Uploaded with ImageShack.us

Sabtu, 10 November 2012

ISTERIKU MASTER YANG GANSTER




Aku hanya seorang guru Deploma lepasan maktab, Kekasihku pula merupakan seorang Geraduan di salah sebuah Universiti terkemuka tanahair. Kami bercinta sejak zaman sekolah lagi.

Seperti pasangan bercinta yang lain, kami saling rindu merindui, malahan jika tidak dengar suara walau setengah jam sekalipun pun kami mula sasau. Jari jemari kami sentiasa memicit butang tasbih di papan kekunci ( h/p), Belbagai bait ayat dengan madah berbunga nan power gila dapat kami hasilkan , ketika ini idea kami untuk mencipta bait-bait  ayat cinta cukup hebat lagi kreatif, bagaikan air yang mencurah lalu meluncur laju dari puncak gunung Ledang, Pelbagai janji manis dan sumpah setia kami nukilkan dialam nirwana maya. Semuanya indah dan manis-manis belaka bak madu di tasik malika jingga.

Saban hari tutur bicara kami  sentiasa bersulamkan madah pujangga, bersemaikan nada seloka yang meruntun jiwa, sehingga menjadi asyik dan tiada yang lain melainkan dirinya dan diriku, Malam kami sentiasa berdakapan dan berpimpinan walau sekadar h/p cuma, lalu lena kami sentiasa dihiasi senyuman, maklum dalam hati ada taman yang sedang menguntum lalu mekar pelbagai warna. 

Sungguh kami mabuk kepayang, h/p dan bantal busuk menjadi sasaran pelepas rindu, dikucup dan didakap semahu2 nya, tiada lagi haruman bengik melainkan semua harum belaka, wajah sentiasa kelihatan dimana2, renung dalam air ternampak wajahnya, lihat dalam cermin tidak terlihat wajah sendiri melainkan wajah dan senyuman manis yang sentiasa terukir dibibirnya , buka buku juga terpandang wajahnya, pendek kata walau diarah kemanasekalipun pandangan mata mesti terarah pada wajahnya. Pasal Haruman jangan cerita, walau pun masuk kedalam tandas yang berkeladak, haruman samada minyak wangi atau bedak sejuk yang pernah  dipakainya pasti akan bertebaran dimana2, Najis yang terpalit merata di lantai lantai jamban pun nampak indah, Huh !!!  Aduhai dunia kaulah milikku seorang.

Nada bicara pun romantik tak tentu pasal dan tak tentu masa dan waktu. Tidak kira makhluk jenis apa pun yang mujur lalu melintang patah, pasti akan disapanya lalu dijadikan mangsa untuk teman bicara. "Wahai mentadak yang ayu dan bijaksana, sampaikan salamku padanya aku teramat merinduinya", tergeleng-geleng kepala mentadak mentadu tu. Pasal kucupan Love Flying kick toksah cerita la, dari dinding tandas sampaile ke tiang lampu LLN . Abis kami bedal, buat tanda kenangan sampai 7 keturunan konon. Cheh !!! Geli geleman bila dikenang-kenang semula. 

Akhirnya setelah bertahun-tahun menyulam cinta dan bertan-tan menyemai benih kasih, maka suburlah ia membesar umpama sepohon  balak sebesar 10 pemeluk orang diwasa, berdiri kukuh dan gagah ditengah belantara raya  banjaran cinta sehingga gah berdiri laksana nama besar seperti si TUAH dan TEJA , ( ermmm rasanya pokok balak di banjaran titiwangsa yang dirembat dek  lanun Balak Kod, entahlah labu bacajerlah…) .

Atas persetujuan kedua dua belah pihak maka  kami pun disatukan dalam sebuah majlis yang gilang gemilang laksana Yusri & Era. Cuma aku sewa dewan serbagunajerlah tak masuk paper pun. Tapi sebelum tu  untuk mencapai impian tersebut puas jugak aku turun naik tangga bank buat loan. Dengan wajah coklat dan senyuman kambing beserta biji mata yang hampir2 tesembul akhirnya pegawai bank meluluskan juga pinjaman aku, itupun setelah dicagarkan sekeping tanah yang luas sikit dari sekangkan kera.

Peringkat awal perkahwinan memang sanggat bahagia, kira pasangan paling ideal in the year la, macam widding top ten in the year yang selalu dapat liputan meluas ka tv tu. Cuma aku pringkat pekan jek. Panggilan manja yang selalu terucap dari bibir pula, yang & ling emm memang best. Tapi itu untuk 2 tahun pertama jek.

Mungkin loan yang aku buat dulu tinggi, maka sara hidup yang aku dapat berikan kepadanya cukup-cukup makan jer, tu pada pandangan akuler tapi mungkin pada dia macam sisa daging yang melekat kat celah gigi jek. Apa nak buat, aku  tak berupaya, salah aku jugak mengatal nak kawin sampai buat loan bank.

Masuk tahun yang ke tiga panggilan dah berubah I & U, kekadang tersasul panggil kau & aku je.. apa nak buat. Perempuan tetap perempuan Ego mereka 9 kali ganda lebih tinggi dari lelaki, layankan jerlah daripada gaduh-gaduh, tak baik kan, lagipun sapalah aku.  Aku hanya sekadar Deploma dia pulak Master , jadi segala pendapat dan nasehat aku dipandang sebelah mata jer, tu pun dengan mata yang disepetkan sampai hilang biji mata hitam, bibir pula terjueh-jueh macam lidah ditumbuhi bisul, nak buat mcammana  dah dia perasan power dan jelita.

Asik makan hati dan tercabar kewibawaan sebagai suami yang selalu diperlekehkan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian, tahun-tahun yang berlalu amat getir, kerana pada pandangannya ada sahaja yang tak kena dengan aku. Aku sedaya upaya berusaha agar bahtera yang dibena tidak karam begitu sahaja, sambil meletak harapan, mungkin bila Lavel aku dah sama tinggi baru dia akan menghormati dan dengar cakap aku.

Setelah bertahun-tahun bertungkus lumus akhirnya aku Berjaya memiliki O Lavel & PHD ( bukan penyakit hasad dengki tau aku cool orangnya ). Kejayaan ini Aku raikannya bersama-sama dengan isteri dan anak-anakku. Malangnya apa yang aku harapkan tidak menjadi, malahan sikap isteriku semakin melampau, bila bercakap suka terjerit 2 macam kaldai. Bila dinasihati dan pada pandangan dia ia satu kesalahan, dengan mudah perkatan cerai disebut berulang-ulang kali, masalahnya kekadang aku malu dengan anak2 dengan perangai ibunya yang suka terjerit2 tak kira waktu.

Nak dijadikan cerita Suatu malam  ketika aku baru pulang dari surau, Aku melihat istriku sedang asyik bercating entah dengan jantan mana pun aku tak tau, perlahan lahan aku menghampirinya tanpa dia sedari. Aku melihat bait-bait ayat yang ditulis  di skrin moniter berbaur lucah serta merta aku menjadi suami dayus. Sambil berdehem aku menegur perbuatannya, Dia terkejut,  dengan lagak singa betina dia melompat dari katil lalu mengherdik, Ceraikannnnnnnnn aku  !!! dengan suara terjerit 2 histeria. Aku yabg dah sedia maklum dan faham dengan perangainya membiarkan sahaja.

Rupa-rupanya ia tak berakhir pada malam tersebut, Selepas solat subuh dan masing-masing bersiap-siap untuk ketempat kerja, isteriku menghempas pintu dengan kuat lalu terjerit-jerit memaki hamun, Oleh kerana malu dengan jiran-jiran kesabaran ku hilang, Aku melepaskan satu tamparan yang hinggap dipipinya, bukan satu tamparan yang memudaratkan sekadar pukul bersyarat memberi pengajaran sepertimana yang Allah perintahkan dalam surah Al-Bakarah. Agar pukulan yang disandarkan atas syariatnya menjadi penyaksian di mahsyar kelak, agar tiada dakwa dakwi atas sifat dayus aku.

Dari situ, bermulalah episode hitam dalam hidupku. Kerana pada hari berikutnya aku telah diserang dan dibelasah oleh adik beradik dan sepupunya dikhalayak ramai dengan membabi buta. Sedangkan dahulu ada di antara mereka yang mengemis dan akulah orangnya yang menghulur bantuan. Tapi kerana mulut perempuan merangkap betina, mereka hilang akal  dan tanpa usul periksa mereka membuat tindakan melulu. Itulah yang dipanggil . JANTAN BANG NGANG konon membela betina tapi rupanya BODOH.

Hampir lembik aku dibelasahnya, untung ada seorang wanita yang aku tidak kenali, memberhentikan kenderaannya lalu menarik baju ku masuk kedalam kereta yang dipandunya, Oleh kerana kenderaan  kami dikejar,  wanita tadi terpaksa memandu kereta masuk kedalam balai. Alang-alang dah sampai balai akupun buat repot dan dia sebagai saksinya.

Sebaik melangkah keluar dari balai, jantan-jantan BANG NGANG tadi mengerumi kami memohon maaf sambil merayu-rayu sampai menjejes-jejes air matanya agar kami menarik repot. “  Cheh tadi HERO LAH sanggat, sanggap punya jantan ada otak pun lain kali jangan letak kat tempurung lutut. Selidik dulu dan jangan mengambil tindakan melulu,  lebih-lebih lagi hal rumahtangga. Jangan harap la kalau kau orang kena lokap betina tu nak bertanggunjgawab “. Aku hemburkan perasaan yang terbuku.  Oleh kerana aku sedar mereka tidak bersalah yang besalah ialah isteriku, kerana mulut celakanya menyebabkan orang yang tidak bersalah turut celaka sama. Aku memaafkannya dan menarik balik repot. Emm kepada wanita yang menolongku harap maaf sebab tak sempat berkenalan kerana keadaan bercelaru masa tu  menyebabkan semuanya lupa. Apapun dirimu tetap dalam doaku sehingga akhir  hayat dan terimakasih.

Atas perbuatan khianat isteriku, menyebabkan aku membawa diri untuk memujuk hati sehinggakan masa yang berlalu tidak terasa , rupanya sudah makan bulan, Akhirnya surat fasak  dari loyer haram syrie bertandang kerumah orang tuaku, dengan pelbagai pertuduhan dan tuntutan , aku hanya membiarkan dan buat-buat lupa, akhirnya loyer yang dilantik menghubungi ku “ Kalau isteri dah tak suka awak dan minta diceraikan, Ceraikan ajalah apa masalah awak ? “ katanya. Cheh !!! ramai rupanya orang bangang dalam dunia ni menyundal dengan duit haram lebih hina dari pelacur, berupa wajah syaiton bertopeng agama.

Akhirnya dihadapan hakim, antara terpaksa aku akur dengan tuntutannya dengan
alasan sudah tiada kesefahaman lagi. Maka kembalilah aku membujang membawa haluan masing-masing.

Setengah tahun berlalu aku diperkenalkan dengan seseorang, Orangnya lemah lembut dan bersopan, oleh kerana pengalaman lalu  yang  dilalui agak perit, memyebabkan aku lebih berhati-hati dan lebih memilih. Aku mengambil masa untuk berkawan dahulu dengannya, rupa-rupanya pekenalan kami dapat dihidu oleh bekas isteriku, Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk berbaik semula denganku, Aku jadi serba salah, sudah berdozen2 hadiah dikirimkan untuk memujukku menyebabkan aku berada di persimpangan., Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengambil bekas isteriku sebagai isteri no 2 atau paling koman pun no 3, Maknanya aku kena bernikah dahulu dengan isteri baru  kemudian baru aku pertimbangkan untuk menikah semula dengan bekas isteri.

Betullah kata datukku “ Lebih Mudah Jaga Lembu Sepadang  Daripada Menjaga Anak Perempuan Seorang ‘  “Isteri ibarat melepaskan anjing tercepit dan memikul biawak hidup”. Kecuali yang solehah dan bertakwa.    



Bedasarkan Kisah Benar,
Penulis sekadar menulis dan  tokok tambah sikit-sikit tu adatlah  :).




0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis