Heliza… Sayang… Unggu
Pelanggi tu apa ? TV1
Maaf ni bahasa berkasih sayang pra sekolah jadi sediakan besen, mangkuk atau beg plastic awal-awal
sebelum membacanya, takut-takut berselerakan muntah hijau “tak dan” nak tahan.
kalau kerongkong tersekat jolok je
dengan jari, takpun guna mop jamban pun boleh jugak... uwekkkkkkkkkkk………..omak
oii…
Haliza Sayang… meminta pendapat umum untuk mengambil kira
pandangan penonton adalah baik. Setiap pandangan tentulah berbeza-beza dan
mereka meyakini bahawa pendapat mereka itu adalah yang paling tepat, terunggul,
berkarisma dan paling menakjubkan abad ini, begitujugalah dengan ABANG. Jadi jangan
hampakan harapan mereka dan ABANG taw! Kami semua telah memerah otak se maxsima mungkin sampai
melotop otak kuman, jadi ABANG pun berhak dapat hadiah sepertimana mereka
kann... Apa kata semua hadiah tu diagihkan sama rata pada setiap penyertaan
mereka, amacam !!! J.
ABANG pun seperti mereka juga menyerap dalam kepelbagaian
watak, menjiwai setiap rentak dalam setiap musim, menyelinap dan menyatu pada
suasana lalu menyelusuri setiap laluan kuman apatah lagi kalau laluan tikus
atau laluan gajah kan… dah tentu terang lagi bersuluh namanya tu. Sehingga sayang tak perasan keberadaan abang di sisi sayang hampir setiap
masa macam Orang Minyak..! Eh… tak… macam sesumpah dalam pelbagai warna yang mesra
alam tu.. je…
video
Masuklah Islam Keseluruhannya Dan Azab Malaikat Disebalik Naungan Awan
Cuma mesra abg bertempat syang… ditabur juga tatapi tidak
meninggalkan jejak dan bekas. Maklum dalam hati abang pun ada taman sama
seperti kebanyakkan mereka, tapi taman
Allah la. Manusia itu lemah syg… dan sering tergelincir, walau apapun setiap
diri wajib berusaha keras menghambakan diri padanya ) Kan sifat hamba tu
tunduk, taat, setia dan patuh tanpa perlu banyak berbantahan dan beralasan
serta berdalil dengan Akal.
Sayang tahukan sifatnya Akal tu. Ya… akal itu lebih
cenderung pada nafsu lebih-lebih lagi akal yang tidak berpaksikan dengan
Al-Quran dan Sunnah Rasul serta tunduk dan taat padanya.Malah nafsu batil yang
menguasai akal tergamak menjadi pengkhianat pada Ayat-ayat Allah sehinggakan
ayat-ayatnya diputarbalikkan kerana sangking terpesona dengan tertipudaya
glamour dunia.
BAHAYANYA HUKUM
AKAL
Haliza sayangku yang manis… ( hermm.. kalau pembaca nk kutuk
kami, kami tadah jew…kami juga seperti anda..
yang Maha Mulia tetap Allah ). Bahayanya akal, bahayanya lisan dan
bahayanya jari-jemari yang batil ini ialah mereka mampu berhujjah dan
mengembangkan ideologi dan kefahaman dalam apa jua bentuk sehinggakan yang hak
menjadi batil dan yang batil menjadi hak tanpa sempadan kecuali mereka yang
mendapat rahmat Allah sehingga hati dan perlakuannya tetap berada di atas jalan
yang hak begitu jua yang pekak dan bisu atau
yang buta dan bisu atau yang buta dan pekak atau buta,pekak dan bisu dan mereka
yang sememangnya dianugerahkan minda sindrom down atau yang tiba-tiba menjadi
gila ibni hilang akal kerana terlampau banyaknya mengakal, atau mereka-mereka
yang sememangnya sudah tidak lagi diperlukan oleh Allah untuk memahami
ayat-ayatnya lalu di block hati- pendengaran- pandangan dan minda mereka, serta mereka yang dah masuk ke lubang kubur
walaupun otak mereka di keluarkan untuk dibuat kajian pasti takda dah maknanya.
MASA UNTUK MEMBENA
KEMODENAN DAN KETEMADUNAN ISLAM
Haliza sayangku… yang
manis menawan, yang manja belahan kalbu, yang menari nari dalam sukma mindaku
sehingga diriku terpesona dengan gemersik indah nada suaramu yang mendayu…
aduhai sayang…… mabuk diriku dalam alam fantasy lalu bercanda di alam Firdausi bersamamu…
Ohh.. iza sayangku… bagaikan tiada
galang ganti dirimu untuk abg … puas abg tepuk bantal malah dah
berbantal-bantal pun, lalu ku seru… namamu… namun iza tak jua kunjung tiba menjelma dalam mimpi abang…. Haii.. la nasib..
betepuk abang sebelah tanggan lah..
nampaknya. L
.. ( err…dah muntah belum..? mop tandas kan ado… )
Iza… sayang… sepatutnya ketika ini, diwaktu ini, dimasa
kini dan dimasa akan kita gi dating bersama miow.. ehh.. takkk !!! Dimasa
akan datang dan seterusnya sehingga hari
kiamat bangsa ini sepatutnya sudah tidak perlu lagi membuang masa untuk membetulkan Ahlak
manusia. Ahlak dalam diri itu sepatutnya telah terbena setelah mereka
meningalkan alam pendidikan kealam pekerjaan. Jati diri mereka sepatutnya telah
terpahak kukuh dalam setiap minda dirinya ( seperti bangsa jepun). Tapi apakan
daya sistem pendidikan yang ada hanyalah sistem perdagangan yang penuh penipuan
dan kepura-puraan lagi putar alam, sebab itu apabila bangsa ini keluar dari sistem
pendidikan mereka menjadi pakar putar Alam ibni putar belit dalam sistem kerjaya, perdagangan,
pentadbiran, perundangan dan sebagainya… najis mughalazah kalau nak di sebutkan
satu persatu.
Apatahlagi sistem pendidikan kini termasuk mereka yang
megolahnya beraliran dalam pelbagai cabang ideologi yang nyata jauh dari minda Al-Quran,
mengakibatkan minda rakyatnya menjadi tumpul dan bentan, bila dinyatakan yang
hak agar minda berakal waras mereka menjadi dolop ( macam ayam berak kapur )
lain yang dimaksudkan lain yang mereka faham, lain yang disuruh buat lain pula
yang mereka kerjakan. Tamak toksah ceritalah sebab itu sehingga kini teknologi
Al-Quran tidak dapat dizahirkan. Kerana di setiap jabatan ditadbir oleh
golongan yang dolop. Nak harapkan usahasama dengan mereka huh!!! Dah macam semut berdebat dengan gajah.
PENDIDIKAN:
Sistem pendidikan
wajib diubah 100% kalau kita benar-benar ingin menyaksikan bangsa ini
menzahirkan teknologi dan kemodenan Al-Quran yang heba manakala faidahnya menjadi rahmat seisi Alam, yang
takan dapat dicapai oleh mana-mana bangsapun kecuali mereka kembali kepada
Al-Quran. Sudah sampai masanya aliran agama dan aliran sediaada disatukan malah
wajib setiap diri melepasi Al-Quran iaini peraturan hidup, Ahlak, Adab,
Sahsiah, Kekeluargaan berpandukan iman dan takwa sepuaya bangsa kita ini tidak membuang masa dan kewangan untuk membena jatidiri dengan
pelbagai pembangunan sosial, penjenamaan, penjara, lapangan yang pelbagai jolokan namanya atau pelbagai
badan-badan ngo yang merugikan,
sedangkan peruntukkan itu boleh dialirkan kepada r&d agar setiap diri yang dianugerahkan akal
kreatif dapat menjana dan mengembangkan lalu menzahirkan tentang apa yang
tersembunyi dan tersimpan selama ini. Islam itu minnannas gabungan inilah yang
menzahirkan letusan yang maha dahsyat penzahirannya. Najis malah mustahil kalau hanya segelintir atau individu dapat
menzahirkan revolusi ini. Sedangkan minda masyarakatnya yang hendak digarap
masih berminda pendidikan dan
berideologi sampah, kaki belit lagi putarrrrrrrr alam…..
Agar setiap penjawat
awam dan mereka yang diamanahkan dalam kerajaan serta rakyatnya dapat memikul
tangunggjawab bersama dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab serta saling
lengkap melengkapi tanpa perlu jakun menuntuk hak-hak tang mengadikan bangsanya
berpecah dan bercerai berai. Agar setiap diri yang bertakwah dianugerahkan
ilham terbaik yang tiada tolok bandingan untuk digebeling bagi mendaulatkan ummat.
NOTA :
Contoh Pakaian
Takwa.
Kenapa Allah menitik
beratkan pakaian takwa ini? Apa Rahsia
Disebaliknya ? tetapi ulama, ustaz dan ustazah fiq sampah mereka ini melagukan dengan pelbagai versi konon
mengikut budaya dan adat setempat
sebelum mereka mengkaji Hikmah disebalik berjilbab atau melabuhkan pakaian ini.
Sehingga mereka menjadikan bahan gurauan atau memperlekehkan mereka yang
berpakaian seperti ini. Konon hanya
sesuai digunapakai pada sesetengah Negara kerana Negara mereka panas kering
konon ? Kenapa Negara india yang panas kering mereka hanya pakai sari. Inilah
akibatnya kalau masing-masing sebuk berebut nak menjadi ustaz-ustaz sedangkan
kata-kata mereka membuatkan mereka tergelincir dari akidah. Perkara akidah
bukan boleh dibuat main-main.
Hikmahnya terlalu
banyak: Antaranya dapat menjaga kemulian diri si pemakai, Dapat menghindarkan
diri yang memandangnya berfantasi dengan sex, Dapat menjaga Akal yang sihat dan
berfikiran tingkat tinggi, Menghindarkan wanita dari menjadi mangsa rogol,
Tubuh yang sihat kerana terhindar dari pancaran matahari, untuk membezakan
pakaian takwa dengan pakaian fasik, Menghindarkan diri si pemakai dari
ditakluki oleh jin dan syaiton (pegantung pada niat si pemakai jika tidak
mereka tergelincir) dan lain-lain.
Hikmah untuk minda
agar berakal sihat dan berfikiran tingkat tinggi. Kerana melalui pakaian takwa
ini setiap pandangan mata yang memandangnya terhijab begitu juga naluri
sahwatnya sehingga akal mereka menjadi bersih dan sihat dan akanya boleh
digunakan untuk berfikir kepada perkara
yang lebih besar dan bermunafaat untuk dirinya dan bangsanya. Kita lihat berapa
ramai manusia hari ini menjadi pelupa dan rendah akal kerana tidak menjaga
pandangan mata mereka, Ahli tahfis pun boleh tergagap-gagap dan hilag ayat-ayat
dari minda mereka akibat terfanak dengan pandangan makmumnya yang jelitawan
sebelum mereka mengimamkan solat. Apatah lagi kita, mahu bertujai-tujai idea
gatal bermain dalam minda. Bagaimana teknologi hendak dibangubkan kalau terlalu
banyak sampah sarap bersarang dalam otak.
Begitu juga dengan
kaum hawa ramai diantara mereka juga kecundang akibat tidak menjaga pandangan
mata mereka yang mengakibatkan ramai dari kalangan mereka yang menyeleweng dan
tersesat jalannya. Sehingga sanggup berpelukan dengan penyanyi K.POP.. kerana
rosak minda. Apatah lagi bagi penyampai hadiah untuk acara-acara pelombaan
seperti kayuh basikal, renang dan sebagainya dengan pakaian yang mencolok mata. Anda ingat kaun hawa tak
menitis-nitis naluri sahwatnya. Jadi bagaimana mereka akan Berjaya mendidik
anak-anak mereka sendiri. Dahlah sistem pebdidikan macam syaiton ibubapa pula
berperangai ngalahkan syaiton agak-agak anda, generasi yang bagaimana yang anda
mampu ciptakan nanti. Kecuali ibubapa yang menjaga ketakwaannya itupun ramai
yang kecundang akibat system sosial jahanam yang anda kembangkan. Jadi salahkan
diri anda bukan ibubapa, jika jenerasi ini tidak dapat mencapai apapun dalam
diri bangsanya mengikut acuan yang anda kehendaki.
Ahli fizik/ahli sains
dan pereka cipta mereka juga mengurungkan diri untuk menghasilkan setiap
rekacipta yang hebat-hebat, mereka sedar setiap pandangan mata yang terlepas
hanya akan merosakan minda mereka dan hasil yang diciptakan akan gagal untuk
dimunafaatkan. Sebab itu islam telah mengajarkan tentang ini, tetapi kita lebih
suka kebutaan. Sudahnya kita buta dalam celik.
“BILA ISLAM DISERAPKAN MANUSIA MENJADI MUNDUR.” Maaf
cakap, Orang yang berfalsafah seperti ini mereka itulah sebenar-benarnya sampah
sarap dalam masyarakat, mereka inilah yang mengakibatkan bangsanya menjadi
mundur sehingga rekaannya walaupun sudah diberikan atau diperuntukan dengan
perbelanjaan yang besar, pencapaiannya hanyalah gred “Z” .
BERBALIK PADA
FILEM
Maaf sayang abang dah
terlanjur celupar….. mungkin sayang dah tawar hat nak sayang kat abang yee..
Takpa walau benci macamana sekalipun Iza…
kat abg. Abang tetap sayanggggg…… Heliza…
dan sayangggggggggg……..semua.
Sekiranya pengarah
filem, penerbit filem, pelakon filem, pengarah rtm, menterinya serta
kepimpinannya berakal waras dan berakal sihat tentunya mereka tidak akan
menerbitkan pelbagai genret filem sampah
masyarakat seperti ini. Walaupun pelbagai alasan yang diberikan ,itulah
kenyataan hidup berdasarkan reality kehidupan atau sekadar hiburan atau sebagai
pengajaran lalu dikaitkan dengan pelbagai falsampah dengan momokan yang
diada-adakan, ianya hanya akan
mengakibatkan minda penontonnya dipenuhi sampah sarap dan semakin mundurrrrr…..kebelakang..
Contoh: Ramai dari
kalangan remaja malah mak-mak nenek yang tersungkur mindanya kerana filem atau
drama-drama yang di import dari luar. Kenapa kita terlalu Bangang sanggat menjadi
ejen yang memusnahkan minda rakyat dan bangsanya sendiri, Bagaimana minda
sampah ini dapat mengisi kekosongan dan memenuhi minda Al-Quran yang sudah
berabad dipersia-siakan. Nak membena Negara Terunggul dalam pelbagai bidang
sains, teknologi, perubatan, fizik dan lainnya bukan ini caranya. Minda kotor
bagaiman ilham super yang baik dapat diserapkan dalam bekasnya yang rosak dan
penuh dengan najis. Bagaimana ummat ini dapat meneroka jalan-jalan di langgit
yang telah Allah sediakan untuk kita, Bagaimana kita dapat membena block atau
benteng kukuh yang tak kelihatan untuk meungguli dalam segala agama dan ummat.
Mana perginya
mereka-mereka yang mempunyai bakat besar dalam mereka cereka drama yang
berunsurkan dakwah yang hebat-hebat dulu, atau mereka juga sudah tenggelam laro
seperti mereka-mereka yang jahil ini. Pengaruh drama atau filem sanggat besar
dalam kehidupan masyarakat, dari sana
mereka dapat mewujudkan jati diri disamping pengajaran dan ahlak yang mulia.
Jika di dalam ini atau diluar sana banyak filem-filem sampah kenapa kita ummat
islam yang berkerreativiti tinggi ini tidak dapat menghasilkan cereka yang
dapat membuka minda mereka yang belum masuk islam, malah mereka pula yang menjadi ejen menjahanamkan minda masyarakat islamnya
sendiri.
Sedangkan ramai
diantara pelakun-pelakun itu sendiri yang ingin menjaga kesucian dirinya, malah
ramai diantara mereka mula menutup aurat dan ingin menjaga batasan dalam setiap
lakonan. Jadi anda bertanggungjawab untuk membena platform yang baik untuk
mereka agar tidak tergelincir dari batasan syariat.
Jika masyarakat buddah
boleh menghasilkan filem cereka RAJA MONYET ini sehingga meninggalkan kesan
daripada setiap slot yang dipaparkan kepada diri setiap penontonnya. Kenapa
kita yang islam yang sepatutnya ber IQ tinggi ini masih gagal mengatasi atau
menyainginya..? Jawapannya sila tepuk dada anda tengok lender apa yang
terkeluar dari mulutnya.
Kembalilah kepada
Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu menjadi bangsa yang mengungguli
jagat raya ini. Bukan sampai ketua atau dah nak masuk kubur baru nak belajar hukum hakam, baru nak
mengenal cara bersolat, baru nak mengenal cara bersuci, baru nak mengenal mandi
wajib, dan sebagainya. TOLONG
BETULKAN PERUNDANGAN SYARIAH DAN SISTEM PENDIDIKAN TU YA..kelihatan Bahalol bebenor dan
tergelincir dari akidahnya. Sedangkan Ibadah membena tamadun islam ITU
LEBIH UTAMA, tapi terbengkalai kerana
jakunkan memandang ke timur dan kebarat. Al-Quran adalah minda Mukjizat selagi
kita berpaling selagi itulah kita hanya membena teknologi sampah sarap seperti menteri-menteri
anda jugak.
IDOLA
Idolah kami adalah Muhammad Rasulullah insan pertama
yang Berjaya menembusi langit ketujuh dari sini Allah telah menyediakan
jalan-jalan di langit untuk manusia menerokainya, dan sekelian para nabi serta
rasulnya, Khususnya nabi noh yang diajarkan kapal laut, Nabi daud yang
diajarkan fizik dan pertahanan dari besi, Nabi Allah tab ilmu tumbuhan, Nabi
Allah sulaiman dimana teknologinya belum ada yang dapat menyainginya, Nabi
Allah Khidir penguasa lautan dan penguasa ilmu laduni, Nabi Allah Ibrahim dalam
bersendirian penegak kebenaran, Nabi Allah Musa menundukkan kezaliman dan banyak lagi.
MAAF:
Maafkan abang sayang
bahasa abang kasar sanggat… tentu sayang terluka kerananya….sayang nak
tinggalkan abang ker… ohhh tidakk.. jangan sayang…. Abg sayang… sayang… Dan Abang
sayangkan bangsa ini abang tak mahu kita rugi di dunia dan rugi di akhirat.
Sayang tahukan… setiap
filem yang mendedahkan aurat atau filem-filem sampah cipta mereka, termasuklah dari perdana menteri yang tidak
mengunakan kuasanya untuk mengubah, menteri-menteri, penyukong-penyokong,
pemangkah-pemangkah, pencaci-pencaci, pancacai-pencacai, prono-prono, penonton-penonton dan sebagainya akan memikul
dosa-dosanya sendiri dan dosa-dosa orang yang memandangnya,mengikutnya,
mempercayainya dan sebagainya. Apatahlagi jika ia diikuti turun temurun sampai
hari kiamat dari keturunan setiap jenerasi manusia, mereka akan memikul dosanya secara penuh lalu
masing-masing diantara mereka akan
bertengkar menyalahkan antara satu sama lain di akhirat nanti, tapi malangnya
petengkaran itu sudah tidak bermunafat dan berguna lagi dan taubat serta minta
belas kasihan sudah tiada lagi.
Sayang… Jika mereka masih tetap duduk dalam kegelapan
setelah sayang menasihati mereka, maka kewajipan sayang hendaklah berpaling
dari mereka, jika tidak Allah akan memandang sayang dalam golongan yang sama
seperti mereka, tiba-tiba ajal datang menjemput . Maka sia-sialah segala amalan
yang diusahakan selama hidup di dunia ini.
Sallammun Sallam…..
Dari abang yang
sanggat menyayangi sert merindui dirimu wahai kekasih… Halizah
Helmi dan Setiap Diri Ummat tidak kira
apapun perjuangan dan latar belakang perjuangan partinya. Ambillah Al-Quran dan
pegang dan berusahalah bersungguhnya2 dengannya. Kerana islam itu diperintahkan
masuk keseluruhannya, Dan apabila Islam telah diterima dan dizahirkan segala
bantahan didalamnya adalah sia-sia dan tidak diterima.
AWAS IS
ISIL MELAKUKAN PEMBOHONGAN DALAM BERJIHAD DAN MENGHIANATI MUJAHIDDIN.
PERJUANGAN MEREKA HARAM DISERTAI.
http://myklik.rtm.gov.my/desktop/
Konsep
baharu drama refleksi ini merupakan rancangan yang mengambil kira pandangan
penonton. Cadangan paling bernas akan diberikan ganjaran. Bersama pengacara
Heliza Helmi. Apakah yang boleh dilakukan oleh pasangan ini? Tugas saudara
ialah dengan menghantarkan cadangan paling bernas ke email :
cadangan@ungupelangi.com.my.
0 ulasan:
Catat Ulasan