MELAYU
MUDAH LUPA YANG MINDA MEREKA DISERAP NAJIS KUMBAHAN
Untuk menjadi
bangsa madani mereka perlu berada dalam kelompok madani juga, walaupun standard
otak mereka itu sendiri lebih rendah dari lembu. Kerana sifat semulajadi
manusia sememangnya cepat terangsang pada faktor persekitarannya. Apatahlagi
sekiranya mereka berada dalam kelompok syaitani, walaupun berjubah, berkopiah
berjanggut dan dianugerahi Otak yang bergeliga , pemikiran mereka tetap sama seperti kumbahan najis berbaur
longkang.
Kedua dua kelompok
adalah ciptaan sesebuah kerajaan, terpulanglah kepada kepimpinan, kearah mana
mereka hendak membentuk masyarakat dan rakyatnya.
KUASA
Apabila
diberi kuasa selalunya mereka melupakan perjuangan serta amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan. Mereka juga
melupakan cita-cita asal mereka untuk
melihat bangsa ini menjadi bangsa super canggih sepertimana termaktub dan
diajarkan dalam AL-QURAN.
Malangnya Mereka
lebih selesa untuk membangunkan anak pinak dan kaum kerabat mereka, saudara
mara mereka, pencacai ibni pembodek mereka, kelompok mereka ibni kroni-kroni
mereka. Merka sanggup memperjuankan bermati-matian dengan menghalalkan apa cara
sekalipun asalkan pekong mereka terjamin keselamatannya, dengan mengupah
bloger-bloger atau pakar penulisan dan wartawan berminda pelacur ibni longkang
ibni kumbahan najis untuk membolehkan kelompok mereka terus kekal berkuasa. Akhirnya:
Merekalah yang sebenarnya merosakkan minda bangsa mereka
sendiri.
Apabila
mereka kehilangan kuasa, barulah mereka sedar, perlaksanaan sesuatu rancangan
atau tindakkan takkan terjadi tanpa kuasa. Akhirnya mereka gelabah dan nasib
mereka serupa seperti penyokong mereka dan seperti aku juga, yang hanya mampu
membuat perlaksanaan dan perubahan di atas sekeping kertas Cuma. Diumpamakan
seperti tukang mahir yang kehilangan peralatan dan ketandusan modal, hanya
mampu merenung dalam pemikiran tanpa mampu membuat perlaksanaan..
ACUAN
Di era 80 han
aku masih lagi bertungkus lumus mencari dan menambah ilmu, walaupun sedar
mindaku tidaklah bergeliga dan sebagus sepertimana
minda orang lain, namun dengan reformasi serta pelbagai perubahan,pendedahan
dan pandangan yang disajikan oleh pemerintah pada ketika itu membuatkan aku
cukup bersemanggat dan yakin, bahawa gabungan pemikiran dan perlaksanaan,
bangsa ini pasti akan terkeluar dari kepompong pemikiran sempit dan jakun seumpama katak di
bawah tempurung kaca . Bangsa ini akan
keluar lebih deras dan cepat dari mana-mana bangsa pun di dunia ini terutamanya
di blog asia sebelah sini.
CUTI UMUM JUMAAT DIMANSUHKAN SATU KECUAIAN
Pandangan ke
timur dan pandangan ke barat yang diperkenalkan dan dilaksanakan pada waktu itu
cukup mengujakan. Aku tidak sabar-sabar untuk menyaksikan cuaca perubahan dan
kemodenan. Walaupun ku sedar pada ketika itu kebanyakan pelajar masih
berfikiran primitif ( orang makan orang ) dengan aktiviti minggu suaikenal ibni
ragging yang masih pekat dan trajis.
Namun
kesemuanya itu tidak menjadi soal kepadaku,Apa yang bersarang dalam minda
mereka tidak menganggu gugat dan mempengaruhi tindakkan aku pun, Kerana pada
aku ragging merupakan tindakkan orang-orang yang bodoh, tolol dan bahlol sahaja.
Pada aku ia
adalah proses menjatikan jati diri yang punah ranah, dan merupakan monson perubahan
untuk mengekalkan sifat dendam berdendam dan mengenakan orang lain yang tidak
bersalah, dari satu jenerasi kepada jenerasi seterusnya.
Pada pendapat
aku cuti hari jumaat yang dimansuhkan bukanlah penghalang dan alasan untuk aku
dan bangsa seagamaku untuk tidak menunaikan solat jumaat, Kerana masa yang
diberikan cukup untuk mereka menunaikannya. Walaupun pada ketika itu ia
mendapat tentangan hebat dari masyarakat, namun laksana tetap laksana.
Aku dan
rakan-rakan sekolahku sendiripun banyak menghabiskan waktu solat jumaat dalam
bas. Ini kerana bas henti-henti yang dinaiki pada waktu itu mengambil masa yang
terlalu lama untuk kami ke sampai rumah masing2.
Setelah
sekian tahun berlalu kini aku sedar,
wawasan dari apa yang mereka bawa hanyalah untuk kepentingan tembolok diri sendiri, terlalu banyak minda melayu yang
telah dirosakkan tanpa boleh dimaafkan lagi. Setiap hari jumaat kebanyakan ibu
dan bapa masih sebuk ditempat kerja masing-masing dengan pelbagai alasan kursus
dan sebagainya, menyebabkan pegerakan anak-anak di rumah tiada siapa yang dapat
memantau. menyebabkan mereka hilang jati diri dan hanyut bak bunga lalang.
0 ulasan:
Catat Ulasan