Al-Arqam disapa puaka jalan siri 3.
Pagi itu semua
jurujual dipanggil ke bilik musyarat, ia adalah rutin biasa setiap dua minggu
sekali untuk kami bermotibasi . Semua
jurujual dianggap anak emas kepada syarikat, sehingga menimbulkan perasaan
cemburu kepada pekerja biasa yang lain. Entah apa yang mereka jelouskan pun
kami tak tahu. Pada kami semua perkerjaan sama, kena melalui protokol yang
telah digariskan dan telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Walaupun bos dan
pegawai kanan syarikat sendiri, sering melanggar protokol yang dia sendiri telah
tetapkan. Apa nak buat, kami makn gaji dan dibayar sedikit komisyen terpaksa
lah akur .
Macam biasa apabila dalam bilik miting kami jurujual
akan dibambu,diherdik,dimaki hamun dan disindir dengan ungkapan yang pedas2
terutama apabila target jualan pada bulan tersebut merundum. Biasalah bos mesti
nak menangkan, cadangan dan idea selsmen seperti kami dianggap macam sampah
aje, emm layankanjerlah. Apabila bos naik angin kami hanya boleh menikus,
pantang disanggah mau terbalik dan retak kerusi meja, kadangkala simpati juga
apabila tengok tangan bos sampai merah padam dan mengeletar kerana terlalu
kerap dihempas atas meja. Emmm tahan sakit ler tu padan muka dia he,he,he.
Kami biasanya tanak ambik kisah dengan masalah bos, dah
salah dia, sapa suruh lantik jurujual luar, kemudian bos tawarkan harga paling
rendah kepada mereka. Dan kami sebagai jurujual syarikat telah ditetapkan had
tawaran yang dibolehkan kepada pembeli atau pekedai. Jadi kami terpaksa
bersaing kepada jurujual swasta yang dilantik oleh bos dengan tawaran harga
yang lebih rendah daripada kami. Jadi kalau sales menjunam kami ramai2 tuding
jari kearah bos..ermm rasakan.. Apapun kami jugak yang teruk kerana dapat
komisyen ciput.
Setelah siap memunggah barang-barang dagangan kedalam
ven, aku pulang kerumah sewa, yang disediakan oleh pihak syarikat untuk pek baju, kerana aku terpaksa begerak pada malam
itu juga untuk bermalam serta membuat sels di Pahang selama seminggu. Kalau aku tak
segera beredar pada malam itu, pasti ada si batu api repot kat bos yang
mengatakan aku mengulor, ceh dah macam ular bersalin kulit..
Selepas solat isyak, van yang aku pandu mula bergerak
meninggalkan perkarangan rumah, membelah lautan malam yang digenangi air, kebetulan
hujan turun tidak henti-henti sejak
petang tadi membuat permukaan jalan digenangi air dan licin. Aku mamandu dengan
berhati-hati dan perlahan agar tidak tersasar, lagipula pemandangan masih terhad, lampu kenderaan
membias dihalang hujan yang masih turun lebat.
Rancangan untuk terus ke medan pelancungan kuantan
pada mulanya terpaksa aku batalkan, dari jalan segamat aku membelok mengikut
laluan utama menuju ke muazam ,inilah
jalan yang biasa aku lalui setiap kali berniaga di Pahang. Untuk sampai
ketemerloh aku terpaksa melalui jalan tasik bera menuju ke Bandar Tun Abdul
Razak sebelum melalui jalan air hitam . Jalan yang tidak pernah aku lalui
terutamanya sebelah malam. Kerana laluan tersebut agak sunyi walaupun sebelah
siang. Apatah lagi waktu malam.
Ketika ini hujan sudah lama berehenti tetapi permukaan
jalan masih lembap dan berwap, di kiri kanan jalan pokok-pokok kelihatan
menguncup seolah-olah menahan kesejukan akibat hujan seta dingin malam,
Kenderaan yang lalu lalang semakin lengang. Memandu bersendirian menyebabkan
aku dicengkam kesepian dan kebosanan, lalu ku tekan punat radio untuk menemani
gegendang telingaku dengan celotih DJ serta lagi-lagu pilihan yang disiarkannya.
Dihadapan tertera dengan jelas signboard pantul cahaya
Tasik Bera, lalu aku menyalakan lampu isyarat, memperlahankan
kenderaan dan membelok ke kiri menuju ke Bandar tun razak. Mataku sempat menjeling jam di dustboard,” dah
pukul 2 pagi rupanya, patutlah terasa berat dah mata ni”. Siaran radio yang
berkumandang tadi mula terputus-putus siarannya. Untuk menghilangkan bosan dan
mengantuk , aku rasuahkan mulutku dengan gula-gula hex yang sentiasa ada dalam laci
dustboard,ermm baru terasa berangin sikit dan segar biji mata.
Dihadapanku lebih kurang 100 meter, terdapat pergerakan
kabus yang menipis memenuhi ruang di sebelah kiri dan permukaan jalan, semakin
lama kabus yang ku redah semakin menebal, sehinggakan lampu yang menyuluh jalan
tertampan di permulaan kabus, seolah olah dilapisi dinding putih. Tidak
semena-mena hujan turun dengan lebat, bergemertup dan mengerikan bunyinya bila menimpa bumbung van, serta merta
tanganku mencapai swich waiper, aku pulas sampai habis, wiper bergerak laju di
permukaan cermin. Namun hujan yang turun lebat bersama kabus tebal menutup
terus permukaan cermin. Memaksa aku menghidupkan butang hized,memperlahankan
kenderaan lalu berhenti di dibahu jalan. Allahhh………
0 ulasan:
Catat Ulasan