Isteriku Janda Sengal Vol 1.
Pagi itu
ketika sedang asyik membelek-membelek akhbar kegemaran ku iaitu Harian Metro h/p ku berdering-dering
minta dimanjakan, sesetengah warga tempatan menggelarkannya Harian
Ghairah/lucah sempena gambar yang dipaparkan serta cerita yang digarap, kerap berunsur
lucah. Kekadang terasa juga tempisanya apabila ada dikalangan rakan-rakanku
yang mnyindir-nyindir ketika aku sedang asik menetapnya, apa nak buat aku hanya
mampu tersenyum la-la je, Yang penting aku tidak terlepas dari mengikuti
perkembangan semasa serta isu-isu panas
terkini. Walaupun yang sebenarnya isu-isu SSXL.. la yang menjadi tumpuan ku, ha
kan dah pecah rahsia, huh .! Rasanya bukan aku aje kod kalau tak ,takkan boleh
jadi akhbar NO 1 Malaysia kan..kan…
Helaian demi
helaian ditatap dari isu-isu politik, ekonomi, antarabangsa, jenayah sampailah
ke isu rumahtangga khususnya. Kalau
dihayati memang terasa gerun dan meremangkan bulu roma , mana taknya itu baru
kisah hujung kuku yang sempat dipaparkan, belum lagi reality kehidupan yang sebenarnya. Kalau tak percaya
rajin-rajinkanlah diri tu melawat zoo
pejabat agama. Tiket percuma buat masa nilah, akan datang mungkin dah kena
beratur beli tiket . Pelbagai jenis
spisis yang kita pernah dan tak pernah jumpa pun boleh dilihat di sana, dari perangai macam siamang
sampailah ke khinzir. Tak payah
susah-susah gi zoo Melaka kesian mereka, asyik terkejut beruk jer bila melihat
spisis manusia yang lebih teruk perangainya dari mereka.
Tengok diaorang(haiwan)
yang disumbat dalam kandang tu pun dah semakin tak bermaya, yang sakit,yang
meroyan, yang pupus pun ada. Aduhai teruknya spisis manusia ni. Rasanya ruang
dan bangku para penyokong dan ahli menunggu di sana elok ditambah dan
diperbesarkan lagi ,macam stadium merdeka tu. Begitu juga dengan penjara dan
pusat pemulihan akhlak serta mahkamah syrie lainnya, eloklah dibesarkan dan
dibanyakkan juga, maklum Negara kita kan
Negara jutawan, meriah dengan saman
menyaman serta gila mengambil upah haram.
Ada aku kesah.
Kes-kes
rumahtangga ni Bila diselidik kesemuanya
berkaitan pasal ekonomi je, emm.. rasanya termasuk keruntuhan moral termasik
akhlak kod. Ini akibat pendidikan moral
dan akhlak sedia ada yang diterapkan lebih menjurus kearah
kebendaan dan ala-ala kongsi gelap berlesen yang macam cendawan tumbuh lepas
hujan dari kepuakan pati yang terpekik terlolong seperti anjing mengampu tuan
sampailah ke budak2 hingusan, menyebabkan rakyat kita tidak mempunyai jati
diri yang kental.
SPISIS KERA YANG HINA SEPERTIMANA DINYATAKAN ALLAH DALAM KALAMNYA
KERAJAAN CONTOH YANG BERJAYA DALAM PENDIDIKAN AKHLAK TERBAIK
Sehingga aku pun tak dapat membezakan bahasa kedua-duanya
Jika ada pendidikan kerohanian pun ianya sudah dimodifaid
mengikut selera nafsu dan akal. Walaupun wujud pelbagai program,krusus,persatuan sehingga
berhabis berbilionan ringgit. Tapi Malangnya minda rakyat terus menjunam dan
terjunam. Ini menandakan dan membuktikan
program pendidikan sediaada yang dilaksanakan kerajaan hari ini gagal, hanya
Berjaya dalam bentuk material tapi miskin kerohanian . Walaupun hakikat sebenar
material yang dimilikki serta dibanggakan hanyalah kejayaan “mengkayakan hutang”. “ Biar papa asalkan bergaya weh
“.maklum untuk membuktikan hidup
diberkati dan dirahmati konon.
“Assalammualaikum
en adan ke ni?” terdengar suara garau lemak berkrim dari dalam talian. “ Walaikummussalam w.b.k ya saya tuan , ada apa yang dapat saya bantu
tuan ”. Oleh kerana no yang tertera di
skrin belum dapat dikenal pasti idintitinya, bahasa yang dilontarkan pun
terkawal. Kalau kawan-kawan atau yang dah biasa berhubung rasanya lain bunyi bahasanya. Kekadang main
awak, kau dan aku aje, tak kira samada datuk ke, tan seri ke, mak datin ke, awik suara merdu ke, sebedal jer aku
menjawabnya, maklum kekadang suara aku ni agak romeo ,jadi bahaya kalau terus diamalkan, karang jadi
penyakit berkekalan boleh meruntun hati nak dara rindu, lagi-lagi bini orang
apatahlagi janda cheh !!! tak rela...
Daripada jadi penyakit berjangkit baik aku berbahasa ala kadar je, kekadang tu
terpaksa berbahasa ala mafia biar Nampak garang, ganas, ngeri dan sadis sikit.. Walaupun
sebenarnya jauh disudut hati ku tak merlakannya alahai zaman fitnahJ.
“Boleh tak
kita jumpa malam ni, tu pun kalau en adan ada masa la ”katanya. “Insyallah
asalkan perjumpaan dibuat selepas isya boleh sahaja, lagipun malam ni saya
free. Emm atas urusan apa ya , kalau boleh saya tahu , siapa yang sedang berbicara
dalam tlian ni . “ aku memberi jawapan dan pertanyaan.”Adalah nanti saya bagitau
bila kita jumpa nanti insyallah. Saya
akan hubungi en adan semula nanti. Sebelum tu En adan bagitaulah mana lokasi
yang sesuai untuk kita jumpa nanti ?”
katanya. “Insyallah kita jumpa di warung
****** jalan ***** ya. Maklum saya ni orangnya biasa-biasa jer walaupun hensem
tapi kurang selesa kalau bersantai kat restoren atau tempat yang bingit dan
terlalu ramai orang” jawabku sambil berseluruh. Setelah selesai berbalas salam
talian kami tamatkan.
Seprtimana
yang telah dijanjikan kami pun berjumpa.Sambil bersalaman dan mengenalkan diri
masing-masing kami berbalas senyum. Wajahnya agak tampan juga ada sejemput
janggut dibawah dagunya, senyumannya manis dan mesra, begitu juga dengan
renungan matanya agak ramah, menyimpulkan keteguhan dan keluruhan jiwanya, baju
kemeja lengan panjang yang dipakai
menambahkan lagi kesegakkannya, ada fail 30 sen berwarna hijau terselit di
celah ketiaknya..
0 ulasan:
Catat Ulasan