Uploaded with ImageShack.us

Ahad, 16 Jun 2013

CERAIKAN AKU BABI...!!! CERAIKAN... AKU...!!!




PEREMPUAN KAU MENGAJARKU ERTI MELUAT



Pagi itu setelah hampir dua minggu, aku bertandang kerumah baru isteriku  Rumah yang dibena dari tapak rumah yang aku belikan dahulu, malah  dibena tanpa pengetahuan dan izinku.

Aku sanggat rindukan anak-anak. rasa bagaikan bertahun aku tidak melihat kletahnya. 

Isteriku seorang guru, merupakan isteri kedua yang aku nikahi setelah kematian isteriku yang dahulu. Melaluinya aku dikurniakan tiga cahaya mata yang comel-comel . Manakala anak-anak arwah isteriku yang dahulu semuanya sudah besar panjang dan mula mengorak langkah membawa haluan masing2, mereka juga sanggat  rapat dengan adik-adik dari ibu baru mereka.tetapi entahlah dimana silapnya Istriku ini cukup membenci dengan anak-anak tirinya. Puas aku selidik, rasanya tiada apa yang kurang.Malah aku perhatikan mereka sering bergurau senda dan sanggat rapat serta saling merinduai antara satu sama lain sepertimana lazimnya perhubungan anak beranak atau adik-baeradik. Malahan jika berjauhan mereka sering menghubungiku bertanyakan kabar tentang adik-adiknya, begitulah sebaliknya, mereka juga sering bertanya tentang abang-abang serta kakak-kakaknya sekiranya lama tidak berjumpa. lagipun buah tanggan sering dibawa pulang untuk adik-adiknya setiap kali mereka pulang bercuti, samada cuti semesta atau cuti umum bagi anak-anak ku yang sudah bekerja.





Sebenarnya siteri kedua ku ini sudah dua tahun meninggalkan rumah tanpa izinku, malah sudah memfailkan fasak/mengugurkan perkahwinan dalam mahkamah syrie dengan alasan yang tidak munasabah bersama cerita rekaan yang sengaja di ada-adakan. Ialah mungkin kerana aku sekadar rakan kongsi kedai kereta,manakala pendidikan ku serta bekas arwah isteriku hanya setakat SPM mana mungkin  sebanding dan secanggih dengan pendidikannya,.maka anak-anak ku dari bekas arwah juga tidak setaraf untuk mengauli adik-adiknya . 

Kerana aku kerap mendengar sindirannya waktu bersama dahulu, kadangkala akau perasan perubahan wajah kakak dan abang-abangnya, cuma mereka pandai menyembunyikan didalam hati demi menjaga perasaan ku. Walaupun aku tahu perasaan mereka terluka. Malahan kerap kali juga nasihatku di sanggah dan diremeh-remehkan, seolah-olah aku tidak layak untuk memberi pandangan dan nasihat.akhirnya aku lebih banyak mengalah, daripada berperang mulut dan menjadi tauladan yang tidak baik buat anak-anakku lebih baik aku membisu dan mematikan diri.

Kegemaran isteriku yang paling ketara ialah bersembang dilaman sosial, sentiasa ada sahaja agenda yang diutarakannya konon mempunyai minda dan pandangan yang luar biasa.

mind  educated, mind opener, mind  sofistikated dan entah apa-apalah yang aku sendiri  pun tidak mengerti, yang aku faham cuma permata negara. Entahlah permata atau permata neraka, kalau batu bata boleh juga dibena bangunan yang tinggi-tinggi, sebab aku lihat penerajunya pun macam ketam ajar anaknya berjalan tegak, sama macam isteriku ini jugak.

Sikapnya yang lebih banyak mengadap pc/komputer dan bersembang dengan ramai kenalan lelaki dalam laman sosial, kononnya bertukar pandangan dan maklumat, akhirnya membuat aku MELUAT.mana tidaknya aku ibarat tunggul di rumah sendiri. Tapi apakan daya aku hanya dapat menahannya dari dalam hati, tidak mampu menahannya kerana memang sikapnya pantang ditegur walaupun dengan teguran yang paling lunak sekalipun pastinya aku akan dijerkah/dijerit-jerit olehnya. Daripada menjadi buah mulut jiran tetangga dan masyarakat baik aku mengunci mulut. Biarlah hatiku merana asal sahaja masyarakat memandang kami hidup bahagia, harmoni dan diberkati.

Zaman ni banyak edaran kad jemputan yang pelik-pelik bunyinya, yang tidak pernah dibuat oleh tok nenek moyangku yang kolot dan primitif dahulu. Tetapi kebanyakan mereka kekal sampai ke anak cucu. Kad jemputan sekarang lengkap dengan bayudata si pengantin dengan taraf pendidikan dan pekerjaan sekali...emmm tapi hampeh.. tak sampai 2 penggal pun dah ranap dan tersungkur...

Sebaik-baik motosikalku berhenti di halaman rumah, anak-anakku segera membuka pintu lalu menerpa dan mendakap ku keriangan. Enjen motosikal ni memang dan sinonim dengan pendengaran mereka, sebab itu aku lebih gemar bemotosikal dari berkereta ketika aku bertandang kesini. Kalau tidak jenuh ler aku memberi salam. Aku juga akan membalas dakapan dan mengucup mereka satu-persat dangan perasaan yang tidak dapat digambarkan keindahannya.

Masing-masing dah tau mana tempat duduk mereka, ada yang di raga, tengah dan belakang maklum mereka kecil-kecil lagi memang ngam-ngam je..dengan motor kapcai ku. Seperti rutin kelazimannya, aku kan bawa mereka meronda keliling kampung dan pekan, setelah puas aku akan bawanya ke pasaraya dan menunaikan hajat mereka seadanya, kepuasan dan kegembiraan jelas terpamir di wajah mereka begitu juga dengan wajahku.

Kini tibalah masanya untuk menghantar mereka pulang kerumah isteriku, wajah muram mereka jelas terpancar, sepanjang perjalanan pulang mereka hanya diam membisu sambil memeluk erat pinggang dan lenganku,tidak seperti waktu aku mengambilnya. Mereka akan becok bercerita tentang apa sahaja sambil bergelak ketawa, membuatkan aku tergelak sampai meleleh-leleh air mata, maklumlah perasaan masa tu bercampur baur antara gembiraan dan duka berulam hampa. Mereka juga tau sebentar lagi mereka akan terpisah dengan bapanya.

Sebaik motosikal dihentikan dihalaman rumah, mereka mula mengalirkan air mata, begitu juga denganku, cuma airmataku hanya mengalir dalam hati. Seboleh-bolehnya empangan yang hampir berderai dari kolam mata, aku tahan semahu-mahunya agar mereka juga menjadi insan yang lebih tabah untuk menyahut masa hadapan yang lebih getir dan penuh fitnah. Tanganku akan ditarik-tarik "abah masuk lah abah" kenapa abah tanak masuk, ni kan rumah kita"rengek anak-anak ku berulang-ulang kali. hatikecilku hanya mampu berkata "Anakku kalian terlalu kecil untuk mengerti,bila besar nanti kalian pasti akan mengerti". 

Aku kucup dan dakap anak-anakku sambil memujuk dan meyakinkan mereka, yang aku akan datang kesini lagi minggu depan "minggu depan ayah bawak kitaorang ronda-ronda lagi taw" aku mengiakan dengan anggukan kepala, Sambil berlalu pergi aku berbalas lambaian dengan anak-anakku, lambaian dari tangan kecil nan sayu itulah yang menjadi bekalan untuk aku bawa pulang...yang sentiasa melambai-lambi di sanubariku, entah bersua lagikah aku dengan mereka... Wallahhualam...

( sambungan tiada sebab berjumpa beliau secara kebetulan sahaja. walaupun sudah lama kenal, seorang pendiam,penyabar serta mempunyai tutur kata yang baik )


pstt : ungkapan cerai sering menjadi sebutan bagi kaum wanita sebagai tanda protes, tanpa mereka sedar ianya merupakan doa paling mustajab, yang menyebabkan hati suami dibolak balikkan oleh Allah, sehingga hati itu menjadi mati...





















1 ulasan:

Unknown berkata...

hmm, jadi terharu mas bacanya!

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis