Uploaded with ImageShack.us

Khamis, 4 April 2013

Abang Otai Mati Tersempit dicelah kelengkang Tangga A.S.J COP


Abang Otai Mati Tersempit dicelah kelengkang Tangga A.S.J COP




Inilah kisahku, namaku otai dan nama abangku Alim, Aku tinggal di negeri  “O” , negeri yang serba serbi membangun, dari pembangunan pasarana sampailah kepada pemikiran ,keterampilan dan akhlak songsang( tu kata kumpulan kecillah). Maklum mereka bersekolah pun kat pondok  yang cantik sedikit dari reban ayam je, tentulah dengki dengan kami yang bersekolah batu ,duduk rumah batu dikelilingi pula blog2 batu yang tingi-tinggi menongkat langgit. Belum lagi dengan tempat2 kami bertenggek yang terhias indah dengan pelbagai lampu bergemerlapan dikelilingi pula tom girl dan tom boy yang mengairahkan.

Kalau setakat air kencing syaiton (  kata si dungu dari sekolah pondok ) Bersepah boleh didapati di merata tempat, apatah lagi kedai ekor dan betina penggeli malam,sampai ujung kampung pun ada, sekali  jari dipetik,  beduyun2 mereka sampai. Apa ada heran….lo…

Bagi kami tu biasa2 je,  kebetulan jumlah kami lebih ramai daripada mereka tentulah kami di pihak yang benar, lagipun  Dah terbiasa menjadi pakaian dan rutin kami hari-hari. Pak lebai kami yang berjanggut putih, Serban besar dulang dan berjubah lebih mahal bersulam khat pun tak bising-bising macam budak pondok tu.

 Malahan lebai kami  lebih tinggi ilmunya, Lebih tinggi bangunan tempat belajarnya, lebih tinggi topi bukunya, tu belum lagi sijil yang bertimbun2 tk usahlah cita,  Bukan cokia punya sijil daa…  Alang2 nak berhujah dengan mereka takusahlah, mau balik menangis2 sampai keluar hinggus budak2 pondok tu disekolahkannya. Sekolah pondok nak lawan PHD priiilah mabuk….. mana ada class………ma….Beranggan kakakaka….

Manakala abangku pula tinggal di negeri “A” negeri yang kurang membangun. Kebanyakan penduduknya boleh dikatakan alim dan sentiasa bersederhana pada pandangan kami mereka negeri kolot negeri tak bertuah.

Anak-anak abangku dan penduduk negeri  “A” ramai yang  bekerja di negeri ku. Berlaku banyak kejutan budaya buat mereka semua, mereka teruja dengan keasyikkan negeriku, akhirnya mereka serupa denganku, bergelumang dengan maksiat yang kami sangkakan itulah amalan mulia kerana bergelumang keseronokkan bersama2. Oleh kerana maksiat berleluasa dan mempunyai pengikut yang ramai di negeri “O” maka ideology kami menampakkan kebenaran. Manakala puak-puak kecil yang bersuara lantang, kami anggap mereka kucing kurap  yang laparkan tulang ikan.…lagi busuk hati dan tak dirahmati LAGI DIBERKATI.

Walaupun dikelilingi keseronokkan hati aku bagaikan kosong, Apatah lagi di usia senja sepertiku, ramai seangkatanku yang disumbatkan kedalam rumah-kebajikan masyarakat dan swasta, kami tiada tanah, yang ada cuma bumbung kami lantai orang, lantai orang itulah bumbung kami. Tanah kami di negeri “O” dah abis tergadai dengan syarikat2 luar.RUJI MAKANAN KAMI SUDAH SEMESTINYA RASUAH.

Bangunan tinggi pencakar langgit bukan kami punya, Kalau ada pun namanya bangunan BAITUL MAL, MAHKAMAH SYRIE, BANGUNAN JOHOR COP ( itupun hasil penipuan duit orang ramai melalui A.S.J  (Amanah Saham Johor lah kononnya) . yang lain2 kebanyakannya berjenama asing.

 Kini apa yang dibuat semuanya membosankan, jiwa tak karuan, Rumah2 kebajikan kini ramai  dihuni oleh orang2 sepertiku. Anak-anak huh jangan haraplah. Kerana kebiasaan kami di sini bini orang bini aku, bini aku orang punya, anak orang anak aku, anak aku entah kemana perginya, Cucu orang, cucu aku. Cucu aku tak kenal mana satu mak bapaknya… hu,hu,hu itulah sebenarnya negeri aku.

Tiba-tiba hatiku meronta-ronta untuk bertemu dengan abangku, Walaupun hidup dia dalam kesempitan tetapi diwajahnya Nampak kejernihan dan ketenangan, tidak seperti wajahku yang busam lagi keruh, lalu aku menghubunginya agar dapat menghabiskan sisa-sisa kehidupan disampingnya lalu beribadah bersama2
.
Alangkah seronoknya dia apabila mendengar suara ku., lalu mengajakku pulang menemuinya dengan segera.   Tanpa membuang masa aku segera bersiap, dengan menyarungkan jubah putih dan sarban,  berbekalkan seutas tasbih yang menguis2 ditanggan. Aku meninggalkan segala-gala yang aku ada menuju kerumahnya
.
Sebaik kaki menjejak di kaki tangga aku mendonggak ke atas, Alangkah terkejutnya aku, yang abangku sudah bersiap sedia untuk menuruni tangga dengan pakaian ala-ala romeo dengan kalung rantai basikal bergayut di lehernya, pergelangan tanggan disarungkan gelang sampai ke siku. Sambil menuruni tangga mulutnya menggomel, Aku dah jemu-Aku nak kaya,Aku dah Jemu Aku nk berhibur, Aku dah jemu aku nak bertukar selera. Tanpa disedari kakinya tepelecuk lalu melayang JATUH kearahku, sepontan aku menjerit Allah………………..dia menjerit Setannn........       BUAK GEDEBUK……………………………

MELAYU MUDAH LUPA YANG MINDA MEREKA DISUMBAT LONGKANG

Selamat Mengundi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis