KERANA NEGERI ANDA ANTARA PERCERAIAN
YANG PALING TERTINGGI BUKAN. KERANA SETIAP PERKARA BATIL YANG DIPERTAHANKAN
ANDA AKAN TERTIPU TERUS DENGAN KEBATILAN.
Dengan siapa
anda hendak berkerjasama atau bergandingan atau muslihat strategi dalam politik atau berpeluk sambil berkucupan mesra dengan mereka dan sebagainya itu hal kamu, kami tidak mahu ambil peduli.
Kerana itu lebih baik daripada
bercakaran, perpecahan, perbalahan dan
bercerai berai seperti orang-orang terencat
akal yang tidak ada panduan dalam beragama ketika berpolitik. Kami lihat
politik anda semakin hari semakin menjengkelkan lagi menjijikan.
Kami minta
agar anda bekerjasama, bergandingan dan berdamai dengan mereka, selagi mereka
inginkan perbaikan dan tidak membuat anda celaka. Bukan bererti anda halal mengikuti dan tunduk dengan ideologi sesat
mereka. Sedangkan mereka telah diberi peluang berkuasa melebihi setengah abad
lamanya lalu mereka tidak mempunyai kemahuan yang kuat dalam beragama, malah
menjadikan agama sebagai bahan lawak jenaka dan permainan.
Islam bukan
agama sundal, bukan agama cagaran, bukan agama gadaian, bukan agama untuk diperdagangkan,
bukan agama bercerai berai , bukan agama untuk dipolitikkan dan BUKAN AGAMA UNTUK MENGHALALKAN CARA demi
politik ORANG-ORANG BODOH dikalangan
anda.
Apakah anda
ada kitab yang selain Al-Quran ? yang menjadi petunjuk dalam beragama, yang mengenakan
peraturan gama yang tidak di izinkan ? Apakah politik anda telah tersenarai
dalam Al-Quran sehingga begitu tingginya martabat anda ? Atau anda semakin sesat ketika membacanya ?
Atau anda lebih sebuk berpolitik dan bertuhankan hawa nafsu sehingga anda lebih
sebuk membuka kitab-kitab lain selain Al-Quran, sehingga anda boleh mewujudkan
pelbagai fatwa sekehendak anda atau anda sudah menerima janji Allah sehingga
anda boleh mengambil mana-mana bahagian dari isi kitab mengikut sekehendak anda
? Dimana letaknya Hati dan Otak anda untuk meletakkan kebenaran ?
“ Sedangkan
jelas kemunafikan dan kefasikan adalah orang-orang yang memutuskan apa yang telah Allah
sambungkan ( tidak mengikut aturan
sepertimana yang telah di syariatkan ). BAGAIMANA ANDA INI DALAM MENGHAYATI
AL-QURAN DAN HIKMAH SUNNAH. SEDANGKAN MENGHASUT, menjadi batu api DAN TIDAK
MENGGALAKAN BERSEDEKAH DIANTARA PASANGAN ( isteri dan suami sesama mereka dan
kerabat ) SEHINGGA MEREKA TERCERAI BERAI, MEREKA TELAHPUN MUNAFIK DAN FASIK ? APATAHLAGI ANDA ?
Mana yang
lebih wajib dan dan lebih utama untuk dipertahankan setelah Allah menyambungkan
sehingga anda boleh memutuskan mengikut sekehendak anda. Fatwa bahalol mana
yang anda gunapakai ini. Bagaimana Orang-orang bodoh dikalangan Anda dibenarkan
berfatwa membuat keputusan sesuka hati. Sehingga terlihat islam begitu
menjijikan ? PERNIKAHAN MUTAAH BAHALOL JENIS APA INI ?
Allah benci
kepda orang-orang yang suka bersumpah yang disengajakan dan dosanya tetap kekal
atas dirinya. Tetapi Allah tidak mengangkat dosa orang-orang yang tidak sengaja
untuk bersumpah dengan apa yang tidak ada dalam hatinya. Apatahlagi sumpahnya
orang-orang jahil yang dipaksa bersumpah keatasnya dari kalangan orang-orang
bodoh dikalangan anda.
BATALKAH PERNIKAHAN MEREKA DENGAN BAIAH ITU ?
PERNIKAHAN MEREKA TIDAK TERBATAL (malah mengada adakan baiiah seperti ini anda
termasu golongan munafik dan fasik ) walau mereka meninggalkan parti anda
bejuta kali. Kerana parti anda bukanlah Al-Quran untuk ditaati dan ditaksubi,
TIADA WASILAH YANG DI SYARIATKAN yang
diwajibkan KEATAS ANDA untuk mentaati mereka atau mereka mentaati anda
termasuklah parti anda ? Tugas anda dan
setiap diri adalah menyampaikan ilmu
yang hak , jika setiap diri berpaling itu buklan tanggungjawab anda untuk
memaksa mereka. ( kecuali yang telah disyariatkan serta jelas hukum hakamnya. Al-Quran
dan Hikmah Sunnah Rasul dan anda pula merupakan penguasa , maka wajib melaksanakan
hukum hakamnya. Jika tidak jangan sekali-kali anda berangan yang anda sudah
beriman dan islam ).
HANYA AL-QURAN DAN HIKMAH SUNNAH YANG WAJIB
ANDA TAATI DAN BERWASILAH KEATASNYA. Jangan memandai-mandai mengadakan wasilah sehingga menjadi wajib, yang mengakibatkan mereka tergelincir dari jalan yang hak kerana
wasilah tidak di syariatkan.
Mereka pemimpin dikalangan anda yang tidak
mengabaikan Al-Quran dan tidak melampauai batas dengan megada-adakan syariat
selainnya juga wajib ditaati ( Tahfis , gelaran, jenama atau bertingkat tinggi sijil atau pendidikan
anda bukan bererti lesen untuk anda berfatwa selagi anda tidak
menghayati Al-Quran saban waktu , malah menghalalkan cara berbaiah seperti ini
anda dan parti anda telah menghalalkan perbuatan maksiat yang besar, munafil
kagi fasik. Berpolitik bukan bermakna kita menghalalkan cara apa yang ditegah
syarak . Jika anda tidak
bertaubat dan membetulkannya semula Wajib setiap Ahli Mufarakah, jika tidak
saham anda sama seperti mereka ) . Allah hanya berkehendak agar kita mencari wasilah kepada
mereka yang benar-benar hak agar dapat mendekatkan diri kepadanya, kerana mereka pemimbing ummat kejalan takwa bukan barwa. Sedangkan
ramai dikalangan pemimpin anda adalah
orang-orang yang fasik, yang mengikut tanpa pengetahuan ilmu yang benar, hanya
menyangka-nyangka dan mengikut secara buta lagi tuli. ( disebabkan nila setitik
dikalangan pemimpin anda yang jahil/bodoh dan cuai menghayati Al-Quran habis susu sebelanga )
PROPAGANDA TV
Jika benar
anda yang mengeluarkan kenyataan dan
bersalah sila nyatakan dengan benar, Agar anda dan mereka yang mengikuti
anda tidak beramal hanya untuk dirugikan.
Jika stesyen
TV yang sengaja perbuat propaganda untuk menjatuhkan anda, sila anda ( TV )
perbetulkan kenyataanya semula.
Kerana anda
telah perbuat maksiat ( mengkhianati ayat-ayat Allah ) secara terbuka dan
terang-terangan sehingga umum memerhatikannya.
Amalan anda tidak akan mampu untuk membayar
hutang-hutang maksiat anda dan mereka yang menyaksikan perbuatan anda. Malah
anda tetap memikul dosa anda dan mereka yang terpedaya dengan anda secara
sampurna sehingga hari kiamat. Hidup
beramal bukan hanya berangan-angan dan tenggelam dalam sangkaan semata-mata, tapi
untuk mengejar dan menyampurnakan matlamat ( Al-Quran) menuju perjalanan yang
jauh lebih panjang. Mana mungkin insan sekerdil kita mampu untuk
dipertanggunjjawabkan atas dosa kita dan dosa orang lain yang mengikuti kita
sedangkan kita berada dalam kesesatan lalu menyesatkan mereka yang mereka
sendiri tidah tahu telah disesatkan.)
Kembalilah
bertakwa dan nyatakanlah yang hak, jangan sampai Allah berpaling daripada kita,
kifarahnya / azabnya sungguh dahsyat.
Jika tak
berilmu belajar, berguru dengan guru yang mursid, jika malu berguru sebab diri
sudah bertaitel besar , buka kitab anda Al-Quran hayatinya selalu, kerana
manusia itu sifatnya pelupa dan zalim lagi sanggat bodoh. ( JANGAN SEKALI-KALI
MEMBILAH-BILAH AYAT ALLAH UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI , POLITIK DAN SEBAGAINYA.)
Menghgayati Al-Quran Menjadi Sesat
·
Apabila
anda ditegah oleh guru lalu beliau mengatakan “ Jika anda memahami maksud ayat
tanpa guru anda akan sesat ” lalu anda terpengaruh dengan perkatannya. Maka
guru anda dan anda telah sesat selamanya
ketika menghayati mukjizat Teragung ini dan anda tidak mendapat sebarang hikmah
nak nikmat ketika menghayatinya. ( Sedangkan Al-Quran Allah lah pemiliharanya )
·
Atau
anda mengatakan “kalau aku belajar tanpa guru, iblis akan jadi guruku”. Maka
selamanya anda akan bergru dengan iblis ketika menghayati Al-Quran, lalu mereka
menunjukan jalan yang bengkang bengkok sedangkan anda tidak menyedari.
·
Atau
sekiranya anda memang kaki bahas dan kaki debat untuk berdalil lalu membuktikan
betapa handalnya anda, untuk kepentingan anda lalu berharap agar anda
dusanjungi, maka anda adalah sekutu Azazil. ( berbahas pada kadar yang patut
dan tidak melampaui batas ).
·
Menghayati
ferman Allah sambil anda bermain-main. Maka anda akan dipermainkan dengan
angan-angan sehingga anda menyangka diri dalam kebenaran, sedangkan anda sudah
tersesat telalu jauh.
·
Menghayati
Al-Quran dalam keradaan ragu lalu mencari takwil dalam ayat-ayat mutasyabihat,
maka anda akan di ilhamkan oleh iblis dengan ilham yang bertubi-tubi sehingga
anda tidak akan berjumpa jalan pulang sedangkan anda menyangka sudah mendapat petunjuk.
·
Mengatakan
Al-Quran tidak lengkap lalu anda sebuk berfatwa, berkias, berijhtihat dan
sebagainya, maka selama-lamanya anda tidak akan menemui kesampurnaan Al-Quran,
hati anda akan dipalingkan dan di block sehingga anda tidak akan menemui betapa
lengkapnya Al-Quran sehingga anda gagal mencungkil rahsia kebenarannya, serta
betapa luas ilmunya.
·
Mendengar
tetapi anda merasa benci atau bosan dengannya bererti bahawa anda sudah tidak diperlukan untuk mendapat petunjuk.
·
Mendengar
atau membacanya seolah2 anda membaca makalah, novel, buku-buku dan sebagainya
lalu anda samakan dengannya, atau anda lebih seronok mendengar celotih dan temberang orang lain maka anda termasuk golongan yang paling rugi
dan dihilangkan nikmat untuk menghayatinya.
·
Dan
banyak lagi…nanti anda akan jumpa jawapannya.
Bagaimana
untuk mecari jawapannya ?
·
Mudah
semudah abc. Pastikan adab anda ketika menghayatinya, pakaian yang bersih dan
menutup aurat, Bersuci, Solat Taubat,
Solat Hajat dan sebagainya mengikut kemampuan anda.
·
Mengadap
Kiblat.
·
Minta
kepada Allah jalan yang hak dan berdoa sebanyak-banyaknya agar anda terpelihara
dari godaan syaiton jin dan syaiton manusia.
·
Minta
kepada Allah agar syaiton dijauhkan sejauh-jauhnya.
·
Syaiton
tidak mampu menghampiri ayat-ayat Allah kecuali syaiton jin, syaiton manusia
dan Azazil ( membisikan sesuatu ), mereka inilah yang sering mengelincirkan
anda dari jalan yang lurus sehingga anda tergelincir sewaktu mentakwilnya ,
sehinggakan ayat muhkamat iaini penjelasan hukum hakam yang mudah serta berulang-ulang lagi jelas
maksudnya , akan menyebabkan anda tergelincir kerana bisikannya. Jadi anda
wajib menghayati Al-Quran sekerap yang
mungkin.
·
Mukjizat
teragung ini akan menyebabkan anda sentiasa mencari jawapan dan sentiasa
mendapat ilmu yang baru. Tidak sama sepertimana anda membaca kitab yang sudah
diolah oleh manusia. Walaupun ia diterjemahkan dalam pelbagai bahasa, anda akan
dapati ianya sentiasa hidup dan segar, sehingga anda bosan dan meluat mendengar celotih ustaz atau ustazah yang
terbenam dalam kebatilan dan berangan-angan. Apatahlagi mereka yang berhujah
dalam sangka-sangka akal. Berkepentingan politik, makan gaji buta , perdagangan
dan sebagainya Tentu anda tidak tergamak menatap wajah mereka dan kasihan
melihatnya. ( anda boleh melihat mereka dan diri anda sendiri dalam pelbagai rupa dan bentuk , Iaini rupa
sebenar kita dan mereka ketika
dihimpunkan di padang mahsyar. ( tahap ini mulut anda jangan cabul, hanya
menjadi fitnah pada diri anda dan mereka. tapi wajib belas kepada mereka dan diri kita sendiri nasihatlah mereka
dan diri kita sendiri agar terus
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertakwa juga( sepertimana anda berusaha untuk
dunia malah lebih lagi ) . Bukan main langgar dan cincai sahaja asal bolih. Kerana mereka dan kita juga sudah beramal
bersungguh2 tapi…… ermm… nanti bila sampai giliran anda untuk melihat wajah
sebenar anda dan mereka , anda lihatlah sendiri… betapa jauhnya kita tersesat.
)
·
Mendengarkannya
di sepertiga malam ketika keadaan benar-benar sunyi.
·
Sentiasa
berlapang dada dan bersangka baik terhadap Allah dan para malaikatnya, nabi dan
rasulnya serta mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai pakaiannya.
·
Merendahkan
diri serendah-rendahnya dihadapan Allah. Jadi bersujudlah ketika usia masih
muda jangan tunggu sampai tua, kerana ketika betis disingkapkan dan perintah
sujud dilaungkan, ramai dikalangan kita tidak mampu untuk bersujud dihadapan
Allah nanti.
·
Sehingga
anda merasakan Allah sedang melejang ilmunya kepada anda. ( satu-satunya
mukjizat Rasulullah yang masih kekal sehingga hari kiamat untuk kita
menikmatinya agar mendapat rahmat,( orang yang meninggalkan Al-Quran mereka
berada dalam kesesatan yang jauh ).
Sebab Al-Quran akan dibuka satu persatu di hadapan kita dan kita akan
ditanyai tentangnya lalu menjadi saksi atas kecuaian kita, sehingga Orang yang
dikurniakan syafaat para nabi , solihin dan
para malaikat ( sebab itu jangan kata malaikat itu bodoh, yang sanggat bodoh dan zalim itu manusia ) tidak akan mampu mengurniakan
syafaatnya kepada kita. Kerana apa ? kerana
kita sering berpaling dari Al-Quran.
·
Awas : pada tahap, ketika mata hati hijab zahir dan batin anda telah terbuka, anda juga boleh tersesat.. jangan eksyen
sanggat. Jadi mohonlah dan berdoalah
mengikut kesanggupan anda dengan bersungguh-sungguh agar kita dan mereka
termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung dan berusahalah
bersungguh-sungguh dengan Al-Quran.
JANGAN JADIKAN PENGANUT-PENGANUT ISLAM ITU KELIHATAN BODOH DISEBABKAN ANDA YANG LEBIH CINTAKAN KEBODOHAN DARI
KEBENARAN. DAN JANGAN JADIKAN PARTI ANDA SEBODOH UMNO.
KEPADA
DAP, MIC, MCA DAN MEREKA YANG BELUM ISLAM, JANGAN JADIKAN PENGANUT ISLAM
SEBAGAI CONTOH TAULADAN ANDA. KEBANYAKAN DARI
MEREKA TALAH MENGABAIKAN KITAB MEREKA SENDIRI. BUKALAH KITAB AL-QURAN
YANG TELAH DITERJEMAHKAN DALAM PELBAGAI BAHASA DISANALAH ISLAM YANG
SEBENAR-BENARNYA. BACALAH BERULANG-ULANG KALI AGAR ANDA JUGA BERUNTUNG DAN TIDAK
MENYESAL DIKEMUDIAN HARI. JIKA ANDA
MALAS MEMBACA, DOWNLODE MP3 DALAM BAHASA ANDA DAN PEDENGARKANLAH SELALU.
Tiada
istilah maaf buat anda dan juga buat diri kami,
kerana anda membuatkan kami terikut-ikut dan terjebak dalam kebodohan
anda.
SAKSIKAN
KEMUSNAHAN NEGERI-NEGERI ORANG FASIK YANG KINI ANDA BOLEH SAKSIKAN SENDIRI DIMANA-MANA JUA DENGAN JELAS LAGI
DIPERSAKSIKAN, LALU RENUNGKAN DENGAN
AKAL YANG BERILMU bukan akal yang mengakal ..!!
BUKANKAH KITA SEMAKIN JAUH DARI
JALANNYA ? Tapi kita masih menyangka-nyangka bahawa kita telah mendapat petunjuk.
Maaf kerana bahasa yang tidak enak dan
menyenangkan, hanya berbahasa lembut
kepada mereka yang tidak menjadikan ayat-ayat Allah sebagai permainan. Apatah
lagi jika maksiat ( mengkhianati ayat-ayat Allah dengan melanggar syariatnya
yang nyata ) itu ditayangkan secara terbuka dan anda berbangga dengannya,
sedangkan anda telah dianggap orang yang paling berilmu dimata mereka, Apatah
lagi sekiranya anda sememangnya jakun menonjolkan diri untuk memimpin dan jakunkan kuasa dan taitel untuk
memimpin sedangkan diri andalah yang perlu dipimpin.
Salammunsallam..
0 ulasan:
Catat Ulasan