Aku hanya seorang guru Deploma lepasan maktab, Kekasihku pula
merupakan seorang Geraduan di salah sebuah Universiti terkemuka tanahair. Kami
bercinta sejak zaman sekolah lagi.
Seperti pasangan bercinta yang lain, kami saling rindu merindui,
malahan jika tidak dengar suara walau setengah jam sekalipun pun kami mula
sasau. Jari jemari kami sentiasa memicit butang tasbih di papan kekunci ( h/p),
Belbagai bait ayat dengan madah berbunga nan power gila dapat kami hasilkan ,
ketika ini idea kami untuk mencipta bait-bait ayat cinta cukup hebat lagi
kreatif, bagaikan air yang mencurah lalu meluncur laju dari puncak gunung
Ledang, Pelbagai janji manis dan sumpah setia kami nukilkan dialam nirwana
maya. Semuanya indah dan manis-manis belaka bak madu di tasik malika jingga.
Saban hari tutur bicara kami sentiasa bersulamkan madah
pujangga, bersemaikan nada seloka yang meruntun jiwa, sehingga menjadi asyik
dan tiada yang lain melainkan dirinya dan diriku, Malam kami sentiasa
berdakapan dan berpimpinan walau sekadar h/p cuma, lalu lena kami sentiasa
dihiasi senyuman, maklum dalam hati ada taman yang sedang menguntum lalu mekar
pelbagai warna.
Sungguh kami mabuk kepayang, h/p dan bantal busuk menjadi sasaran
pelepas rindu, dikucup dan didakap semahu2 nya, tiada lagi haruman bengik
melainkan semua harum belaka, wajah sentiasa kelihatan dimana2, renung dalam
air ternampak wajahnya, lihat dalam cermin tidak terlihat wajah sendiri
melainkan wajah dan senyuman manis yang sentiasa terukir dibibirnya , buka buku
juga terpandang wajahnya, pendek kata walau diarah kemanasekalipun pandangan
mata mesti terarah pada wajahnya. Pasal Haruman jangan cerita, walau pun masuk
kedalam tandas yang berkeladak, haruman samada minyak wangi atau bedak sejuk
yang pernah dipakainya pasti akan bertebaran dimana2, Najis yang terpalit
merata di lantai lantai jamban pun nampak indah, Huh !!! Aduhai dunia
kaulah milikku seorang.
Nada bicara pun romantik tak tentu pasal dan tak tentu masa dan
waktu. Tidak kira makhluk jenis apa pun yang mujur lalu melintang patah, pasti
akan disapanya lalu dijadikan mangsa untuk teman bicara. "Wahai mentadak
yang ayu dan bijaksana, sampaikan salamku padanya aku teramat merinduinya",
tergeleng-geleng kepala mentadak mentadu tu. Pasal kucupan Love Flying kick
toksah cerita la, dari dinding tandas sampaile ke tiang lampu LLN . Abis kami
bedal, buat tanda kenangan sampai 7 keturunan konon. Cheh !!! Geli geleman bila
dikenang-kenang semula.
Akhirnya setelah bertahun-tahun menyulam cinta dan bertan-tan
menyemai benih kasih, maka suburlah ia membesar umpama sepohon balak sebesar 10 pemeluk orang diwasa, berdiri
kukuh dan gagah ditengah belantara raya banjaran cinta sehingga gah berdiri laksana
nama besar seperti si TUAH dan TEJA , ( ermmm rasanya pokok balak di banjaran
titiwangsa yang dirembat dek lanun Balak
Kod, entahlah labu bacajerlah…) .
Atas persetujuan kedua dua belah pihak maka kami pun disatukan dalam sebuah majlis yang
gilang gemilang laksana Yusri & Era. Cuma aku sewa dewan serbagunajerlah
tak masuk paper pun. Tapi sebelum tu untuk
mencapai impian tersebut puas jugak aku turun naik tangga bank buat loan. Dengan
wajah coklat dan senyuman kambing beserta biji mata yang hampir2 tesembul akhirnya
pegawai bank meluluskan juga pinjaman aku, itupun setelah dicagarkan sekeping
tanah yang luas sikit dari sekangkan kera.
Peringkat awal perkahwinan memang sanggat bahagia, kira pasangan
paling ideal in the year la, macam widding top ten in the year yang selalu
dapat liputan meluas ka tv tu. Cuma aku pringkat pekan jek. Panggilan manja
yang selalu terucap dari bibir pula, yang & ling emm memang best. Tapi itu
untuk 2 tahun pertama jek.
Mungkin loan yang aku buat dulu tinggi, maka sara hidup yang aku
dapat berikan kepadanya cukup-cukup makan jer, tu pada pandangan akuler tapi
mungkin pada dia macam sisa daging yang melekat kat celah gigi jek. Apa nak
buat, aku tak berupaya, salah aku jugak
mengatal nak kawin sampai buat loan bank.
Masuk tahun yang ke tiga panggilan dah berubah I & U, kekadang
tersasul panggil kau & aku je.. apa nak buat. Perempuan tetap perempuan Ego
mereka 9 kali ganda lebih tinggi dari lelaki, layankan jerlah daripada
gaduh-gaduh, tak baik kan, lagipun sapalah aku. Aku hanya sekadar Deploma dia pulak Master , jadi
segala pendapat dan nasehat aku dipandang sebelah mata jer, tu pun dengan mata
yang disepetkan sampai hilang biji mata hitam, bibir pula terjueh-jueh macam
lidah ditumbuhi bisul, nak buat mcammana dah dia perasan power dan jelita.
Asik makan hati dan tercabar kewibawaan sebagai suami yang selalu
diperlekehkan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian,
tahun-tahun yang berlalu amat getir, kerana pada pandangannya ada sahaja yang
tak kena dengan aku. Aku sedaya upaya berusaha agar bahtera yang dibena tidak
karam begitu sahaja, sambil meletak harapan, mungkin bila Lavel aku dah sama
tinggi baru dia akan menghormati dan dengar cakap aku.
Setelah bertahun-tahun bertungkus lumus akhirnya aku Berjaya memiliki
O Lavel & PHD ( bukan penyakit hasad dengki tau aku cool orangnya ). Kejayaan
ini Aku raikannya bersama-sama dengan isteri dan anak-anakku. Malangnya apa
yang aku harapkan tidak menjadi, malahan sikap isteriku semakin melampau, bila
bercakap suka terjerit 2 macam kaldai. Bila dinasihati dan pada pandangan dia
ia satu kesalahan, dengan mudah perkatan cerai disebut berulang-ulang kali,
masalahnya kekadang aku malu dengan anak2 dengan perangai ibunya yang suka
terjerit2 tak kira waktu.
Nak dijadikan cerita Suatu malam ketika aku baru pulang dari surau, Aku melihat
istriku sedang asyik bercating entah dengan jantan mana pun aku tak tau,
perlahan lahan aku menghampirinya tanpa dia sedari. Aku melihat bait-bait ayat
yang ditulis di skrin moniter berbaur
lucah serta merta aku menjadi suami dayus. Sambil berdehem aku menegur perbuatannya,
Dia terkejut, dengan lagak singa betina
dia melompat dari katil lalu mengherdik, Ceraikannnnnnnnn aku !!! dengan suara terjerit 2 histeria. Aku
yabg dah sedia maklum dan faham dengan perangainya membiarkan sahaja.
Rupa-rupanya ia tak berakhir pada malam tersebut, Selepas solat
subuh dan masing-masing bersiap-siap untuk ketempat kerja, isteriku menghempas
pintu dengan kuat lalu terjerit-jerit memaki hamun, Oleh kerana malu dengan
jiran-jiran kesabaran ku hilang, Aku melepaskan satu tamparan yang hinggap
dipipinya, bukan satu tamparan yang memudaratkan sekadar pukul bersyarat memberi
pengajaran sepertimana yang Allah perintahkan dalam surah Al-Bakarah. Agar pukulan
yang disandarkan atas syariatnya menjadi penyaksian di mahsyar kelak, agar
tiada dakwa dakwi atas sifat dayus aku.
Dari situ, bermulalah episode hitam dalam hidupku. Kerana pada
hari berikutnya aku telah diserang dan dibelasah oleh adik beradik dan
sepupunya dikhalayak ramai dengan membabi buta. Sedangkan dahulu ada di antara
mereka yang mengemis dan akulah orangnya yang menghulur bantuan. Tapi kerana
mulut perempuan merangkap betina, mereka hilang akal dan tanpa usul periksa mereka membuat tindakan
melulu. Itulah yang dipanggil . JANTAN BANG NGANG konon membela betina tapi
rupanya BODOH.
Hampir lembik aku dibelasahnya, untung ada seorang wanita yang aku
tidak kenali, memberhentikan kenderaannya lalu menarik baju ku masuk kedalam
kereta yang dipandunya, Oleh kerana kenderaan kami dikejar, wanita tadi terpaksa memandu kereta masuk
kedalam balai. Alang-alang dah sampai balai akupun buat repot dan dia sebagai
saksinya.
Sebaik melangkah keluar dari balai, jantan-jantan BANG NGANG tadi
mengerumi kami memohon maaf sambil merayu-rayu sampai menjejes-jejes air
matanya agar kami menarik repot. “ Cheh
tadi HERO LAH sanggat, sanggap punya jantan ada otak pun lain kali jangan letak
kat tempurung lutut. Selidik dulu dan jangan mengambil tindakan melulu, lebih-lebih lagi hal rumahtangga. Jangan harap
la kalau kau orang kena lokap betina tu nak bertanggunjgawab “. Aku hemburkan
perasaan yang terbuku. Oleh kerana aku
sedar mereka tidak bersalah yang besalah ialah isteriku, kerana mulut celakanya
menyebabkan orang yang tidak bersalah turut celaka sama. Aku memaafkannya dan
menarik balik repot. Emm kepada wanita yang menolongku harap maaf sebab tak
sempat berkenalan kerana keadaan bercelaru masa tu menyebabkan semuanya lupa. Apapun dirimu tetap
dalam doaku sehingga akhir hayat dan
terimakasih.
Atas perbuatan khianat isteriku, menyebabkan aku membawa diri
untuk memujuk hati sehinggakan masa yang berlalu tidak terasa , rupanya sudah
makan bulan, Akhirnya surat fasak dari
loyer haram syrie bertandang kerumah orang tuaku, dengan pelbagai pertuduhan
dan tuntutan , aku hanya membiarkan dan buat-buat lupa, akhirnya loyer yang
dilantik menghubungi ku “ Kalau isteri dah tak suka awak dan minta diceraikan,
Ceraikan ajalah apa masalah awak ? “ katanya. Cheh !!! ramai rupanya orang
bangang dalam dunia ni menyundal dengan duit haram lebih hina dari pelacur, berupa
wajah syaiton bertopeng agama.
Akhirnya dihadapan hakim, antara terpaksa aku akur dengan
tuntutannya dengan
alasan sudah tiada kesefahaman lagi. Maka kembalilah aku membujang
membawa haluan masing-masing.
Setengah tahun berlalu aku diperkenalkan dengan seseorang,
Orangnya lemah lembut dan bersopan, oleh kerana pengalaman lalu yang dilalui agak perit, memyebabkan aku lebih
berhati-hati dan lebih memilih. Aku mengambil masa untuk berkawan dahulu
dengannya, rupa-rupanya pekenalan kami dapat dihidu oleh bekas isteriku,
Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk berbaik semula denganku, Aku jadi serba
salah, sudah berdozen2 hadiah dikirimkan untuk memujukku menyebabkan aku berada
di persimpangan., Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengambil bekas
isteriku sebagai isteri no 2 atau paling koman pun no 3, Maknanya aku kena
bernikah dahulu dengan isteri baru
kemudian baru aku pertimbangkan untuk menikah semula dengan bekas
isteri.
Betullah kata datukku “ Lebih Mudah Jaga Lembu Sepadang Daripada Menjaga Anak Perempuan Seorang ‘ “Isteri ibarat melepaskan anjing tercepit dan
memikul biawak hidup”. Kecuali yang solehah dan bertakwa.
Bedasarkan Kisah Benar,
Penulis sekadar menulis dan tokok tambah sikit-sikit tu adatlah :).
0 ulasan:
Catat Ulasan