2 yang tidak diduga latar belakang serta  kehidupan silamnya . terutama mereka yang melayari bahtera rumahtangga. Apatahlagi kes-kes perceraian yang dikendali oleh loyar buruk syrie  semakin genting. Maka eloklah kisah2 mereka ini aku catatkan di sini.

Maaf ya kalau ayat yang disusun bergulung-gulung hingga memeningkan kepala waktu membacanya. Biasalah yang mencatat pun bukan wartawan gossip, Atau ustaz dan ustazah dunia, atau peguam syarie yg mencari untung,atau artis,penulis skrip dan penulis novel dengan bahasa sastera yang indah2.atau perempuan-perempuan yang gila jawatan dalam jabatan dan pemutus segala ketentuan.

Apakan daya Bahasa pun bahasa pasar malam , layan jerlah ye.kepada orang perempuan maaf ajalah kalau tersinggung.

Malam itu macam biasa, kerja aku meronda dari warung ke warung atau kedai makan, cari pot yang sesuai untuk melabuhkan punggung. Biasanya kedai makan atau warung yang agak lengang menjadi sasaranku. Maklum jiwa seperti aku ni tak larat berhadapan dengan suasana bingit atau hiruk pikuk dengan suara orang ramai.  maklum jiwa santimantel katakan, bukan mentel tau . Kalau mentel tu untuk orang perempuan atau orang jantan atau loya-loya buruk syrie yang konon jadi pembela kepada kaum perempuan tanpa usul periksa dan membabi buta.

" Bos kopi O dengan nasi goreng kampung satu " aku membuat pesanan, sambil bersalaman dengan tokey kedai dan seorang pelanggan tua yang usianya aku agak dalam lingkungan 70an yang duduk semeja dengannya.

Orang tua tadi  teresentak dengan kehadiran ku, lalu merenung wajah ku sambil tersenyum kelat. "Jauh mengelamun orang tua ni sampai ke hydrabat india agaknya", getus hatiku. Lalu ku balas senyumannya  lebih manis dari senyuman kambing.(senyum ikhlas). Lalu aku labuhkan punggung berhadapan dengannya.

Anak dari mana, tinggal mana, tanyanya ramah, sebelum sempat bibir ku terbuka. 'Orang rumah tak masak ke' sambungnya. Senyuman manis yang terukir dibibirku berubah kelat, Biasalah wak dah rutin sepanjang tahun melompat dari satu warung ke satu warung jamu selera, Rumah takda, tangga pun takda, macamni la kehidupannya wak' aku menjawab.

Pesananku sampai, sambil menghirup kopi panas aku mempelawanya makan. Wajahnya selamba sambil mengluarkan sebatang rokok gudang garam lalu dicepit dicelah bibirnya. Api dinyalakan lalu disedutnya dalam2..aku memerhatikan sahaja sambil menyuap nasi ke mulut. Kemudian asap dihembuskan berkepul2 dari rongga hidung dan bibirnya. sambil diselangi keluhan berat nan hampa yang ditahan-tahan, tetapi gegendang telingaku dapat menangkapnya.

Anak tinggal mana' ' tinggal area sini jugak wak' sambil tertahan tahan agar nasi yang dikunyah tak tersembur keluar . Wak tinggal mana, tanyaku. Kampung sebelah ni aja jawabnya. Banyak latar belakang orang sini, wak tahu sejarah silamnya.' aku hanya anggukan kepala macam burung tekukur.

Anak tau orang perempuan ni ada dua mulut, satu mulut atas sentiasa manis dan alim, satu mulut bawah jadi mulut SETAN. Errkk hampir tersembur keluar nasi yang aku hadam, terasa gelihati dan tak tergambarkan bagaimana kalau kedua-dua mulut tu berbicara. Sedangkan  mulut nan satu tu pun dunia dah porak peranda bisik hatiku.

Aku jeling kerahnya dengan jelingan manja-manja kucing agar dia meneruskan bicara. Dia merenung kearahku penuh makna. Suasana hening seketika, mungkin bicaranya tadi menganggu aku yang sedang menikmati hidangan, atau mungkin juga dia sedang mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara. Ianya berterusan sehingga aku selesai makan. Aku hirup kopi panas agar nasi yang aku hadam tadi berjalan lancar menuju distinasinya. Sambil mengusap-usap perut aku duduk bersandar dan santai sambil melemparkan senyuman kearahnya dan satu senyuman manis ke arah anak tokeh warung yang memang manis dan lembut orangnya, lalu dia menjeling sambil tersenyum simpul..Cheh .. humm.. hatiku belum tergugat lagi :).

Anak tau semua orang sini wak tau latar belakangnya serta sejarah silamnya, Ada yang kawin bini orang, bawak lari bini orang anak orang, mainkan bini orang, yang terlanjur dan anak-anak luar nikah, bini orang main dengan orang bujang dan laki orang. Ada pulak yang suaminya merelakan bininya diusung orang kesana kemari.Lelaki yang tunduk dan mengiakan apa juga yang bini buat tak berani nak bersuara. Aku hanya angguk dan geleng kepala sambil mata menjeling ke meja tetamu yang lain sebagai tanda tak berminat.

Melihat reaksi ku yang hambar, dia mengeluarkan lagi sebatang rokok lalu menyalakan nya. Disedut dan di hembus, sepasang biji matanya terkebil2 menahan pedih kerana diselaputi asap yang keluar berkepul2 dari ronga hidung lalu memenuhi raut wajahnya yang dipenuhi dengan ratusan kedutan serta rambut memutih seperti asap rokok.

Wak saya selalu juga lepak kat warung ni tapi jarang nampak wak. aku mula memancing. Sambil membetulkan kedudukan agar lebih selesa, 'wak ni kerja siang malam nak tapi tak pernah cukup, Anak-anak semua dah besar panjang dan masing2 dah berkeluarga dan tinggal jauh ada yang kat utara ada yang kat selatan, Wak tinggal berdua jer kat rumah dengan isteri wak. Malam jadi jaga siang berkebun. 'Oh Berapa ekar kebun yang wak ada', pintasku . Dulu adalah 20 ekar sekarang tinggal 10 ekar, semua wak tanam sawit,lagipun wak dah tua tak larat nak berkebun, anak-anak pula tak minat kebun tu yng wak jual, 'Eh kalau ada lagi yang nak dijual pas-pas la kat saya' . Dia tersenyum sambil menyedut asap rokok dalam-dalam, dengan kedua kelopak matanya hampir bertaut  rapat.

'Isteri wak umur berapa' aku bertanya. ' Dekat 68 th dan wak dah 78 th tapi ...'   kata-katanya terhenti. pandangan matanya dilontar jauh menembusi pekat malam yang sesekali disimbahi cahaya lampu dari kenderaan yang  membelah sunyi dinihari. Lampu limpah yang tertegun di simpang jalan sedang galak dikerumuni kelkatu malam yang sedang asyik berpista dangdut, tidak menghiraukan rakan2 senasib yang mabuk cahaya terdampar dipermukaan jalan lalu mati ngeri dilenyek tayar kenderaan. Pelanggan warung mula berkurangan, pulang membawa haluan masing-masing, sambil mengalas kenangan sepanjang hari yang berlalu, kerana esok bermula sejarah dan cerita baru, itupun kalau masih diberi peluang untuk berkelana di muka bumi Allah ini. jika tidak pasti akan menempuh perjalanan panjang yang jauh dan penuh kepayahan serta sulit, perit tidak berkesudahan, terutama jika hidup sekadar beriman dengan sangkaan serta menurut akal dan nafsu semata-mata.

Isteri wak sekarang dah jauh berubah, dulu dia seorang isteri yang lemah lembut, penyantun, taat dan jarang melawan. Apa yang wak beri semua diterima seadanya. tetapi semenjak dia pandai berpersatuan dan bersosial semuanya berubah. Apa yang wak buat semuanya tak kena pada pandangannya. Nak kata wak ni kasar, rasanya tak pernah wak berkasar. Kemudian apa yang wak beri semuanya tak pernah cukup ada sahaja yang kurang. Bila bercakap pulak selalu membentak-bentak sampai jiran tetangga semua dengar, malu wak dibuatnya. Sekarang masak , kemas rumah, basuh baju semua wak kena buat sendiri. cuba tengok tangan wak ni, dia menghulurkan tanggannya kepadaku, aku lihat ibujari serta jari telunjuk berbalut. Kenapa tangan wak tu' aku bertanya. kena pelepah sawit dah 2 minggu' jawabnya. 'Bila wak mintak tolong basuhkan baju atau minta diurutkan badan, dia jawap "Apa ingat aku ni kuli batak atau hamba abdi ke? Nabi semua dia buat sendiri laa.." malas wak nak panjang-panjangkan dan bertengkar . terpaksa wak buat sendiri.

Setiap kali gaji wak serahkan duit pada dia, hasil sawit pun wak serahkan pada dia, tapi bila wak minta untuk belanja dan kegunaan wak ,  habis semua diungkitnya apa lagi kalau bulan tu wak wak terbagi kurang, habis dibentak-bentaknya sampai jiran tetangga dengar."Tanggunjawab suami menyediakan semua kemudahan apa yang isteri nak". Kawin pandai jaga bini tak reti apa punya suami.' ' tu yang kadang2 wak malas nak balik rumah'.

'Ohh...'helah ku.' wak dah siasat ke apa punca lain dia jadi macam tu.

Wak nampak juga perubahan pelik pada isteri wak ni, Rumah wak ada dua bilik air, satu bilik air dalam rumah dan satu bilik air luar rumah. Wak perasan dia lebih suka menggunakan bilik air di luar rumah, tidak kira tengah malam atau siang hari. Bila ditanya dia jawab lebih selesa bilik air yang diluar.Hati wak dah mula prasangka, Jadi dalam beberapi hari tu wak buat intaian dari dalam rumah. Wak nampak kelibat manusia jantan sedang berbual-bual dengannya. Bila dia masuk wak tanya. siapa lelaki tu, 'Mana ada lelaki kat situ main tuduh-tuduh sembarangan aja kalau dah tak suka tu ceraikan akuu.. bentaknya terjerit2 macam isteria. malu wak dengan jiran-jiran.

Hari berikutnya wak mengintai lagi tapi kali ni waktu pagi, wak nampak dengan jelas lelaki tu berdiri sebelah isteri wak yang sedang mencangkung, mereka rancak berbual2 kekadang ketawa. mereka macam orang sedang bercinta, wak kenal lelaki tu . wak peratikan tangan lelaki tu.....  '  kata-katanya terputus. "Kenapa wak tak sabar aku mendesak '.








0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis