Abang Otai Mati
Tersempit dicelah kelengkang Tangga A.S.J COP
Inilah
kisahku, namaku otai dan nama abangku Alim, Aku tinggal di negeri “O” , negeri yang serba serbi membangun, dari
pembangunan pasarana sampailah kepada pemikiran ,keterampilan dan akhlak
songsang( tu kata kumpulan kecillah). Maklum mereka bersekolah pun kat pondok yang cantik sedikit dari reban ayam je,
tentulah dengki dengan kami yang bersekolah batu ,duduk rumah batu dikelilingi
pula blog2 batu yang tingi-tinggi menongkat langgit. Belum lagi dengan tempat2
kami bertenggek yang terhias indah dengan pelbagai lampu bergemerlapan
dikelilingi pula tom girl dan tom boy yang mengairahkan.
Bagi kami tu
biasa2 je, kebetulan jumlah kami lebih
ramai daripada mereka tentulah kami di pihak yang benar, lagipun Dah terbiasa menjadi pakaian dan rutin kami
hari-hari. Pak lebai kami yang berjanggut putih, Serban besar dulang dan
berjubah lebih mahal bersulam khat pun tak bising-bising macam budak pondok tu.
Malahan lebai kami lebih tinggi ilmunya,
Lebih tinggi bangunan tempat belajarnya, lebih tinggi topi bukunya, tu belum
lagi sijil yang bertimbun2 tk usahlah cita, Bukan cokia punya sijil daa… Alang2 nak berhujah dengan mereka takusahlah,
mau balik menangis2 sampai keluar hinggus budak2 pondok tu disekolahkannya.
Sekolah pondok nak lawan PHD priiilah mabuk….. mana ada class………ma….Beranggan
kakakaka….
Manakala
abangku pula tinggal di negeri “A” negeri yang kurang membangun. Kebanyakan
penduduknya boleh dikatakan alim dan sentiasa bersederhana pada pandangan kami
mereka negeri kolot negeri tak bertuah.
Anak-anak abangku
dan penduduk negeri “A” ramai yang bekerja di negeri ku. Berlaku banyak kejutan budaya
buat mereka semua, mereka teruja dengan keasyikkan negeriku, akhirnya mereka
serupa denganku, bergelumang dengan maksiat yang kami sangkakan itulah amalan mulia
kerana bergelumang keseronokkan bersama2. Oleh kerana maksiat berleluasa dan
mempunyai pengikut yang ramai di negeri “O” maka ideology kami menampakkan
kebenaran. Manakala puak-puak kecil yang bersuara lantang, kami anggap mereka
kucing kurap yang laparkan tulang ikan.…lagi
busuk hati dan tak dirahmati LAGI DIBERKATI.
Bangunan
tinggi pencakar langgit bukan kami punya, Kalau ada pun namanya bangunan BAITUL
MAL, MAHKAMAH SYRIE, BANGUNAN JOHOR COP ( itupun hasil penipuan duit orang
ramai melalui A.S.J (Amanah Saham Johor
lah kononnya) . yang lain2 kebanyakannya berjenama asing.
Kini apa yang dibuat semuanya membosankan,
jiwa tak karuan, Rumah2 kebajikan kini ramai dihuni oleh orang2 sepertiku. Anak-anak huh
jangan haraplah. Kerana kebiasaan kami di sini bini orang bini aku, bini aku
orang punya, anak orang anak aku, anak aku entah kemana perginya, Cucu orang,
cucu aku. Cucu aku tak kenal mana satu mak bapaknya… hu,hu,hu itulah sebenarnya
negeri aku.
Tiba-tiba
hatiku meronta-ronta untuk bertemu dengan abangku, Walaupun hidup dia dalam
kesempitan tetapi diwajahnya Nampak kejernihan dan ketenangan, tidak seperti
wajahku yang busam lagi keruh, lalu aku menghubunginya agar dapat menghabiskan
sisa-sisa kehidupan disampingnya lalu beribadah bersama2
.
Alangkah
seronoknya dia apabila mendengar suara ku., lalu mengajakku pulang menemuinya
dengan segera. Tanpa membuang masa aku segera bersiap, dengan
menyarungkan jubah putih dan sarban, berbekalkan seutas tasbih yang menguis2
ditanggan. Aku meninggalkan segala-gala yang aku ada menuju kerumahnya
.
Sebaik kaki
menjejak di kaki tangga aku mendonggak ke atas, Alangkah terkejutnya aku, yang
abangku sudah bersiap sedia untuk menuruni tangga dengan pakaian ala-ala romeo
dengan kalung rantai basikal bergayut di lehernya, pergelangan tanggan
disarungkan gelang sampai ke siku. Sambil menuruni tangga mulutnya menggomel,
Aku dah jemu-Aku nak kaya,Aku dah Jemu Aku nk berhibur, Aku dah jemu aku nak
bertukar selera. Tanpa disedari kakinya tepelecuk lalu melayang JATUH kearahku,
sepontan aku menjerit Allah………………..dia menjerit Setannn........ BUAK GEDEBUK……………………………
MELAYU MUDAH LUPA YANG MINDA MEREKA DISUMBAT LONGKANG
Selamat
Mengundi.
0 ulasan:
Catat Ulasan