Setiap diri adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan
dihumbankan kesyurga
/ keneraka bersama pengikutnya.
Kenali Tuhan-Tuhan Manusia
Setiap diri akan menjadi saksi di hadapan Rasulullah di
mahsyar kelak, Sekiranya setiap diri itu melaksanakan seiring dengen kehendak
Al-Quran dan Sunah Rasulnya maka mereka akan diizinkan Allah untuk mendapat “syafaat” dari para rasul, para malaikat dan
mereka yang dianugerahkan syafaat ( para nabi, rasul dan para malaikat ).
Tetapi sekiranya mereka hanya mengambil sekerat-sekerat maka layaklah dirinya
dikerat-kerat.
Setiap ummat atau jenerasi terdahulu menjadi saksi atas diri
kita ( berdakwah), dan kita akan menjadi saksi pula untuk ummat seterusnya ( berdakwah ), Jika
ummat terdahulu atau tok nenek moyang kita terdahulu membawa pahaman sonsang
atau sesat atau yang bercampur aduk
antara yang hak dengan yang batil lalu
kita ikuti mereka secara membutatuli tanpa merujuk kembali kepada Al-Quran dan
sunnah Rasulnya ( Hadis Ahad Sahaja, Barang siapa yang perbuat dusta terhadap Rasulullah
mereka menempah tempat duduk dalam api neraka). Maka kita akan turut tersesat jauh menuruti jejak langkah mereka.
Setiap ummat wajib berdakwah dan saling ingat mengingati
khusus pada anak dan isteri serta kaum kerabat untuk jalan kebenaran dan jalan ketakwaan,
Sekiranya mereka tidak menyampaikan yang benar dan hak lalu di ikuti pula oleh orang yang terkemudian iaini isteri, anak, cucu,
kaum kerabat dan jenerasi penerusnya maka mereka termasuklah golongan orang ini “ Memikul dosanya sendiri dan memikul dosa
orang yang disesatkan secara sampurna “ . mereka inilah yang akan
dihimpunkan bersama turun temurun, anak, cucu, cicit, piut dan keterunan penerus mereka sehingga hari kiamat, maka penuhlah NERAKA.
Kecuali sekiranya mereka telah menyatakan kebenaran yang hak
dari Al-Quran lalu dirinya , isteri-isteri, anak cucu keturunannya dan
masyarakatnya sengaja ingkar dari menuruti yang hak Al-Quran, maka dirinya
termasuk golongan orang yang sesat dan sekiranya mereka kembali taat tanpa
membilah isi Al-Quran maka mereka termasuk golongan ini “
orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain “. Kerana Al-Quran itu
telah dipermudahkan.
Setiap suami adalah pemimpin kepada isteri-isterinya dan
isteri kepada anak-anaknya.
Setiap diri adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertangungjawabkan
atas kesesatan yang telah mereka amalkan dan yang telah mereka sesatkan.
Pemimpin Negara kepada ahli jemaah menterinya, jemaah menterinya kepada
masyarakat atau rakyatnya ( sebab itu undang-undang hudut wajib dilaksanakan ).
Setiap suami adalah pemimpin kepada isteri-isterinya ( sebab itu disyariatkan
dalam Al-Quran wajib memukul isteri tetapi
tak wajib belasah, yang ingkar mematuhi syariat yang ditetapkan ) Setiap
isteri menjadi pemimpin kepada anak-anaknya dan anak-anaknya menjadi pemimpin
ummat seterusnya. Mereka yang memimpin akan didakwa oleh orang yang di
pimpinnya di hadapan Allah kelak, mereka itu akan mengemukakan dengan pelbagai alasan untuk terdindar dari
azab neraka.
Bermakna sebagai pemimpin dan setiap diri pemimpin tidak cukup hanya sekadar pemberi nasihat sepanjang hayat , sekadar mengeraskan
atau meninggikan suara melarang kemaksiatan, mereka wajib menjalankan hukum agar
di akhirat kelak mereka tidak mempunyai alasan didakwa-dakwi oleh rakyatnya untuk membebaskan diri. Seorang suami yang
warak atau ahli ibadah akan diazab
kedalam neraka selagi mereka tidak memukul isteri dan anak-anaknya yang nyusus
( memukul dengan lembut bukan dengan ganas lalu katakana pada mereka “ Inilah
penyaksianku di hadapan Allah melalui kalamnya yang benar agar engkau tidak mendakwa-dakwi aku dihadapan
Allah kelak”, Seorang isteri yang alim
tidak akan dimasukan kesyurga kerana enggan mentaati suami dan tidak mendidik
anak-anaknya mengikut Al-Quran dan sunnah rasul. Demikianlah kerana sifat
manusia itu memang suka mendakwa-dakwi untuk melepaskan diri masing-masing,
tapi untuk itu Allah telah ajarkan kepada kita melalui petunjuk Al-Quran.
Wajib Kembali Kejalan Yang Lurus
Kerana pengkhianatan, enggan berkongsi kemewahan, saling
tidak melengkapi untuk sama-sama menikmati hasil bumi , saling berlumba
dan bersaing sesame sendiri untuk
kepentingan diri sendiri , masih terlalu
menebal dan merugikan masyarakatnya terutama mereka yang suka jadi ikan laga
dan batuapi lalu melaga-lagakan sesame sendiri ( kecuali menyatakan yang hak,
walau menjengkelkan agar tidak merugikan diri dan bangsanya).
Kenap kita wajib berada dalam keadaan minda yang fresh dan bersih ?
Agar kesucian ini mengakibatkan manusia mempunyai roh yang
kuat, idea yang hebat lalu berlomba-lomba dan saling tolong menolong,
hormat-menghormati dalam pembangunan negara dan sesamanya agar kekayaan tidak
hanya mengalir di sebelah pihak atau dikalangan orang-orang kaya sahaja. Masarakat
miskin, orang asli, orang kurang upaya,
janda, mualaf, mereka yang sememangnya
lemah dapat dipimpin hingga Berjaya dan mereka yang banyak idea tetapi tiada
upaya untuk pembangunan dirinya kerana terlalu banyak kekangan dan birokerasi dapat menikmati hasil bumi ini dengan
saksama. Jadikanlah setiap diri dalam masyarakatnya dapat menikmati dengan adil
asil buminya inilah ISLAM.
Agar setiap
kepimpinan dan setiap diri apabila dibangkitkan
atau dibentangkan satu-satu isu mereka dapat menerimanya dengan kefahaman mantel
tingkat tinggi, mendalam lagi meyakinkan lalu dapat dirumuskan semula dengan baik, tanpa perlu banya prasangka dan
perdebatan yang melere-leret serta dapat menjaga hati dari sifat amarah yang
membuta tuli kerana sangking banyaknya melahap sifat-sifat fasik.
TUHAN-TUHAN YANG DISEMBAH / TAWASUL / PERANTARA
TUHAN-TUHAN SELAIN
ALLAH, BERTAWASUL/PERANTARA YANG HARAM DISEMBAH.
1.
Menyembah Kaabah ( Kaabah hanyalah arah kiblat )
2.
Menyembah Kalimah Allah atau Nabi Muhammad
samada yang dibayangkan dalam fikiran atau yang diletakan di dinding atau atas
tempat sujud. ( tidak boleh dibayangkan
Allah dalam bentuk kalimah atau apa sahaja bentuk, Wajahnya hanya boleh dilihat oleh
Ahli syurga dan hanya di Syurga Sahaja dapat menatap wajahnya yang maha mulia itu. )
3.
Menyembah Para Malaikat, Para Nabi dan Para
Rasul.
4.
Menyembah Diri Sendiri atau hairan diri.
5.
Menyembah Matahari, Bulan, Bintang dan
sebagainya.
6.
Menyembah Pokok, Tunggul, rumah kosong dan busut-busut.
7.
Menyembah Imam.
8.
Menyembah Tok Guru.
9.
Menyembah Ulama.
10.
Menyembah
Kuburan. Para nabi dan para wali.
11.
Menyembah Salib atau patung nabi Isa.
12.
Menyembah Rahib, Paderi, Fader dan sebagainya.
13.
Menyembah Tok Pek Kong, Sami-sami dan
sebagainya.
14.
Menyembah Tagot/Syaiton
15.
Menyembah Berhala-berhala dan sebagainya.
16. Menyembah dan bertuhankan hawa nafsu ( golongan yang tidak terhingga ramainya )
Lihatlah sendiri apa yang kita sembah selam ini adakah ianya
berbaloi, Apakah apa yang kita sembah itu mampu menciptakan bumi selain ini,
dan mampu untuk menghidupkan kita selepas kematian ? Atau dapat menahan azabnya
atau bencananya apabila ia datang.? Sedangkan diri mereka pun diciptakan dan
tak mampu mencipta seekor lalat pun.
TAWASUL
Allah mengharamkan setiap hambanya yang Islam lagi Mukmin
bertawasul ( kecuali berwasila dengan Al-Quran dan Rasulullah ) atau menjadikan mereka sebagai perantara seperti para nabi dan rasul
, malaikat-malaikat, imam-imam, kiyai-kiyai, wali-wali, tok
guru-tok guru, embah-embah, jin-jin, dewa-dewa, keris-keris dan apa jua yang seumpamanya.
Allah lebih suka setip hambanya tidak kira ahli ibadah atau ahli maksiat hanya
meminta, menyembah, berdoa dan sebagainya terus kepadanya tanpa bartawasul
dengan selain darinya.
SYARIAT YANG TELAH
DITETAPKAN
Untuk hidup mewah disisi Allah tidaklah mudah sepertimana
yang kita sangkakan atau yang kita angan-angankan. Malahan hidup mewah di dunia
ini lebih mudah asalkan kita pandai putar alam dan putar belit.
PERKARA-PERKARA
HARAM, DOSA BESAR, DOSA KECIL dan
DILARANG DALAM AGAMA .
1.
Mempersekutukan
/ mensyirikan Allah dengan
sesuat yang lain darinya dan mengadakan ketetapan selain daripada apa yang telah ditetapkan
dalam syariatnya ( Dosa yang tidak akan diampunkan )
2.
Membilah-bilah
ayat Allah, beriman sebahagian dan ingkar sebahagian yang lain atau
menjadikan kitab Allah dan agamanya sebagai barang mainan. ( dosa yang tidak
akan diampunkan ).
3.
Mengada-adakan
kebohongan keatas nabi apa yang
Nabi tidak Nyatakan selain dari hadis ahad. Iaini hadis yang tidak lari dan menyeleweng daripada apa yang telah dinayatakan daripada Kalam-Kalam Allah ( dosa
yang tidak akan diampunkan ).
4.
Murtad
mengeluarkan dirinya dari islam secara jelas dan nyata. ( dosa tidak diampunkan
)
5.
Fasik
iaini orang-orang yang beriman dengan sebahagian atau sekerat-sekerat, serta
orang yang bermain-main ketika ayat Allah diperdengarkannya.
6.
Munafik
orang yang selalu menjadikan sumpah dan janji sebagai permainan dan
pembohongan.
7.
Musrik
Orang yang tahu tentang islam dan memahami ayat-ayat Allah tapi mereka
mash mengabaikannya.
8.
Golongan
Ar’Raad iaini golangan islam tapi belum beriman dengan ayat-ayat Allah.
9.
Arak atau
sesuatu yang diolah oleh manusia untuk memabukkan, seperti tuak, pil estasy,
pil kuda, dadah dan sebagainya kecuali mabuk semulajadi seperti mabuk laut,
kenderaan, mengandung dan sebagainya.
10.
BerJudi, semua jenis permainan dan sukan yang
dipertandingkan untuk berjudi seperti lumba kuda , judi bola, judi lumba basikal , main pakau,
mahjung, mesin slot,toto, magnum dan sebagainya.
11.
Mengundi
nasib atau cabutan no bertuah. Seperti cabutan premium di bank-bank,
pasaraya-pasaraya, stesyen petrol dan apa jua yang melibatkan cabutan ataupun
undian yang melibatkan harta orang ramai atau persendirian yang melebihi dari
seorang, kecuali diadakan pertandingan kreatif seperti mengarang, cipta logo,
mewarna, lari dengan kepala dan sebagainya.
12.
Menyembelih Binatang Dengan tidak menyebut nama
Allah.
13.
Daging Babi.
14.
Bertenung atau menilik Nasib.
15.
Ahli sihir samaada yang mengamalkan atau mereka belajar.
16.
Berpawang dan berbomoh yang bersekongkol dengan
jin.
17.
Berzina.
18.
Menjadikan kubur sebagai tempat solat.
19.
Meliwat.
20.
Menghampiri zina.
21.
Memfitnah atau bergossip.
22.
Mengadit filem prono dan mengadit wajah asal
manusia.
23.
Membunuh tanpa alasan.
24.
Memukul, membelasah, mencederakan dan sebagainya tanpa alasan yang
dibenarkan.
25.
Mengabaikan Orang Tua.
26.
Menyamakan isteri dengan ibu sendiri.
27.
Makan Rasuah.
28.
Makan harta anak yatim.
29.
Makan harta Zakat dan Baitulmal selain asnab
yang telah ditentukan.
30.
Membayar para hakim atau pemberi rasuah.
31.
Memakan Riba.
32.
Mempamirkan kemewahan dan sebagainya sehingga
jiran tetangga tersinggung.
33.
Menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, sombong dan
ego.
34.
Anak angkat yang di bin / bintikan atas namanya.
35.
Anak tiri yang dibinkan atas namanya.
36.
Bersetubuh dalam bulan haram / hariraya ( ibadah
haji.)
37.
Bersetubuh dalam bulan puasa di siang hari.
38.
Melanggar Sumpah.
39.
Mendedahkan aurat.
40.
Menghianati perjanjian.
41.
Memakan harta orang lain bersama hartanya.
42.
Meninggalkan solat dengan sengaja. ( kecuali
empat sebab , haid/nifas, gila/sawan/kerasukan/hilang ingatan disebabkan mabuk yang tidak disengajakan, terlupa dan tertidur sehingga habis waktu ).
43.
Mahar / Maskahwin yang tidak diberikan, kecuali yang telah diredhai.
44.
Mutaah ( pembayaran isteri yang di ceraikan ) dan
tanggungan sara hidup ( yang tidak berkerjaya ) kecuali yang keluar berkerja atau berkerjaya
sendiri ( tidak berdosa.)
45.
Harta yang dituntut kembali daripada bekas isteri yang diceraikan tanpa
asbab kecuali yang nusyus.
46.
Tebus Talak / fasak yang belum dibayar isteri
kepada bekas suaminya.
47.
Menghimpunkan perkahwinan adik beradik dalam
satu masa ( adik dan kakak dijadikan isteri
kecuali jika salah seorang telah diceraikan)
48.
Isteri yang enggan bila diajak bersama.
49.
Suami yang dayus tidak mendalami agama.
50.
Berkahwin dengan lelaki dan perempuan penzina
dan orang musrik .
51.
Berkahwin dengan orang-orang kafir.
52.
Mahar yang belum dibayar kepada bekas suami
kafir setelah isterinya lari/islam.
53.
Perbuatan, Perkatan atau tindakan yang disengajakan untuk menyakiti
hati suami.
54.
Suami yang mengharamkan apa yang telah Allah
halalkan semata-mata untuk mencari keredaan isteri.
55.
Tidak menghukum isteri yang nyata nyusus dan
ingkar menurut panduan syarak.
56.
Bercerai berai tanpa alasan yang benar, kecuali
salah seorang menjadi fasik, murtad atau kafir.
57.
Dara palsu pembohongan.
58.
Menunjuk-nunjuk perhiasan diri pada orang lain kecuali pada suami.
59.
Menghentakan kaki bila berjalan supaya perhiasan
kakinya didengar orang.
60.
Bersuara keras di waktu pagi dan petang kerana
hobi.
61.
Melanggar tiga waktu aurat, iaitu Tengahari, solat isya dan sebelum subuh.
62.
Meninggikan suara kepada suami.
63.
Mendahulukan pendapat orang lain sebelum suami.
64.
Mengurat isteri orang yang masih bersuami.
65.
Menyimpan perasaan dan mengluarkan perkataan
cinta kepada janda-janda yang masih dalam edah.
66.
Mengucapkan perasaan sayang dan janji merisik
kepada janda-janda kematian suami sebelum tamat edah.
67.
Suami Tidak menyediakan tempat tinggal dan
keperluan lain sedangkan isterinya dilarang bekerja.
68.
Tidak mahu malah enggan mengongsikan rezeki yang
Allah lebihkan dari sebahagian yang lain. Suami kepada isteri atau Isteri
kepada suami.
69.
Mengubah rupa asal, wajah atau tubuh, seperti
bertatoo, warna kulit, rambut dan sebagainya, kecuali darurat atau penyakit.
70.
Batu api untuk bermusuhan.
71.
Orang Betina Yang Menyerupai orang jantan.
72.
Orang jantan yang menyerupai orang Betina.
73.
Perdagangan secara paksa / zalim.
74.
Mengurangkan timbangan dalam perdagangan.
75.
Perdagangan berunsur ribak. Dan lain-lain.
76.
Merasa mulia diri dibandingkan dengan yang lain.
77.
Kufur Nikmat.
78.
Tidak reti bersyukur dan berterimakasih.
79.
Enggan menghulurkan bantuan dan pertolongan.
80.
Tamak haloba dan kedeklut,
81.
Mewujudkan perpecahan dalam masyarakat.
82.
Tidak menghormati dan menyayangi sesame kaum
kerabat, jiran tetangga dan sebagainya.
83.
Ahli cerita atau tukang cerita yang suka menokok
tambah dalam penceritaan.
84.
Ahli syair temasuk pengubah lagu, kecuali mereka
yang berdakwah dengannya.
85.
Ahli muzik yang berlebih-lebihan sehingga
terkinja-kinja macam kera.
86.
Meneropong atau mencari-cari kesalahan orang lain yang mereka tidak
lakukan.
87.
Orang yang mendengarkan gossip dan fitnah dan
mengadudumba untuk perpecahan.
88.
Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita.
89.
Bersembang dengan isteri orang atau anak dara
tanpa tabir. Mukadimah zina.
90.
Berjoget dan menari di khalayak ramai.
91.
Perempuan yang mendendangkan suara sehingga
orang terpukau dan stim dengannya.
92.
Suara yang sengaja dimanja-manjakan untuk
menggoda orang lain.
93.
Bercating / bersembang dengan yang bukan mahram
atau isteri orang secara
berlebih-lebihan.
94.
Mengungkit-ungkit atas pemberian / tidak ikhlas.
95.
Mengeluarkan perkataan “AH” kepada ibubapa.
96.
Tidak saling menyeru dalam kebajikan dan
ketakwaan.
97.
Tidak saling mencegah dari yang mungkar kepada
yang maarof.
98.
Menutup atau menyekat rezeki seseorang secara
zalim kerana tidak sebulu.
99.
Memakan harta wakaf.
100.
Mengada-adakan wakaf tunai dan sebagainya untuk
faedah dirinya dan membohongi masyarakat.
101.
Boros dalam segala hal, harta, pemakanan, bicara
yang berlebihan dan sebagainya.
102.
Suka bercakap perkara-perkara batil dan tidak
bermunafaat.
103.
Menganggap semua perintah Allah itu remeh,
menyusahkan, enteng dan sebagainya.
104.
Menggunakan dari sumber haram untuk
majlis-majlis ilmu dan jamuan ( menyebabkan ramai daripada kita apabila
mengetahui ilmu tidak berbekas pada jiwanya.
Apa yang dinayatakan di atas baru sebahagian kecil sahaja,
selebihnya anda galilah dari Al-Quran.
Sebab itu dalam surah An-Fushilat menyatakan setiap diri (manusia dan jin ) akan
di benamkan ke dalam neraka untuk penyucian, atau kekal didalamnya, kerana dosa
sebesar biji sawipun takan dibenarkan memasuki syurga Allah yang suci itu.
Berapa lama kita akan dihumbankan kedalam neraka, bergantung kepada banyak dan
sedikitnya dosa yang telah kita langgar. Tetapi orang-orang yahudi berangan-angan
yang mereka akan dimasukkan ke Neraka hanya sehari sahaja. Sungguh jauh tersesat dugaan mereka itu.
Allah menyatakan, “ orang yang melakukan kebajikan sedangkan
mereka beriman, merekaitulah yang beruntung.” Bermakna , Kebajikan tanpa iman
iaini beriman sepenuhnya dengan apa yang telah Allah syariatkan. amalannya adalah sia-sia sepertimana amalan
orang-orang kafir yang rajin bersedekah dan sebagainya mereka tidak mendapat ganjarannya di akhirat atau ringkasnya dunia dapat dunia seperti kemewahan dan sebagainya.
Jadi untuk menjadi seorang mukmin yang beruntung pastikan
diri kita telah mengimani dengan apa jua yang telah Allah perintahkan dan
dijadikan ianya pakaian hidup, iaini
pakaian, cara hidup, cara amalan,cara bersosial
, cara beribadah, cara berihibur, cara berbiaga, cara belajar, cara bekerja,
cara berilmu dan sebagainya munurut orang-orang yang bertakwa. Takut-takut amalan
kebajikan, bersedekah,ibadah dan
sebagainya akan menjadi sia-sia. Sedangkan amalan bersedekah mempunyai ganjaran
yang amat besar di sisi Allah sehingga kita tidak dapat menduga betapa besar ganjarannya
yang akan kita perolehi walaupun kita bukanlah ahli ibadah seperti golongan
tarekat atau sufi.
Pulanglah kata aisyah ( kejalan agama yang benar kata kami )
Moral :
Janganlah mengidam untuk berkahwin kerana asyik masyuk bila melihat rakan-rakan lain berkahwin dan beranak penak, Janganlah pula mengidam bercrai berai apabila melihat pasangan lain seolah-olah bahagia dan janda manda semakin ramai dan meriah, kerana sangking ramainya tangan yang menghulur simpati lantaran mantel block yang menguasai diri , kerana tidak dapat makan hanya sekeping roti, janganlah mengidam menjadi pemimpin jika hanya inginkan pencapaian dunia untuk dibanggakan dan dijadikan ukuran sehingga membelakangkan syariat. akhirnya negaranya bangkrup juga, Janganlah penzina dan siapa jua berangan-angan masyuk kesyurga dan terlepas azab semata-mata memberi anjing minum. tanpa perlu berusaha keras untuk bertakwa.
Tiga amalan anak adam yang akan menyumbang pahala selepas kematiannya, dengan syarat mereka adalah orang-orang yang beriman, bertakwa, dan mentaati apa jua perintah Allah. Bagi yang sekerat-sekerat imannya tu tolonglah.... jangan berangan ye. Allah suka hambanya yang bekerja keras atas urusan yang lain selepas selesai satu urusan .
Bagi orang mukmin yang telah mengikut tatacara sepertimana panduan Al-Quran mereka tidak perlu bersedih hati. kewajipan anda menyampaikan dengan jelas dan terang sekiranya masih ingkar walaupun anda dah lenjun menasihati, kewajipan anda ialah mufarakah.
Pstt :
Tahun ni ramai jantan-jantan khususnya dan betina yang tak puasa ya, kalau anda meninggalkan puasa dengan sengaja atau saja-saja tanpa alasan yang dibenarkan syarak, Bermakna anda berada dalam keadaan fasik dan kufur nikmat, selagi anda tidak bertaubat dan berazam untuk memperbaiki diri... janganlah anda berada dijalanraya atau lebuhraya atau bergaul dengan mereka ye, kerana kefasikan amat dimurkai Allah, Jadi jangan kerana kefasikan Anda, Hamba-hamba Allah yang tidak bersalah terpalit sama dalam malapetaka azabnya, samada dalam perjalanan atau tempat tinggal, yang diakibatkan oleh dosa-dosa anda. ( hanya anda sendirilah yang tahu siapa diri anda sebenarnya )
Selamat menyambut Aidilfitri dan berhati-hati dijalanraya.
Salaman.. Salam