Pagi itu aku duduk menupang dagu di atas sebuah bangku
panjang usang, dibawah sepohon rambutan rendang
yang rimbun daunnya , Sekawan burung merbah melintas membelah angkasa menuju banjaran titiwangsa, aku mengekorinya dengan
anak mata sehingga lenyap dari pandangan , burung murai cina , melompat dari dahan ke dahan sambil berkicau riang membangkitkan
irama pagi yang mengasikkan .Butiran embun dinihari yang masih bersisa dihujung
rumput berkilau bak mutiara bila
disimbah sang mentari, embusan bayu pagi
menyapa ramah, dingginnya masih terasa, Membuat mindaku menerawang mengenang
peristiwa malam tadi,ya malam yang ke tiga berturut-turut. Malah sisa haruman
mewangi bunga kemboja masih melekat di rongga nafasku. Siapakah gerangannya dia
kerana kelibatnya belum terlihat lagi.
Sedang asyik mengelamun tanpa ku sedar bibirku bergerak-gerak melantunkan bait
bait irama lagu seri dewi malam,sepasang gegendang telingaku pula memerangkap alunana irama yang sedang dilantunkan oleh
suara ku, em boleh tahan jugak, serak-serak kering cam suara ramli sarip . Aku ulangi beberapa bait ayat
yang aku rasakan indah ,sambil mata terpejam aku menghayatinya.
Dalam hati mula berbunga, taman nan
indah mula terbentang luas dihadapan aduhai,
tetakala sang dewi menjelma sambil menghulurkan tanggannya seraya berlari-lari
manja kearah ku. aku juga menghulurkan tangganku lalu berlari-lari menghampirinya. “ Woii radio rosak panggil hujan ke a pa dah
siap cepat” harini kena gerak ke bukit
pasir. dibuatnya hujan, habis busuk buah2
ni karang.”
Bukan takat terbantut habis lintang pukang jadinya
imiginasiku tak sempat berdakapan Cheh!, ntah masa bila pulak mamat ni muncul,
Spoil betul la, bukan senang nak dapat saat-saat indah begini. “Aku buat
latihan minggu depan laa ada petandingan karaoke , Saja Aku buat alas an yang
tak di minta, sebetulnya pegang mikcrofon pun tak pernah aku ni. Member aku
gelak terkekeh-kekeh “ Baik ko carikan
katak gantikan tempat ko je.., bukan
apa. Aku takut. bukan takat hujan ! karaoke dengan kau sekali rentung dipanah dek
petir kah,kah,kah .” Hiss mulut takaful
malaysia betul gerutu ku”.. sambil tergelak bersama.
Kami pulang awal, dagangan kami laris harini masuk gerai
yang ketiga makcik tu borong habis buah-buahan yang kami bawa, Lega rasanya
selesai satu beban. Daripada menanggung rugi
baik kami tolak borong je kesemuanya. Sepanjang perjalanan pulang kami
dah plan beberapa aktiviti malam yang lain dari kebiasaannya,maklum
esok dan lusa kami cuti, Jadi kami singgah di beberapa buah gerai untuk mendapatkan,kemenyan,telur
darah ayam, lilin, limau dan jarum. aku
sendiri pun tak tau apa gunanya bahan-bahan tersebut , semua tu idea kawanku
,aku ikut aja janji rock..
Filem ni la yang aku tonton masa kanak2 dulu. Kalau nak tengok cerita penuh cari dalam you tube
Hantu jerangkong tajuknya.
Malam itu malam yang paling aku nantikan, harinya aku dah
lupa, kerana filem melayu akan beraksi di kaca tv pada hari tersebut. Tidak kira apapun tajuknya ,perasaanku pastinya akan teruja dan terkinja2
tak menentu.masa merangkak dirasakan terlalu lembap, kekadang jasad sampai
menggeletar membungkam perasaan . mau
rasanya aku jolok matahari agar cepat gelap, maklum otak tengah haiperaktif
masa tu .
Di era 70an sesiapa
yang memiliki tv, dianggap orang kaya di
kampung , jiran tetangga tidak kira tua
dan muda akan bertandang untuk menonton
bersama.Masa tu TNB belum pandai cari dana .Apatahlagi baju dan
bangunan koprat pun belum terbena, rasanya masih belum terlintas dalam fikiran
para pentadbirnya pun, Maklum orang lama mereka jujur dan ikhlas bekerja, tk menyempat nak
mengambil kesempatan ,tidak seperti sekarang semua dah jadi koprat-kaprit .Penduduk
kampung pun tk kecoh pada waktu tu, apatah lagi aku, sentiasa bersyukur
seadanya.
Lampu sentil (pelita minyak tanah) dan lampu gas ( lampu yang
dipam dengan minyak tanah ) menjadi teman sejati kami di malam hari. Tv selalunya dijana dengan
menggunakan tenaga battery basah yang di
caj semula, itulah satu-satunya pilihan yang kami ada. Seawal pagi atuk akan menghantarkannya ke pekan untuk di caj,
kemudian mengambilnya semula di sebelah petang, jarak diantara pekan dan
kampung agak jauh, lalaunnya pula tanah merah, bila hujan lebat jalan menjadi
becak lalu melekat pada rim, tu yang
semput tu , sekejap2 terpaksalah berhenti
kerana roda jem. mencungkil tanah
yang melekat pada rem dah jadi satu
kerja, belum lagi tergelincir dan jatuh
terbongkang, tu yang kekadang
terbabas hingga ke malam baru sampai rumah.
Syukur Alhamdulillah sekarang semuanya dah diturap aspal, kenderaan pun bergerak lancar, Cuma
adalah sesetengah tempat tu bila kita
memandu, automatik jadi keling kia mabuk
todi, tu yang hospital penuh dengan bayi
yang tak cukup minggu .Al Maklum “Koprat”
jalan pun jadi koprat-kaprit jugak le.
Lepas isyak jiran tetangga yang bertandang sudah memenuhi
ruang .Masing2 bawak buah tanggan,
Akulah yang beruntung, walaupun dalam usia “pentil ‘ aku tergolong dalam kelas
yang tersendiri , maklum aku ni kan hensem lagi
maco ( err…btul ke… bukan perasan ke ..) emm btullah…
sebab makcik2 tu pantang namapak aku, sampai lemas aku dogomolnya ahh tak rela .
Suasana kampung pada waktu tu cukup seronok, walaupun hidup terkais2 kami
sentiasa mengambil tahu antara satu sama lain, tiada apa yang kami bimbangkan
atau terkurang, hidup sentiasa harmoni. Berbeza sekarang . Masyarakat kini diracuni dengan kebendaan dan kemewahan
serta pendidikan ala barat, Kalau bersembang kat warung kopi pun dah main ribu-ribu dan juta-juta dahsyat tu.
Banyak fikiran dan hati yang rosak lalu terpamir di wajah mereka
umpama talam kaca yang retak seribu, memungkinkan beribu2 prasangka. Sebab itu ada rumah yang sebesar
padang bola hanya dihuni 2-3 orang sahaja, kemudian tetamu yang rajin
bertandang hanya pencuri , perompak dan penculik. Manakala Kerajaan kekeluargaan semakin
meruncing, berpecah belah sesame sendiri , macam
politik jugak. Alahai Malaysia.
Suasana yang agak riuh mula menyepi, masing2 menumpukan
perhatian pada kaca tv, lampu gas yang semakin malap dibairkan sehingga
terpadam sendiri. Cahaya yang terpancar dari Tv hitam putih mula mengambil alih, lalu
memenuhi ruang, cahaya terang dan samar bersilih ganti mengikut rentak adingan
yang sedang dipaparkan.
Malam itu kami dihidangkan denga cerita seram. Aku yang pada mulanya berlagak Teruna perkasa (perasan) mula mencari ruang untuk menyelitkan diri, masing2 membungkam dan
ada yang menyelubungkan diri dengan kain sarung dan selimut.
Dailog para pelakunnya memenuhi gegendang telingaku… lalu
terbit getaran yang menyentap-nyentap semanggatku.. sesekali aku memejamkan mata ada kalanya menyembamkan muka kebantal,
kemudian melepaskan pandangan pada makcik dan tetangga ku yang sedang tertegun
asyik menghayati jalan cerita tersebut.
Aneh ada sesusuk
tubuh tinggal rangka sedang merenung
tajam padaku, matanya merah sebesar biji saga, umpama bara api ditiup angin,
semakin direnung terasa mual dan kepala
berputar ligat seperti gasing , dalam pada berperang melawan perasaan yang
bercampur baur ketika itu, akhirnya aku terlelap.
Sadar-sadar makcikku
sudah mengoncang tubuhku untuk solat subuh, berbeza dengan budak2 sekarang
mereka terjaga apabila matahari sudah meninggi, Sebab itu perwatakan remaja
sekarang dengan remaja dahulu cukup berbeza, tindakkan mereka terlalu Aggresif
dan melulu tanpa pertimbangan akal
waras.
Dalam keadaan mamai mataku sempat melirik kearah makcikku,
pelik tubuhnya bersilih ganti dengan tulang rangka macam filem yang aku tonton
malam tadi, Aku gonyohkan mata berkali2 tapi yang aku pandang tetap sama.
Keadaan tetap sama ketika makcik ku memimpin tangan ku ntuk ke kolam bagi
membersihkan diri dan berwuduk, terasa tulang2 sejuk dan kasar meramas2 jari
jemariku, mungkin kerana usia aku pada waktu itu dibawah umur dan masih pentil.
aku tidak menjadikannya sebagai satu keanihan, maklum akal belum cukup ranum.
Jadi semua yang dipandang menarik minat untuk terus bermain2 dan mencuba.
Bila aku sentap jari yang sedang menjalar pada tubuh ku, tulang
temulang tadi bersepai jatuh ketanah. Aku kutip lalu mencantumkan semula seperti asal, tapi
yang aku susun tu dah tak asli, lintang pukang
jadinya, Ialah akal budak mana pandai baca pelan lagi. jadi taruk jelah mana yang boleh. tetiba tulang temulang yang aku cantumkan tadi ligat
menari membuatkan aku semakin leka.
Tengkorak
kepalanya yang gugur ke tanah, aku kutip
dan letakkannya secara menyongsang. Keletah
tulang menari itu mengelikan hati lalu
aku ketawa terbahak-bahak sampai senak perut. Sedang asyik terbahak-bahak,
bahuku terasa perit ditampar keras, “ Apa ketawa terbahak-bahak pagi-pagi ni”
aku tersentak rupa-rupanya makcikku memerhatikan gelagat aku sedari tadi mula
menyinga dan curiga. Aku hanya mendiamkan diri dan membatu, tapi hati terasa
pegel ( geram ) kerana barang permainan “baru” aku lenyap dari pandangan.
Selepas mandi, solat subuh dan bersarapan aku duduk di
anjung dapur sambil menjuntai-juntaikan kaki. Mata meliar memerhati sekeliling
sambil mencari-cari barang permainan baru ku, tapi hampa sampai ke senja ia tak
muncul-muncul, Mana agaknya makcikku sorokkan benda ni, gerutu hatiku. Maklum
makcikku ni memang kepakarannya menyorokkan barang, aku pulak pantang jumpa, apa yang aku minat
pastinya ranap aku kerjakan sebelum petang, maklum budak2 cepat jemu kalau
bermain dengan satu2 permainan sudahnya tak sampai ke petang hancur berderai dikerjakan. Pakkal masa tu aku
kecik lagi boleh dijinjing macam anak kucing, Kalau aku besar macam Hulk mau
aku jentik-jentik batang hidung dia ermm geramm..
Selepas solat isya dan makan malam perlahan-lahan aku
menyusup keluar lalu turun ke tanah, Aku melabuhkan punggung di banir pokok
kelapa di penjuru kolam ,suasana malam di kampung memang cukup sunyi yang
kedengaran hanya siulan ungas rimba, sesekali lolongan anjing dan suara burung hantu
tingkah meningkah. Manakala sang pungguk mendodoi hiba
merayu-rayu sang bulan. Bosan
duduk melanggot aku kuis-kuiskan ibujari kaki dipermukaan tanah, melakar sesatu
yang aku sendiri pun tak pasti, hanya sekadar menurut rasa hati yang boring
tidak menentu, di kala itu aku biarkan
kakiku terus melakar disitu sambil kepalaku mendonggak kedada langit .memerhati bintang berkelip indah.. manakala sang purnama mengintai di sebalik awan yang
bererak nipis… buat merawat hati sang pungguk yang kerinduan.
Masa terus berlalu kebosanan mulai menguasai diri, lalu aku mencapai
apa sahaja yang berada di sekeliling kemudian melontarkannya sekuat-kuat hati ke
tengah kolam .. tanpa ku duga air kolam berkocak keras lalu membuak-buak seperti air pancutan, lalu membentuk sekujur tubuh yang mirip benar dengan makcikku, terlintas di
fikiran ku apa yang dibuatnya di tengah2 kolam pada waktu-waktu bergini. Tubuh
itu berputar ligat seperti gasing kemudian perlahan-lahan mengendur dan berhenti berputar,Wajahnya memandang tepat kearahku, tanggannya diangkat
dihulur sambil melambai-lambai kerah aku.
Aku seperti hilang pertimbangan
menurut sahaja isyarat yang diberi, selangkah demi selangkah aku menapak mara
ke hadapan, apabila kaki mula mencecah
gigi air tiba-tiba tubuh kecilku direntap dengan kasar dari belakang, apabila
aku menoleh rupanya datukku sudah
tercegat berdiri di situ . Apa kamu buat
kt sini.. keras suara datukku.. aku hanya mampu menuding jari ketengah kolam..tapi makcikku sudah tiada lagi di situ.
Datukku mengeleng-gelengkan kepala sambil merenung tajam kearah ku. Lalu dicedoknya
air kolam dan dijiruskan terus kepadaku,Aku
kebingungan.dingin air kolam menyusup sampai ke tulang som-som tubuhku mengiggil
sehingga gigi berlaga berkeriut macam bertih goring.
Datuk mengambil wuduk dan
mengarahkan aku menurutinya, selepas berwuduk. Aku dipapah naik keatas,
disalnikan pakaian di dibungkus dengan selimut tebal..Datuk membentangkan
sejadah lalu terus bersolat. Selesai berwirid datuk mengadapku bibirnya
bergerak-gerak entah apa yang di komat
kamitkan akau pun tak tau, selepas itu wajah ku diruap sampai ke hujung kaki,
datuk ulanginya tiga kali, tapi pada waktu itu kepala ku sudah
terhangguk-hangguk macam burung pelatuk, rupa-rupanya sepanjang malam aku
berjaga. selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku seterusnya.