Khamis, 19 Julai 2012
Misteri Seri Dewi Malam
Tag :
Pagi itu aku duduk menupang dagu di atas sebuah bangku panjang usang, dibawah sepohon rambutan rendang yang rimbun daunnya , Sekawan burung merbah melintas membelah angkasa menuju banjaran titiwangsa, aku mengekorinya dengan anak mata sehingga lenyap dari pandangan , burung murai cina , melompat dari dahan ke dahan sambil berkicau riang membangkitkan irama pagi yang mengasikkan .Butiran embun dinihari yang masih bersisa dihujung rumput berkilau bak mutiara bila disimbah sang mentari, embusan bayu pagi menyapa ramah, dingginnya masih terasa, Membuat mindaku menerawang mengenang peristiwa malam tadi,ya malam yang ke tiga berturut-turut. Malah sisa haruman mewangi bunga kemboja masih melekat di rongga nafasku. Siapakah gerangannya dia kerana kelibatnya belum terlihat lagi.
Sedang asyik mengelamun tanpa ku sedar bibirku bergerak-gerak melantunkan bait bait irama lagu seri dewi malam,sepasang gegendang telingaku pula memerangkap alunana irama yang sedang dilantunkan oleh suara ku, em boleh tahan jugak, serak-serak kering cam suara ramli sarip . Aku ulangi beberapa bait ayat yang aku rasakan indah ,sambil mata terpejam aku menghayatinya. Dalam hati mula berbunga, taman nan indah mula terbentang luas dihadapan aduhai, tetakala sang dewi menjelma sambil menghulurkan tanggannya seraya berlari-lari manja kearah ku. aku juga menghulurkan tangganku lalu berlari-lari menghampirinya. “ Woii radio rosak panggil hujan ke a pa dah siap cepat” harini kena gerak ke bukit pasir. dibuatnya hujan, habis busuk buah2 ni karang.”
Bukan takat terbantut habis lintang pukang jadinya imiginasiku tak sempat berdakapan Cheh!, ntah masa bila pulak mamat ni muncul, Spoil betul la, bukan senang nak dapat saat-saat indah begini. “Aku buat latihan minggu depan laa ada petandingan karaoke , Saja Aku buat alas an yang tak di minta, sebetulnya pegang mikcrofon pun tak pernah aku ni. Member aku gelak terkekeh-kekeh “ Baik ko carikan katak gantikan tempat ko je.., bukan apa. Aku takut. bukan takat hujan ! karaoke dengan kau sekali rentung dipanah dek petir kah,kah,kah .” Hiss mulut takaful malaysia betul gerutu ku”.. sambil tergelak bersama.
Kami pulang awal, dagangan kami laris harini masuk gerai yang ketiga makcik tu borong habis buah-buahan yang kami bawa, Lega rasanya selesai satu beban. Daripada menanggung rugi baik kami tolak borong je kesemuanya. Sepanjang perjalanan pulang kami dah plan beberapa aktiviti malam yang lain dari kebiasaannya,maklum esok dan lusa kami cuti, Jadi kami singgah di beberapa buah gerai untuk mendapatkan,kemenyan,telur darah ayam, lilin, limau dan jarum. aku sendiri pun tak tau apa gunanya bahan-bahan tersebut , semua tu idea kawanku ,aku ikut aja janji rock..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan