Al-Alqam Jurujual Di Herdik siri 2
Di
era 90 han, Aku adalah seorang pengikut, pengampu,pembodek,penyokong tegar yang
taksubkan UMNO, semua pahaman lain adalah munafik dan sesat bagiku.Apa jua idologi
yang diketengahkan oleh UMNO menjadi pakaianku
dan digenggam utuh sepanjang masa. Ketika itu aku masih buta dan jahil dengan
AL-QURAN dan Al-Sunnah, jadi apa jua kata dan fatwa ulama UMNO, akan aku
gunapakai secara membutatuli tanpa penelitian. Kebanyakkan hukum hakam aku lebih senang menggunakan logik akal dan asas cerita dari takwil kitab lama atau kisah-kisah tauladan dan sirah-sirah yang tidak tentu hujung pangkalnya, asalkan hatiku puas dan diterima ramai.
Kerjaku
sebagai jurujual di sebuah syarikat di Johor, membolehkan aku bergerak keseluruh Negara dan
berkenalan dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat beserta budaya dan kerenah manusia dari setiap negeri dan tempat, sama ada yang
menetap di Bandar atau pedalaman.Dari sini juga aku dapat mengenali dengan lebih ramai
rakan-rakan seperjuangan sebagai jurujual dari pelbagai jenama syarikat dan produk , termasuklah
jurujual Al-Arqam.
Banyak pengelaman berharga sebagai jurujual ni,yang pahit, yang manis, yang masam, yang lucah, ngeri, aneh, seram, lucu, sedih, marah ,geram ,benci, romantic, rindu dan sebagainya bercampur baur apabila dikenang-kenangkan semula nostalgia lalu.
Dalam ramai-ramai jurujual, yang paling ketara kejanggalan ialah kumpulan Al-Arqam, kerana mereka berjubah dan bersarban, kadangkala terdetik dalam hati aku, tak panas ke tengah hari buta berjubah, kemudian terpaksa memunggah barangan yang berat2 pula tu. Seingat aku, dulu mereka menjual rempah ratus,barang runcit dan pelbagai jenis sos dan kicap. Masa itu jurujual yang cukup bergaya ialah jurujual rokok , jurujual yang mengambil order dan jurujual produk kesihatan/ubatan. Dan diantara jurujual yang paling kami benci untuk terserempak dalam satu masa yang sama di dalam kedai ialah penjual rokok. Kalau mereka dah masuk dahulu jawapnya kami balik dengan tanggan kosong aje.
Kalau jurujual yang paling lucah…. ermmm lari tajuk dah ni.. Baik fokos pada Arqam…
panjang sanggat membebel ni. lapang karang aku sambung balik…..lagipun terasa benar ayat yang dinukilkan semakin berterabur...
mungkin nostalgia sepanjang laluan menyertai dan pengikut tegar UMNO pada masa itu membuatkan minda ku tetiba loya dan mual, membuatkan fikiran ku hilang fokus.....
0 ulasan:
Catat Ulasan