Uploaded with ImageShack.us

Khamis, 8 November 2012

ISTERIKU LEBIH NAJIS DARI ANJING 2


Aku menegrutkan dahi smbil menggaru-garu kening yang tidak gatal, arah yang ditunjukkan  merupakan rumah agam yang aku tawaf sebentar tadi, Sepi . Aku memalingkan semula pandanganku kepeda beberapa pekerja indonesia yang tercegat di hadapan ku tadi, aneh mereka sudah lesap begitu sahaja, sedangakn tak sampai pun beberapa seken aku memandang rumah agam tadi. Mataku melilau mencari2 kelibat mereka, mustahil kalau mereka boleh lesap dalam sekelip mata.

Tongkat yang  diselitkan dicelah ketiak aku gengam dan aku timang2. Eh ini H/p, mana pergi tongkat tadi. Pakaian seragam yang aku pakai tadi turut lesap dari pandangan, aku bertambah bingung, Lalu ku picit punat H/p, skrinnya menyala, jam digital pada permukaan skrin menunjukkan angka 7 .10 minit. Astirfirullah..
dah senja rupanya. Sah semanggatku diceroboh sebentar tadi, kalau mereka sempat meresap terus kedalam raga jasadku, tak tau apa akan terjadi seterusnya.

Aku akur dengan kecuaianku, kerana tenggelam dan terpesona dengan keindahan alam tanpa memuji2 nama Allah, yang maha indah dan maha hebat atas kurnia ciptannya. Sambil berastafar dan bersyahadah aku langkahkan kaki menuju ke arah kenderaan yang diparking tadi. Aku lihat memberku sedang duduk di meja bulat sambil tangan menopang dagu, entah apa yang dilamunkan agaknya. Dalam jarak lebih kurang sepuluh langkah antara aku dan memberku, sebuah kenderaan berwarna biru air mula memasuki perkarangan rumah agam,' kenderaan milik pengurus agaknya' hatiku berbisik.

Kawanku sudahpun berdiri ketika aku sampai di sisinya. Sepasang mata kami tertumpu kearah kenderaan yang masuk tadi lalu berhenti di sebelah kenderaan kami. Enjennya dimatikan, pintu disebelah pemandu terbuka, Seorang lelaki separuh umur dengan wajah agak cengkung,  rambut yang mula ditumbuhi uban, memakai baju kemeja berbelang kuning biru, keluar dari kenderaannya, lalu berdiri memandang kami sambil mengukirkan senyuman .

Kawanku segera mendapatkannya, bersalaman lalu berdakapan, aku hanya membontotinya. Setelah bersalaman aku diperkenalkan dengan sepupunya. Orang yang diceritakan kisahnya kepadaku sepanjang perjalanan tadi. Beberapa orag remaja lelaki dan perempuan juga turut keluar dari perut kenderaan. Aku turut diperkenalkan dengan anak-anaknya. 'Orang rumah mana' saja aku menduga. dia hanya tersenyum sambil merenung bola mataku, aku membalas senyumannya, ada nada seiring disebalik bebola mata kami yang sedang bertaut.

Dalam jarak beberapa meter terdengar bunyi enjin motosikal yang sedang  diteran kerana tali minyaknya dipulas, Pandangan kami serentak tertumpu kearah datangnya bunyi kenderaan itu. Seorang anak muda dalam lingkungan 20 han tersenyum manis kerah kami sambil menungang motosikal menuju ke koredor rumah. 'Itulah anak saya, baru ditukarkan di sini'. kata lelaki tadi tanpa dipinta. Lalu mengajak kami berjumpa dengan anaknya. Setelah bersalaman dan memperkenalkan diri masing-masing kami dipersilakan masuk  Oleh kerana magrib sudah hampir melabuhkan tirainya, aku segera meminta izin untuk menumpang solat dirumahnya jadi perbualan kami terhenti seketika.

Selepas solat kami  duduk berbual2 di ruang tamu. Terdpat fail2 yang bertimbun di atas meja di satu sudut ruang tamu, perkakasan rumah agak sederhana, ruang tamu, bilik dan dapur agak luas juga. Terdapat beberapa perabut dan ukiran antik yang memisahkan antara ruang tamu dengan dapur. mungkin kerana pemiliknya bujang suasan dalam rumah pun seperti bilik bujang juga. Menurutnya setiap pegawai disediakan tukang masak, tukang kebun dan pencuci pakaian, mereka tidak tinggal serumah hanya hadir pada waktu tertentu dan masa2 tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Menurutnya lagi dia jarang tidur dirumah berkenaan, selalunya dia lebih selesa tidur di rumah rakan yang jaraknya 10km darisini.
Bila ditanya kenapa ? ' tidak mahu mengambil risiko ' ringkasnya.

Perbincangan kami berkenaan pengurusan ladang pada malam itu terpaksa kami hentikan dan akan disambung semula pada hari berikutnya di ibu pejabat. Terdapat sedikit keresahan di sebalik wajah pegawai muda ini. Aku seakan mengerit apa yang bersarang di dalam dadanya. Setelah tarikh pertemuan semula ditetapkan kami pun meminta diri untuk pulang.

Ketika kaki kami sedang menyarungkan kasut masing-masing. 'Abang kita jumpa di pekan dalam pukul 10 mlm ni, tunggu saya  persiapkan diri dan dokumen dlu ya'. Aku menoleh kearahnya sambil berjanji akan menunggunya dan bergerak bersama.

Oleh kerana malam masih muda dan jam baru menunjukkan angka 8.25 aku mengambil kesempatan berborak2 dengan orang tuanya. Meja bulat di halam rumah menjadi lokasiku, angin bukit yang berhembus menyegarkan tubuh kami, langit pula dihiasi bintang malam yang bergermalapan, awan nipis berarak perlahan  menuju ke barat mungkin sedang berhimpun untuk satu tugasan yang telah ditentukan oleh  sang pencipta Jagat raya ini.

Satu persatu sejarah silam terlontar keluar dari bibirnya. Macam biasa aku menjadi pendengar setia, sehingga masa berlalu tidak terasa. Alih- alih pegawai mudah telah terpacul disisi kami, menyebabkan perbualan kami terhenti. Lalu kami meminta izin untuk beransur, sambil bersalaman kami mempelawanya untuk singgah diwarung yang telah kami cadangkan sebelumnya. Dengan sopan dia menolaknya dan terpaksa berangkat pulang menuju ke selatan pada malam ini jugak, kerana esok perlu menghantar anak-anaknya kesekolah.Malam itu kami berpisah dan membawa haluan menuju distinsai masing-masing.

Kami hanya mengekori pegawai muda menuju kearah pekan, kerana dia lebih maklum tentang keadaan di sini. Kenderaan kami berhenti di salah satu warung yang terletak di tepi jalan. Oleh kerana pelanggan tidak begitu ramai, pesanan yang kami order segera sampai. Sambil makan pegawai muda menceritakan serba sedikit tentang kerjayanya.

Baru aku faham, kerjaya yang disandangnya agak mencabar, pernah beberapa kali dia dikepung oleh pekerja ladang yang berang kerana tidak puashati dengannya dan hampir2 juga perutnya terburai akibat dirodok dengan pahat, yang digunakan untuk memotong buah kelapa sawit, mujur dia sempat mengelak dan diselamatkan oleh pekerja ladang yang lain. Kes-kes pergaduhan sehingga membawa maut juga sering berlaku. Itu mungkin salah satu penyebab mengapa, pegawai muda ini tidak lalu untuk menginap di rumah agam yang disediakan oleh majikan untuknya.

 Menurutnya lagi,  satu kes pembunuhan pegawai ladang berbangsa  inggeris juga pernah berelaku di rumah agam tersebut dan banyak lagi kisah misteri yang pernah dilaluinya. Ada kalanya terpaksa berjaga malam untuk membuat lapuran dan kertas kerja agar ladang yang dikendalikannya mencapai sasaran sepertimana yang diharapkan oleh pihak majikan.

Aku hanya memasang telingga dan sesekali menganggukan kepala. Dalam hati aku merasa bangga kerana ketabahannya, paling tidak dapat mengubati penderitaan sang bapa yang menatangnya bagaikan minyak yang penuh, akhirnya kejayaan anaknya terserlah di depan mata dan menjadi insan yang bermunafaat dan berguna untuk bangsa dan perjuangan bapanya.

Oleh kerana hari semakin dinihari, kami perlu bertolak pulang, bimbang juga kalau kaki menjejakan rumah selepas subuh lagipun perjalan yang di tempuh agak sunyi dan merbahya, kerana kes2 menyamun kerap berlaku di sepanjang jalan yang akan kami lalui nanti. Selepas membuat bayaran kami bersalaman lalu menuju ke haluan masing-masing.

Kenderaan yang dipandu rakanku meluncur  membelah kegelapan malam dengan aman, hanya sesekali kenderaan lain berselisih dengan kenderaan kami. Melihatkan rakanku yang terus membisu, aku membetulkan kedudukan kusyen kereta, agar tubuhku lebih selesa. Sambil menghayati lagu senandung nelayan yang berkumandang di corong radio, kemudian di ikuti lagu sepuluh tahun yang lalu, fikiranku menerawang kembali mengingati kisah silam bapanya.



Aku bekerja sebagai seorang buruh di singapura, lama juga aku merantau, sehinggalah aku berkenalan dengan seorang gadis genit, orangnya periang dan agak lemah lembut serta sentiasa ceria orangnya. Pendapatan ku yang agak tinggi menyebabkan aku tidak berkira pasal wang, apa jua yang dihajati olehnya pasti akan ku tunaikan. Kami sangat akrab umpama belangkas.Pada ketika itu semuanya manis dan indah belaka.Pernah dia berjanji untuk sehidup semati denganku, walau ditakdirkan suatu masa nanti hidupku melarat. Dia tetap rela makan kerak dan nasi basi asalkan dapat hidup bersama ku.

Di hentian bas di suatu ketika dulu, disaksikan pula hujan gerimis beserta kilat yang berkilau,serta baju yang basah lenjun ditimpa hujan, sambil menahan gigil kesejukan,  dia bersumpah setia sehidup semati denganku tidak kira walau apa pun yang berlaku dia tetap setia kerana cintanya semata-mata untuk diriku. manyebabkan aku hanyut dan karam dalam pujukan dan kata-kata manisnya. Lalu danga hati yang berbunga aku melamarnya, di kucupnya jari jemariku sambil mengulangi-ulangi janji setianya. Ah bahagianya kala itu, seolah berada disurga firdaus, semuanya bagaikan fana hilang lenyap, segala kesejukan dan pancaran kilat yang sbung menyabung menjadi damai yang tak berpenghujung.

Kini kami di ijabkabulkan maka terlunaslah segala tuntutan jiwa yang meruntun lagi mengasyikkan dengan beribu janji dan kata manis yang terpahat serta terpateri kemas dihati sanubari kami selama ini.Bergelarlah aku seorang imam dan sang nakhoda yang akan memacu layar bahtera kepuncak bahagia. Tiak kira halangan yang merintang, ribut,taufan,badai dan ombak yang menggunung tinggi, nsecaya aku akan tetap mempertahankan bahtera yang terbina apatahlagi lagi, kini didampingi isteri merangkap penasihat yang pastinya melancarkan serta merancakkan lagi  haluan bahtera menuju darmaga impian.

Sayang beribu kali sayang, Bahtera yang kukuh, ku ingat utuh untuk selamanya, lalu selamat sampai ke dermaga impian. Rupanya badai bergelora akibat pengaruh sang janda berlendir dan bernanah, Persatuan sosial politik busuk bak longkang dan badai peguam syrie yang najis telah meracuni fikiran isteriku. Biarkanlah mereka terkinja-kinja bersorak girang, terkekeh-kekeh dengan wajah syaiton kerana sememangnya mereka sekutu syaiton. Akhirnya bahteraku terhempas dan musnah ditangga mahkamah. Apakan dayaku yang bernama lelaki, hanya mampu mendiamkan diri menyimpan segala rahsia di hati . Kini aku membesarkan anak-anak ku seorang diri.Ketika ku mewah aku disanjung dan dipuji, kini bila ku jatuh dan  tiada apa lagi, yang ada hanya  kata-kata nista dan keji. Pensaihat yang sepatutnya menjadi benteng pertahananku sudah tidak berguna lagi dia rela menjadi fasik dan munafik daripada redha serta rela menerima ujian Allah.

Masih segar dalam ingatan. Ketika tubuhku bermandikan keringat, tangan terketar-ketar mengangkat bungkah-bungkah batu bata, tali pinggang ku ikat kejap, agar tali perutku berhenti mengisar sesama sendiri, akibat sedari pagi belum seulas nasi pun yang masuk ke kerongkongku lalu tiada apa yang hendak dikisar dan dihadam oleh tali perutku yang setia menjalankan kewajipannya.

Sudah berminggu aku hanya makan sekadarnya, akibat kesempitan keewangan, kerja yang dibuat masih belum mendapat upahnya, terbayang wajah anak-anak comelku berlari riang mendakap kepulanganku.terasa air dingin terpancar dari kelopak mataku. 'Sabar ya nak petang ni ayah janji akan bawakn makanan yang enak-enak' kalau upah yang diminta tak dapat, ayah akan berhutang, kalau tak dapat juga motor kapcai ini akan ayah gadaikan.Aku memujuk hati sendiri.

Ketika ini isteriku entah dimana , sudah berminggu tidak menjengah. mungkin terlalu sebuk berpersatuan dan berpolitik atau sedang berpesta dengan janda2 merangkap Batu Api. Ah biarkanlah itu urusannya, aku dah tak kuasa menegahnya, Gegendang telingaku tak rela mendengar perkataan lucah dan makihamun yang terhembur keluar serta perkataan ceraiiiiiiii... yang disebut berulang2 kali dari mulutnya seperti orang histeria setiap kali bertengkar. baik aku membisu sebelum anak-anakku terpengaruh dengan akhlak syaitonnya.

Aku mendongak kelangit, matahari kian meninggi rupanya, tiba-tiba pandanganku berpinar, aku terduduk lalu tersandar, pergerakkan nafasku lemah, tubuh terasa tak bermaya. Aku terus duduk bersandar sambil menghelah nafas, semanggat ku pulih kembali. Dari kejauhan aku lihat ada beberapa orang berpakaian seragam sedang menuju kearahku, jantungku berdebar-debar, aku gagahkan kaki berdiri menyambut kedatangannya. Salam diberi, lalu aku menyambutnya, mereka memperkenalkan diri masing2, salah seorang daripada mereka bertanyakan namaku, aku  *********  menjawab, ku lihat rakannya melihat sesuatu kedalam fail yang dibawanya. Matanya merenung kearahku.. 'Cik sila ikut kami kebalai'. Aku cuba mempersoalkannya. " Nanti Balai Cerita' katanya. dalam keadaan bingung mau tidak mau aku terpaksa mengikutinya.

Apabila sampai dibalai,' Encik ditahan reman untuk membantu pihak kami menjalankan siasatan'. 'Atas tuduhan apa encik'. Kamu dituduh memukul isteri sehingga menyebabkan kecederaan, ini repot serta lapuran perubatan yang ada pada kami. Malam itu aku terpaksa bermalam di tirai besi. Fikiranku bungkam tidak tahu dari arah mana untuk ku mendapatkan jawapannya. Setelah soal siasat dibuat dan segala keteranganku diambil dan direkodkan aku dibebaskan dengan jaminan polis.

Apabila sampai kerumah, jiran tetanggaku memandang sinis, ada yang celupar mulut. Kalau nak tunjuk jantan kemarilah tengok siapa yang jaguh. Ada suami pun macam sial, isteri sendiri pun dibelasah sampai lebam, apa punya suami.. Dahlah hidup makan hasil bini tak mengenang jasa. Pergi mampos lagi baiklah. Aku hanya mendiamkan diri dan tak kuasa untuk bertengkar dengan jiran-jiran.Perkara pertama yang aku cari adalah anak-anakku, malang mereka tiada disitu, akhirnya ku tahu mereka berada dirumah mertuaku.

Dengan motor kapcai  aku gagahkan diri menuju kesana, Belum sempat motorku ditongkatkan aku sudah diserang dengank kata-kata cacian,makian serta pelbagai kata kesat yang tak tergamak nak aku kenang semula.Anak-anakku menangis cuba berlari untuk mendakapku, tapi mereka dihalang. Aku dipaksa berambus macam anjing kurap dari halaman rumahnya, semua jiran tetangga berkumpul tapi tak seorang pun diantara mereka yang cuba mententeramkan keadaan, tiba-tiba isteriku muncul di muka pintu, wajahnya diajukan kedepan seolah-olah ingin menunjukkan pendritaan yang sedang dialaminya padaku dan pada jiran-jiran tetangga.

AKu perhatikan wajahnya. Terdapat birat kebiru-biruan diseluruh wajahnya. Dalam hati terdetrik kehairanan, selalunya kalau kena tinju atau kena belasah  mesti timbul lebam yang membengkak tapi yang ni nampak lain',bisik hatiku. Suasana dihalaman rumah semakin hingar bingar, beberapa barang  yang pernah aku hadiahkan kepada anakku dihumban ketanah, 'Kau Baik Berambossss Sekarang !!! Kalau Tak Mampos Aku Kerjakan !' perkatann tu diulang berulang, kali.Aku hanya mampu tertunduk, lalu mengutip satu persatu barang  yang dilimparkan ketanah, ada diantara mereka yang menendangnya kearahku.

Aku melangkah pergi, sambil menungang kapcaiku, Air mataku berjuraian, tak tahu mana arah nak dituju, Tak sangka isteri yang ku percayai, ku tatang dan ambil berat selama ini tergamak mengkhianati aku demi keseronokkan dunia.

Aku kehilang arah..tiba-tiba satu disentap  kuat dari arah belakang menujah tubuhku, pandanganku gelap. Bila sadar sebahgian tubuhku sudahpun berbalut, ku terlihat lembaga putih silih berganti mundar mandir di hadapanku,apa yang mereka perkatakan aku tidak faham biji butirnya,ada bisikan syahadah ditelingaku, dimana aku, sudah matikah aku, di alam barzahkah aku, mereka ini siapa malaikat nungkar dan nangkir ke, air mataku tergenang lagi, ngeri kalau-kalau aku dibalun sedangkan amalanku tidak sebanyak mana, Aku terjerit kesakitan apabila dengan tiba2 ada benda menjalar yang ditarik keluar dari kerongkongku sehingga menyenakkan dan terasa isi perut berpintal-pintal, Bila ku buka mata dan semakin jelas pengelihatan, baru aku sedar, rupa-rupanya aku terlantar di hospital.

Kedua ibubapa serta adik-adikku tersenyum disisi katil, ibuku mengusap2 rambutku, terdapat air jernih mengenang di pelupuk matanya.aku hanya mampu terdiam dan menutup mata, cuba mengingati apa yang sebenarnya berlaku. Hampir 3 minggu aku terlantar akhirnya aku dibenarka keluar dari wad, mujurlah tulangku tak luruh semuanya, kalau tidak humm... mau berlingkar2 tubuhku macam cacing tanah. Hampir 6 bulan aku terpaksa dijaga oleh orang tuaku, tidak bayangkan kalau mereka tiada,entah dimana agaknya aku berada,mungkin orang ramai sudah tidak lagi mengenaliku lagi apabila jasad dihurung ulat berengga serta segala isi tubuh sudah membengkak dan meletup lalu berbau busuk..err tk rela aku mati beragan.

Setelah keadaan ku pulih dan sihat seperti sediakala, kerinduanku terhadap anak-anak semakin membara dan tidak dapat dibendung.Dengan berbekalkan wang atas ikhsan bapaku, Aku menuju kerumah sewaku yang sudah lama aku tinggalkan, entah apalah yang telah terjadi setelah lama aku tinggalkan. Sebaik kaki menjejak halaman rumah, beberapa jiran tetangga yang perasan kehadiran ku mula menyindir2. Hidup lagi rupanya ingatkan dah mampos, liat juga nyawa kau eh. ingat-ingatlah tu tanda tuhan masih sayang bawak-bawaklah bertaubat. tulah balasannya kalau menginaya isteri. Orang macam kau ni baik kojol aja, hidup menyusahkan orang, dahlah makan hasil bini. Bini pula ditendang terajang apa punya setan kau ni. Aku hanya persetankan dengan apa yang mereka hemburkan, hebat juga pengaruh dari hasil seni lakunan dan lidah bercabang isteriku sehingga berjaya meraih simpati dari mereka sedemikian rupa.

Pintu rumah sewaku termangga dari luar,bermakna aku terpaksa menemui tuan rumah. Apabila sampai di sana, tuan rumah menghadiahkan sebembat surat menyurat dari loyar buruk syrie merangkap loyar syaitan . Aku semak dan baca satu persatu pertuduhan dan tuntutan serta tuntutan fasak dari pihak isteriku. Semuanya tidak masuk akal. Aku terduduk dilantai simin di beranda rumah, tuan rumah. Dia hanya mengusap-ngusap bahuku supaya bersabar. Terdapat juga surat gugur talak dari mahkamah kerana kegagalanku dan wakilku hadir ketika pertuduhan dibuat. Astirfirullah..hebat sungguh pengaruh syaiton-syaiton ni meraih duit haram. Dalam hatiku bertekad aku akan tuntut semua sekutu iblis ini di dimahkamah Allah kelak. 

Aku meminta izin dari tuan rumah untuk menyewa semula rumahnya sambil menghulurkan baki yang tertunggak, tuan rumah bersetuju dan hanya mengambil separuh daripada wang yang aku hulurkan, aku terharu atas kemurahan hatinya. Ribuan terimakasih aku ucapkan berulang kali kepadanya.Tanpa menghiraukan sindiran dan jelingan sinis jiran-jiran aku masuk kerumah sewaku dan kemas mana yang patut, aku bertekad untuk memulakan hidup baru.

Dengan kereta yang aku pinjam dari adikku, aku bertekad menuju kerumah mertuakau, opsss !  bekas mertuaku. Akan aku bawa pulang kesemua anak-anakku. Apabila sampai di sana keadaan sepi, aku memberi salam, lama menunggu.. salam aku lontarkan lagi, terdengar syup suara kanak2 menjawab salam dari dalam, lalu pintu dikuak. Ayahhh..!!! jerit anak-anakku, lalu mereka berlari menerpa kearahku. Empangan dari kolam mataku pecah tanpa dapat dibendung, aku mendakap kesemua anak-anakku semahu-mahunya, aku kucup mereka satu persatu sepuas-puasnya, mereka bertanyakan macam2 tentang aku, kenapa ayah tak balik, ayah pergi mana, ayah tak sayang kami ke dan macam2 lagi. aku hanya mampu mengalirkan air mata. Selepas keadaan agak tenang aku meminta mereka mengemas pakaian yang ada, Di ruang tamu aku lihat bekas mertuaku hanya mampu memandang, sepatah katapun tidak terucap dari bibir mereka.

Itu kisah lalu,

Sekarang kesemua anak-anak ku sudah besar panjang, mereka semakin berjaya, aku berasa puas atas kejayaanmereka. Baruku tahu yang bekas isteriku sewaktu dulu memang sengaja menginaya diriku, dari mulut anak-anak ku mengatakan yang isteriku sengaja melumur bawang putih dan bawang merah yang digonyoh-gonyoh kewajahnya, kemudian berpakat dengan kenalannya merupakan seorang doktor yang mengesahkan bahawa dia di dera, kemudian berpakat dengan loyer najis syrie merangkap janda dan jantan miang merupakan batu api yang sengaja mengada-ngadakan cerita.

Tahun lalu aku ada terserempak dengan bekas jandaku, dia sudahpun bersuami, dan kini dalam proses menuntuk fasak, ia menyesali perbuatannya yang dahulu dan ingin kembali merujuk kepada ku. Aku menyatakan padanya, akal perlu berpandukan Kalammullah, Bukan Kalammullah berpandukan akal dan ukuran iman bukan sekadar menduga semata-mata mengikut hawa nafsu. mahkamah dunia boleh disusun dan diatur menurut nafsu, tetapi di makhamah Allah aku akan tanyakan kenapa aku diinaya. Aku mempunyai hak kisos/hukuman terhadap kamu dan mereka-mereka yang bersubahat dibelakangmu, aku akan menuntutnya di mahsyar kelak.

Bahuku digoncang kuat, aku terkejut sambil mengonyoh-gonyoh mata, emm dah sampai rumah rupanya, memberku hanya tersenyum ' karang lepas subuh boleh sambung mimpi tu '  katanya, Aku hanya tersenyum sambil melangkah keluar kami bersalaman ' insyallah kita jumpa lagi nanti '. Ketika keretanya mula bergera  aku melambaikan tangan selamat tinggal kepadanya , aku hanya memerhatikan kenderannya berlalu pergi di sebuh dingin pagi itu sehingga hilang dari pandangan .

Ketika kaki melangkah longlai kerumah, teringat kisah beberapa tahun dahulu, ketika itu aku sedang menguruskan penjualan sebuah kebun di hujung kampung di sebuah kampung yang bernama ********, aku sempat berbual2 dengan pemiliknya iaitu seorang pesara guru besar sekarang sudah arwah moga diampunkan segala dosanya.

Katanya en adan cuba lihat keadaan saya sekarang, kedua dua belah kaki saya sudahpun dipotong akibat sakit kencing manis dan buah pinggang, Kos rawatan terlalu tinggi dan saya terpaksa menjual kebun ni untuk menampung kos rawatan dan ubat. Kalau nak di ikutkan memang sayang tapi saya dah tiada pilihan. Inilah balasan Allah kepada saya akibat perbuatan dan salah saya sendiri. Dahulu kami kerap dihantar  berkerusus sehingga diluar kawasan, ada kalanya krusus yang kami ambil sampai seminggu. Kesempatan ini kami ambil ketika masing-masing berjauhan dengan keluarga. dan kami bebas bergerak dan berjumpa terutama di akhir kursus. Kami kerap bertukar pasangan setiap kali peralihan jawatan dan masing-masing seakan  ketagih dan seronok.
Isteri sipulan bernama puan ****** pengetua di sekolah ***** . Isteri sipulan bernama puan ****** pengetua di sekolak keb****** isteri sipulan bernama puan ****** pengetua di sekolah men *******. dan ada beberapa nama lagi yang disebut, manakala sebahagian besar suami-suami mereka saya kenali. Astirfirullah.....inalillah.....patutlah remaja sekarang menyongsang arus rupanya banyak bapak-bapak dan ibu-ibu ketam rupanya.

Perempuan itu mempunyai lidah yang bercabang-cabang seperti cabangnya api neraka yang menjulang ke hati, kepada yang buta matahatinya pasti akan tergelincir dengan rayuan dan rintihan mereka.

 maksud ayat :
" perempuan-perempuan yang berzina hendaklah berkahwin dengan laki-laki yang berzina, yang demikian itu diharamkan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa "




 







   





0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis