KETIKA LANGIT JELAS BERKABUT (maaf dipermulaan ayat ada bahasa agak keras)
Rita Rudaini Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak sayang…
Ketika dinihari mencengkam diri,
Ketika suara muazin sayup-sayup bertahrim memuji Ilahi,
Ketika alarm jam berdering menjadi pengganti diri para malaikat pemberi peringatan,
Ketika mata masih memberat, jasad masih lesu dan hujung bibir terkemam,
Ketika anak-anak dan suami masih berselimut tebal kedinginan,
Ketika lauk pauk di jerangan berirama memecah sunyi dan sepi,
Ketika senandung Ramadan dari Qari berkumandang damai di corong radio,
Ketika anak-anak dipujuk dan terhangguk-hangguk menikmati sahur,
Ketika wajah anak-anak tampak sayu dan layu kelaparan,
Ketika lembayung merah mula berarak di ufuk barat,
Ketika wajah girang riang menanti pengumuman waktu berbuka dan hariraya,
Kerana.
Maka tampaklah sayu dan segalanya sudah berlalu, Lalu tampaklah jelas apa yang berlaku,
Kerana membiarkan dirinya terpesona dalam kebatilan, perhatian dan sanjungan,
Kerana membiarkan dirinya dinasihati oleh golongan yang berpenyakit hatinya,
Kerana membiarkan dirinya terpesona dengan hujah dan bayangan akalnya sendiri,
Kerana melupakan jalan kembali lalu menjadikan mahluk tempat sandarannya berserah diri,
Kerana langgit dan bumi pun tidak menangisi mereka dan mereka tidak diberi penangguhan waktu,
Akhirnya Allah, para malaikat dan orang-orang Salleh berlepas diri darinya.
Kembalilah,
Kembalilah,
Kembalilah kejalan Ilahi, Kerana yang batil tetap lenyap dan yang hak tetap benar dan menyerahkan diri pada sistem dan orang-orang yang batil hanya akan menghancurkan iman, amalan dan diri sendiri.
Jadikanlah ilmu sebagai jalan untuk beramal dengannya bukan jalan bersaing dan berhujah dalam
kefasikan dan perpecahan.
kefasikan dan perpecahan.
Lalu jadikanlah Asiah isteri fairun, Mutiah, Fatimah dan Khadijah sebagai ganti diri, kerana dalam diri mereka ada rahsia mencairkan hati sang lelaki, walaupun hati mereka sekeras besi.
Carilah diri dalam diri sendiri melalui petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasul.
Bukan mencari diri sendiri melalui orang-orang yang mereka sendiri pun telah melupakan dirinya sendiri.
Bukankah setiap kebatilan hanya akan memuntahkan, mematahkan, mematikan,menghancurkan hati dan memadamkan kasih sayang, membangkitkan permusuhan,kebencian, dendam, iri hati, hasad dengki dan yang setara dengannya sehingga hujung nyawa.
0 ulasan:
Catat Ulasan