Uploaded with ImageShack.us

Khamis, 19 Julai 2012

Misteri Seri Dewi Malam



  Pagi itu aku duduk menupang dagu di atas sebuah bangku panjang usang, dibawah sepohon  rambutan rendang yang rimbun daunnya , Sekawan burung merbah melintas membelah angkasa menuju  banjaran titiwangsa, aku mengekorinya dengan anak mata sehingga lenyap dari pandangan , burung murai cina  , melompat dari dahan ke  dahan sambil berkicau riang membangkitkan irama pagi yang mengasikkan .Butiran embun dinihari yang masih bersisa dihujung rumput  berkilau bak mutiara bila disimbah sang mentari, embusan bayu pagi  menyapa ramah, dingginnya masih terasa, Membuat mindaku menerawang mengenang peristiwa malam tadi,ya malam yang ke tiga berturut-turut. Malah sisa haruman mewangi bunga kemboja masih melekat di rongga nafasku. Siapakah gerangannya dia kerana kelibatnya belum terlihat lagi.
Sedang asyik mengelamun tanpa ku  sedar bibirku bergerak-gerak melantunkan bait bait irama lagu seri dewi malam,sepasang gegendang  telingaku pula  memerangkap  alunana irama yang sedang dilantunkan oleh suara ku, em boleh tahan jugak, serak-serak kering  cam suara  ramli sarip . Aku ulangi beberapa bait  ayat  yang aku rasakan indah ,sambil mata terpejam aku  menghayatinya.  Dalam hati  mula berbunga, taman nan indah mula terbentang luas dihadapan  aduhai, tetakala sang dewi menjelma sambil menghulurkan tanggannya seraya berlari-lari manja kearah ku. aku juga menghulurkan tangganku  lalu berlari-lari  menghampirinya.  “ Woii radio rosak panggil hujan ke a pa dah siap cepat”  harini kena gerak ke bukit pasir.  dibuatnya hujan, habis busuk buah2 ni karang.”
Bukan takat terbantut habis lintang pukang jadinya imiginasiku tak sempat berdakapan Cheh!, ntah masa bila pulak mamat ni muncul, Spoil betul la, bukan senang nak dapat saat-saat indah begini. “Aku buat latihan minggu depan laa ada petandingan karaoke , Saja Aku buat alas an yang tak di minta, sebetulnya pegang mikcrofon pun tak pernah aku ni. Member aku gelak terkekeh-kekeh  “ Baik ko carikan katak gantikan tempat ko je..,  bukan apa.  Aku takut.  bukan takat hujan !  karaoke dengan kau sekali rentung dipanah dek petir kah,kah,kah .”  Hiss mulut takaful malaysia betul gerutu ku”.. sambil tergelak bersama.
Kami pulang awal, dagangan kami laris harini masuk gerai yang ketiga makcik tu borong habis buah-buahan yang kami bawa, Lega rasanya selesai satu beban. Daripada menanggung rugi  baik kami tolak borong je kesemuanya. Sepanjang perjalanan pulang kami dah  plan beberapa  aktiviti malam yang lain dari kebiasaannya,maklum esok dan lusa kami cuti, Jadi kami singgah di beberapa buah gerai untuk mendapatkan,kemenyan,telur  darah ayam, lilin, limau dan jarum. aku sendiri pun tak tau apa gunanya bahan-bahan tersebut , semua tu idea kawanku ,aku ikut aja janji  rock..


 Akan datang menjejak seri dewi malam.. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Neraka Di Telapak Kaki Ibu, Aduhai Apam 1 Malaysia 18sx

munafik, fasik, syirik dan hukumnya

Yusf al Qaradawi Fatwa Anda Menyesatkan

JAKIM OH JAKUN

JAKIM OH JAKUN
JAKIM OH JAKUN

Tuhan-tuhan Manusia Yang Wajib Diketahui

Halal Yang Diazab

Rujuk Talak Pembetulan

Bertengkar dengan pemimpin di neraka

Kemewahan Bukan Tanda Dimuliakan

Sumpahan Kera

Parlimen Kaldai

Mufti perasan wali rupanya kuali

Perkahwinan Dan lawyer yang diazab

Ulama Kepala Keras

Kehakiman Bodoh Mengundang Bencana

Hari wanita fasik

Doa Yang Diazab

Teknologi Berusia 400 juta tahun

Israel Menang Dua Kali Di Baitulmukkadis