Uploaded with ImageShack.us

Khamis, 4 April 2013

Kerana kau UMNO anak cucuku tunggang langgang


MELAYU MUDAH LUPA YANG MINDA MEREKA DISERAP NAJIS KUMBAHAN

 
 
 

Untuk menjadi bangsa madani mereka perlu berada dalam kelompok madani juga, walaupun standard otak mereka itu sendiri lebih rendah dari lembu. Kerana sifat semulajadi manusia sememangnya cepat terangsang pada faktor persekitarannya. Apatahlagi sekiranya mereka berada dalam kelompok syaitani, walaupun berjubah, berkopiah berjanggut dan dianugerahi Otak yang bergeliga , pemikiran mereka  tetap sama seperti kumbahan najis berbaur longkang.

Kedua dua kelompok adalah ciptaan sesebuah kerajaan, terpulanglah kepada kepimpinan, kearah mana mereka hendak membentuk masyarakat dan rakyatnya.

KUASA

Apabila diberi kuasa selalunya mereka melupakan perjuangan serta  amanah dan  tanggungjawab  yang sepatutnya mereka laksanakan. Mereka juga melupakan  cita-cita asal mereka untuk melihat bangsa ini menjadi bangsa super canggih sepertimana termaktub dan diajarkan  dalam AL-QURAN.

Malangnya Mereka lebih selesa untuk membangunkan anak pinak dan kaum kerabat mereka, saudara mara mereka, pencacai ibni pembodek mereka, kelompok mereka ibni kroni-kroni mereka. Merka sanggup memperjuankan bermati-matian dengan menghalalkan apa cara sekalipun asalkan pekong mereka terjamin keselamatannya, dengan mengupah bloger-bloger atau pakar penulisan dan wartawan berminda pelacur ibni longkang ibni kumbahan najis untuk membolehkan kelompok mereka terus kekal berkuasa. Akhirnya:

Merekalah yang sebenarnya merosakkan minda bangsa mereka sendiri.

 

Apabila mereka kehilangan kuasa, barulah mereka sedar, perlaksanaan sesuatu rancangan atau tindakkan takkan terjadi tanpa kuasa. Akhirnya mereka gelabah dan nasib mereka serupa seperti penyokong mereka dan seperti aku juga, yang hanya mampu membuat perlaksanaan dan perubahan di atas sekeping kertas Cuma. Diumpamakan seperti tukang mahir yang kehilangan peralatan dan ketandusan modal, hanya mampu merenung dalam pemikiran tanpa mampu membuat perlaksanaan..   

 

ACUAN

Di era 80 han aku masih lagi bertungkus lumus mencari dan menambah ilmu, walaupun sedar mindaku tidaklah bergeliga  dan sebagus sepertimana minda orang lain, namun dengan reformasi serta pelbagai perubahan,pendedahan dan pandangan yang disajikan oleh pemerintah pada ketika itu membuatkan aku cukup bersemanggat dan yakin, bahawa gabungan pemikiran dan perlaksanaan, bangsa ini pasti akan terkeluar dari kepompong  pemikiran sempit dan jakun seumpama katak di bawah tempurung kaca  . Bangsa ini akan keluar lebih deras dan cepat dari mana-mana bangsa pun di dunia ini terutamanya di blog  asia sebelah sini.

CUTI UMUM JUMAAT DIMANSUHKAN SATU KECUAIAN

Pandangan ke timur dan pandangan ke barat yang diperkenalkan dan dilaksanakan pada waktu itu cukup mengujakan. Aku tidak sabar-sabar untuk menyaksikan cuaca perubahan dan kemodenan. Walaupun ku sedar pada ketika itu kebanyakan pelajar masih berfikiran primitif ( orang makan orang ) dengan aktiviti minggu suaikenal ibni ragging  yang masih pekat dan trajis.

Namun kesemuanya itu tidak menjadi soal kepadaku,Apa yang bersarang dalam minda mereka tidak menganggu gugat dan mempengaruhi tindakkan aku pun, Kerana pada aku ragging merupakan tindakkan orang-orang yang bodoh,  tolol dan bahlol sahaja.

Pada aku ia adalah proses menjatikan jati diri yang punah ranah, dan merupakan monson perubahan untuk mengekalkan sifat dendam berdendam dan mengenakan orang lain yang tidak bersalah, dari satu jenerasi kepada jenerasi seterusnya.

Pada pendapat aku cuti hari jumaat yang dimansuhkan bukanlah penghalang dan alasan untuk aku dan bangsa seagamaku untuk tidak menunaikan solat jumaat, Kerana masa yang diberikan cukup untuk mereka menunaikannya. Walaupun pada ketika itu ia mendapat tentangan hebat dari masyarakat, namun laksana tetap laksana.

Aku dan rakan-rakan sekolahku sendiripun banyak menghabiskan waktu solat jumaat dalam bas. Ini kerana bas henti-henti yang dinaiki pada waktu itu mengambil masa yang terlalu lama untuk kami ke sampai rumah masing2.

Setelah sekian tahun berlalu  kini aku sedar, wawasan dari apa yang mereka bawa hanyalah untuk kepentingan tembolok  diri sendiri, terlalu banyak minda melayu yang telah dirosakkan tanpa boleh dimaafkan lagi. Setiap hari jumaat kebanyakan ibu dan bapa masih sebuk ditempat kerja masing-masing dengan pelbagai alasan kursus dan sebagainya, menyebabkan pegerakan anak-anak di rumah tiada siapa yang dapat memantau. menyebabkan mereka hilang jati diri dan hanyut bak bunga lalang.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis