Uploaded with ImageShack.us

Sabtu, 22 Jun 2013

DISEBALIK LOKAP SYRIE MENCARI KEBENARAN SIRI ( 1 )

TANPA SEDAR MEREKA MENJADI EJEN KESESATAN DAN KEHANCURAN

Pada 18 / 6 / 2013.  Penulis merasai sendiri pengalaman ketika ditahan  Di Lokap Mahkamah Syrie Dan Lokap Milik PDRM Batu Pahat.

Sebelum ini penulis hanya mendengar keluhan dari mereka-mereka yang pernah melaluinya. Penulis hanya mengangguk-angguk tetapi tidak mengiakan ketika mendengar cerita-cerita yang disampaikan mereka. Maklum selalu orang yang dituduh bersalah memang sukar untuk mengaku kesalahan, walaupun kepala mengangguk dan mulut mengiyakan di hadapan Hakim, demi tidak mahu membuang masa dan memanjang-manjangkan kes.Lagipun penulis tiada di tempat kejadian untuk mengiakan semua kata-kata mereka

 Apa yang penulis terkilan ialah perundangan sekarang menjadi barang permainan dan pertaruhan perjudian
Ada setengah-setengah blog yang membicarakannya, terutama kes-kes syariah atau sivil  sebagai bahan lawak antarabangsa, yang dikendalikan oleh mereka-mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung di dalamnya.Tetapi golongan pencacai-pencacai ini sebenarnya hanya menerimapakai dan mendengar dari mulut-kemulut tanpa menyiasat dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik kejadian dan siapakah pemangsa dan dijadikan mangsa mereka sebenarnya.  


MENCARI KEBENARAN



Ketika di jabatan repot PDRM penulis sempat menyaksiakan sendiri, beberapa pengadu hantu BERKELIARAN, ia dapat dilihat dari riak wajah yang sememangnya handal mempamirkan lakonan, datang membuat report palsu semata-mata untuk mengenakan mangsa. Antaranya yang paling banyak Isteri mengenakan suami, Anak perempuan mengenakan bapanya, ahli keluarganya, jiran sesama jiran, peniaga dengan peniaga, murid dengan guru dan lain-lain.

Sehingga menyusahkan anggota-angota polis yang terpaksa melayan kerenah mereka, Sedangkan beban tugas sedia ada yang mereka galas tidak terpikul banyaknya. Ianya terpamir jelas di wajah-wajah mereka yang kelelahan dan kelesuan, walaupun bibir mereka mampu mengukir senyumanTetapi bebanan tugas yang mereka galas sebenarnya tidak termampu untuk kita pikul. KERANA MEREKA DIJADIKAN MANGSA SEBAGAI  ALAT PERISAI ANTARA KEBENARAN DAN KEBATILAN. Walaupun perisai mereka hancur mereka tatap bertahan, demi tuntutan dan memenuhi kehendak masyarakat.


Untuk menyelusuri denai pengalaman yang dilalui penulis KETIKA DILOKAP sila klik laman di bawah.

LAMBAIAN SILAM



Ringkasan :
17/6/23 :  1.30   pagi didatangi pegawai penguasa agama.
18/6/23 :  
  • 8.25   Bertolak darirumah ke mahkamah syrie.
  • 8.55   Mendaftar Masuk.
  • 9.45 - 10.00 : Loyer syrie membacakan pertuduhan.
  • 10.15- 10 .30 : Disumbat kedalam lokap sementara mahkamah syrie.tanpa makan,minum,bilik air,tandas dan tempat solat.
  • 4.30 - 5.30 petang : Disumbat ke lokap PDRM. 
  • 2.00 -2.30  petang ; Dibebaskan.
  • 2.30 - 4.00 petang : Mengemukakan repot antara lain... Lokap syrie menafikan hak dan menghina penganut agama islam.  
( merupakan ringkasan bagi mereka yang tidak gemar membaca dengan huraian yang panjang lebar :))  ).

Jika ada kelapangan kisah ini akan dinukilkan satu persatu..harap tak bosan...:)              


0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis